SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

26 Mac 2013

DANA PENCEN PEKERJA BADAN BERKANUN DIASING SARAAN

Utusan Malaysia
oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
NAJIB Tun Razak dikerumuni kakitangan tujuh Badan-Badan Berkanun yang Diasingkan Saraannya (BBDS) semasa menghadiri Perhimpunan Perdana bersama BBDS di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD AZIM ABD RAHMAN
KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kira-kira 40,000 pegawai dan kakitangan tujuh Badan-badan Berkanun yang Diasingkan Saraannya (BBDS) bakal menerima pencen apabila bersara ekoran persetujuan kerajaan menubuhkan dana pencen untuk mereka.Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan tiga lagi berita baik kepada kumpulan pekerja terbabit dalam usaha menambah baik skim perkhidmatan sedia ada iaitu bersetuju memberikan imbuhan tetap perumahan, sagu hati persaraan serta penyelarasan caruman majikan untuk semua agensi.

Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan dana pencen berkenaan beliau berkata, jumlah potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat setiap bulan akan dibahagi kepada dua.''Sebahagian dikekalkan untuk dicarum ke dalam simpanan KWSP manakala sebahagian lagi akan dicarumkan ke dana pencen yang akan ditubuhkan.

''Kerajaan juga bersetuju agar kakitangan Badan-badan Berkanun yang Diasingkan Saraannya diberikan Imbuhan Tetap Perumahan sebagaimana yang dinikmati penjawat awam,'' katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Perdana bersama tujuh BBDS di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohamad Zabidi Zainal; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Zainal Rahim Seman; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman dan Pengerusi Persatuan BBDS, Azman Yaakob.Keempat-empat pengumuman itu cukup menggembirakan 5,000 pegawai serta kakitangan BBDS yang hadir dalam majlis tersebut sehingga Dewan Merdeka gamat dengan tepukan serta sorakan mereka.

Tujuh badan berkanun terbabit ialah Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).Mengenai pemberian sagu hati, Najib berkata, pemberian itu berbentuk gratuiti kepada kakitangan BBDS setelah menamatkan perkhidmatan mereka.

Berhubung langkah menyelaraskan caruman majikan kepada simpanan KWSP pekerja untuk semua agensi pula beliau berkata: ''Semakin lama seseorang pekerja itu berkhidmat di agensi tersebut, maka semakin tinggilah caruman KWSP majikan kepadanya''.Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, kerajaan sedia ada bukannya kerajaan yang melakukan sesuatu semata-mata untuk menjadi popular sebaliknya apa jua pemberian serta bantuan kepada rakyat dilakukan secara bertanggungjawab serta berhemat.Atas sebab itu katanya, kerajaan mengambil langkah memakmurkan ekonomi terlebih dahulu supaya usaha untuk mensejahterakan kehidupan berjalan dengan baik.

''Apabila ekonomi negara makmur segala kekayaan yang kita kecapi akan kita kongsikan bersama seperti mana pengumuman hari ini. Alhamdulillah pertumbuhan ekonomi kita amat baik.''Dalam keadaan negara-negara seperti di Eropah bergelut dengan masalah ekonomi, Malaysia pada tahun lalu masih berjaya mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang cukup baik iaitu 5.6 peratus,'' katanya.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saje aku nak ulas sini sbb sini aku jd org firsttttttttt

ye haaaa

Tanpa Nama berkata...

40 ribu org dah kecoh sekampung, kat kelantan perhimpunan anak-anak muda kelantan dianggarkan 100 ribu org, tak kecoh pun walau satu malaysia dah satu..itulah propaganda murahan bn..

org KEMAS kesal berkata...

aikk???

dah bertahun menteri KKLW shafie apdal dan menteri2 sebelumnya termasuk pengarah2 KEMAS janji nk bagi KEMAS tetap. rupanya dapat faedah perkeso ke? itu je yg korg tunaikan? cibai punya pemimpin UMNO penipu besar. woi kalo kami xde UMNO dah lama bungkus tau. bila nak guna kami janji bulan bintang. bila dah menang, lupakan kami. kang kami boikot saper nak jalankan bilik2 gerakan BN? UMNO ko memang menempah ajal kali ni

Kakitangan KEMAS kecewa teramat sangat

A Samak Saka berkata...

UMNO SUCI DALAM DEBU....
(khas buat ahli UMNO dan penyokong BN)


umno dan BN
kau umpama suci dalam debu
terpalit debu dipandang hina kesucian terlindung jua.

teguh tetap terima BN
walau dipandang hina
hakikat suci umno/BN
hanya yang mulia
berhati suci yang dapat melihat

ahli umno dan BN
diberi petunjuk untuk melihat kesucian itu BN
Macai PR adalah mereka yang tidak mendapat petunjuk
Kita adalah orang suci nan bertuah
hidup dibumi bertuah

HIDUP bn...

Tanpa Nama berkata...

Perasan....

Tanpa Nama berkata...

Perasan...

Tanpa Nama berkata...

DUO SATU KOCIK BONAAAAA


OMPEK SATU SONYUM LEBAAAAA

AH HA

Tanpa Nama berkata...

SEINGAT AKU CONTOHNYA JABATAN HASIL DALAM NEGERI (JHDN)DI JALAN DUTA, KL MASA ITU SEMASA DI BADAN BERKANUNKAN JADI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN),PUNYALAH BERLAGAK SEBAB DAPAT DUIT OPSYEN 10 BULAN GAJI x 2 KALI. KINI DIBAGI DANA PENCEN PULAK. AKU TAHULAH SEJARAH DAH KERJA SEJAK TAHUN 1979 DAN AKAN PENCEN 60 PADA 2019. KORANG YANG BARU DALAM PERKHIDMATAN AWAM MEMANG TAK TAHU KISAH SUKA DUKA INI. NAK TAHU LAGI JABATAN PERKHIDMATAN POS JADI Pos Malaysia Berhad, JABATAN BEKALAN ELEKTRIK jadi Lembaga Letrik Negara (LLN)kini Tenaga Nasional Berhad (TNB), JABATAN BEKALAN AIR jadi PUAS jadi LUAS kini SYABAS.Banyak lagi JABATAN2 KERAJAAN yang diperbadankan (penswastaan) pada masa itu, bermewah2 dengan DUIT.
Kini senang2 nak dapat DANA PENCEN KERAJAAN pulak. Kita yang TAAT SETIA kerja macam nak mampos dengan KERAJAAN dengan GAJI dan ELAUN yang tek seberapa tak pulak di ambil tahu. Bila minta naik gaji dan elaun jawapannnya KAJI, KAJIAN DIKAJI DAN KAJIAN. INI tak ADIL...!

Tanpa Nama berkata...

OH YA aku terlupa satu lagi iaitu JABATAN TELEKOM jadi TELEKOM MALAYSIA BERHAD kini dikenali TM. Korang bukalah sejarah silam korang akan tahu siapa sebenarnya pemimpin terpimpin kononnya bela Penjawat Awam tapi hanya indah khabar dari rupa..chis..!....eeeeeee....geram.!

Tanpa Nama berkata...

Negeri dibawah Pakatan Rakyat telah terbukti dengan tadbir urus yang terbaik sebagaimana mendapat pegiktirafan dan penghargaan dari Lembaga odit Negara, justru Pakatan Rakyat mengajak bersama sektor awam untuk bersama kita membuat perubahan demi masa depan Malaysia yang lebih Cemerlang dan maju untuk turut dinikmati bersama oleh rakyat termasuk kakitangan disemua sektor awam, "Negara terus maju berjaya rakyat dan kakitangan yang berjasa turut tetap merasa"

Tanpa Nama berkata...

SIAPAKAH SEBENARNYA WIRA MELAYU
Hang Tuah atau Hang Jebat

JAWAPAN: Wira Melayu sebenarnya ialah Orang-orang Bangsa Jawa dari Tanah Jawa bercakap Jawa dan hidup cara Jawa, beragama Islam dan makan nasi ambeng. Mereka telah berperang mempertahankan Tanah Melayu semasa perang dengan Belanda, Portugis, Inggeris, Jepun dan Komunis pada masa sebelum merdeka. Selepas Tanah Melayu Merdeka, Orang Jawa terus menetap dan menjadi Warganegara Malaysia.
Mereka telah meneroka tanah dan menjadikan ladang kelapa, sawah padi dan kebun sayur dan pisang.
Orang Jawa telah terkenal dengan sikap taat ketua, taat agama Islam dan taat bermasyarakat. Mereka kaya dengan harta dan budi bahasa yang luhur. Kini taburan penduduk keturunan Orang Jawa ialah disepanjang pantai barat Malaysia,
terutamanya di Johor, Melaka, Selangor termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya), Perak dan di Pulau Pinang/ Kedah. Banyak budaya Islam yang diamalkan oleh Orang Jawa ini diikuti oleh bangsa Melayu lain seperti berzanji, bertalkin, bertahlil, bertadarus, moreh,
dan kenduri kendara semasa nikah kahwin,bertindik(subang)perempuan, berkhatan anak dan seumpamanya.
Konsep persaudaraan Orang Jawa terus subur dengan cogan kata
" mangan ora mangan ngumpol wajib ngumpol" sampai bila-bila. Maksudnya walau tak makan tetapi mesti datang bertemu sesama sanak saudara.

Tanpa Nama berkata...

KENALI ORANG JAWA MALAYSIA:
Seterusnya walau pun tak ada jamuan makan namun bila dijemput untuk datang berhimpun sesama saudara, Orang Jawa akan tetap hadir sebab mereka tidak merasa lapar atau dahaga kerana berniat puasa Sunat dari rumah. Jika ada jamuan atau hidangan di majlis tersebut mereka balik dengan BERKAT dari tuan rumah iaitu berupa Nasi Ambeng yang dibungkuskan lauk secara berasingan. Tidak basi sehingga BERBUKA PUASA. Begitulah kuatnya iltizam dan ukhuwah Orang Jawa dari dulu hingga sekarang dan sampai bila-bila pun, kerana mereka cukup menjaga keagungan agama Islam, darjat, keturunan, maruah dan persaudaraan sesama Orang Jawa.