SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

26 Oktober 2009

CUEPACS MAHU JUMPA PM BINCANG BONUS 2 BULAN

Berita Harian
Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
27/10/2009




Bantuan khas turut dibangkitkan pada pertemuan itu KUALA LUMPUR: Cuepacs mahu kerajaan memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.6 juta kakitangan awam dan pesara perkhidmatan awam di negara ini walaupun perkara itu tidak diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada pembentangan Bajet 2010 Jumaat lalu. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Perdana Menteri hari ini bagi memohon mengadakan pertemuan secepat mungkin untuk membincangkan perkara terbabit.
"Ahli majlis kongres Cuepacs hari ini (semalam) membincangkan dua perkara iaitu berkaitan dengan bonus dan bantuan khas. Hasilnya Cuepacs mahu bonus dua bulan diberikan kepada kakitangan awam. "Selaras itu majlis kongres mahu berjumpa dengan Perdana Menteri dengan kadar segera bagi membincangkan perkara ini," katanya selepas mesyuarat tergempar kongres berkenaan di sini semalam. Beliau berkata, tuntutan bonus oleh kakitangan awam terhadap kerajaan bukan saja keputusan ahli kongres terbabit, malah ia juga rintihan daripada kakitangan awam pada peringkat akar umbi.
Omar berkata, Cuepacs juga membuat keputusan dengan meminta kerajaan supaya bantuan khas sebanyak RM500 turut diberikan kepada pesara pilihan dan pesara pilihan penswastaan. "Ia selaras dengan slogan Perdana Menteri, rakyat didahulukan, maka Cuepacs yang menjadi wakil kakitangan awam berhak mengadakan pertemuan dengan beliau bagi membincangkan perkara ini, selain mengadakan kunjungan hormat. "Kita tidak menjangkakan perkara ini (bonus), sebab sebelum ini bantuan khas sebanyak RM500 diberikan kerajaan. Maka tidak ada sebab bonus tidak diberi, jika kerajaan tidak mahu bagi, baik tidak bagi langsung," katanya. Katanya, kali terakhir kakitangan awam di negara ini mendapat bonus ialah pada penghujung tahun lalu iaitu sebanyak RM1,000 ataupun sebulan gaji.
Beliau berkata, mutu perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan awam kepada rakyat kian meningkat dan tiada alasan untuk kerajaan tidak memberikan bonus. Selain itu, katanya, pihaknya juga akan membangkitkan mengenai nasib kira-kira 50,000 kakitangan awam secara kontrak di negara ini yang berdepan dengan kemungkinan akan ditamatkan kontrak dalam pertemuan itu. "Kita berharap kakitangan kontrak dapat diserapkan ke jawatan tetap, kerana mereka sudah lama berkhidmat ada yang lebih daripada lima tahun. "Malah ada juga yang tidak mendapat potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan ini perlu perhatian," katanya.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

balik lah....cuepacs. syok sendiri je

Tanpa Nama berkata...

opahhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

setakat jumpa then bincang pastu habuk pun tarak..sekadar nak memberi harapan palsu pada KA.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak bagi bonus tak yah bincang2 lg... kalau nak lihat penjawat awam bekerja ngan baik n klu tak nak hilang bnyk negeri kat pembangkang PM kena fikir panjang nak bagi bonus ka tidak... jgn dari 5 negeri menjadi 14 negeri..menyesal kemudian tiada ertinya

Tanpa Nama berkata...

lulus PTK pun tak guna..... banyak sangat la syarat 2 yang di cipta....entah la.....KPI la segala macam..... habuh pun ta rak....

Tanpa Nama berkata...

44 keatas dah ada elaun keraian tak kan terima bantun khas lagi kot..... biasanya orang susah ja yang terima bantuan....

Tanpa Nama berkata...

RM500? BUKAN LAH TAK BERSYUKUR TAPI GAJI YG ADA DAH MMG UTK BAYAR YG HAKIKI . MERANCANG UTK RAYA? DAH MMG TAK ADA RANCAGAN PUN KALAU SETAKAT RM 500 TUH !