SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

28 Mei 2011

GERBANG NEGERI : KAKITANGAN KONTRAK ' PENINGKAN' JPA

Berita Harian
Oleh Johari Ibrahim
bhnews@bharian.com.my
2011/05/27



KERAJAAN adalah majikan besar di negara ini yang mengendalikan kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam pelbagai peringkat. Status perjawatan pula ada yang tetap, tetap dan berpencen, pekerja tidak tetap atau pekerja harian sementara (PHS) dan pekerja kontrak.

Kumpulan pekerja kontrak itu pula berada dalam pelbagai jawatan termasuk tukang kebun, juruteknik serta guru yang juga disebut Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) atau kata sesetengah orang guru sementara. Ada juga yang bertaraf pegawai. Mengikut CUEPACS, kini kira-kira 45,000 kakitangan awam kontrak di seluruh negara dalam pelbagai jabatan sama ada Persekutuan atau negeri.

Seramai 13,000 GSTT pula masih menunggu tawaran Kementerian Pelajaran untuk diambil bertugas atau diberi latihan sepenuh masa sebelum diserapkan sebagai guru tetap.

Menerusi perbualan dengan pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), penulis membuat kesimpulan isu penyerapan pekerja kontrak ke status tetap antara yang ‘memeningkan’ jabatan itu.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman juga sejak dulu meminta kerajaan menyerapkan mereka ke jawatan tetap atau sekurang-kurangnya menyambung kontrak sehingga ke usia 58 tahun. Kita bersyukur jika semua pekerja kontrak diserapkan ke jawatan tetap seperti diminta CUEPACS. Namun, pembaharuan kontrak mengikut budi bicara kerajaan selain perlu memenuhi keperluan semasa.

Tuntutan pekerja kontrak diserapkan ke jawatan tetap nampaknya akan berterusan manakala di pihak kerajaan, JPA sentiasa dikekang dengan pelbagai had dalam tindakan terutama kos dan keperluan.
Omar dilaporkan berkata, ada sesetengah kakitangan awam kontrak yang sudah bertugas antara 10 hingga 20 tahun. Pada hemat penulis, penyambungan kontrak secara berterusan menyebabkan petugas menganggap jawatan itu adalah haknya dan kerajaan perlu meneruskannya.

Ketika banyak pihak mempersoalkan mengapa kerajaan melanjutkan kontrak sehingga begitu lama dan dijadikan rasional kepada tuntutan supaya kontrak terus disambung, ia tidak mengubah hakikat bahawa penyambungan kontrak adalah budi bicara kerajaan sebagai majikan.

Biasanya pengalaman kakitangan kontrak dijadikan asas supaya khidmatnya diserapkan sebagai pekerja tetap kerajaan, tetapi itu bukan isu pokok.

Majikan sama ada swasta atau kerajaan, berhak mewujudkan skim kerja kontrak untuk mengisi keperluan perjawatan jangka pendek kerana pelbagai sebab seperti kakitangan tetap bercuti panjang, kakitangan cuti sakit yang berpanjangan, mengikut suami atau isteri ke luar negara atau melakukan tugas bermusim.

Tetapi hakikatnya ialah pelantikan secara kontrak itu bukan bermakna satu jaminan kakitangan diserap sebagai tetap, ini perlu difahami sejak awal apabila seseorang menandatangani tawaran kerja kontrak. Justeru, jika kontra disambung, ia wajar dianggap ‘bonus’ tetapi jika tidak disambung mereka perlu menerimanya dengan hati terbuka.

Hak dan budi bicara perlu difahami dalam isu ini. Hak pekerja kontrak mematuhi kontrak serta menikmati segala bayaran yang diperuntukkan undang-undang, manakala aspek disambung atau tidak adalah budi bicara majikan. Penyambungan kontrak bukan hak pekerja.

CUEPACS berkata, kakitangan kontrak kerajaan memerlukan jaminan seperti kemudahan membuat pinjaman rumah serta persoalan ke mana kakitangan itu mendapat kerja baru jika ketika kontrak tidak disambung sudah berusia 40 tahun ke atas.

Bagaimanapun, sesi komunikasi dan perbincangan perlu diadakan secara bersemuka dengan kumpulan berkenaan untuk menjelaskan sebab jika sesuatu kontrak tidak diperbaharui. Perbincangan mungkin ‘panas’ tetapi itulah hakikat yang perlu dihadapi JPA dan kakitangan berkenaan.

Penulis ialah Ketua Biro Berita Harian Putrajaya

60 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PA kontrak...tak faham2 lagi status mereka,klau bahasa melayu xfaham..kena cakap bahasa orang gila

Tanpa Nama berkata...

berada lama dlm kontrak, itu sebab mereka mengganggap jawatan itu hak hakiki mereka. nak pulak dpt presiden mangkuk beriya-iya nak membela. aku dulu pun sebelum join kat PA, kerja swasta status kontrak..sebenarnya bebas;dpt offer lagi baik, cabut. bila dah boring duk KL, baru minta PA. masalahnya, PA yg kontrak ni mengharapkan serapan. itu yg malas nk mencari peluang lain. berani mohon loan beli kereta baru, dll. bila diberi notis, mula mengelabah..ntahla..

Tanpa Nama berkata...

kalau dah kontrak jgn mengharap sangat...carilah kerja lain.

Tanpa Nama berkata...

kalau dah nama kontrak, usah buat-buat tak faham. usah beranggapan anda pasti diserap. usah cakap wajar diserap, usah cakap wajib diserap dan usah cakap harus diserap. usah lebih sudu dari kuah. talian kerja anda bergantung simpati kerajaan. kalau ada .. adalah. kalau tidak ada .. tiadalah. baca kontrak anda lepas tu tengok kamus apa makna kontrak. argument lain tak berguna sesen pun. ke mahkamah pun anda pasti kalah. CUEPACS, anda ada ahli tetap. tumpukan pada yang pasti.

Tanpa Nama berkata...

jgn pndang rendah pada stf kontrak...mcm sy nie keje kat library desa...bkn senang ok..semua nk kena buat..klu x buat SKT x bgus..cuba buat yg terbaik tapi msih x dipandang...bila mintak bajet itu ini..semua x dpt..terpaksa la pkai duit sndiri

nur kasih berkata...

bukan pandang rendah pekerja kontrak tetapi fahamilah istilah 'KONTRAK' ianya boleh ditamatkan bila-bila masa saja, so sebelum sain kontrak baca dan fahamlah dulu isinya jangan bila dah dapat nak lebih2 pula. pengalaman saya ada pekerja kontrak mengalahkan pekerja tetap. boleh arah sesuka hati. maklumlah ada ijazah / diploma. kalu begitu pegi cari kerja lain le....cikaro lu

bard berkata...

bila diulas, "jgn pandang rendah" la, "jgn hina" la..aku pun tak tau la nak komen..

Kemas Terseksa, Perak berkata...

ni lah UMNO, kami guru KEMAS kontrak dari dulu, kini dan selamanya, kerja mcm guru lain tapi bila abis perkhidmatan xde pencen. hak2 selaku PA tetap juga dinafikan.

asal nak pilihanraya kami dijanjikan dengan jawatan tetap, kononnya JPA sedang pertimbangkang. dah berpuluh tahun pertimbangkang, takkan setiap tahun hanya pertimbangkan tanpa jawapan?

mungkin benar status jawatan kami ni hanya satu sandaran unbtuk memastikan kami terus membuat kerja2 parti UMNO shaja. Mana janji membela kami? Kami berkhidmat ikhlas demi negara dan parti, tapi racun yang diberi kepada kami.

Tanpa Nama berkata...

racun????bukan diorang bayar kamu gaji ker???kalo racun dah lama mati oiiiii...PA kontrak nie kalo dapat masuk tetap tu Alhamdulillah la..but kalo tak dapat..jgn blame orang lain..blame diri sendiri..sape suruh mintak?apsal dulu x keje lain yg tetap??

Tanpa Nama berkata...

istilah KONTRAk x perlu dlm jawatan kerajaan..klu nk mintak JAWATAN TETAP PN SUSAH..perlu ade orng dalam la...ape la...sy nie dh mcm2 mohon jawatan..semua menghampakan....kerja mcm2 buat dlam jabatan..x buat krg org atas merungut...SKT cacat..bila bg yg mereka nk..tgk ape yg merka balas...bila tnye bila nsib kami nk di bela...jwpan ermmm...tengah dlam perundingan....dulu ms temuduga dlm jawtan skg..ckp mcm mn...bila dh dok lama dlm KONTRAK...bila tnye,jwb benda sm...bkn x mohon keje lain...sedangkan peluang 2 x diberikan yang sewajarnye..sedangkan jwtan kosong 2 di buka untuk sanak saudara yg terdekat..PIKIR sndiri la...

Tanpa Nama berkata...

Fikir lah sendiri...jgn salah ini atau itu,sampai umor 58 lah jawatan TAk Berpencen kalau sendiri tak ubah...bukan orang lain nak ubahkan...nak katakan bodoh ...ada pandai pulak ..tata la

Tanpa Nama berkata...

Menteri Bayangan.
Asalamualaikum..kepada PA kontrak,anda jangan bersedih(LA TAHZAN)berusaha dapatkan yang tetap lagi terjamin..belajar cari peluang berniaga kecil kecilan...sambil cari kerja tetap,anda perlu berdoa,sembahyang tahajjud dan banyak bersedekah hatta memberi makan haiwan sekalipun..insyaallah,dengan niat ikhlas anda Allah pasti perkenankan permintaan anda..Ingat walaupun kontrak..anda berhidmat pada rakyat Malaysia,dan bukan pada pemim[pin parti.salam

kassim baharum berkata...

sesungguhnya apa yg BN buat sekarang adalah langkah untuk meningkatkan pencapaian sektor awam, pekerja kontrak memang diperlukan kerana mereka akan menjadi tulang belakang Umno dan BN nanti. Kita jgn percaya fitnah diatas kononnya BN x bela rakyat, kurang2 BN beri juga kerja, pernahkan pembangkang membayar pencen kita? jawabnya TIDAK! pernahkan pembangkang memberi kita wang ehsan RM500? jawabnya TIDAK!

jadi, secara mulianya kita WAJIB menghambakan diri kepada BN, UMNO dan pemimpinnya.

Tanpa Nama berkata...

ni sekor hamba bn...tak habis promo kat cini ...gi kipas belakang jawatan tertinggi moga dapat "anugerah bodek"

Melayu berkata...

kepada Kassim Baharum..apa maksud Menghambakan diri kepada BN tu..

Tanpa Nama berkata...

aku benci bila sikit2 cite politik..ape bagus sgt ke ko ni kassim...rezeki tuhan bagi bukan parti bongok...ko nak hambakan diri kat parti nk kejar ape?pangkat datuk??tan sri??

kassim baharum berkata...

aku x cerita politik, tapi kenyataan, ramai PA dah lupa tujuan berkhidmat dan siapa tuan mereka iaitu Umno dan BN.

Mereka juga mudah tertipu kononnya berlaku kemahalan harga barangan sampai tergamak desak kerajaan naikkan gaji, padahal gaji kita bergantung pada kedudukan kewangan kerajaan.

dari bayar bonus RM28 bilion untuk gaji dan bonus PA, baik gunakan untuk kesejahteraan rakyat dan parti. Semua rakyat merasa. Itupun masih ada yg percaya fitnah palsu pembangkang mengenai harga minyak.

Tanpa Nama berkata...

oi kassim...berkhidmat kepada kerajaan la..dlm kerajaan..tertinggi bukan BN or UMNO..tp Agong..UMNO skrg tak mcm UMNO dulu...dulu berjuang utk rakyat...skrg berjuang utk bini,kroni...abis rakyat2 kena tindas..harga brg tak naik?ko bodoh ke aper?tak pg kedai ker?bandingkan harga ayam,beras,gula,..dan lain2 lagi dengan tahun 90-an - 2000..dulu gaji rm1000 dah kira loaded dah...skrg?taraf miskin dah..ko pon satu...jgn sokong membuta tuli..rezeki Allah yg tentukan..bukan UMNO,BN,PR...

Tanpa Nama berkata...

kontrak tetap kontrak. kalau sedar diri memang tak dapat menyalahkan govt kalau diberhentikan. aku dulu kontrak gak tp hari hari dok pikir nak cari keje lain. aku tak pernah anggap aku akan kekal disitu. bagi yg kontrak skrg tak perlu la gamblekan masa depan anda dgn berharap diserap dlm situasi skrg. Govt dilihat bergerak ke arah mengurangkan bilangan PA dr menambah skrg. Hari tu dah freeze pengambilan baru PA, 1st time berlaku setahu aku

Tanpa Nama berkata...

Ni pandangan aku la selaku orang yg pernah bekerja sbg pekerja khidmat singkat, pegawai kontrak jpa dan skrg alhamdulliah dpt jwtn tetap. Sebenarnya benda ni berlaku sbb salah dan miscomm/mismanagement kedua2 belah pihak gak.

Yg kakitangan kontrak tu mmg betul patut dah tau status mcm tu cari je la kerja lain. Nampak sgt yg kjaan anggap korang tu sbg alat je utk selesaikan tugas2 pada kadar segera. Sbb sistem pengambilan kakitangan kita ni berpusat itu masalahnya. Nak tgg pengambilan ikut sistem sedia ada alamat berjanggut menunggu. JPA nak antar surat temuduga, nak cari panel temuduga, setting tempat, dan meeting utk tentukan pengambilan ni semua amik masa kurang2 3 bulan. Kementerian/Jabatan dah menjerit2 nak pakai orang so cara nak selesaikannya bg kuasa pd Kementerian utk lantik pegawai secara kontrak.

Masa aku status pekerja khidmat singkat tu mmg awal2 dah faham dtg keje ada gaji, x dtg xde fulus. Dan dia pun bgtau keje ni based on project jd paham la aku ni mmg mcm pekerja sambilan. Bila dpt keje lain cabut la cepat2 wpun keje yg aku dpt next kat swasta dan status kontrak. Tp okla yg penting gaji tinggi skit dr pks tu. Lps tu aku dpt la temuduga jwtn tetap PnP. Tp xde rezeki so xdehal tetap la aku keje ngan swasta. Tup2 dpt call JPA offer jwtn pegawai N41 tp kontrak serta-merta plak tu panggil. Hr ni panggil 2-3 hari lg kena repot duty.

Bg yg pandang rendah kat kakitangan kontrak dan kata mcm ’dah tau kontrak jgn la berharap’ aku nak ty korang kalo mintak keje kerajaan ke, swasta ke atau glc sekalipun, semua orang nak jwtn tetap. Kalau jwtn kontrak tu 3-4 kali ganda gaji jwtn tetap atau atas sebab2 peribadi seseorang tu mungkin lain citer la. Tp semua orang nasib berbeza2. Kalau yg dpt terus tetap tu, bersyukurlah. Apa yg aku nak highlight ni bg jwtn2 kontrak tp keje dan tanggungjawab sama mcm yg jwtn tetap. Contoh masa aku jwtn N41 keje sama mcm M41 bahkan xde pun yg tetap ni nak duduk kat bhgn aku tu sbb kena keje smp mlm/hujung mgg. Sama gak kes guru tetap dgn guru sandaran pun keje dan tanggungjawab sama gak kena sama2 mengajar n jaga kelas. Ataupun PT tetap dengan PT kontrak pun kena sama2 buat filing, hantar surat dll. Isunya kenapa Kerajaan x bg priority pd yg status kontrak ni utk ke jwtn tetap? Ada sesetengah yg kontrak tu smp nak 10 tahun pun Kerajaan x pertimbang utk bagi tetap padahal org tu la yg dok diharap buat pelbagai kerja. Cuba korang letakkan diri korang pada tempat kakitangan kontrak tu apa perasaan bila ada je org2 baru/fresh grad masuk tiap2 bulan padahal korang dah berapa kali pegi exam/interview tp x dpt2. Aku nak bgtau panel SPA ni pun kadang2 ada yg bingai gak mcm masa aku interview ari tu dok ty benda2 yg sgt teknikal dlm arahan perbendaharaan, perintah am dgn pkpa atas alasan aku dah keja sbg PKS yg keja 5 jam sehari tu je. Budak fresh grad ty knp nak keje kjaan, apa yg awk nak buat bila keje kjaan dan kalau awk diberi kuasa nak buat apa. Jd berdasarkan pengalaman aku pun mmg xde satu dasar yg ikhlas dr SPA/JPA utk serap kakitangan kontrak pun sebenarnya. Padahal in the frst place kakitangan kontrak ni jugak yg dilantik to shut the mouth of Kementerian/Jabatan pada kadar segera. Maka sepatutnya SPA/JPA kurangkanlah klasifikasi perjawatan. Buat klasifikasi based on keperluan. Kalau kerja tu daily routine bg la tetap. Kalau project based baru bg kontrak. Bila byk sgt klasifikasi tu yg byk timbul x puas hati. Yg sambilan bengang dgn kontrak, yg sementara x puas hati dgn tetap. Salah siapa?

jentayu

Akmal Hafsyam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

aku pekerja kontrak..aku tiada privillege..tpi aku bangga sbb boleh contribute a bit kpd service..sapa2 yg contractual scheme jgn takut end of contract,the market out there r hunting for those who r capable..survival means strive!

Tanpa Nama berkata...

Pemain bola bertaraf kontrak, tak risau sgt pun.

Tanpa Nama berkata...

mana2 yg potential patut serap..esp yg ada pengalaman dlm mgt n trade..

Tanpa Nama berkata...

hahaha...buang masa lah dok isukan kontark nih....najib, menteri tu taik gebang aja...kote pun tak dak....caka bohong...apa jaminan menteri ni nak duduk di kalangan orang beriman dan jamin masuk syurga pun tak taulah....bohong2 kakitangan kontrak ni lama-lama....
Yang jadi satu isunya kenapa time temuduga SPA...kakitangan kontrak dibaratkan tak perlu dapat kerja dah sedangkan mereka suda berkhidmat punyalah la...ada juga penemuduga pernah bertanya...sudah kerja kenapa mahu mintak kerja lain jawatan yang sama....bila sebub kontrak aja...dia kata..bagilah kat orang lain sama kerja tetap...kau pergi mampuslah kerja kontrak tu....bodohhhhh...kata penemuduga....pirah mabuk

Tanpa Nama berkata...

KELEMAHAN DAN KETIDAK HAK NYATA umum kakitangan kontrak kerajaan, PSH dan SANGKUT Kerajaan..

-Tidak layak SEBARANG pinjaman perumahan atau membina tandas sekalipun...kena guna subsidi kerajaan sahaja buat tandas
-Sekiranya di serap ke tetap oleh pihak majikan...caruman dalam KWSP yang dicarum semasa kontrak juga akan dikira dan ini adalah TIDAK ADIL...ibarat berkhidmat dalam tempoh percubaan juga..adil ka tidak adil
- Tidak layak mendapat jawatan tetap sekiranya sudah berkhidmat melebihi 10 tahun dalam kontrak kerana pihak kerajaan terpaksa membuat penyelarasan semula gaji...kepada P1T10 yang ni lah kot dikatakan memeningkan JPA tu kot....JPA pemalas....kalau malas berhenti kerjalah kakitangan JPA...
-Kemudahan yang digembar gemburkan di hospital kerajaan tidak ada...pernah juga terlihat kakitangan kontrak terpaksa juga membayar caj hospital kerajaan secara penuh....
-Setiap pembelian kenderaan wajib disertakan penjamin bekerja tetap walaupun cuma hendak membeli motosikal kapcai....ibarat lebih hina dari pekerja swasta...
-Kakitangan tetap cemburu dengan kakitangan kontrak kerana meraka lebih rajin berbanding dengan kakitangan tetap yang punch card balik tido....


Pergi belah penindas dari kakitangan tetap ni...pergi mampus

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Ni pandangan aku la selaku orang yg pernah bekerja sbg pekerja khidmat singkat, pegawai kontrak jpa dan skrg alhamdulliah dpt jwtn tetap. Sebenarnya benda ni berlaku sbb salah dan miscomm/mismanagement kedua2 belah pihak gak.

Yg kakitangan kontrak tu mmg betul patut dah tau status mcm tu cari je la kerja lain. Nampak sgt yg kjaan anggap korang tu sbg alat je utk selesaikan tugas2 pada kadar segera. Sbb sistem pengambilan kakitangan kita ni berpusat itu masalahnya. Nak tgg pengambilan ikut sistem sedia ada alamat berjanggut menunggu. JPA nak antar surat temuduga, nak cari panel temuduga, setting tempat, dan meeting utk tentukan pengambilan ni semua amik masa kurang2 3 bulan. Kementerian/Jabatan dah menjerit2 nak pakai orang so cara nak selesaikannya bg kuasa pd Kementerian utk lantik pegawai secara kontrak.

Masa aku status pekerja khidmat singkat tu mmg awal2 dah faham dtg keje ada gaji, x dtg xde fulus. Dan dia pun bgtau keje ni based on project jd paham la aku ni mmg mcm pekerja sambilan. Bila dpt keje lain cabut la cepat2 wpun keje yg aku dpt next kat swasta dan status kontrak. Tp okla yg penting gaji tinggi skit dr pks tu. Lps tu aku dpt la temuduga jwtn tetap PnP. Tp xde rezeki so xdehal tetap la aku keje ngan swasta. Tup2 dpt call JPA offer jwtn pegawai N41 tp kontrak serta-merta plak tu panggil. Hr ni panggil 2-3 hari lg kena repot duty.

Bg yg pandang rendah kat kakitangan kontrak dan kata mcm ’dah tau kontrak jgn la berharap’ aku nak ty korang kalo mintak keje kerajaan ke, swasta ke atau glc sekalipun, semua orang nak jwtn tetap. Kalau jwtn kontrak tu 3-4 kali ganda gaji jwtn tetap atau atas sebab2 peribadi seseorang tu mungkin lain citer la. Tp semua orang nasib berbeza2. Kalau yg dpt terus tetap tu, bersyukurlah. Apa yg aku nak highlight ni bg jwtn2 kontrak tp keje dan tanggungjawab sama mcm yg jwtn tetap. Contoh masa aku jwtn N41 keje sama mcm M41 bahkan xde pun yg tetap ni nak duduk kat bhgn aku tu sbb kena keje smp mlm/hujung mgg. Sama gak kes guru tetap dgn guru sandaran pun keje dan tanggungjawab sama gak kena sama2 mengajar n jaga kelas. Ataupun PT tetap dengan PT kontrak pun kena sama2 buat filing, hantar surat dll. Isunya kenapa Kerajaan x bg priority pd yg status kontrak ni utk ke jwtn tetap? Ada sesetengah yg kontrak tu smp nak 10 tahun pun Kerajaan x pertimbang utk bagi tetap padahal org tu la yg dok diharap buat pelbagai kerja. Cuba korang letakkan diri korang pada tempat kakitangan kontrak tu apa perasaan bila ada je org2 baru/fresh grad masuk tiap2 bulan padahal korang dah berapa kali pegi exam/interview tp x dpt2. Aku nak bgtau panel SPA ni pun kadang2 ada yg bingai gak mcm masa aku interview ari tu dok ty benda2 yg sgt teknikal dlm arahan perbendaharaan, perintah am dgn pkpa atas alasan aku dah keja sbg PKS yg keja 5 jam sehari tu je. Budak fresh grad ty knp nak keje kjaan, apa yg awk nak buat bila keje kjaan dan kalau awk diberi kuasa nak buat apa. Jd berdasarkan pengalaman aku pun mmg xde satu dasar yg ikhlas dr SPA/JPA utk serap kakitangan kontrak pun sebenarnya. Padahal in the frst place kakitangan kontrak ni jugak yg dilantik to shut the mouth of Kementerian/Jabatan pada kadar segera. Maka sepatutnya SPA/JPA kurangkanlah klasifikasi perjawatan. Buat klasifikasi based on keperluan. Kalau kerja tu daily routine bg la tetap. Kalau project based baru bg kontrak. Bila byk sgt klasifikasi tu yg byk timbul x puas hati. Yg sambilan bengang dgn kontrak, yg sementara x puas hati dgn tetap. Salah siapa?

jentayu

KAK JENTAYU....cuma anda sahaja memahami kami perasaaan kakitangan kontrak ni......yang lain pernahkah anda mencuba duduk di tempat kami.....feel it first ....for badmouth talk to all goverment contract worker....you badmouth just as infidel...

Tanpa Nama berkata...

anon 1:59,
dik ni ABANG bukan AKAK. xpe la dik abang harap adik bersabar mcm mana abang bersabar dulu. ada hikmahnye yg x nampak tau. bila kita kontrak kita akan lebih alert dan perform sbb kita tau salah langkah bila2 masa boleh kena tendang. dan atitud kita pun sesuai dgn market kerja semasa. kalau ada rezeki kat luar, pergilah dulu mana tau nnt dpt rezeki dlm gomen balik. ingat Allah sentiasa dgn orang2 yg bersabar.

jentayu

Tanpa Nama berkata...

mmg bikin pening tol la org2 kontrak ni..dah nama pon kakitangan kontrak masih nak meminta itu n ini.pas tu nak banding2 plak keja dorang dgn keja pa tetap..come on la.yg lagi tak tahan tu bila dorang kata dorang keja better drpd pa tetap.apa bukti??dengki la tu...hei bnyk bunyi korang ni.

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan Kontrak Memang Tak Sedarkan Diri..Harus pemeriksaan kesihatan setiap tahun

Tanpa Nama berkata...

mcm jentayu katakan...memanag betol yang tetap tak perform lebih baik dari kakkitangan kontrak because kakitangan kontrak lebih alert dan sayangkan jawatan mereka....

Tanpa Nama berkata...

anon bahlol 9:59,
apa yg aku ckp ni mmg hakikat. atitud kakitangan kontrak lg bagus dr yg terus masuk dpt tetap. kalau x knp hampir keseluruhan ketua2 pejabat kalau boleh nak sambung anak2 buah kontrak dia selagi boleh? kalau x da tentu ketua ofis tgg kontrak abis tendang je budak2 ni. dan kalau x kenapa kjaan dah tetapkan syarat PTD yg baru masuk ni status dia kontrak 2 tahun sebelum diserap? sbb dia da nampak orang yg masuk kerajaan ni nak hit jawatan tetap semata mcm kau lps tu malas buat keje hari2 dok ngular, taichi kerja, kurang ajar dgn pelanggan, x bertanggungjawab, asik komplen, ponteng dan 1001 masalah kau bawak kat ofis. nak buang keje payah byk birokrasi bila da tetap. jd sebelum diorang dpt status 'tetap' yg sgt2 mahal dlm sektor kerajaan ni, baik bg status 'kontrak' spy peribadi dan atitud diorg ni dpt dibentuk sbg pekerja yg baik sblm diorg ikut contoh sampah mcm kau yg x penah bersyukur dpt kerja jwtn tetap dlm kerajaan.

jentayu

Tanpa Nama berkata...

salam.. dicadangkan supaya kerajaan melantik seseorang ke jawatan kontrak terlebih dahulu sebelum diserapkan ke dalam jawatan tetap.

ini kerana pengambilan terus ke jawatan tetap menyaksikan ramai yg bodoh dan tak reti buat kerja.

so jika masih kontrak, kalau mereka tak reti buat kerja berhentikan sahaja. bg yg bagus dan cemerlang dicadangkan untuk dipertimbangkan supaya diambil terus ke jawatan tetap. ini baru adil kn?

kepada kome yg berjawatan tetap jgn sombong dan bongkak. rezeki allah taala yg berikan... tup tup kamu mati esok, apa mcm? dpt bawak masuk kubur ker????????????????

Tanpa Nama berkata...

sebab kerajaan tidak dapat serap pegawai2 kontrak kerana banyak peruntukan banyak DIBAZIRKAN untuk memberi keistimewaan kepada guru2 malaysia. bajet untuk bayar gaji TERLALU BANYAK disalurkan kepada guru2 pada tiap2 tahun. sikit2 guru, sikit2 guru. tiap2 tahun guru sahaja yg menerima keistimewaan. apa, ingat guru sahaja kah yg bagus dan berbakti kepada malaysia walhal ramai guru yg pemalas dan mengajar hanya melepaskan batuk ditangga namun ada juga yg bagus (ada ker???)

Tanpa Nama berkata...

ai,sian aku kat guru2 m,sia nie...asyik kena hentam je...yg menghentam tu dah cukup baik ker?dah cukup sempurna ker?ko cakap guru mengajar seolah2 melepaskan batuk di tangga?maybe guru ko kot...guru yg ngajar aku tak plak mcmtuh..guru dapat keistimewaan?semua atau segelintir?lagipon yg umumkan kerajaan..bukan guru ada ugut ke..paksa ke..orang nak bagi takkan nak tolak..macam ko la..kalo diberi naik gaji..naik pangkat..ko nak tolak ker?rezeki masing2 beb...jgn jadikan profession orang lain tmpt ko melepaskan geram...memang betul kata ko..ada guru yg ngajo seolah2 mcm nak taknak but kat mana2 kementerian..jabatan..orang2 mcm nie mesti ada punyer..tapi surely ada gak yg bagus kan?setiap tahun kita lihat...peratus kelulusan..upsr,pmr,spm,stpm meningkat naik..takkan bdk2 tu pandai sendiri kot?buang la perasaan dengki dan iri hati tu..cermin diri dulu sebelum kutuk or mencemuh orang lain..pk la..kalo semua orang kat dunia nie baik..jujur..amanah..tak perlu Allah adakan dosa pahala..tak perlu hantar nabi utk guide manusia..sorry to say..ko dulu belajar dgn siapa?pelik la..tak habis2 nak hina guru..takper aku pohon guru2 kat m,sia nie bersabar dan teruskan usaha mendidik walau apa jua hinaan dan cacian yg diterima..agak2 mampu ke mereka yg mengutuk guru2 nie meminta maaf atas fitnah dan cercaan mereka..kepada guru yg mengajar sambil lewa seperti melepaskan batuk di tangga..berubah dan bertanggungjawablah..kepada yg ikhlas, jujur dan bertanggungjawab..teruskan usaha mu..agar diredhai dan dirahmati Allah..insya-Allah..

Tanpa Nama berkata...

Saya Setuju jawatan kontrak diberikan untuk tujuan perlantikan ke tetap dahulu..tetapi tempoh adalah sepatutnya 2 tahun sahaja.....ni memastikan perkerja lebih terlatih dan alert dengan tugasan hakiki mereka....pada masa sama alah bisa tegal biasa.....memang jawatan tetap "amat mahal" di pasaran kerja...kerana kelebihan banyak diberikan kepada kakitangan tetap berbanding kontrak ,sangkut dan sementara.....didalam ni saya nyatakan hasrat keperluan kontrak diwujudkan dan apakah formula yang sesuai untuk bagi jawatan tetap kepada penjawat awam bukan tetap

1 : Kita tahu jawatan kontrak bersifat Ad-Hoc....untuk mengisi Projek Belanja Mengurus kerajaan dan pengisian pantas tanpa tapisan keselamatan SPA....kenapa perjawatan kontrak tidak diberikan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan, Jabatan Polis dan ATM....misalan dan contoh tugas seorang doktor warganegara dilantik tetap berhadapan dengan risko luaran pesakit dan ianya juga terjadi kepada gred U29, U11 dan lebih bawah lagi...tugasan berisiko memerlukan jawatan tetap......kenapa jawatan doktor kontrak diberikan kepada bukan warganegara.....hehehe...sendiri taulah kot

2 : Jawatan non critical seperti gred N,S,B,G,dan M tidak salah diberikan kontrak atau tetap...bergantung kepada option jabatan.......tetapi harus di ingat......ketua jabatan jangan suka menabur janji kosong kepada kakitangan kontrak seperti jaminan tetap.....ini terjadi kerana ianya adalah modal motivasi KJ atau kementerian kepada kakitangan kontrak..supaya mereka lebih komited dengan tugas...dan mereka pun tidak ada kemahuan untuk berusaha ke jawatan lain...silap siapa....KJ pun main peranan tu....

Apa-apa pun kakitangan kontrak boleh diadakan dan dihapuskan melalui dasar kerajaan...ianya merupakan karier yang tidak selamat sampai bila2 pun..berdoa agar semua mendapat pembelaan dengan sewajarnya.....buat guru GSTT...sekiranya anda ikhlas dalam tugasan anda...rasanya tak ada halangan anda ke KPLI ataupun DPLI...usaha tangga kejayaan....ketidak adilan kerajaaan adalah titik tolak kejatuhan parti pemerintah...Sekian...

Tanpa Nama berkata...

maksud kassim baharum.....menghambakan diri kepada UMNO, BN dan pemimpin nya...oklah..kalau aku ada bini lawa....pupp pap...si Ketua bahagian ni nak bini aku...aku kena bagi kat dia...macam tu ka....yang ni menunjukkan BN , UMNO lagi hina dari Firaun........masyallah...meghambakandiri hanya kepada Allah yang maha esa....subahanallah...bertaubatlah kassim baharum.....

Tanpa Nama berkata...

anon 11.26,
sy ulangi balik pendirian sy. bukan masalah skim ni boleh kontrak sbb non critical, skim ni kena tetap sbb kritikal. pendekatan yg patut diguna utk bg status tetap dan kontrak perlulah based on nature of job. keje doktor, cikgu, ptd, jurutera, dan lain2 umumnya bersifat daily routine bukan project based. seboleh2nya bg tetap. kalau nak cepat sgt xpe amik kontrak dulu tp KEUTAMAAN perlulah diberi pd staf2 kontrak utk isi kekosongan jwtn tetap sekiranya ada. ini x sdg org tu kontrak boleh pulak lantik org lain budak fresh jd tetap. apa beza dia dgn budak fresh tu? kalau jd senario mcm skrg kjaan nak downsize mungkin citer lain.

jentayu

Tanpa Nama berkata...

jom join private lagi best....effective n efficiency..just in time..

Tanpa Nama berkata...

kakitangan kontrak 40 ribu orang....bersedia untuk di isytiharkan mulflis akibat berhutang....bersedia untuk mencari kerja lain di sektor swasta dan bagi yang nak berkahwin atau bakal bertunang....tamatkan hasrat anda....tepat 13 September 2011 kita kan dijanjikan letak jawatan dengan notis bergaji 30 hari sebagai langkah nasi kangkang (kekangan) kerajaan untuk mengurangkan kos overhead time on based projek belanja mengurs kerajaan yang didapati membazirkan wang kerajaan...saya selaku pejawat kontrak menyeru semua yang diletakkan jawatan untuk hadir ke BERSIH nanti....sekian....

Tanpa Nama berkata...

Penulis ni punya knowledge pasal kakitangan kontrak obviously tak berapa "cukup". There's always 3 sides to every story la Bro. "Contract Staff, JPA and the truth". Nak tuduh kakitangan kontrak ni sekadar ganti orang beranak, ai nampak sangatlah tak bijak. Aku setuju dengan statement Jentayu tadi. Benda ni tak boleh pukul sama rata. Aku ni contoh lantikan kontrak untuk mengisi post kat sebuah Kementerian. Masuk terus saje aku terus disaring untuk tempat very high profile. Kononnya takde staf tetap di situ yang mampu buat dan aku dilantik berdasarkan pengalaman dan background pendidikan yang dianggap paling bersesuaian. Aku terima je dan buat seperti mana yang diarahkan. Part paling bangga bila minister dan top management happy dengan kerja aku. So aku dok la kat situ dekat setahun. Baru-baru SPA panggil interbiu kononnya untuk serap ke jawatan tetap. Macam Jentayu cakap la, bla-bla-bla. Tak payahlah aku komen panjang. Disimpulkan bagi panel SPA tu aku tak menepati ciri untuk lantikan tetap. Aku redha then bagi tau HR. Apa lagi terkejut bos-bos aku bila diberitahu kontrak aku akan ditamatkan soon. Diorang sibuk nak bagi perakuan including bos paling besar Kementerian aku untuk pastikan aku terus berada di situ. Lawak kan? Yang temuduga aku 20 minit kata aku tak layak tapi bos-bos kata aku jauh lebih baik dari staf tetap yang lama dalam servis dan diorang rasa tiada pegawai tetap yang mampu duduk di post tu. Yang lebih mengejutkan diorang ada antara pegawai tak perform langsung SPA pilih. Aku tak mahu komen. Bagi aku dah ketentuan rezeki dari Allah S.W.T. Namun Alhamdulilah minggu lepas aku dapat jawatan tetap untuk skim lain. Aku tak kisah skim apapun, janji tetap. Kepada yang anggap pegawai kontrak tak bagus dan seakan-akan meminta, sila fikir dulu ya. Ini bukan soal tak sedar diri tu lantikan kontrak tetapi sebenarnya suatu bentuk kesedaran kepada agensi yang melantik. Lantikan tetap kadang-kala memilih kerja tetapi lantikan kontrak menurut sahaja. Bila LNPT dikira, staf kontrak dapat 96, staf tetap dapat 81, What is that mean? It means staf kontrak yang cemerlang ada hak untuk mohon pertimbangan untuk diserapkan ke jawatan tetap though dalam perjanjian memang tak termaktub macam tu. Maksudnya gunalah budi bicara. Kalau dah jelas boleh buat kerje, ambik je la. Kalau nak ikut ego "kuasa melantik" yang rugi perkhidmatan awamlah sampai bila-bila. Ubahlah pendekatan dan mind set kalau nak maju.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih pada yg kutuk pekerja kontrak mcm kami.tuhan saja yg balas..ape pun kami redha dgn rezeki tuhan bagi..amin.

Tanpa Nama berkata...

kehilangan pekerja kontrak terlatih akan merugikan negara....nak latih pekerja baru bukan perkara mudah...kalau kerajaan masih berniat hendak menamatkan semua kakitangan kontrak pada September ni dengan menawarkan kami PHS atau PKS...tidak akan kami menunggu "durian busuk runtuh" itu....terima kasih

Tanpa Nama berkata...

saya adalah seorang kakitangan kerajaan yang berkhidmat sebagai pekerja kontrak selama 12 tahun di bahagian teknikal kerajaan tempatan.Sekarang saya telah diserapkan ke jawatan tetap dan betul apa yang dikatakan bahawa staf kontrak bila bekerja lebih berwibawa dan segala tanggungjawab dan tugasan akan diserahkan kepada kakitangan kontrak kerana kualiti lebih baik. Memang sedih sesiapa pun yang bekerja sebagai kakitangan kontrak yang tetap akan kata dah tau pekerja kontrak pi la cari kerja lain, tengok perjanjian kalau tak faham apa itu kontrak tapi bukan senang nak cari kerja lain. tapi rezeki ALLAH SWT yang beri. Cuma disini diminta supaya Dato Omar tolong cakap atau cadang dekat JPA supaya perkhidmatan Kontrak yang dapat tetap diambilkira tahun perkhidmatan untuk pencen dan sekiranya jawapan berkaitan ganjaran yang diberi menjadi penghalang maka duit ganjaran tersebut saya dan kawan geng kontrak sanggup bayar balik sebab service yang penting kalau ikut sudah 20 tahun berkhidmat tapi jawatan tetap hanya 8 tahun sahaja.KUP 15 tahun tak ambilkira. Bukan tidak bersyukur tapi minta CUEPACS tolong juga kerana apabila pencen gaji yang diterima amat sedikit sebab servis cuma 14 tahun padahal kerja sudah 26 tahun. TERIMAKASIH

Tanpa Nama berkata...

Betul tu Pak Omar tolong tengok sama nasib kakitangan KONTRAK Ni perjuangkan juga la jangan dok asyik perjuangkan benda yang sama aja.

Tanpa Nama berkata...

sesedapnya mengutuk kami pekerja kontrak..anda yg mngutuk tidak berada pd situasi kami..kalu tak, tau lah langit itu tinggi atau rendah...kerajaan hanya tau kontrak kontrak kontrak kononnya elak pembaziran smpai ms terminate..bekerja 10 thn 20 thn mash kontrak owh memang zalim..apa jd pd mrk ms dpn bl terminate??? aku dgr pun sedih giler xde perasaankah korang??..nak mintk keje lain skrg susah sb fktor umur tau2 je lah dah jd hamba 10,20 thn pastu amik pekeje dorg hanya amik kroni2 or kabel2..dan yg PALING aku BENGANG giler yg fresh graduate yg dpt keje..sapa yg bodoh..bodoh btl majikan, pengalaman tak diperlukan tp yg fresh yg dpt...agaknya btllah sumanya pilih BULU...dunia ni memang DAH TAK ADIL...pk pk blk..cepat lah dunia KIAMAT...

Tanpa Nama berkata...

Saya adalah pekerja kontrak di sebuah kementerian..sebelum memasuki kerja kerajaan ini,saya telah bekerja di sektor swasta selama 6 thn..kali pertama masuk,sangat terperanjat dengan budaya n work culture. Ini kerana,berdasarkan pengalaman di sektor swasta,kerja dan prestasi sentiasa dinilai bg kenaikan gajintahunan dan bonus..
Oleh itu, dengan pengalaman dan keikhlasan hati saya bekerja dengan bersungguh2 dan yang menarik perkhidmatan dan mutu kerja lebih baik dari pekerja tetap. Ini bukan omongan kosong. Pekerja tetap sedia ada sering mengelak kerja yang diverikan dan seterusnya pekerja kontrak yang akan diberi tugasan oleh ketua. Realiti sebenar,pekerja kontrak memang lebih baik prestasinya dari jawatan tetap. Mungkin kerana kami sudah biasa dengan work culture sektor swasta. Namun bagi fresh grad yang masuk sebagai kakitangan tetap, mereka cepat terpengaruh dengan budaya orangbtetap lama dan faktor " tetap" menjadikan mereka besar kepala.
Kerajaan terutamanya SPA dan JPA perlu membuka mata menbuat penilaian bagi staff kontrak. Pikirla demi anak bangsa. Pentadbiran di sektor kerajaan perlu berubah. Pembaharuan perlu dan biar ia setanding sektor swasta. Pekerja tet perlu mengubah mentaliti dan ikhlas bila bekerja.
Semasa bekerja di sktor swasta, ISO dan 5S sudah lama di iperkenalkan. Kerajaan baru2 ini sahja nk implement, pada pikiran saya pentadbiran sangat terkebelakang namun dengan pengalaman yang ada, saya gunakan sebaik mungkin.. Dan hasilnya unit kami bersih dr ncr dan sistem fail sangat tersusun. Ini adalah satu contoh..oleh itu, mohon untuk di pikirkan. Kami bekerja sejujur2 nya bukan menagih simpati untuk di tetapkan. Namun jika tiada rezeki, itu adalah ketentuan. Namun selagi bekerja, saya ikhlas dan akan bekerja dan berkhidmat sehabis mungkin tidak kira swasta atau kerajaan..
Renung2 kan dan selamat beramal..

Tanpa Nama berkata...

salam,,,,tumpang lalu sy adik lg,,bkn nak sokong siapa2 ye just nk bg pandangan seorang belia muda mcm saya..pada saya pekerja kontrak ke, pekerja tetap ke sama je,masing2 punya tanggungjawab tersendiri, jgn lh nak blme sesama kita, kita semua pon nak hidup cri reziki yg lebih baik untuk anak bini,..bagi saya lh rasional tak kewujudan pekerja kontrak ni?? disebabkan title pekerja kontrak ni lh bnyk isu yg timbul, apa kata kalau kerajaan tak perlu wujudkn title pekerja kontrak..cuba kita fikirkn kalau seorang pekerja kontrak yang dah bekerja lebih dari 10 tahun tetiba ditamatkan kontrak sedangkan pekerja tersebut dh banyak kepakaran, dan selepas ni akan digantikan pula dengan pekerja baru, bukan kh lagi satu hal melatih pekerja yang baru? apa akan terjadi kepada produktiviti sesebuah organisasi kalau terpaksa mencari pekerja baru,(latihan dan pembangunan harus diberikan terlebih dahulu) tentu sekali mengambil masa untuk melahirkan seorang pekerja yg betul2 setanding dengan kepakaran seorang pekerja 10 tahun tadi kn?...minta maaf kalau ada kata2 yg kasar..

Tanpa Nama berkata...

utk pengalaman bersama: Rezeki Allah yg berikan jgn terlalu berlagak kalau dapat tetap kerana anda hanya bernasib baik kerana mendapat rezeki lebih awal..yg kontrak perlu bersabar dan usaha lebih untuk mendapat kerja bukan mengharapkan kerja kerajaan sbb kerja kerajaan tidak menjamin anda seorg yg inovasi dan kreatif..yg kaya bukan yg kerja kerajaan tetapi yg BERUSAHA GIGIH...tgok org cina xkerja kerajaan pun kaya raya.....sama2 kita PIKIR......

hamba Allah,cyberjaya berkata...

REZEKI ALLAH ADA DIMANA2...TAPI DALAM DUNIA YANG BERGOLAK NI,MANA LAH LAGI HARAPAN PEKERJA KONTRAK YANG MASIH TIDAK DAPAT PEKERJAAN TETAP HENDAK MENGADU NASIB..KALO BUKAN PADA KERAJAAN YG MENGAMBIL BERAT AKAN KEBAJIKAN RAKYATNYA...DOA DAN USAHA TELAH DILAKUKAN,TAPI APALAH NASIB PA SEKARANG YANG RATA2 NYA DILANTIK STATUS KONTRAK...PEKERJA YANG RAJIN DAN BERDEDIKASI TAK KIRA APA STATUS PUN HARUS DIBERI GANJARAN,] SYUKUR PADA DIA YANG MEMBERI..KITA HANYALAH PENERIMA,]

Tanpa Nama berkata...

cadangan:
Pekerja tetap yang malas,markah LNPT rendah,bermasalah,mengular,masalah tatatertib dan sebagainya harus digantikan dgn pekerja kontrak yang berdedikasi,rajin,baik budi perketi dan patuh pada arahan....inilah yang sepatunya diamalkan oleh pihak atasan...bukan berdiam diri menyimpan org2 yang tidak dapat memberikan sepenuh hatinya pada pekerjaan yang dilakukan setiap hari...Orang yang berhak saja yang patut diberikan peluang,Renung2kan selamat beramal..

Tanpa Nama berkata...

Aku pekerja kontrak,..aku terasa ape yg korg katakan,..aku paham lau tak sambung tapi korang jgn menghina kami,..kami ade maruah,jgn ckap kami pekerja kontrak tak paham status yg bergantung simpati kerajaan,.Jgn tajam sgt lidah korang lau dh tetap rezki korg bersyukur n jgn nk hina kami,itu hak kami nk bersuara dgn pnuh makna n harapan,..

Tanpa Nama berkata...

Bagi PA TETAP kerja lah rajin2,bersyukurlah korg tak berstatus kontrak,Jadi korg tk tahu sush n payah brstatus kontrak,memg banyk keje lain tapi 1 krugian kalau pengalaman di sektor Awam di buang begitu saja,sbg pkerja kontrak aku bersyukur namun apa akn terjadi pada ms akan dtg,bgaimana dgn ank bini kami,bgaimana dgn penglmn n sumbngn kami,aku pantang dgn lidah stajam jarum n hati umpama api,bagi yg persoalkan hak bersuara pekerja kontrak,.

Tanpa Nama berkata...

kepda tnpa nama berkata k...cb lah ckp 2 jgn kurang ajr sgt hormat lah org ckit..d0rang p0n manusia mcm awk jg kn..klu ye p0n dh kj tetap bersyukur lah ckit kn ni tak nk mengata org je kn..npe dlu tak g sekolah ke???rugi duit mak bapak je anta bljr tp kurang ajr..ke mmg dh dr kecik mak bpk ajr mcm 2...mmg di lahir kn t0k jd kurang ajr ke???dh2 lah 2 nk k0men org bkn2..bkn dpt pape p0n kn..npe ckp mcm 2 dpt duit ke???dpt nek gaji ke??xp0n kn..s0 bljr lah h0rmat 0rg ckit k..sblm org x reti nk h0rmat awk ye..(KEPALE BAPAK K0 LAH)HAHAHAHAHA....

Tanpa Nama berkata...

lor.. macm tu org kakitangan tetap cakap. patut la dpt tetap... perangai ....TETAP (*&*&&^*0:)

Tanpa Nama berkata...

staff kontrak lagi bagus daripada staff tetap..sebab staff sudah merasa selamat..sebab itu, staff tetap yang banyak memalukan sektor awam di mata rakyat...disgrace!! datang keje..tapi jual barang pada masa yang sama..just rubish

Tanpa Nama berkata...

Bagi yang mengutuk pekerja kontrak tu, paham2 la bumi ni bulat. kalo ko dah tetap, anak ko, keturunan ko tak tetap lagi..tapi diorg mesti boleh masuk dengan kabel ko ye tak?menjawab la kat akhirat..

aku pun pekerja kontrak. pada aku kalo nak kekalkan status kontrak ni selamanye pun takpa.swasta banyak je kontrak, takde masalah pun.kekal kontrak, kwsp berjalan, lepas pencen at least ade kwsp.

sebagai status tetap, yg aku rasa susah, ialah nak beli rumah, gaji PnP tapi sbb status kontrak, loan bank 100k je.bukannye aku memilih tak nak beli flat atau apartment, tp cuba fikir bila keluarga makin besar,orang tua datang,selesa ke?

orang bercakap sebab diri dah selesa memang susah nak paham orang yang memikirkan nasib terumbang-ambing.

Tanpa Nama berkata...

Aku pon slh sorang PA kontrak.Aku sedar nasib dan status 'seorang PA kontrak'.Masa sain agreement pon tau naseb camner..Tp sgt terkilan dgn kenyataan berupa cacian dan makian drp anonymous2 diatas ni... Sbg pekerja kontrak, aku masih lagi berusaha mencari kerja-kerja tetap yang lain.Memang Tak mengharapkan disuap.Tgh BERUSAHA!.Tp apakan daya, rezeki belum menyebelahi.Begitu juga dgn geng2 kontrak yg lain aku rasa.Aku x prnah letak harapan pon utk diserap.kitorang sedar kot...Tp berharap utk disambung seperti biasa sementara nak dpt kerja tetap/kerja lain ke.Ingtla wahai anonymous2 a.k.a PA tetap semua, rezeki tu Allah bagi.Klau bongkak sgt, Allah boleh tarik.

p/s:Pnat menjawab phone call PA Tetap yg slalu mengular kat cni..he he

Tanpa Nama berkata...

DAH TETAP SEDAPLAH CAKAP....

Tanpa Nama berkata...

ALHAMDULILLAH.....
KEPADA MANUSIA2 YANG BERCAKAP BONGKAK SANGAT TU.. INGATLAH.. ALLAH TU MAHA ADIL.. MINTAK2 ANAK2 KORANG PULA TAK DAPAT KERJA TERUS... APA AGAKNYA KORANG RASA...