SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 November 2013

INOVASI: MALAYSIA DI TANGGA KE-23

Utusan Malaysia
31/10/2013

PUTRAJAYA 31 Okt. - Laporan Indeks Inovasi Global 2013 meletakkan Malaysia di tangga ke-32 daripada 142 negara yang mengiktiraf peranan utama inovasi sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran sesebuah negara.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, laporan yang dikeluarkan Universiti Cornell, Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) itu menunjukkan peningkatan pengumpulan mata Malaysia daripada 45.90 tahun lalu kepada 46.92 tahun ini.
Menurut beliau, kejayaan itu merupakan hasil inisiatif kerajaan dalam mentransformasikan perkhidmatan awam termasuk melalui perkongsian strategik antara agensi.Tambahnya, inovasi yang merupakan faktor penentu kejayaan dalam konteks pengukuhan daya saing sesebuah negara banyak membantu Malaysia merealisasikan matlamat membawa kesejahteraan kepada rakyatnya."Jadi, tidak hairan jika inovasi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini hari ini.Yang hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripudin Kasim.

Menurut Hasan, inovasi-inovasi yang dihasilkan pihak swasta dan agensi kerajaan memberi manfaat besar kepada rakyat dan negara.Contohnya, kata beliau, Institut Jantung Negara (IJN) menghasilkan inovasi baharu sehingga pesakit di negara ini tidak perlu ke luar negara untuk mendapatkan rawatan."Selain itu, kerjasama strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga berjaya memberi sumbangan yang signifikan dan berimpak tinggi kepada negara," katanya.Hasan berkata, kementeriannya tidak ketinggalan menghasilkan inovasi atau merealisasikan idea-idea bernas yang memberi impak tinggi kepada rakyat antaranya menerusi penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Tambah beliau, pihaknya juga mewujudkan projek Integrasi Rakan Dagang Kad Diskaun yang merupakan inovasi melibatkan kerjasama banyak pihak antaranya Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)."Apa yang kita banggakan projek ini bakal memberi manfaat kepada pelajar, anggota polis dan tentera, pesara serta golongan orang kurang upaya," katanya.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yaahoooo aku plak first...

Tanpa Nama berkata...

aku no.2...

Tanpa Nama berkata...

aku no 3....apa cerita kajian SST,SBPA,82 jenis elaun.takkan berita baik untuk 81 skim je......setahun kami tunggu...adakah hanya untuk ini saja...

Tanpa Nama berkata...

allah allah allah ya allah..
allah allah allah ya allah..

pahala mereka yg baca comment sy ni insyaAllah..

Hamba Hutang berkata...

Mohon Bonus 2 bulan gaji, nak bayar hutang Maybank.

Tanpa Nama berkata...

TOLONG BERTANGGUNGJAWAB PASTIKAN MAKLUMAT ADALAH TEPAT.


TAJUK KATA YG KE 23

ISI CERITA KATA YG KE 32

MANA YG BETUL?

Tanpa Nama berkata...

PT tak dpt apa-apakah? Hehe.... Leganya hati aku....

Tanpa Nama berkata...

Skim yg sepatutnya tersenarai di dalam 81 skimn bagi kenaikan gred di antaranya:1. Penghulu/Penggawa-dinaikan gred 41-44, kelayakan masuk Ijazah sarjana muda dengan kepujian.
2. Pembantu Tadbir-dinaikan gred 26-27, kelayakan masuk Diploma/STPM.
3. Pembantu Makmal-dinaikan gred 29-32, kelayakan masuk Diploma Sains/STPM aliras sains.
4. Juruteknik Komputer-dinaikan gred 29, kelayakan masuk Diploma Komputer sains.
5. Juruteknik audio-visual-dinaikan gred 29, kelayakan masuk Diploma Audio-visual.
6. Jururawat Desa-dinaikan gred 29-32, kelayakan masuk Diploma kejururawat.
7. Pembantu hal-ehwal Islam-dinaikan gred 27, kelayakan masuk Diploma pengajian Islam atau setaraf dengannya.
8. Imam/Noja-dinaikan gred 32, kelayakan masuk Diploma pengajian Islam atau setaraf dengannya.
9. Pegawai Kastam-dinaikan gred 27-32,kelayakan masuk Diploma undang-undang atau setaraf dengannya.
10. Pengawai penjara-dinaikan gred 27-32, kelayakan masuk Diploma undang-undang atau setaraf dengannya.
11. Pembantu Veterinar-dinaikan gred 27-32, kelayakan masuk Diploma sains atau setaraf dengannya.
12. Pembantu Audit/kewangan-dinaikan gred 27-32, kelayakan masuk Diploma Akauntan atau setaraf dengannya.

INI ADALAH SEBAHAGIAN DARI JAWATAN YG DI KEMUKAKAN, DENGAN SYARAT KENAIKAN GRED DALAM MENCAPAI PENJAWAT AWAM PENDAPATAN TINGGI MENJELANG 2020. ISYARAT JELAS DARI PENJAWAT AWAM DALAM PRK 2013 DI SUNGAI LIMAU TEMPOHARI, SEKIRANYA TIADA PENAMBAHBAIKAN BAGI PENJAWATAN LAIN, ISYARAT JELAS SETERUSNYA DARI PENJAWAT AWAM DAN RAKYAT DALAM PRU-14 NANTI.. PM,TPM,JPA,SPA,KPPA,KSN DAN KSU ANDA SEMUA SEDANG DIPERHATIKAN.

Tanpa Nama berkata...

PENBANTU TADBIR adalah jawatan paling malang dan paling tak guna tidak dipandang oleh cuepacs dan juga JPA sejak 50 tahun yang lalu oleh itu PT PT PT marilah kita berdemo/ mogok tidak payah buat kerja menuntut hak kita tidak diperlukan biar bos bos aja yg buat kerja dan bayar gaji semua.