SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA TONGGAK KEMAKMURAN NEGARA

25 Mac 2013

CUEPACS cadang KSA1M wujudkan skim pinjaman mudah penjawat awam


Malaysia Insider
March 25, 2013

Datuk Omar Osman





















   
KUALA LUMPUR, 25 Mac — Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M) disaran mewujudkan skim pinjaman mudah untuk penjawat awam.Dalam membuat cadangan itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman berkata ia bagi mengelak penjawat awam daripada membuat pinjaman dari peminjam wang haram atau “along” dan agensi pinjaman yang mengenakan faedah tinggi yang dilihat membebankan.

“Skim pinjaman ini sesuai untuk perkara seperti kematian, persekolahan anak dan memperbaharui cukai jalan yang membolehkan peminjam memperoleh wang segera tanpa penjamin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung pertama KSA1M di Wisma Cuepacs di sini, hari ini.

Omar berkata melalui skim itu, penjawat awam misalnya boleh meminjam maksimum RM2,000 dengan tempoh bayaran balik selama tiga hingga enam bulan melalui potongan gaji.Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Saripuddin Kasim.Dalam pada itu, Omar menggesa semua penjawat awam menjadi anggota KSA1M untuk menikmati kemudahan yang disediakan. Sehingga kini, 200 penjawat awam telah mendaftar sebagai anggota koperasi itu.

Dalam pada itu, beliau berkata KSA1M akan mengendalikan dua Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) iaitu di Bandar Tun Razak di sini dan Presint 16, Putrajaya selain peruntukan RM1.3 juta yang disalurkan KPDNKK untuk tujuan itu.

Omar berkata kedua-dua kedai dan peruntukan itu akan diserahkan secara rasmi April ini. KSA1M ditubuhkan Februari tahun lalu dan keanggotaannya terbuka kepada semua penjawat awam untuk menambah pendapatan kumpulan pekerja itu. — Bernama

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya ya ya...keep drifting datok..jawatan senator menanti mu...

Tanpa Nama berkata...

Cadang...cadang....cadang...kna tpu jelah kite ni..

Tanpa Nama berkata...

KAWAN SAYA SUDAH PINJAM 250000.00
DARI MBSP UNTUK JOLI

Tanpa Nama berkata...

Jangan gaduh. Jom menang RM300 tunai di blog ni:

http://notakanan.blogspot.com/2013/03/teka-silang-kata-warisan-malaysia-siri.html

Tarikh tutup 31 Mac 2013. Mudah sangat!

Tanpa Nama berkata...

xsabar nk raya.....

Tanpa Nama berkata...

...ada banyak sebab perlu tukar...

Tanpa Nama berkata...

cuepacs...cuepacs... cuepacs... apa ke jadah ajar PA buat pinjaman. Ajar le PA buat simpanan bhai!!! Macamana le PA nak senang hidup kalu asik meminjam?? pinjam along ker... pinjam cuepacs ker... suma tu sama aje. Meminjam tak akan menyelesaikan masalah!!! pinjam kena bayor bhaii!! pinjam...bayor...pinjam...bayor...pinjam...bayor...bila nak hidup bebas hutang bhai??? Mati dalam hutang ler kome esok bhai! adoiiii...bengap betol mantle cuepacs nih.

Amran berkata...

Canteeekkkkkk...aku cadang nak pinjam RM300K. Aku nak sambar BMW sebijik, bakinya buat kahwin. yeeeeeehaaaaaa!

Tanpa Nama berkata...

aku pun mau pinjam juga tapi kalau terdesak ja kalau tak byk gi bank bole loan lebih byk gi boleh pinjam tq cuepacs

Tanpa Nama berkata...

aku mau jadi ahli tapi mcmna dan kat mana tq

Tanpa Nama berkata...

NAIK ELAUNNYA TAK, NAK MINTAK PA BERHUTANG SANA SINI...INILAH SATU2 NYA PRESIDEN DI DUNIA YANG GALAKKAN PA2 BERHUTANG...

Tanpa Nama berkata...

DUO SATU KOCIK BONAAAAA


OMPEK SATU SONYUM LEBAAAAA

AH HA

Tanpa Nama berkata...

Negeri dibawah Pakatan Rakyat telah terbukti dengan tadbir urus yang terbaik sebagaimana mendapat pegiktirafan dan penghargaan dari Lembaga odit Negara, justru Pakatan Rakyat mengajak bersama sektor awam untuk bersama kita membuat perubahan demi masa depan Malaysia yang lebih Cemerlang dan maju untuk turut dinikmati bersama oleh rakyat termasuk kakitangan disemua sektor awam, "Negara terus maju berjaya rakyat dan kakitangan yang berjasa turut tetap merasa"