SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Februari 2010

CUEPACS SYOR PENCEN PESARA MINIMUM RM500

Berita Harian
23/2/2010






KUALA LUMPUR: Cuepacs mahu kerajaan menetapkan pencen minimum RM500 bagi lebih 600,000 pesara awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebelum ia diswastakan, serta berkhidmat kurang 25 tahun bagi membantu meringankan kos sara hidup mereka. Presidennya, Omar Osman, berkata pihaknya pernah mengemukakan cadangan itu pada 2008 selepas menerima aduan daripada pesara terbabit, tetapi masih belum mendapat kata putus bahagian pasca perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Berikutan itu, katanya, tuntutan sama akan dikemukakan kepada kerajaan tahun ini. “Ketika pertama kali mengemukakan tuntutan itu, ekonomi negara dalam keadaan kurang baik. Bagaimanapun, kita percaya tuntutan sama wajar dikemukakan semula bagi membuktikan Cuepacs serius untuk membantu pesara yang berkhidmat kurang 25 tahun yang rata-rata memperoleh kadar pencen yang rendah, malah ada pesara GLC dan pesara kerajaan yang mendapat pencen antara RM200 hingga RM300 sebulan. “Kadar RM500 yang dituntut itu munasabah kerana jumlah minimum pencen pesara yang berkhidmat lebih 25 tahun ketika ini ialah RM720,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Tiada ulasan: