SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

25 Mac 2013

CUEPACS: SEDIAKAN PINJAMAN MUDAH ELAK KAKITANGAN AWAM JADI MANGSA ALONG

Sinar Harian
25 Mac 2013

Omar Osman Omar Osman

KUALA LUMPUR - Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M) disaran mewujudkan skim pinjaman mudah untuk penjawat awam.
  
Dalam membuat cadangan itu, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, ia bagi mengelak penjawat awam daripada membuat pinjaman dari peminjam wang haram atau 'Along' dan agensi pinjaman yang mengenakan faedah tinggi yang dilihat membebankan.
  
"Skim pinjaman ini sesuai untuk perkara seperti kematian, persekolahan anak dan memperbaharui cukai jalan yang membolehkan peminjam memperoleh wang segera tanpa penjamin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung pertama KSA1M di Wisma Cuepacs di sini, hari ini.
  
Omar berkata melalui skim itu, penjawat awam misalnya boleh meminjam maksimum RM2,000 dengan tempoh bayaran balik selama tiga hingga enam bulan melalui potongan gaji.
  
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Saripuddin Kasim.
  
Dalam pada itu, Omar menggesa semua penjawat awam menjadi anggota KSA1M untuk menikmati kemudahan yang disediakan. Sehingga kini, 200 penjawat awam telah mendaftar sebagai anggota koperasi itu.
  
Dalam pada itu, beliau berkata KSA1M akan mengendalikan dua Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) iaitu di Bandar Tun Razak di sini dan Presint 16, Putrajaya selain peruntukan RM1.3 juta yang disalurkan KPDNKK untuk tujuan itu.
  
Omar berkata kedua-dua kedai dan peruntukan itu akan diserahkan secara rasmi April ini.
  
KSA1M ditubuhkan Februari tahun lalu dan keanggotaannya terbuka kepada semua penjawat awam untuk menambah pendapatan kumpulan pekerja itu. - Bernama

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagaimana koperasi penjawat awam ini, tentera ada koperasi, penjawat awam? kan kata telah ditubuhkan, bagaiman anak masuk ini, agar penjawat awam juga dapat dividen atas keuntungan tersebut dan tidak perlu untuk meminjam pada bank..

Tanpa Nama berkata...

oh cuepacs.....~

Tanpa Nama berkata...

NAIK MUAK AKU DENGAR KATA2 DAN MUKA ORANG NIE....DOK GEDEBUNG GEDEBANG...NAK NAIK KOLA/ELAUN RUMAH...LAST2 YANG TAK BISING DAPAT...KITA? MAKAN ASAP JE LAH...

Tanpa Nama berkata...

dah dapat nanti, ada ko ingat perjuangan cuepacs ke? dulu dpt naik gaji, ada ko beri sumbangan pada cuepacs yang menperjuangkan hak2 anda? kalau tak dapat bising sana sini, dah tak tahu bersyukur ke?

Tanpa Nama berkata...

bila tentera gan PDRM naik ko bising tak dpt, tp bila ko naik, ada ko beri kat org, ingatlan rezeki itu masing2 dapat.banyak sedikit itu hak allah yang tentukan,jgn nak iri hati atau dengki dengan org lain. Perjuangkan hak2 sendiri sudah, Bila orang lain dpt dulu terima kasih, bila time kita bersyukur lah... dan beri sedekah, insyallah rezeki kita akan bertambah.. ingatlah ayat allah... jika kamu bertakwa,insya allah akan tambah rezeki kamu dari jln2 yang tidak kamu sangka2.

Tanpa Nama berkata...

Jangan gaduh. Jom menang RM300 tunai di blog ni:

http://notakanan.blogspot.com/2013/03/teka-silang-kata-warisan-malaysia-siri.html

Tarikh tutup 31 Mac 2013. Mudah sangat!

Tanpa Nama berkata...

Tak abis 2 pasai pinjaman,sampai bila gaji nak cukup,PA gaji kecik tapi lagak macam menteri,terima la padahnya...ALONG saja tau ajaq...

Tanpa Nama berkata...

apasal omar boleh terfikir nak buat skim pinjaman untuk PA ni ? ingat boleh selesaikah isu E.P dan COLA ? nak pedajal PA orang kat cuepacs ni .Lebih baik register jadi Bank untuk PA so ada juga saham .

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya jika najib tak naikkan EP dan COLA dan tidak TEPATI JANJI dalam isu merapatkan jurang gaji PA bergred rendah tak kisah . Cuma masalahnya bila harga barang turut naik selaras dengan kenaikan gaji gred atas . Gaji PA gred bawah ni payah nak kejar walau kerja 10 tahun pun tetap tak dapat nak cover perbelajaan . Sepatutnya najib tubuhkan agensi pemantauan dan kawal kenaikan harga barang . Harga minyak tak naik tapi harga barang naik , gula naik seposen roti naik 50sen . Lepas ni confirm bila akan naik lagi .

Tanpa Nama berkata...

DUO SATU KOCIK BONAAAAA


OMPEK SATU SONYUM LEBAAAAA

AH HA

Tanpa Nama berkata...

Negeri dibawah Pakatan Rakyat telah terbukti dengan tadbir urus yang terbaik sebagaimana mendapat pegiktirafan dan penghargaan dari Lembaga odit Negara, justru Pakatan Rakyat mengajak bersama sektor awam untuk bersama kita membuat perubahan demi masa depan Malaysia yang lebih Cemerlang dan maju untuk turut dinikmati bersama oleh rakyat termasuk kakitangan disemua sektor awam, "Negara terus maju berjaya rakyat dan kakitangan yang berjasa turut tetap merasa"

Tanpa Nama berkata...

Nak pinjam bank pun jabatan tidak luluskan...baik pinjam ahlong...

Suejue Kecek berkata...

saya ingin membuat pinjaman

Suejue Kecek berkata...

saya ingin membuat pinjaman