SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Oktober 2009

CUEPACS TUNTUT 2 BULAN BONUS

Bernama
16/10/2009 8:45pm



KUALA LUMPUR 16 Okt — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memutuskan untuk menuntut dua bulan bonus bagi 1.2 juta penjawat awam.
Presidennya Omar Osman meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan perkara ini semasa mengumumkan pembentangan belanjawan bagi 2010 pada 23 Okt depan.
Keputusan Cuepacs itu dicapai pada mesyuarat Kongres Cuepacs yang dihadiri oleh kira-kira 120 ahlinya hari ini.
Omar berkata Cuepacs banyak mendapat laporan dan aduan ketidakpuasan hati selepas kerajaan mengumumkan bantuan khas bulan lepas sebanyak RM500 hanya untuk penjawat sokongan sahaja dan bukan semua.
"Kita berharap pengumuman pembentangan bajet pada Oktober ini memberikan berita yang baik kepada anggota perkhidmatan awam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Cuepacs di Bangunan Puspanita di Jalan Hose, di sini.
— BERNAMA

40 ulasan:

1Borneo berkata...

Nak katakan saya menyokong atau tidak menyokong pemberian bonushati sepenuh , susah gak....kalau pak jib beri bonus 2 bulan, harga barang akan melambung naik, marked my words...kesian gak dengan uncles and aunties kita yang tidak bekerja dalam sektor kerajaan seperti nelayan or petani....alang-alang CUEPACS dah minta, minta juga kenaikan gaji sebanyak 10% untuk semua gred kakitangan, barulah kenaikan barang akan berlaku sekali jer...kalau sekarang umum bonus, lepas tu umum kenaikan gaji dalam tempoh 6 bulan dari sekarang, akan berlaku kenaikan harga barang sebanyak 2 kali ....nak katakan kerajaan takde duit, rasanya mustahil sebab kita lihat je senario yang terkini, nampak seperti kerajaan banyak duit tapi kalau hakikat kerajaan takder duit, buat lah cara takde duit, jangan lah bazirkan wang rakyat....tapi apa yang penting kerajaan pantau kenaikan harga barang n perkhidmatan sebab kenaikan gaji or bonus takde maknanya kalau barang n perkhidmatan naik...kenapa kerajaan tidak ini membuat "kedai rakyat" yang boleh menawarkan harga barangan yang lebih rendah berbanding kedai biasa seperti di Venezuela kalau saya tak silap, barulah para peniaga tidak sewenang-wenangnya menaikkan haraga barang kerana ada ppersaingan, selain itu dapat juga membuuka peluang pekerjaaan untuk rakyat...

Tanpa Nama berkata...

mengapa jika kakitangan awam dapat bonus, harga barang akan naik pula? tak adil lah............................swasata dapat bonus, hagra pula tak naik

1Borneo berkata...

Entah, dari dulu dah macam tu...

Tanpa Nama berkata...

Kalo dapat bonus ok la,boleh la guna tk persiapan anak sekolah

Tanpa Nama berkata...

betul-betul...
orang ramai kate kerja gov senang, goyang kaki, makan gaji buta.. tapi pada hakikat, yer ker mcm tu? contoh saya suami isteri yang bekerja di sektor kerajaan.. bz je.. sampai mkn pon sejam sehari.. curi2 je.. kekadang tapau kat member je.. rasa gov skarang tak macam dulu.. tapi mentaliti orang lain sama mcm dulu...

kutuk kerajaan.. tapi bila org kerajaan dpt bonus sebuk tak puas hati... GLC, swasta dpt berbulan2,.. naper takder plak nk tolak... gov dpt 500 bayar dua kali pon.. nk kecuh...

Tanpa Nama berkata...

kerajaam naik gaji kakitangan awam dan beri bonus, harga barang terus naik harga. swasta beri bonus berbulan bulan, harga barang tidak naik pun.........mana keadilan????

Tanpa Nama berkata...

2 BULAN GAJI...BAGUS!!!! dulu pernah kita tak dapat bonus then 5 negeri jatuh kat tangan pembangkang...kali ni bagi 2 bulan gaji idea yang baik untuk menambat 1.2juta rakyat menyokong kerajaan...kalau tak dapat 2 bulan gaji...bayangkan 1.2juta rakyat menyimpan rasa tak puas hati..kalau dah ada rasa tak puas hati walaupun tak diluahkan pastilah ada kesan negatif terhadap kerja...HARAPAN..JANGAN TAK BAGI 2 BULAN GAJI PULAK..

Tanpa Nama berkata...

jangan mimpi lah,.....kakitangan awam, tahun ini tiada bonus. terimalah kenyataan. kerajaan tiada duit .
najib diutamakn, rosmah didahulukan
amboi.............................

1Borneo berkata...

bagaimana dengan kadar elaun perumahan yang dijanjikan untuk dinaikkan dulu...sekurang-kurang elaun perumahan hendaklah RM 200.00 sebulan, mana ada rumah sewa yang berharga RM 135.00. Lainlah pihak kerajaan dapat menyediakan kuarters untuk semua kakitangan awam, lain lah cerita

1Borneo berkata...

tapi kalau ada bonus, boleh gak buat deposit beli MYRON (perodua mpv). Dapat angkut anak-anak balik kampung salu...

p/s:; MYRON = My (Malaysia) + RO (Rosmah) + N (Najib).

Tanpa Nama berkata...

NAJIB DIUTAMAKAN, ROSMAH DIDAHULUKAN


klo rosmah kata beri bonus, najib baru beri................klo rosmah say NO, najib tak akan membantah

RosyFitrah berkata...

Bajet mesra rakyat mmg sepatutnya ada 2 bulan bonus utk menghargai golongan penjawat awam seramai 1.6 juta org. Sekiranya hg brgn naik, kita BOIKOT. Tuntutan bonus ini adalah HAK pekerja gomen dengan majikannya iaitu Menteri Kewangan. So, org private jgnlah menyibuk..

Mat Spy berkata...

Kenaikan harga barang tak boileh dijadikan penyebab kepada kerajaan untuk tidak memberi bonus. Kalau takut barang naik harga..KPDNHEP patut lebih agresif untuk menanganinya..bersama-sama dengan NGO.

Aku ada dengar desas desus kata ada elaun yg akan ditarik balik dan sebagai ganti kerajaan akan naikkan gaji KA. Bonus tak dengar cerita la pulak.

Tanpa Nama berkata...

tunggu sahaja hari jumaat ni.... 23 adalah harapan Kakitangan awam

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan Awan ni seolah pengemis.... Tiap2 tahun mesti menagih simpati dari kerajaan untuk mendapat sedikit KEBONUSAN dari pihak yang berkenaan....

Tanpa Nama berkata...

mcm mana dgn skim gaji polis yang telah di perkatok katik oleh pihak berkenaan....harap pihak berkenaan ambil kira pengorbanan yang dilakukan oleh anggota polis yang selama berkorban nyawa demi menjaga keamanan dan ketenteraman negara.....

Tanpa Nama berkata...

polis janganlah heboh pasal kenaikan gaji dan bonus. kamu polis tiap tiap hari boleh mendapat " bonus" oh........di tepi jalan sorok tangkap orang salah lalulintas. tapi peragut kamu pula takut

Tanpa Nama berkata...

polis hari hari ada " bonus" .sedih dan menyesal tak jaid ;olis..................

Tanpa Nama berkata...

SALAM 1 MALAYSIA!!!! Cakap pasal 1 Malaysia, maksudnya semua sama rata sama dapat sama rasa. kalau kakitangan awam dapat bonus macam mana pulak pekerja kontrak, buruh dapat apa??? dapat beban sengsara!!! WAHAI KERAJAAN...Kalau 1 Malaysia biar semua rasa, bapa saya pun nak juga rasa duit bonus...kalau bonus atau naik gaji harga barang kena sekat jgn naik sbb kesian org kpg dahlah tak dapat bonus nak dibeban pula dengan harga barang yang mahal...

Tanpa Nama berkata...

tak baik komen Polis hari2 ada bonus..yang tak tidor malam jaga keselamatan negara banyak.. jangan pukul rata kutuk.. orang kutuk gomen keja lepak pun kita terasa

Tanpa Nama berkata...

TU LA...H TAK BAIK TAU KUTUK POLIS HARGAILAH JASA DAN PENGORBANAN POLIS... TAK SEMUA POLIS ADA BONUS KAT TEPI JALAN....

Tanpa Nama berkata...

duit rasuah adalah tidak HALAL.polis kena hati hati. jangan ambil duit tu beli makanan untuk anak.seksa

Tanpa Nama berkata...

pegawai kontrak kerajaan bila lg mahu diserapkan???? kerja bertimbun. buat pinjaman tak dapat. nk beli rumah sendiri pun payah! mana dia rakyat didahulukan???

Tanpa Nama berkata...

memang patut kami dpt bonus 2 bln gaji, krn dah lama tak merasa, tpi knp tiap2 kali bentang bajet,bonus dijdikan satu isu terlampau. knp swasta contoh bank rakyat, petronas dpt 3 atau 4 bln bonus x ada yg bising.

Pekerja Bank berkata...

Bank Rakyat bagi pekerja-pekerjanya 10 bulan Bonus !!!!

Tanpa Nama berkata...

korang nie asyik2 kutuk PM. nak bonus tgg ajelah ari jumaat nie. nak elaun naik, tgg ari jumaat nie.
PM tgh sronok sbb baru menang satu kerusi kat bagan pinang. jd dia sudah menang satu malaysia.ada can dia nak bagi kenaikan elaun. Allah bagi bonus tiap2 hari, sorang pun x nak rebut. dok sibuk bila PM nak umum kan bonus.

Terkilan berkata...

Takkan Malaysia tak mampu bagi bonus tahun ni ????

Penjawat Awam di Filipina dan Indonesia pun dapat sebulan bonus.

Sendiri fikirlah................

Tanpa Nama berkata...

Penjawat Awam di Filipina dan Indonesia pun dapat sebulan bonus.


malunya PM Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Nak bonus tapi asyik kutuk Pm macam2. belum tentu dia bagi bonus dan belum tentu tak bagi bonus. tunggu ja belanjawan ni.

Tanpa Nama berkata...

Mengenai harga barang naik,langkah yang proaktif perlu ditangani oleh pihak KPDNHEP.Yg menaikkan harga barang adalah dr private sector yg banyak mengambil keuntungan dari rakyat terutamnya golongan miskin.Mana tindakan penguatkuasaan dan pemantauan KPDNHEP? menterinya tak turun padang anak buah ridur terbongkang..fikir fikir lah..
Bonus atau kenaikan gaji untuk kakitngan awam adalah wajar, kerana mereka berkhidmat untuk NEGARA bukannya compeny swasta yang memerah tenaga rakyat,tapi bila tak boleh kerja boleh BLAH..

Tanpa Nama berkata...

kit atak brape sokong klu minta 2 bulan gaji...bygkan klu gaji peg. atasan belas2 ribu, puluh2 sebulan tak ke byk nak sediakan bajet tu...cam ni laaa, bg sume rasa serta kira adil dan saksama...bg RM1500 - RM2000 utk setiap penjawat awam...sume org pasti rasa puas hati...peg. atasan lak tak yah la nak pertikaikan taraf jawatan lak...tinggi cam mn pelajaran n jawatan sekalipun...sume tu kegunaan dunia je..tak leh bawa ke kubur...

Tanpa Nama berkata...

saya tak kisah sgt ngan bonus tu kalau ada terima ja... tp apa yang tidak brapa puas hati ialah kenapa sebahagian daripada kementerian mendapat layanan dan keistemewaan yang sangat baik... cuba bandingkan mrka yg berkeja ngan di kementerian kesihatan dan kementerian pendidikan... kalau di kira mereka yg berkerja di kementerian pelajaran mendapat banyak layanan yg baik setiap kali bajet diumumkan.. contoh paling jelas ialah "time base"di jbtan pendidikan hanya 10 tahun bebanding ngan di kementerian kesihatan iaitu mesti berkhidmat selama 15 tahun bru layak mendapat time base.... kenapa mesti ada pebezaan ????????????????

Tanpa Nama berkata...

ala jgn fikirlah bonus 2 bulan tu.. cincai jer bagi jer setiap kakitangan awam rm3000 tidak kira jawatan.... baru adil.. kalau ikut gaji itu yg membebankan kerajaan tu, yg bergaji besar tersenyum lebar sedangkan bagi yg bergaji kecil hanya dapat sikit jer

Tanpa Nama berkata...

bajet 2010 dah dibentangkan.nampaknya tiada keuntungan terus kepada rakyat.semuanya diagih agihkan kepada mereka yang memegang kuasa besar.seperti konsesi pembinaan jalan, pelancongan dsb.rakyat didahulukan??pencapaian diutamakan?? untuk siapa & untuk apa?
rakyat miskin dan rakyat sederhana tidak dapat merasa terus.beben akan terus membebankan.

Pak Misai berkata...

hahahahaha..

Tanpa Nama berkata...

sabar PM... kita tunggu dan lihat 2013....bajet kali ni memang sangat, sangat, sangat, sangat, sangat, sangat mengecewakan... terutama kepada penjawat awam... tapi x apa... tunggu dan lihat ... nampaknya kerajaan sekarang ni memang MENCABAR kita penjawat awam... sabar kawan-kawan.... silap haribulan 2013 tukar kerajaan... jangan menyesal NAJIB....

Tanpa Nama berkata...

ni lah punca penjawat awam byk hutang.trus menanggung beban yg x da sudah.segala titk peluh penjawat awam x dihargai.layan kerenah manusia yg penjawat awam hadapi disia-sia kn.mungkin najib x pernh berjawatan rendah.ni lah jd nya klu terlalu ngikut

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak kisah jika kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan awam..sekurang-kurangnya beban ketika hujung tahun bagi kakitangan awam ini untuk menyekolahkan anak mereka bertambah ringan dan mereka tidak berada dalam keadaan tertekan.

Saya yang berkerja dengan sektor pendidikan swasta tidak pernah menerima bonus sejak 4 tahu berkerja dengan majikan..tapi saya tahu jika syarikat mendapat ke untungan tentu sebahagian daripada keuntungan tersebut akan diberi sedikit kepada kami...

tapi yang penting jgn berharap.

kalau dapat perlulah bagi kakitangan kerajaan ini bersyukur.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat nakkan perkhdimatan yang terbaik. Tak kiralah dari jab. kerajaan atau bank atau pasaraya sekali pun. Dengan erti kata lain, rakyat nak bila berurusan, semuanya habis dengan cepat. Tak mau tunggu lama, tak mau beratur lama. nak naik gaji ke, nak bagi bonus ke, sebenarnya rakyat yang bukan kakitangan awam, tak kisah pun. Tapi biarlah perkhidmatan yang diberikan setimpal dengan gaji & bonus yang diterima. Terutamanya staf yang duduk di front desk. Kalau muka dah masam, cakap pun iut nak tak nak saja, manalah orang tak marah. Itulah namanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sebab seorang dua ngular, yang lain pun dicop ngular juga. Tapi hari tu aku pi Pejabat Tanah, mau 2 jam tunggu. Yang kerani2 kat situ boleh duduk makan depan orang ramai yang menunggu ni. Nak makan pun, sembunyi-sembunyi la. Nak buat aduan pun, sampai ke pada Ketua jabatan? tah2 ditong sampahkan saja.

Tanpa Nama berkata...

kami sokong cuepacs!
teruskan usaha anda