SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

08 Mac 2013

FARIDA ALI DILANTIK KSU KEMENTERIAN KESIHATAN

Bernama
8/3/2013



.
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Farida Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan berkuat kuasa 15 Mac ini.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan akhbar hari ini, berkata pelantikan Farida bagi menggantikan Datuk Kamarul Zaman Md Isa yang bersara pilihan setelah berkhidmat selama 35 tahun.

Farida yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Perancangan) (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia memulakan perkhidmatan dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1 Dis 1981.

Beliau antara lain pernah menyandang jawatan penolong pengarah di Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri; ketua penolong pengarah (Sektoral) di Unit Perancang Ekonomi Pahang; penolong pengarah kanan belanjawan, Bahagian Pengurusan Belanjawan, Kementerian Kewangan dan pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam.

"Adalah diyakini dengan pengalaman dan pengetahuan mendalam Datuk Fariza Mohd Ali, beliau dapat memimpin warga perkhidmatan awam di Kementerian Kesihatan untuk berkhidmat dengan penuh integriti, cekap, telus dan berkesan demi kecemerlangan negara," kata Ketua Setiausaha Negara.

-- BERNAMA

14 ulasan:

kak Ani resah nak tunggu berita gembira berkata...

PERTAMA SEKALI....SYUKUR DAPAT FIRST...

ada sesiapa ada apa apa maklumat tentang apa yang akan disampaikan oleh PM hari Isnin nanti.

adakah kajian Suruanjaya tu akan dibentangkan...adakah cuti akan di kurangkan atau ditambah....adakah elaun naik...adakah gaji naik...adakah pesanan supaya PA setia dengan kerajaan ...kerja kuat...transformasi...siapa yang ada pendapat sila kongsikan...

Tanpa Nama berkata...

hahaha tak dapat jadi KPPA, dapat jadi KSU pun jaaaaaaaaadiiiiilaaaaa.


kan farida kan kannnnn

Tanpa Nama berkata...

Penceroboh suluk lebih hebat dan digeruni tapi mati juga. Semua kita ada kekuatan dan kelemahan cuma peluang ke arah yg baik itu jarang atau langsung tidak diberi. FIKIR2KAN.

Tanpa Nama berkata...

PTD lagi.....

Tanpa Nama berkata...

Harapan ku agar dia ni lebih muhasabah diri, sebab jawatan dan pangkat tidak berguna lagi bila tanah kubur sudah dikambus. Berikan kelonggaran untuk pegawai dan staf masa bulan Puasa nanti keluar awal beli juadah berbuka seawal jam 4.00petang ye... barulah semua orang sayang...kan...kan....!

Tanpa Nama berkata...

Suasana bulan Puasa bagi penjawat awam:
Jam 8.00 - 1.00 Bersemangat kerja.
1.00 - 2.00 Rehat/Solat Zohor.
2.00 - 4.00 Sedikit bersemangat.
4.00 - 5.00 Beli juadah buka Puasa
awal berperingkat sebab dah terbau juadah walau dalam bilik cermin tumpat dan berhawa dingin. Jika tungu jam 5.00 Solat asar dulu dan masa balik baru nak beli serentak ya Allah ya Rabbi tentulah 'traffic-jam'. Jam 6.00 - bergegas balik ke Sungai Buloh dah tentu ngam-ngam 7.00mlm baru sampai rumah. Jam 7.30 lepas masak air dan mandi Azan Maghrib dan berbuka. Begitulah diari harian ku yang kerja kat Putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

Harap dapat samakan peratus elaun kritikal bagi Kumpulan P dan Sokongan. Sekarang Kumpulan Sokongan dapat 10% tp Kumpulan P dapat 5% sahaja

Tanpa Nama berkata...

harap2 kmi yg brjwatan sambilan sdh lebih 10 thn,di beri peluang ke jwatan tetap dan berpencen..

Tanpa Nama berkata...

p/s : super perkasa
lantik bukan doktor jadi KSU,sepatutnya wajib dilantik dikalangan doktor kerana mereka lebih tahu dan lebih memahami skop tugas kesihatan... bila lantik yang bukan bukan... jawabnya kementerian masih lagi di takuk lama... Ubat tak cukup, nurse jadi pembantu perubatan... Pembantu perubatan jadi DOKTOR, DOKTOR plak jadi tukang cop borang.. makin lama makin teruk...apa dahhh....letak orang tak yang tak ada skop tugas perubatan jadi bos... jawabnya banyak bangunan2 seperti klinik dan hospital tak siap sebab bina tak ikut spect.. tapi ikut kepala KSU ntah apa apa ntah///akhirnya duit rakyat juga keluar untuk baikpulih bangunan terbengkalai...

Tanpa Nama berkata...

Ko ckp doktor jd tukang cop, lantik jd KSU lg la cop pon suruh pa. kena ada check and balance, kalo doktor je semua baik bg nama kementerian doktor malaysia yg bodoh. Kacau duit jbtan lain ja. Doktor xkan berfungsi kalau xdak jawatan lain dlm kkm. Yg kt spital pn xsetel. Manage patient dulu br la angan2 nk manage kkm.

Tanpa Nama berkata...

kita mahukan perubahan dalam perkhidmatan awam ,,,

Tanpa Nama berkata...

SALAM BERSYUKUR R..
PENAH KORANG TAHU.PEKERJA PEGAWAI PEMANATAU HARGA(PPH) GAJI HANYA 1500...TOLAK KWSP TGGL 1350....XDE ELAUN PON...BESYUKUR R...KAMI PUN DA KAWIN TP KERJA DA 3-4THN STILL GAJI BYK NI SEBULAN...
OHHH CUEPACS CUBA LAH BERI KAMI ELAUN...HANYA ELAUN BKN KENAIKAN GAJI...

Tanpa Nama berkata...

Jgn lupa.... KPK adalah doktor dan dlm kkm, pkt beliau adalah turus 2, ksu kkm turus 3 je

Tanpa Nama berkata...

KKM ni hidup lagi ke..patut tutup saje..sistem kesihatan Malaysia ni dah lama bungkus..zaman sekarang kalangan ramai dah tahu kalau nak mati cepat...pergi sajelah ke hospital kerajaan....

ksu ada ke takde...lagi kan pula betina...siaplah kementerian ni....lingkup malaysia