SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 Mac 2013

SISTEM SARAAN TRANSFOMATIF: CUEPACS MAHU BUTIRAN TERPERINCI

Sinar Harian
20 Mac 2013

SERDANG - Cuepacs meminta supaya dapat diadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohamad Zabidi Zainal secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai pelaksanaan Sistem Saraan Transformatif (SST).
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, sejak SST diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal minggu lepas, pihaknya menerima banyak pertanyaan mengenai skim baharu itu.
Bagaimanapun menurutnya Cuepacs tidak dapat memberi jawapan tepat kepada pelbagai isu yang yang ditimbulkan mengenai sistem saraan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia itu kerana pihaknya sendiri, masih samar dalam pelbagai aspek mengenainya.

Menurutnya antara yang sering dibangkitkan ialah soal kumpulan perkhidmatan baharu, soal gred kumpulan, kenaikan pangkat, mekanisma ganti peperiksaan PTK, struktur gaji dan sebagainya.

"Kalau secara rambang kami tahulah, tapi kami nak lebih terperinci, supaya dapat kami jawab soalan-soalan dari anggota kesatuan," katanya dalam persidangan media di pejabat Kesatuan Kakitangan Am UPM (Kepertama) di Universiti Putra Malaysia di sini, selepas menyampaikan wang insurans kepada dua balu anggota Kepertama di sini.

SST yang diumumkan Perdana Menteri pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 di Putrajaya awal minggu lepas ialah berdasarkan kepada perubahan-perubahan yang sedang dilaksanakan dan input daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. - Bernama

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yes.. saya first.. perkara ini, perli diberitakan awal pada penjawat awam, supaya mereka lebih bersyukur dengan pada yang mereka dapat.

Tanpa Nama berkata...

nanti harap sebelum julai telah keluar pekelilingnya.. nak tengok apa yang baru.

Tanpa Nama berkata...

saya menyokong penuh sekiranya muhyiddin menjadi PM.

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha... Jusa C dapat kenaikkan cukup tinggi, saperti SBPA nampaknya. Gred 54 berbeza gaji mati dengan jusa C hampir RM 4500.00 . Sedangkan Beza gaji mati gred 54 dan gred 52 cuma RM 600.00 sahaja. Mengapa beza gaji besar sangat. Sah sama macam SBPA dulu saja.

Tanpa Nama berkata...

ala yg pasti indah khabar dari rupa......aritu pun ckp ada berita baik utk penjawat awam,last2 ape pun x de....just utk jwtn terpilih je....ini semua poyooooooooooo

Tanpa Nama berkata...

DUO SATU KOCIK BONAAAAA


OMPEK SATU SONYUM LEBAAAAA

AH HA

Tanpa Nama berkata...

Negeri dibawah Pakatan Rakyat telah terbukti dengan tadbir urus yang terbaik sebagaimana mendapat pegiktirafan dan penghargaan dari Lembaga odit Negara, justru Pakatan Rakyat mengajak bersama sektor awam untuk bersama kita membuat perubahan demi masa depan Malaysia yang lebih Cemerlang dan maju untuk turut dinikmati bersama oleh rakyat termasuk kakitangan disemua sektor awam, "Negara terus maju berjaya rakyat dan kakitangan yang berjasa turut tetap merasa"

Tanpa Nama berkata...

Ape cite perubahan gred 1 hingga 10 ....ade kah benar dihapus kan