SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

02 Mei 2011

AKTA MAJLIS KONSULTASI GAJI MINIMUM DIBENTANG PADA SESI PARLIMEN AKAN DATANG

Bernama
2/5/2011



IPOH, 1 Mei (Bernama) -- Kementerian Sumber Manusia akan membentangkan Akta Majlis Konsultasi Gaji Minimum Negara pada sesi Parlimen akan datang, kata menteri berkenaan Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata apabila dipersetujui dan diluluskan, Majlis itu boleh membuat penyelarasan berhubung gaji minimum untuk sektor swasta mengikut peruntukan undang-undang.

"Melalui Majlis itu, kita akan membuat pengumuman tertentu yang perlu supaya gaji minimum sektor swasta adalah selaras dengan kos kehidupan semasa. Majlis ini juga mempunyai kuasa untuk memastikan apa yang ditetapkan dipatuhi oleh sektor swasta," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Pekerja Cuepacs peringkat kebangsaan di Stadium Indera Mulia di sini Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan gaji minimum sektor swasta.

Sebelum ini, kajian Kementerian Sumber Manusia pada 2009 yang merangkumi 1.3 juta pekerja di negara ini menunjukkan bahawa 33.8 peratus daripadanya menerima gaji kurang daripada RM700 sebulan, iaitu di bawah kadar kemiskinan RM720 sebulan.

Kadar gaji bagi pelbagai sektor pembuatan misalnya elektrik dan elektronik adalah RM500 hingga RM550; tekstil RM500 hingga RM600; perabot antara RM550 dan RM700; plastik RM550 hingga RM650 serta sarung tangan getah antara RM500 dan RM650.

Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam, tumpuan kepada penyelarasan dan penstrukturan semula sistem penyampaian sedia ada perlu dilakukan.

Katanya kerajaan menyedari ada beberapa aspek perlu diberi perhatian dan diperhalusi dalam sistem penyampaiannya untuk mengurangkan kerenah birokrasi.

"Kita berharap pegawai dan petugas dalam perkhidmatan awam menerima perkembangan baru dalam suasana yang baik dan melalui pendekatan itu mereka boleh meningkatkan tahap praduktiviti mereka," katanya.

Pada sambutan itu, Pusat Perubatan Universiti Malaysia memenangi anugerah Majikan Prihatian Cuepacs dan Cuepacs Bahagian Wilayah Persekutuan memenangi anugerah Cuepacs Bahagian Contoh dengan kedua-dua menerima sijil penghargaan, wang tunai dan trofi.

-- BERNAMA

46 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

walauapa pun dibentang kat situ...tiada kata mufakatnya,masing2 dgn alasannya

Tanpa Nama berkata...

pe beza stpm gan diploma...klu gaji gred 17 ada stpm p1t10...klu da diploma p1t1?????...adil ke mcm ni?

Tanpa Nama berkata...

bentang,telentang?tk hbis2..aku dh bosan la..

Tanpa Nama berkata...

syarikat swasta kecil mcm tak dapat pe2 manafaat je

Tanpa Nama berkata...

kerajaan lambat bertindak betul bab naik gaji ni. Elaun pun tak bagi. Kira teruklah. Yang selalu kata nak bagi naik gaji dan elaun ialah Pakatan RAkyat. BN...tak mau amek tahu. Komen pun tidak. PAling2 dia kata kerajaan kena tengok kewangan negara dulu. Jadi jawabnya ialah...Pakatan RAkyat...

HantuKupek berkata...

Kementerian Sumber Manusia tu kementerian aku. buat dulu minimum gaji ikut kelulusan di sektor awam. tunjuk teladan dulu baru pikir nak buat untuk swasta. Kelulusan SPM bagi gaji SPM, STPM bagi cara STPM, Diploma bagi taraf Diploma. Ini ada Diploma IT tapi gaji tahap SPM. Komputer pejabat rosak kami yang dipanggil untuk repair sebab bos tau kita pandai IT. maksudnya pengetahuan Diploma kami tu digunapakai juga tapi gaji tak setimpal. Lain kali kami buat bodoh sajalah. Boleh?

Tanpa Nama berkata...

Hantu Kupek aku sokong mu !!!!!
Cakap perlu dilaksanakan oleh kerajaan dahulu sebelum arah swasta buat.
Hidup hantu Kupek.

Tanpa Nama berkata...

Pakatan manaada duit...setakat tabur janji memang hebat tapi laksananya....???Tunggu sampai kucing pakatan bertanduk la

Tanpa Nama berkata...

BN perintah negara pkai duit BN ker...duit kerajaan ngn duit parti xleh beza ker...bodoh piol...

Tanpa Nama berkata...

HantuKupek...betul2...orang IT la banyak terbeban...sekarang zaman IT..patut leh buat sendiri benda yang simple2...ni benda simple pun cari kami...cam ne????gaji bukannya tinggi pun...makan hati je lebih.

Rahman Nanyan berkata...

kita sewajarnya berasa insaf dengan kejayaan BN memberi kita kerja, membina byk bangunan dan jalanraya, serta ikhlas membangunkan bangsa tanpa mengharap sebarang balasan. Sifat inilah menjadikan para pemimpin Umno idola semua PA tak kira sokongan atau P&P.

Marilah kita bersyukur kepada BN dan usahlah percaya dakwaan palsu kononnya harga barang semakin mahal dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

10 mei ni dengar khabar cuepacs dan JPA buat majlis kakitangan awam. Entah2 nak umum naik gaji apa?

Tanpa Nama berkata...

klau rasa tak puas hati seelok2nya undur diri dari Pa ..ramai lagi kat luar tu yg sedang,maseh mencari kerja...hati senang jiwa tenteram.

mat skodeng berkata...

hantukupek


oi kalu lu tak boleh keja macam tu lu mintak le keja lain yg sama dgn TARAF lu tu. jangan nak menyebok pegi ke gred 17 ataupun buka bisnes sendiri loooo. bagi peluang mereka yang nak keja buat tu.

jangan marah tapi sebagai ingatan. kami di gred 17 ni cuma bising pasal gaji je tak bising pasal tanggungjawab loooo. masa nak keja semua boleh tapi bila dah keja besar kepala. tulah orang yang mempunyai diploma, ijazah yang keja dalam gred 17.. anda berani.

Mr.Paktam berkata...

hidupppp mat sekodenggg...

Tanpa Nama berkata...

en rahman mcm katak duduk bawah tempurung. ada ke barang semakin mahal dikatakan dakwaan palsu. hang tak pernah ke pasar kot, awatlah jadi bengong lagu tu. semua penjawat awam kalau rasa nak cuba perubahan, terjemahkan je di kertas undi pru13 nanti. Bagi peluang PR tunjukkan apa yg dikata, tak ok, kita ubah semula pru14. Bukalah minda, negara2 maju kat luar tu sering bertkar parti pemerintah, maju dan terus maju je, yg masalahnya di my ni, tahap otak umno banyak lagi kat pemimpin veteran..

Tanpa Nama berkata...

aku dapat ada kerja dan gaji ni pun da bersyukur. nak banding dengan kelulusan yang aku ada dengan kawan2 tak keja gomen.. sian depa.. nak hidup kena la ukur baju dibadan sendiri. jgn melaram sakan. last2 berkepuk hutang

HantuKupek berkata...

oit mat skodeng

yang aku cakap ni termasuk bab gaji jugak la. tanggungjawab repair komputer tu bukan tanggungjawab aku sebab aku Jurubahasa bukan Juruteknik. Tapi sebagai pemegang diploma kita ada skil tambahan dan ini yang memberi nilai tambah kepada jabatan. Kita minta ini diiktiraf dari segi tangga gaji mula atau tambahan gaji.

Kalau gred 1-16 dinaikkan taraf dari PMR ke SPM, maka selayaknya gred 17 dinaiktaraf dari SPM ke Diploma. Minta ini pun dikata besar kepala? Kepala atas kepala bawah?

Tanpa Nama berkata...

Kita tunggu janji 10 mei ada pengumuman pelarasan gred gaji baru dan elaun rumah, kalau tak puas hati kali ni kita boleh buat perhitunganpada pilihanraya diakan datang,apa macam setuju !

mana boleh tahan harga barang semua naik gaji kita kini dah merosot kuasa beli sebanyak hampir 40% hingga 45%

Tanpa Nama berkata...

hidup Hantu Kupek ... aku sokong mu.
10 mei ... pelawak..pelawak..pelawak ...
tarikh ditunda/tangguh daaa.

Tanpa Nama berkata...

Menteri Bayangan. Tak pa kita dah tengok komen kakitangan kerajaan..memang nak bagi gaji negara pendapatan tinggi sebelum 2020..setahun pendapatan 45 ribu ringgit,baki lagi 9 tahun..kita bagi opsyen pada kakitangan tanpa paksa,nak reja 10 tahun ke 50 tahun ke 80 tahun kita bagi..nak pencen awai pun kita bagi pencen...Tunggu nak penaik insuran kereta motor ni yang nak mai ni..Kita bayar ikut kelulusan..K..

Tanpa Nama berkata...

Menteri Bayangan..
lani duk tampung tirih duit negara,banyak sangat bocor...jangan terkejut jika menteri kewangan umum gaji negara pendapatan tinggi,baki 2 lagi pilihanraya...gaji 900 naik pi jadi 3000.hooo..masa tu harga teh tarik segelas Rm 20 dan nasi lemak haram Rm ...naik Rm 40 sebungkus..Rokok sekotak Rm 60.Sekerap sekilo Rm 30.. Gaji tukang kebun PAR starting Rm 3000...Pehhh...lani PA tengah lali duk tunggu 9 Tahun..Trima Kasih BN..I Lap U...

Tanpa Nama berkata...

a'ah negara berpendapatan tinggi pastu harga barang pun turut sama tinggi.kesudahannya sampai bile-bile lah PA akan sentiasa mintak naik gaji kalau harga barang tidak di kawal.

Tanpa Nama berkata...

10 mei???iyelah tu...tok sah berharap

PAS ROKET berkata...

Sijil Kemahiran(2 tahun)Sijil Pertanian,Haiwan,SKM dll masih sama dgn gaji SPM....mana adil Datuk..letih2 2 Tahun kursus lepas SPM makan gaji SPM lg sama dgn org PMR ke gred SPM 17..apa semua ni???Cuba terangkan pada Kami Datuk Pres..mana rasionalnya...atau JPA dan Kementerian Manusia perlu jawab semua ini...

Zul Kuala Nerang berkata...

toksah la kita kecoh2 pasal gaji ni, PA patut tumpukan tenaga utk menawan kembali kedah dr tangan PAS ni. mana2 PA yg x sokong UMNO wajar kita hantarkan ke ulu sarawak, agar kemenangan demokrasi tulen sentiasa berpihak kepada BN, pejuang sejati ikhlas dan setia

Tanpa Nama berkata...

tok perlu gadoh2...tak de feadahnya keluar airmata darah pun sekali cadangan ,rungutan anda hanya kedengaran disini jee...tak kemana pun...yg ade diploma,ijazah tu gantung kat leher gi hebahkan kat orang awam atau gantung kat rumah tu wat tetapan anakcucu

Tanpa Nama berkata...

apa nak pertikaikan perbezaan gaji kelulusan stpm ke diploma ka,siapa suruh mohon kerja gred 17,da memang tahu gred 17 gunakan SPM dan gaji dah memang macam 2,kenapa tak mohon kerja yang menggunakan kelulusan diploma yang ada.

Tanpa Nama berkata...

betul2... dah tau ada diploma,mintak la gred diploma... yang bodo sesangat mintak 17 apsal?????

Tanpa Nama berkata...

habis yang gred 16 dan ke bawah dan hanya ada kelulusan PMR kenapa nak dinaikkan ke gred 17 yang berkelulusan SPM. dah naik gred tentu naik sekali dengan gaji. dah tentu lah ada domino effect kepada gred lebih tinggi. takkan yang ini pun yakleh pikir yob?

Tanpa Nama berkata...

guru pun dulu-dulu pakai SPM ja. sekarang semua dah upgrade pakai ijazah tetapi masih buat tugas yang sama. apa salahnya kita upgrade PA yang lain pulak. yang tak nak upgrade ni jenis yang suka berada di zon selesa akibatnya kekal ditakuk lama dan PA semakin dipandang rendah.

Tanpa Nama berkata...

gaji rm1500 sebulan..kete myvi 2nd thn 2007 rm380 sebulan selama 7thn..simpanan untuk insuran kete n standby breakdown kete sebulan rm200.sewa bg seseorang yg duduk berasingan dgn isteri rm300 sbln utk sebuah bilik sahaja..sewa rumah untuk isteri dan anak2 yg duduk di kampung rm700 sbln(tanggungjawab suami)..belanja harian yg mampu di beri oleh si suami kpd isteri dan 2 org anak sebulan hanya rm400..lain2 tanggung@bayaran harian dan keperluan peribadi anak isteri akan di tanggung isteri itu sendiri..mkn minum suami yg tinggal bujang seorang diri di negeri org hampir rm400 sbln..bayaran bil utiliti hampir rm100 sbln..jumlah keseluruhan utk si suami perlu keluarkan setiap bulan rm2480..

gaji rm1500 - belanja bln sekeluarga rm2480 = -980

manaf Jeli berkata...

kami amat yakin bahawa cerita kononnya gaji PA x cukup adalah permainan pembangkang, ygn la PA terpengaruh. Jika x layak beli kereta, jgn beli kereta, ada faham x? BN dah buat yg terbaik, sesungguhnya pemimpin BN sanyat menjaga kebajkan rakyatnya, cuma kita wajar bersyukur dan mendoakan kebahagiaan para pemimpin BN sahaja

Tanpa Nama berkata...

masalahnya,guru tu ader training.. kalau pt n.17 naik 27.. tak semua yang ada diploma.. kan ke tak adil kalau naik 27 or 41 kalau yang ada degree.. yang takder dip or degree aper cite??? tgk je??? kita g blaja ambik dip or degree, mintak la jawatan yang sesuai dengannya.. tu jerr...

Tanpa Nama berkata...

kau mampos esok pemimpin2 UMNO yang nak bagi syafaat dkt kau ke??sampai kau agung2 sgt seolah2 diorg tu Tuhan pada kau.Kau menipu,tertipu dan selalu tertipu sampai tak tahu berapa kali lagi nak kene tipu...Tobat la manap jeli oiii...

Tanpa Nama berkata...

Dibentang pun tak guna punya..soal kebajikan pekerja tak kan di layan punya,ada je alasan,masalah kewangan lah ada saja alasan,tapi kalau bantu negara lain semuanya ok..duit kerajaan habis rosmah pakai..

Tanpa Nama berkata...

hahaha..setuju dgn komen atas nih..xyah la oit nak cete bab politaik dkt blog nih..kite just share ttng PA sudah ler..ttng politik tuh tggu lah time nak ngundi nti..M;sia mmg di akui negara berkebajikan..suka tlg negara2 luar yg ssh..bab tuh mmg tbaekk..tp harap slps ni jaga lah kebajikan PA yg ada nih..xrugi pon.kebanyakan nya bangsa melayu gak.org kerajaan jgk.mereka jugak yg akan myokong kerajaan..hrp mereka nti tidak jd musuh dlm selimut terhadap kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

ko sembah la BN tu wat tokpekong ko....mudahan2 ia yg beri ko feadah

Tanpa Nama berkata...

sokong Hantu Kupek..Kenapa nak marah dengan cadangan Kupek. cuba lihat diluar sana dah ramai yang berpendidikan tinggi tapi xde kerja, pembaziran ilmu dan tenaga kerja yang boleh menyumbang kepada pembangunan telah berlaku. Dulu guru sekolah rendah dipandang rendah sebab cuma ada SPM oleh sesetengah ibu bapa yang berpendidikan tapi sekarang tidak lagi..orang awam diluar sana pun sama juga. Hari ni lulus SPM macam dah tak bernilai yang dapat 10A berlambak yang dapat 20A lagilah ramai, anak-anak kita ramai yang dah belajar di kolej2 yang diiktiraf dan IPTA2 tempatan tak fikirkah apa akan berlaku ke atas mereka? kata nak jadi negara maju, tapi kakitangan awam masih berada di tahap pendidikan takuk yang lama..sb berada dizon selesa. di negara maju, untuk menjadi kakintangan awam gred rendah pun kena ada degree baru negara boleh maju...kerana kakitangan awam lebih berilmu dan dipandang tinggi dan dihormati oleh orang awam luar....

Tanpa Nama berkata...

ya! saya sokong Hantu Kupek dan saya cadangkan macam ni..
-SPM=N17 (p1t1)
-STPM=N17 (p2t1)
-Diploma FreshGred= N22 (ble naik hingga 26 ikut pengalaman kerja)
-Diploma dgn Lulus KPSL = N27 (ble naik hingga N40),
-Degree Fresh Gred= N27 (Ble naik hingga N40)
-Digree dgn Lulus KPSL= N41 (ble naik ikut pengalaman dan peperiksaan2 yg kakitangan awam yang seterusnya).
Hah!amacam anda berani ke arah perubahan kakitangan awam? blelah yang ada inovasi untuk sambung belajar ada semangat..yang malas nak berubah tu..biarlah di takuk gaji yang lama...ni asyik mintak naik gaji tapi diri sendiri dan ilmu pengetahuan serta nilai diri malas nak ditambah dan diperbaiki. sebab memang tak dapat dinafikan orang yang dah belajar ada nilai tambah dalam ilmu terpulang pada bidang yang diambil. Akhirnya orang2 awam yang lebih berilmu diluar sana memandang rendah pada kebolehan kakitangan awam. ANDA BERANI UNTUK BERUBAH??????

Tanpa Nama berkata...

ya! saya sokong Hantu Kupek dan saya cadangkan macam ni..
-SPM=N17 (p1t1- ble naik hingga N21)
-STPM=N17 (p2t1- ble naik hingga N21)
-Diploma FreshGred= N22 (ble naik hingga 26 ikut pengalaman kerja)
-Diploma dgn Lulus KPSL = N27 (ble naik hingga N40),
-Degree Fresh Gred= N27 (Ble naik hingga N40)
-Digree dgn Lulus KPSL= N41 (ble naik ikut pengalaman dan peperiksaan2 yg diberikan untuk kakitangan awam yang seterusnya).
Hah!amacam anda berani ke arah perubahan kakitangan awam? blelah yang ada inovasi untuk sambung belajar ada semangat..yang malas nak berubah tu..biarlah di takuk gaji yang lama...ni asyik mintak naik gaji tapi diri sendiri dan ilmu pengetahuan serta nilai diri malas nak ditambah dan diperbaiki. sebab memang tak dapat dinafikan orang yang dah belajar ada nilai tambah dalam ilmu terpulang pada bidang yang diambil. Akhirnya orang2 awam yang lebih berilmu diluar sana memandang rendah pada kebolehan kakitangan awam. ANDA BERANI UNTUK BERUBAH??????

Tanpa Nama berkata...

bangang.. cube kau kire dulu gaji 22 tu... senior juah gaji dari jawatan asal ooo...starting 22 tinggi lagi dari 27...

Tanpa Nama berkata...

dah..dah..jangan gaduh2 kita nk suarakan masalah kita, mungkin yg bujang mmg la tiada masalah, tp yg dah berkeluarga, yg dah ada anak bini ni masalah la sikit, tanggungjwb besar, harga barang dah naik, petrol lg, sewa rumah? nasib la aku dok kuarters, sbb nk cari rumah lg mahal. so x dpt la elaun rumah 180 tu wpun dlm agreement sewa kuarters ni 75 jer.. burn! hangus mcm tu jer! bantuan sara hidup dpt la 100 dr 200 tu..skang ni dgr citer nk naikkan Elaun rumah ok la tp kes mcm aku ni stay kt kuaters xder la dapat merasa elaun tu..kdg2 terfikir gak kenapa la x dpulangkan baki sewa kuarters tu? kan 75 je elaun umah 180 kan ade baki lagi 105..pening2..kalau lepas ni jadi naikkan elaun umah aku nk pindah jer dr kuarters ni, usaha jugak cari rumah luar...kerajaan x fikir ker kalau dinaikkan elaun sewa rumah tu dgn kes mcm aku ni tak nak stay kat kuarters dah..lepas ni banyak la rumah2 kerajaan (kuarters) ni kosong..x berpenghuni...dah la peruntukkan berjuta2 nk buat kuarters ni..pastu xder org nk stay..adus..kenapa la x naikkan elaun lain atau ujudkan elaun lain? kesian org2 mcm aku ni..bukan aku jer yg mengeluh..ramai lg yg mengeluh kes ni..terutamanya jawatan rendah mcm aku ni (staff sokongan)..nasib nasib..

Tanpa Nama berkata...

DAH BODOH....SOMBONG LAK TU

Tanpa Nama berkata...

aku tetap akan sokong kerajaan .. tapi kadang aku pikir bab duit ni leh wat orang berubah ... naikkan lah gaji bab aku takut aku sorang je yang akan undi kerajaan pru akan datang .. yang lain sume bengang bab kes gaji nie...

adaberada berkata...

Rezki tu ditangan allah, tapi kena usaha.
"Tuhan takkan mengubah suatu kaum itu, jikalau kaum itu tidak mengubahnya"
Kalau kau belajar malas, usaha malas, gaji kau kecik nak salahkan orang lain. Kau bodoh ke apa?
Nanti kau didik anak kau jgn jadi mcm kau, biar lebih baik dari kau. Faham, dah bodoh nak perbodohkan diri disini lagi.