SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 Mac 2013

GAJI PDRM, ATM IKUT PERKHIDMATAN AWAM

Berita Harian
12/03/2013


Putrajaya: Kerajaan mengumumkan kenaikan gred gaji baru bagi pegawai dan anggota tentera serta polis untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain dalam Sistem Saraan Baru (SSB).

Pelarasan yang dinamakan Sistem Saraan Transformatif (SST) itu akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diguna pakai sebelum ini, diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII), di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
Beliau berkata, pelarasan gaji bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkuatkuasa 1 Januari lalu bakal memanfaatkan 233,192 anggota pasukan keselamatan di seluruh negara, iaitu 109,209 PDRM dan 123,983 ATM.


Pangkat dalam perkhidmatan ATM dan PDRM kini disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji.

Ia mencakupi perubahan skop fungsi tugas khas, struktur pangkat dan kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM serta PDRM, katanya.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Farida Mohd Ali.

Pendek masa naik pangkat
 
Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan setuju menambahbaik pelaksanaan urusan kenaikan pangkat kumpulan pelaksana kakitangan awam dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat daripada 15 tahun kepada 13 tahun.

Katanya, pelaksanaan penambahbaikan itu berasaskan kecemerlangan yang akan memanfaatkan lebih 17,000 penjawat awam yang layak.

Di samping itu, kerajaan secara prinsipnya bersetuju meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat laluan pantas, kenaikan pangkat laluan pakar bidang dan kenaikan pangkat laluan kemahiran tinggi bagi menambah baik laluan kemajuan kerjaya penjawat awam dalam jangka masa panjang.

Kaedah pelaksanaannya, termasuk pembangunan kriteria dan struktur panel khas untuk ketiga-tiga laluan baru itu akan diperincikan sebelum dilaksanakan, katanya.

Kenaikan gaji tahunan

Najib turut menyampaikan berita gembira kepada 182,434 penjawat awam yang berada pada tangga gaji maksimum dan tidak menikmati kenaikan gaji tahunan dengan mengumumkan kenaikan gaji tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan, berkuat kuasa 1 Januari 2013 untuk semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum.

Selain itu, semua penjawat awam menerima faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT yang dipercepatkan pada 1 Julai 2013 dengan setiap penjawat awam mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred gaji masing-masing, membabitkan peruntukan RM1.5 bilion.

Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada pada gaji maksimum, katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyambung perkhidmatan hampir 50,000 kakitangan awam kontrak selama setahun lagi apabila kontrak mereka tamat pada 31 Disember depan sementara menunggu kajian menyeluruh berhubung perkara itu dilaksanakan.

49 ulasan:

PA berkata...

Aku harap kurang la .. pendatang asing di seluroh malaysia.La ni nampak mereka keluar masok senang aja.Kes-kes criminal selesai la cepat.
Gambar-gambar yg keluar SK protes BERSIH dulu dah dapak tangkap ke ?

Tanpa Nama berkata...

asyik2 pdrm dan atm yg dpt... sektor awam terutama perkhidmatan pentadbiran dok mkn janji jaaa

PT berkata...

kepada pdrm dan atm jgn lupa ekkk... X Najib

PT berkata...

dulu ckp elaun pdrm dan atm kena lebih coz gaji dia org skit.. skrg ni bila dah sama mcmana elaun di sektor awam plak

PT berkata...

Skrg ni bru aku pham knpa la ada pihak yg selalu wat protes... berat sebelah rupanya

Tanpa Nama berkata...

Congratz to Najib and the geng.. always on security personel side

Tanpa Nama berkata...

elaun perumahan tak de cerita da....kaorg kaji saja la...politik...politik....tunggu je PRU13..smua PA sedih elaun perumahan kekal RM180,tak ada perubahan...tunggu 20thn lagi la....

Tanpa Nama berkata...

Cara paling mudah untuk memendekkan masa kenaikan pangkat adalah memberi keutamaan pada kakitangan yang telah berjaya mendapat APC untuk kenaikan pangkat/gred tanpa menunggu 'time-based' untuk kenaikan gred. Ada ramai kakitangan kerajaan, terutamanya guru yang menerima APC namun terabai didalam pertimbangan untuk kenaikan gred, malah ramai juga yang mendapat APC melebihi 2 atau 3 kali!!! ... masih dinaikan pangkat mengikut 'time-based!!!! JPA atau Jabatan/Kementerian tidak memantau ker rekod kecemerlangan kakitangan sendiri!!!????

Tanpa Nama berkata...

Omar berkata, Cuepacs turut menuntut agar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan Elaun Sara Hidup (COLA) dikaji semula dan diselaraskan, dan berita baik itu diharap akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan penjawat awam di Putrajaya 11 Mac ini.

"Kita juga meminta agar Cola (elaun bantuan sara hidup) diselaraskan kepada RM300 untuk semua penjawat awam, termasuk yang tinggal di kuarters, yang ketika ini hanya dibayar separuh," katanya.Kesian Cuepacs diperbodohkan....tak dilayan langsung....kenapa senyap je tuan Omar

Tanpa Nama berkata...

PENGUMUMAN DAH JADI BUBUR BUAT PA......HARAPAN YANG TINGGI TIDAK TERCAPAI,BOLEH NAMPAK LAR SEKARANG SIAPA PA DALAM JENTERA KERAJAAN YANG TIDAK MEMBERIKAN SANGAT SUMBANGAN KEPADA KERAJAAN.........HASIL PENGORBANAN TIDAK DIHARGAI...

Tanpa Nama berkata...

Pada semua pembaca...jgn lah silap faham kerajaan menaikkan gred Polis dan Tentera bermakna Polis dan tentera anak emas kerajaan. sebenarnya tidak. Polis dan tentera sebenarnya dah lama merana, apa tidaknya cuba bayangkan bila anda masuk Polis atau tentera dipangkat Inspektor atau leftenan di Gred 41 dgn kelulusan ijazah. Berkhidmat l/kurang 10 thn kemudian dinaik pangkat ASP. Gaji naik sedikit tetapi masih dalam lingkungan gred 41. 10 thn selepas jika dimurahkan rezeki dinaikkan pula kepangkat DSP tapi masih digred sama 41. Begitu lah juga sehingga dinaikkan ke pangkat Supritendan. Masih di gred yang sama. Adakah adil keadaan begini sedangkan nak naik pangkat bukannya mudah. Ada yang masuk Inspektor dan pencen pun Inspektor. Tak naik pangkat langsung.
Kalau pembaca tidak percaya cuba bandingkan gaji maksimum ASP dgn gaji maksimum Gred 44 jab. kerajaan lain. Amat jauh bezanya. begitu lah juga dengan gred 48, 52 dan sebagainya. Sebenarnya Polis sudah ketinggalan agak lama berbanding dgn lain2 agensi dlm masalah gaji. Tapi kami tak pernah merungut sebab kami tidak diajar untuk merungut dan ketaatan kami kepada pemerintah amat kental. Itu prinsip kami.
Jgn hari ini kerajaan tak umumkan kenaikan gaji untuk kita, kita hendah tukar kerajaan. Umpama marahkan nyamuk kelambu dibakar. Jadi siapa yg akan rugi. Bersabarlah. Tukar pemerintahan baru kita belum tahu nasib kita akan lebih baik drp ini. PM pun dah umumkan beberapa penambahbaikan akan dilaksanakan akhir tahun ini. Oleh itu bersabarlah.
Sebagai pencerahan KGT diawalkan iaitu bulan Julai bermaksud kerajaan akan beri satu kenaikan gaji pada 1 Julai. Orang yg terima KGT pada Jan, Apr, Jul dan Okt tetap akan terima kenaikan seperti biasa. Senang cakap pada tahun 2013 semua akan terima 2 kali kenaikan. Masih tak puashati???. Apa apa pun kita harus bersyukur. Jika kita tidak bersyukur kita tergolong dlm kalangan orang yang "kufur nikmat".

PT berkata...

sapa2 yg nak gaji dan elaun byk mtk jdi anggota keselamatan & cikgu.. puak2 ni memang kerajaan bela sgguh

X BN berkata...

Depa naik gaji kita x naik.. kita naik gaji depa pun naik.. polisi double standard by JPA n GOV

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dgn anon 1.07. Betul lah jabatan lain jika naik pangkat terus bertukar gred, tp Polis & ATM naik pangkat pun masih digred sama. Kalau guru, masuk gred 41 slps 8 thn terus naik 44. masuk 16 thn servis dah naik gred 48 dan tambah 5 thn lagi dinaik ke gred 52. PTD jgn kira lah. Mereka lebih awal. Umur 30an dah berada di gred 52. Tapi tak mengapa itu rezeki masing2. Kalau kita nak naik gred kena sambung mengaji lah.

Tanpa Nama berkata...

anon 1.16

yerlah Polis dpt elaun byk sebab orang sedap tidur peluk anak bini tp Polis terpaksa berjegil mata mlm hari bagi orang tidur lena. Tak gitu. Waktu Lahad Datu kena ceroboh Polis juga yg dulu terkehadapan. Org lain syok dok cerita di kedai kopi jer tp Polis dok merandok hutan berhari2. Kalau nak kira elaun yg dpt dengan mengadai nyawa tak berbaloi langsung. Cuba lah jadi waras

Tanpa Nama berkata...

yg keja mlm balik tido d rmh pa citer tu..

Tanpa Nama berkata...

jangan cakap saja tanpa bukti... klu semua polis buat mcm tu alamat bnyk balai tutup mlm hari & ramai org tak boleh tidur lena takut penyamun. Kerana ada polis lah kamu orang boleh tidur nyenyak tanpa rasa takut.

Kulub Jemain berkata...

Bila pulak PA lain marahkan Polis dan ATM, cuma PA lain tak dapat seperti yang di harap, bukan kenaikan gaji yang di pinta tapi elaun rumah yang di tagih.
Itu pasal banyak yang meroyan tu.

Tanpa Nama berkata...

Cakap Siang Pandang2...

Sedar xsedar bila nak anjur sesuatu polis akan berada paling awal dtg dan paling akhir balik. kalau asik cari buruk ja sampai sudah la.. Busuk punya ati.. Yg banyak laktentang cermin diri balik.. keja cukup ke time? betul2 ke keja? Nak cakap pasal buruk prg laju la. diri sendri pon xbetul2 lagi.

Tanpa Nama berkata...

kenaikan pangkat 15 tahun ke..13 tahun ke..semua tak patut..memang sangat2 tak wajar..nk tnggu rambut beruban, anak 10 org baru dpt naik panggkat ke???....fikirkan balik!! anggota bawah ni mcm di anak tirikan...

Tanpa Nama berkata...

pada yg backup sgt polis ni..meh aku nak cerita.. masa lawatan najib di tempat kami.. polis dan rela ditugaskan mengawal jln.. nak jadi cerita..oleh kerana agak ramai anggota rela mengawal lalulintas..tiba2 si polis2 ni pergi duduk lepak bawah pokok krn cuaca masa tu panas(tghari).. anggota2 rela tgk memang bengang gila lah..dah lah rela hanya dapat duit elaun tak tetap.. yg kerja gaji tetap (polis) ni pulak ambil kesempatan.. ini yg nampak depan mata beb..yg tak nampak camne plak?? cuba anda pk kan.

Tanpa Nama berkata...

PT N17


bukan tidak bersyukur apa yg diberi..jauh sekali dgn "kufur nikmat'...sy komited dgn kerja..dan hasil itu sy berbaloi dgn APC yg sy terima..bkn APC yg sy kejarkan tp ibadah yg kita lakukan perlu ikhlas..tetapi apa sentap dihati sy apakah perlu tggu lama utk naik pangkat bg anggota bwh sprti sy??..apa akan jd 10 thn akan dtg sedangkan pendapatan masih ditakok lama..kasihani golongan bwhan..knp mst syg pada guru shj...???skrg kualiti guru baru pun tak macam dlu lg...

Tanpa Nama berkata...

ATM+POLIS MINTAK NAIK GRED DAPAT NIKMAT..

PA MINTAK NAIK GRED DIKATA KUFUR NIKMAT..

30TAHUN KAJI KAJI KAJI KAJI KAJI..

Tanpa Nama berkata...

Senang kata mcm ni lah. Mana org yg tak puas hati dgn kenaikan gaji atm dan pdrm tu join lah atm atau pdrm. Ckp mmg senang. Klu anda manusia yg ada akal fikiran letakan kehidupan anda sbg pasukan keselamatan. Tp anda xkan bt begitu sbb dr komen yg sy bc anda main hentam ckp je.

Tanpa Nama berkata...

x thu dah nk ckp pe .... mane ada benda y adil dalam dunia nie ... memang dah tahu kerajaan x adil untuk semua PA kecuali ATM POLIS DAN CIKGU .. PA lain hanya tunggu sisa je ...sabar lah ye semua ...lain kli klu kata ada berita baek ...tgu hitam putih keluar baru boleh berharap klu x jgn nk mimpi lah ...

Tanpa Nama berkata...

HANYA ORG BODOH SAJA YG BERSYUKUR PD TAHAP YG SAMA...SEBAIK2NYA KITA BERSYUKUR UTK MEMBUAT PERUBAHAN...BUANG YG BURUK,BINA YG BARU...lwn tetap lwn,lwn bkn krn benci tp lwn krn syg...takbir"ALLAH AKBAR

Tanpa Nama berkata...

Senang kata mcm ni lah. Mana org yg tak puas hati dgn kenaikan gaji atm dan pdrm tu join lah atm atau pdrm. Ckp mmg senang. Klu anda manusia yg ada akal fikiran letakan kehidupan anda sbg pasukan keselamatan. Tp anda xkan bt begitu sbb dr komen yg sy bc anda main hentam ckp je.

Ni lg sowang x dak akai..semua PA ada bidang kj msg2.x kan nk soh kerani pi perang..x kan nk soh bomba tangkap penjenayah..apa pya bodoh la mamat ni..so x timbul isu utk letakan kehidupan anda sbg pasukan keselamatan tu..yg timbul isu kat sini adalah ketidakadilan..

Tanpa Nama berkata...

Sabar wahai penjawat awam...kalau tak cukup buatla part time,,jual buku ke,,jual komputer ke...jualkuehmuih ke, jual apa saja asalkan jangan jual maruah....dulu gaji pokok aku rm375,,tapi berkat bagi kat mak bapak gaji aku sekarang dah 5000 lebih...

Tanpa Nama berkata...

Ni lg sowang x dak akai..semua PA ada bidang kj msg2.x kan nk soh kerani pi perang..x kan nk soh bomba tangkap penjenayah..apa pya bodoh la mamat ni..so x timbul isu utk letakan kehidupan anda sbg pasukan keselamatan tu..yg timbul isu kat sini adalah ketidakadilan

Abis kalo nak gaji lebih belajar pandai2 dan kna sanggup berkorban dapat la gaji lebih. Ni mest ms sekolah dulu tdo je xnak bljar. Tu la dah besar ni jd bangang. Sory to say lah.

Tanpa Nama berkata...

Cakap Siang Pandang2...

Sedar xsedar bila nak anjur sesuatu polis akan berada paling awal dtg dan paling akhir balik. kalau asik cari buruk ja sampai sudah la.. Busuk punya ati.. Yg banyak laktentang cermin diri balik.. keja cukup ke time? betul2 ke keja? Nak cakap pasal buruk prg laju la. diri sendri pon xbetul2 lagi.
*******************************************************************************************************************************

ni misti bini polis ni

人间凡人 berkata...

Dato' Pengerusi,
Mengikut PP 2/2013, jurang gaji maksima kumpulan pengurusan tertinggi terlalu besar berbanding dengan kumpulan pengurusan. Contohnya gaji maksima VU7 (JUSA C) ialah RM14,587.54 manakala gaji maksima DG54 ialah 9,572.34, beza RM5015.20, iaitu lebih 52% gaji maksima gaji DG54. Satu lagi palaksanaan yang bercanggah dengan dasar kerajaan yang ingin mengurangkan jurang gaji tertinggi dengan terendah.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa x elaun Penjawat awam yang lain ikut elaun PDRM, ATM.. sekurang-kurangnya elaun Umah ikut PDRM jadi la..

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni minta lagi untuk Polis selaraskan gaji & elaun Polis ikut PM punya sebab kalo nak bandingkan gaji polis di malaysia guna Ringgit x banyak mana pun. nak ikut gaji polis di dunia guna Dollar / pound plak k...

Tanpa Nama berkata...

ASYIK-ASYIK POLIS CIKGU ASKAR...
KITA PA BUKAN TAK NAMPAK,BUKANNYA TAK BERSUARA..
TAPI DIORANG MEMANG TAK DENGAR RINTIHAN PA BAWAHAN NI..

GRED LAIN NAK KAJI SAMPAI DAH 30 TAHUN TAK ABIS KAJI LAGI..

ATM DENGAN POLIS 2 MINGGU JE KAJI TERUS KELUAR PEKELILING..

JPA = JABATAN PENGKAJIAN AWAM (KAJI SAMBIL MAKAN KARIPAP)

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni kalau PM Najib nak jumpa PA lagi,tak payah ler PA semua macam buat rombongan pergi ramai-ramai.Kasi Kupeks dah ler sebab PA ramai terkecewa amat sangat.Kalau pasal beza gaji yang terlampau antara gred,kena tabik Dr.Mahathir sebab era beliau tak ramai yang komplen.Bila JPA naik tocang era Pak Lah dan seterusnya,nampak sangat ketidakadilannya.Tambah lagi hari-hari sekarang,barang naik harga tak ikut gred oii.Tak salah kalau ramai PA yang akan berubah undi pembangkang.Siapa tak nak kalau harga petrol turun,bil letrik turun,tol dah takder,bayar balik ptptn tak perlu dan lain-lain lagi...

Tanpa Nama berkata...

polis, atm dan cikgu x pyh susah2 minta, kerajaan tawar terus.. mcm lah dia org je yg mengundi...

Tanpa Nama berkata...

Mintak PM selaraskan Gred Gaji PDRM dan Tentera bagi anggota Polis dan Tentera yang sudah berpencen....

Tanpa Nama berkata...

Yang selalu ugut tak nak mengundi BN...silakan ..korang ingat BN heran sangat ker ngn Korang..

Ramai lagi yang undi BN...ada aku kisah...hidup BN...hidup PM Najib

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni kalau PM Najib nak jumpa PA lagi,tak payah ler PA semua macam buat rombongan pergi ramai-ramai.Kasi Kupeks dah ler sebab PA ramai terkecewa amat sangat.Kalau pasal beza gaji yang terlampau antara gred,kena tabik Dr.Mahathir sebab era beliau tak ramai yang komplen.Bila JPA naik tocang era Pak Lah dan seterusnya,nampak sangat ketidakadilannya.Tambah lagi hari-hari sekarang,barang naik harga tak ikut gred oii.Tak salah kalau ramai PA yang akan berubah undi pembangkang.Siapa tak nak kalau harga petrol turun,bil letrik turun,tol dah takder,bayar balik ptptn tak perlu dan lain-lain lagi...

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
RAMAI LAGI YANG NAK JUMPA PM...PM TAK HERAN PUN NGAN KO NI..

Tanpa Nama berkata...

BUANG AJA STAF PA NI,BANYAK KOMEN SAJA KERJA MALAS,GAJI NAK BANYAK,TAMBAH PERSONAL LOAN SAMPAI BILA PUN XCUKUP,MENGONG PUNYA STAF PA!!!

Tanpa Nama berkata...

ASAL DARI SRP JE.....SEKARANG DPT WAREN 1 DAN WAREN 2...WAREN 1 DI SELARAS SAMA GRED 38 DAN WAREN 2 SAMA GRED 36...MCM LEPAS LEPASAN DIPLOMA KAKAN DAN SUPER KANAN...

Tanpa Nama berkata...

ASAL DARI SRP JE.....SEKARANG DPT WAREN 1 DAN WAREN 2...WAREN 1 DI SELARAS SAMA GRED 38 DAN WAREN 2 SAMA GRED 36...MCM LEPAS LEPASAN DIPLOMA KAKAN DAN SUPER KANAN...

___________________________________________________________________________________________

tahniah...selamat bertugas utk negara

Tanpa Nama berkata...

Hahaha lawak la lu org..bila gaji x naik elaun x naik..bising satu alam..dulu masa sekolah x nak belajar pandai2..ponteng kelas,isap rokok,dah dpt keje gomen x tau nak bersyukur..gaji sikit wat cara hidup sederhana..ini idak berlagak cam org pangkat beso..mana la duit nak cukup..kalau ALLAH swt tarik nikmat lu org baru lu org tau..ALLAH MAHA BESAR...

Tanpa Nama berkata...

Abis kalo nak gaji lebih belajar pandai2 dan kna sanggup berkorban dapat la gaji lebih. Ni mest ms sekolah dulu tdo je xnak bljar. Tu la dah besar ni jd bangang. Sory to say lah.

Ni nmpk sgt mmg jns lmbt phm..bunyi nya mcm spm lulus ckp2 makan je ni..isu d sini adalah ketidakadilan ada phm ka???bkn isu nk gj lbh??nk kena terang satu-satu ka??cth mcm ni la senang..klu nk setara kan gaji bg semua pa dpt la..klu x nk, bg je insentif khas utk anggota yg terlibat ops daulat sahaja..

Tanpa Nama berkata...

Haaha...nak gaji beso blajar pandai2..jgn jd dungu cam skrg ni..sbb tu gaji sikit..nak harap belas kasihan jer..x dpt nak mengamok..huhuhu..

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula dengan kami yang kerja s17(k) yang mana gaji sekarang dibayar melalui boucer dan xada lagi penyata gaji.kontrak pun hanya 6bulan je.bonus pun xdapat.kerja bukannya baru 2-3bulan tapi dah bertahun.tiap tahun sambung kontrak macam2 kena sediakan semula pastu gj masuk xtentu masa.KENAPA KAMI DIANAKTIRIKAN OLEH KERAJAAN.PAKAT2 PILIH PEMBANG PADA PRU13 NI BARULAH KERAJAAN NAK SEDAR AGAKNYA.INGAT KAMI NI XADA KELUARGA UNTUK DISARA.YANG GAJI TINGGI MAKAIN TINGGI TAPI KAMI PEKERJA TAHAP KONTRAK MACAM TU JE SETIAP TAHUN MACAM TELUR DIUJUNG TANDUK

Tanpa Nama berkata...

Dah bulan 7..habuk pun tarak...

Tanpa Nama berkata...

Ngam tak kalau kite mohon konstabel guna degree, diploma, stpm gaji baru RM 1013.. Tp anggota pdrm diam je x melawan.. Good job.. Nk naik gaji tunggu naik pangkat.. Majoriti anggota baru pdrm ade degree, stpm dan diploma..

Tanpa Nama berkata...

Najib kencing lh..tkde pun gaji atm dn polis seperti yang dijanjikan...sial lh