SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 November 2013

MINTA PERCEPAT KAJI SEMULA ELAUN

Berita Harian
9/11/2013

Ipoh: CUEPACS meminta kerajaan mempercepat kajian semula semua jenis elaun dan insentif penjawat awam bagi menseimbangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya sudah menghantar semua maklumat berkaitan perkara itu kepada Perbendaharaan awal tahun ini dan hanya menunggu untuk dipanggil bagi memberi penjelasan lanjut mengenainya. “Bagaimanapun, sehingga kini kami belum dipanggil untuk membincangkan perkara itu. Justeru, kita minta Perbendaharaan mempercepatkan kajian semua elaun serta insentif baru dalam perkhidmatan awam yang tiada dalam Bajet 2014, baru-baru ini. /> “Kajian berkenaan perlu dilakukan secara menyeluruh, contohnya menaikkan elaun perumahan, penyelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) dan pinjaman perumahan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dan sesi dialog bersama warga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, di sini, semalam.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga berusaha untuk mempercepat pelaksanaan Skim Saraan Transformatif (SST) kepada kira-kira 700,000 penjawat awam di negara ini yang belum menerima tawaran opsyen itu.
Sebelum ini, katanya, 600,000 penjawat awam yang terbabit dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik dalam Bajet 2014 sudah menerima opsyen berkenaan, tetapi kongres mempunyai 1.3 juta penjawat awam seluruh negara.


Sertai badan sukarela

“Jadi, kita berharap kira-kira 60 peratus lagi yang belum menerima tawaran, dapat diselesaikan pada tahun ini supaya mereka dapat menikmati SST,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Omar juga mencadangkan penjawat awam supaya menyertai sekurang-kurangnya satu badan sukarela seperti Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pasukan Wataniah, bomba atau polis bantuan bagi memupuk daya inovasi, kreatif dan ‘berfikiran di luar kotak’.

“Selain menjaga kesihatan, ia turut membantu meningkatkan tahap perkhidmatan dan memberi sumbangan kepada kerajaan kerana penjawat awam tidak hanya semata-mata melakukan tugas mereka yang hakiki, sebaliknya mampu berfikiran di luar kotak,” katanya.

Pada sidang media sama, beliau juga menegaskan tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden CUEPACS bagi memberi laluan kepada pemimpin pelapis selepas tujuh tahun menerajui kesatuan itu.

212 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 212 daripada 212
Tanpa Nama berkata...

Aku pun tak faham maksud ko ni hehe diorg lg faham kot

Tanpa Nama berkata...

kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....muak dah,tak ada kesudahannya...

Tanpa Nama berkata...

semalam,anak murid aku baru habis paper akaun.....alhamdulilah,ALLAH pemudahkan mereka....letih menjaga budak ni....pas ni cuti sekolah ni tanda kertas spm pulak selama 2 minggu....takpelah,kerana ALLAH...2,2 minggu untuk keluarga, 1 minggu pengurusan sekolah persediaan sekolah tahun depan..........terima kasih cikgu aku dulu ajar aku jadi budak berguna..kini, waktu aku giliran aku menabur bakti......................

Tanpa Nama berkata...

Sy plak penat jadi pengawas spm akak..sampai budak berak kena ikut ke tandas.terpaksa tunggu dan cium bau tahi budak..ada elaun khas cium tahi budak tak nk tuntut

Tanpa Nama berkata...

Sy plak penat jadi pengawas spm akak..sampai budak berak kena ikut ke tandas.terpaksa tunggu dan cium bau tahi budak..ada elaun khas cium tahi budak tak nk tuntut

Tanpa Nama berkata...

Bersyukurlah dengan nikmat yang telah ALLAH berikan.... nak banding perkara dunia bandingkan dengan yang lebih rendah dari kita.... kalau nak bandingkan bekalan akhirat bandingkan dengan yang lebih bagus dari kita..... same same kite renungkan... rezeki datang dari yang maha kuasa...

Tanpa Nama berkata...

PENAFIAN KENYATAAN TAN SRI KPPA BERKAITAN PENYELARASAN KADAR ELAUN YANG BAHARU E-mail Cetak PDF
13 NOVEMBER 2013

"Berhubung Kenyataan Berkaitan Penyelarasan Kadar Elaun Yang Baharu Seperti Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Perumahan Dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) Untuk Penjawat Awam Yang Sedang Tersebar Melalui Sms, Ingin Saya Nyatakan Di Sini Bahawa Kenyataan Tersebut Adalah Tidak Benar. Sidang Media Saya Bersama Pihak CUEPACS Tempoh Hari Hanyalah Pengumuman Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan Yang Sedang Dilaksanakan Oleh Pihak Kerajaan Bagi Penjawat Awam Terbabit Dan Tiada Kenyataan Mengenai Apa-Apa Elaun" - Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Tanpa Nama berkata...

DATUK, SEDIKIT PENJELASAN BERKENAAN GROUP FT AKAN DI NAIK KAT GRED JGK KER..

Tanpa Nama berkata...

JPA oh JPA....ghdi 32

Tanpa Nama berkata...



BELUM LAMA SBPA GAGAL KERANA TIDAK ADIL, KALI INI SST HANYA SEBAHAGIAN YG UNTUNG...SST TIADA PENJELASAN YG KONKRIT DARI KERAJAAN..HARAP JANGAN GAGAL NANTI KALAU KEADILAN TIDAK DITERAPKAN

SEPATUT NYA YG PA SOKONGAN YG ADA DIPLOMA/IJAZAH/SARJANA & BERPENGALAMAN DINAIKKAN JAWATAN UTK MENGELAK KETIDAKADILAN. BAHARU NEGARA DPT TRANSFORM MENJADI NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI

Teratak kasih berkata...

Datuk, saya sangat bersetuju elaun diselaraskan di antara penjawat awam di Malaysia terutama elaun perumahan yang sekarang ini sgt jauh berbeza dan tidak mencerminkan 1 Malaysia langsung , double standard pun ada. Sangat tidak logik hanya menyeberang sempadan ( cth dari Merapok, Sarawak ke Sipitang, Sabah) dapat elaun berbeza sedang jaraknya tidak sampai 15km. Ibubapa mereka yang berasal dari wilayah lain ( cth Sarawak) tetapi anak mereka (kakitangan awam) telah lahir dan bermastautin sejak sekian lama di wilayah lain ( cth Sabah) juga boleh dapat elaun yang lebih tinggi.

Tanpa Nama berkata...

dimana jawapan yang ditunggu berakhir disember tp tiada sebarang jawapan dari mana2 pihak berikutan isu elaun2 semua yang dituntut...perrrgkkk..janji mana janji...janji ditepati

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 212 daripada 212   Terbaru› Baru»