SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

28 Mei 2011

JABATAN PATUT BAYAR SAMAN TRAFIK'

Berita Harian
Oleh Noor Syahidatool Aqma Mohd Noor
bhnews@bharian.com.my
2011/05/26




CUEPACS dakwa tidak adil pemandu kenderaan rasmi kerajaan tanggung kos

SHAH ALAM: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta saman yang diperoleh mana-mana pemandu kenderaan rasmi kerajaan ditanggung jabatan berkenaan dan bukan kakitangan terbabit.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata ini kerana tidak adil bagi pemandu terbabit menanggung bayaran untuk saman atau kemalangan yang berlaku ketika menjalankan tugas rasmi. Katanya, isu berkenaan perlu diberi perhatian kerana pihaknya menerima banyak aduan daripada pemandu yang tidak berpuas hati dengan perkara itu.

“Pemandu mengeluh kenapa mereka perlu menanggung saman sedangkan mereka ketika itu menjalankan tugas rasmi. Sepatutnya pihak jabatan yang harus bertanggungjawab.

“Pemandu disaman mungkin ketika memandu laju kerana mahu sampai cepat ke destinasi atas arahan pihak atasan. Oleh itu, segala perbelanjaan jika disaman atau berlaku kemalangan, perlu ditanggung pihak jabatan.

“Jika jabatan tidak mahu tanggung, pemandu kena pandu kenderaan mengikut peraturan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan sesi dialog bersama kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di Ibu Pejabat JPJ, Padang Jawa di sini, semalam.
Sesi dialog itu adalah sebahagian daripada lawatan kerja Omar untuk bertemu dengan kakitangan setiap agensi kerajaan bagi menjelaskan isu semasa berkaitan penjawat awam.

Kira-kira 50 kakitangan JPJ Selangor menyertai sesi dialog anjuran Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) itu.

49 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

x patut byar sman pemandu, sepatutnya pegawai yang mengguna knderaan tersebut bersama pemandu yg patut byar. jgn manjekan pekara macm ni. klau staf lain kna saman sbb nak gi mesyuarat mcamana. kebanyakkan pemandu kerajaan suka memandu laju, kerana tahu selalunya jarang trafik saman mereka.
Bila penumpang tegur mula lah brek kuat kuat dan bawa kereta kerajaan macam beruk mak yee. Bila balik reportlah banyak rosak kenderaan tsb dan mereka akan kautin dgn woksyop. Tengok jelah laporan odit setiap tahun mengenai kenderaan kerajaan. mereka juga suka isi minyak penoh penoh sehingga tumpah seolah olah minyak tsb bapa mereka punya. bila dah antar penumpang out station jauh2mereka pun merayau beli barang murah, buah atau apa2 yg boleh buat bisnes jual kat opis atau pasar malam kerana tiada siapa nak ambil tahu. Kami juga kenalah bagi buah tangan kat mereka bila balik kalau tak muka macam taik. Kemudian kalau pakai smart tag biasalah suka jalan jauh jauh konon untuk elak jem. Kalau outstation biasalah bila ambil penumpang balik diluar kawasan sengaja sampai lewat untuk tuntut overtime dan elaun harian. Buat tuntutan pun palsu selalunya mereka akan kauten dgn hotel supaya dapat bil hotel beli walhal mereka duduk hotel murah/masjid. Bila kita pergi dgn pemandu outstation selalunya kamilah kena belanja, kita makan lauk ikan kering mereka makan lauk2 yg mahal. Kalau tak mereka akan entah hilang mana2 dan buat muka bodoh.
Penyelia mereka juga malas nak semak buku log mereka kerana banyak kerja dan takut kat pemandu kerana nanti nak minta tolong antar mereka buat2 bodoh.Pegawai tinggi yg menjaga mereka selalunya diletak pegawai M48/52 yg teruk2 dan yg kena gam dgn KSU/KP. Mereka juga ada mesyuarat bersama untuk melahirkan rasa tidak puas hati selalunya dgn TKSU/TKP/SUB, macam mana kami nak komplain. Odit pun takut kat mereka, biasalah. Tengok paper ada ke pemandu kena tahan SPRM. Inilah pengalaman saya dengan pemandu kerajaan.Macam mana nak bagi gaji naik kat PA kerana silap haribulan kerajaan boleh lingkup.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn yg di atas kerana Datuk Omar Osman pun serupa kerana beliau dari kumpulan yg sama dan asyik memperjuangkan kumpulan beliau sahaja dan tidak menyiasat dengan terperinci nasib kumpulan yg lain. Sebagai contoh ada ke patut menyamakan kumpulan gred 1-16yg diambil oleh jabatan/kementerian sendiri nak disamakan dgn kumpulan 17 yg diambil oleh SPA. Selalunya yg diambil oleh kementerian adalah terdiri dari sanak sudara pegawai yg berkenaan.
Datuk Omar Osman lainlah beliau mempunyai kementerian sendiri boleh bayar elaun, gaji dan dreber sendiri pakai duit kesatuan. Nanti bila bising pasai gaji nanti bila berjaya naik gaji akan memaksa semua PA bagi sumbangan kat kesatuan beliau eolah olah tu semua jeritperit beliau.

Tanpa Nama berkata...

Pemandu kena la tegas memandu ikut peraturan. Jangan pulak guna alasan ketua jabatan suruh bawa laju jadi minta jabatan tanggung saman pulak. Nak bayar saman tu guna duit rakyat jugak. Nanti banyak la pemandu gomen yang langgar peraturan tak ke memalukan imej pejawat awam. Nampak sangat cari alasan. Kalau ketua jabatan minta bawa laju senang je...minta dia bawa kereta sendiri! Jangan salah guna wang rakyat pulak!!! Sama-sama kena amanah dan bertanggungjawab! Cuepacs sepatutnya tak perlu bawa isu sebegini sebab banyak lagi isu yang lebih berat yang patut diberi perhatian seperti kenaikan gaji dan elaun.

Tanpa Nama berkata...

aku mmg buat kering dgn grup R ni..aku guna diorg ni bila kewangan jabatan tak cukup utk bayar claim aku.tak pun aku naik bas. bila naik dgn diorg, takder masa aku nk belanja mkn.tu korang punya hal.mmg betul ulasan2 tanpa nama yg pertama..di tmpt bini aku, dgn pegawai diorg nk bertekak.tak sedar diri..dgn alasan pernah jadi pgw waran, bole kontrol 1000 org soljar, bahlul punya R.tak berpijak di alam nyata setengah2 R ni..yg pernah bwk teksi mcm hantu, ingat kenderaan jbtn mcm kereta sendiri dan bwk style sendiri. kalo nk mampus dgn kenderaan jbtn, mampus sorg2..jgn menyusahkan penumpang. R di jbtn berkanun yg selalu perangai mcm taik ni..tapi respect aku kpd R yg penuh berhemah dan tau batasan sb aku ada kwn R yg berintegriti. apa2pun, aku mmg sokong pemandu yg sepatutnya kena bayar saman..bukan penumpang/pegawai..sbb kalo penumpang desak suruh cepat, korang bule desak balik utk patuh pada hadlaju..melainkan kalo korang mmg terbukti mmg lambat masa nak ambil penumpang..institusi aku mmg takder masa nak manja2kan grup ni..mungkin CC or penyelia2 diorg..kalo pegawai pempuan bolehlah diorg nk minta simpati..R tempat bini aku kecut perut bila nk disabitkan dgn sexual harassment..baru sedar diri..yg selalu guna R ni kakitgn sokongan jer kebanyakkannye dan juga students..kalo pegawai pun maybe pgw pempuan atau bos besar yg dah berumur sbb dah tak larat nk bwk keta. Apa2pun, Omar, engkau siasat dulu cerita dan pengalaman sebenar penumpang, jgn engkau nk dengar ckp grup ni sj..apa aku heran dgn title datuk engkau..

Tanpa Nama berkata...

tak patut jbtn byr...nanti selalulah tak ikut peraturan...

aku kumpulan sokongan jer tapi aku tak setuju dengan cdgan ni...kecuali pemandu disaman bersama dengan pegawai yg dibawa...kena pakat2 sama2 kongsi byr.

Tanpa Nama berkata...

Polis xsaman jabatan sebaliknya saman pemandu jabatan

Tanpa Nama berkata...

Tu la namanya kena bertanggungjawab...takkan wang rakyat nak digunakan untuk tujuan peribadi. Kalau pemandu dah tak ikut peraturan buat apa nak bayar saman disebabkan kesalahan dia. Yang penting ikut peraturan! Berani kerana benar takut kerana salah!

nur berkata...

peraturan jalan raya telah ditetapkan oleh KERAJAAN.

pemandu 'R' dilantik oleh KERAJAAN.

so... pemandu ni kenalah ikut bos kita KERAJAAN yang membuat peraturan. jika nak bawa laju2, nak langgar peraturan patutlah bayar saman looooo.

masa belum masuk kerja 'R' ni sikap pemanduan amatlah berhemah tapi bila masuk kerja 'R' dah dapat lesen kereta, minyak dan jalanraya tu macam bapak aku yang punya. dahlah lesen sampai pencen ditanggung kerajaan, kenderaan main langgar je lobang sebab rosak kerajaan bayar, bukan duit aku tapi duit rakyat digunakan.... hoi kumpulan 'R' ingatlah kami ni pembayar cukai looo, gunakan hak kami ni dengan sebaiknya. bagi kumpulan 'R' yang berintergeriti baik budi pekerti, pemanduan yang baik saya tunduk hormat dan syabas diatas sikap anda tapi bagi yang ganas tu, lu tanggung le sendiri... jawab dengan tuhan leeeeeeee.

Tanpa Nama berkata...

memang kebanyakkan pemandu jabatan ni macam haram jadah.Mentaliti kepala lutut,kebanyakkan pandai cakap depa saja yang betul..kekadang tu berlagak macam bos pun ada bila orang tak tahu yang dia tu tahap jawatan drebar kurap je..

bab curi minyak,kawtin dgn bengkel,tipu claim,harap bos belanja tyang tu mmg betul pun...qharkkktuihhh pada drebar..

(aku lebih rela naik teksi dari guna drebar haram ni)

Tanpa Nama berkata...

MENTERI BAYANGAN..
Saya disini nak tegur juga ketua ketua jabatan dan kumpulan Gred 27 keatas....bukan semua kebanyakkan anda selalu menyuruh supir supir anda laju...sebbab kejar waktu.Tahulah anda ketua jabatan dan unit...kalau dah lambat ,keluar awal sikit..terutama yang main Golf ni..Saya pinta kepada supir supir sekalian yang kena saman jabatan agar berjumpa dalam bilangan yang besar Di Ibupejabat Polis Negeri yang anda kena saman..Jabatan..di bahagian pengarah Ketenteraman Awam Polis..insyaallah mereka itu mesra rakyat dan dapat membantu..Dimohonkan supaya ketua bahagian dan jabatan kerajaan agar prihatin masalah ini..Janganlah anda melepaskan batuk di tangga.Janganlah anda semua mencaci cela perbuatan segelintir r yang tidak baik..bagaimana dengan pemandu ambulan ,pemandu yang lain lain jabatan..bukan semuanya penyamun,sama macam menteri,bukan semua alim musang berbulu dada..sekian

Tanpa Nama berkata...

Ikut pengalaman saya kerja kerajaan dan bercampur dgn pemandu hanya segelintir sahaja yg ikut peraturan dan sikit sahaja baik kebanyakkannya bila memandu macam haram jadah baik ambulan/tentera/polis. Pengalaman saya dgn kenderaan tentera keluar kuarters, kalau tak bagi duit kopi nanti driber akan langgar lubang dan bawa laju2 bila sampai distinasi banyaklah barang kacha pecah dan rosak. Pernah naik kenderaan ambulan saya boleh berjalan dan duduk bukan emergency sangat hanya kena tukar hospital mereka akan pakai siren suruh kenderaan lain ketepi supaya boleh sampai cepat dan balik boleh rilek2dan main terup. Bagi uniphone dan kasut kerajaan tapi tak pakai jual pula pada kerani. Pegawai besar gaji mereka banyak tak ada hal kerana mereka pandai pura2 mulalah pakai unifom, dan buat cerita sedih kat bod besar kerani ni sekian2 lambat bayar overtimelah, pegawai ni suka mengata pegawai besarlah dan berbagai cerita yg dia dengar semasa memandu. Selalunya mereka akan buli dan lanyak pegawai kecik dan sokongan.
Sebagai pengerusi cuepecs dato omar sekiranya nak buat cadangan kat kerajaan beringat-ingatlah duit tu duit kerajaan dan rakyat yg kena bayar cukai. Tu sebab gamaknya kerajaan kering kontang duit sampai beku jawatan kosong kerana PA asyik minta kerajaan je tanggung, omar bertanggungjawab lah sikit jangan nak jadi hero yg dibenci oleh rakyat. Jangan suruh rakyat bayar GST tapi PA makan duit haram aku ta rela dunia akhirat.

jazz berkata...

jangan kerana seorang yang buat kerenah,maka dihukum semua pemandu punya mentaliti rendah.selama 20 thn saya berurusan dengan pemandu, tidak pernah merasai suasana yang tidak selesa dengan perkhidmatan mereka.
mereka memandu laju memang salah mereka dan sepatutnya mereka yang menjelaskan saman tersebut.Tetapi kekadang terdapat juga pengguna yang menyebabkan mereka memandu laju.Cthnya
1.tidak mematuhi masa yang dijanjikan.
2.tidak mematuhi tempat menurun/mengambil penumpang seperti yang ditetapkan.
3.tidak ada tolak ansur,hinggakan pemandu tidak dibenarkan berhenti semasa di dalam perjalanan.
Dalam amalan jabatan kami selama ini,sekiranya pemandu dikenakan saman,ketua jabatan menyokong supaya dikecualikan daripada membayar saman itu.selesaikan jabatan dengan pihak pdrm

Tanpa Nama berkata...

aku pon driver gomen jgk tpi jgn samakan semua driver mcm tu..yg suruh buat keje yg bukan urusan rasmi tu apa hal!!tulis dlm borang g urusan keje tpi byk melencong..x ikut kang kata x patuh arahan!!ade yg ajk g beli barang personal la,g bank la,g ajk amik ank kolah la..SAPA YANG BANGANG??nk mengata tu guna la akal sama wahai bangang2 sekalian..korang ni(yang pegawai la)dlm opis muka baik..tpi blkng ngutuk..bila mkn pelawa..tpi niat x ikhlas..BILA KETE ROSAK TERHEGEH2 CRI DREBAR..x semestinya akal besar,pangkat besar pandai semuanya..dalam masa yg sama ada gak BAHALOLNYA..SEKIAN

nazian_2410 berkata...

ynag pasal gaji kakitangan awam dibayar oleh rakyat yang bayar cukai?cukai apa yang rakyat bayar,kakitangan awam pun byar..xder cukai yang dikecualikan untuk kakitngan awam..roadtax,cukai pintu,tanah,sampah,tol,parking fee semua aku bayar sama macam rakyat yang biasa..janganlah nak jadikan kakitangan awam seperti hamba rakyat..mesra2 jugak,tapi jangan buat kakitangan awam negara ni macam orang dungu bila kena herdik "gaji kau dari cukai yg kitorang bayar la!!"statement paling bangang...kakitngan awam dapat bonus pergi beli barang kedai cina..kita berbalah,org lain dapat untung...pikir2kan..

Tanpa Nama berkata...

pasal saman ni sepatutnya di pertanggungjawabkan ke atas pemandu itu sendiri melainkan ada sebab2 munasabah pada waktu tertentu..pemandu sepatutnya mempunyai diari yang mengandungi butir2 destinasi dan tujuan menggunakan kenderaan jabatan.sekiranya diarahkan untuk memandu laju,tulis dalam buku diari tersebut dan sekiranya disaman,letak je saman tu atas meja pegawai tersebut...dan semasa tunggu bos abes mesyuarat,jgnle lepak dlm kereta/mpv jabatan sambil on aircond..tu pasal la minyak cepat abes dan kenderaan kerap masuk worksyop...sekian...

Tanpa Nama berkata...

nazian_2410 berkata...
ynag pasal gaji kakitangan awam dibayar cukai?cukai apa.....dapat bonus pergi beli barang kedai cina..kita berbalah,org lain dapat untung...pikir2kan..
Selasa, Mei 31, 2011 12:17:00 AM

Kau pun sama beli kedai cina, cakap tak serupa bikin, inilah mentaliti pemandu kerajaan,tu sebab habis tugas, buku log tandatangan sendiri dan tiru tt pegawai. Pemandu kerajaan elok swastakan je, macam kereta spanco.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Pemandu kerajaan elok swastakan je, macam kereta spanco.
Selasa, Mei 31, 2011 10:28:00 AM

Bersetuju dengan ulasan di atas, Kalau ikut PA sekiranya diberi pilihan ta ada seorang pun suka naik kereta pemandu kerajaan melainkan bos besar, PA yg tiada lesen memandu dan pegawai yg paling sebok di dalam dunia.

Tanpa Nama berkata...

Aku mohon doa semoga tuhan tunjukan kepada kakitangan kerajaan yang kaki kutuk pemandu tu...

mendapat pampasan dari tuhan bersama-sama pemandu yang dikutuk dalam satu kenderaan Kerajaan
TQ

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakkan pemandu kerajaan tengoklah HP yg mahal mahal, pegawai pun tak mampu beli, apalagi buat tuntutan palsu la tu. Ada juga tidur rumah PA yg janda dia ingat jiran tak nampak dia park kereta sebelah rumah aku,...,aku tak halal kau makan duit aku dunia akhirat....

Tanpa Nama berkata...

salam kepada semua.... maaf kiranya terganggu... tp hati dan perasaan kami pemandu kerajaan terguris dngn kata2 yg di luahkan oleh tanpa nama... walaupun benar ada yang perangai x baik namun masih ada yg berhati mulia... sy kesal sebab ada yg menyalahkan pemandu ambulan memandu laju... sedangkan pd kebanyakan masa kami ingin menyelamatkan nyawa pesakit... dan pd kebanyakkan masa di atas jalan raya tanpa insurans pd kenderaan... juga x kira masa, di kala orang lain tido kami berusaha menyelamatkan pesakit bersama dengan PPP / PPK / JT / JM... tak kira masa cuti atau waktu berkerja... salah ke kami ni??? cuba bgtau dimana anda ketika kami menjalankan tugas? kami tak minta di sanjung, cuma minta di hargai...... JANGAN KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA.... Fikirlah ketika mngatakan sesuatu yg terlintas di hati...

Tanpa Nama berkata...

Aku ingat peristiwa naik bus kerajaan, kita tegur pemandu (bekas tentera) jangan bawa laju. Bila sampai distinasi dan nak balik dia sengaja tinggalkan aku, terpaksalah aku naik teksi balik ke pejabat. Kebanyakkan pemandu kerajaan ni 'hot temper', tak boleh tegur sikit.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha,dok bertekak pun tak guna.Teknologi baik punya,pasang alat yang kawal hadlaju macam bas ekspres tu,tekan la pedal minyak sampai tembus lantai keta pun,dok takat tu ja kelajuan yang leh pi pun.Kalau kena speed trap,time tu leh tau keta tu ada buat modifikasi ka tak.Kalau Pegawai merungut,bagitau 'biar lambat asal selamat'... hehehehe... sapa setuju

Tanpa Nama berkata...

PEMANDU PATUT BAYAR..INI SALAH DORANG..BUKAN SALAH PIHAK ATASAN.. SUKE ATI JER MEMANDU LAJU...

patuhi undang jlnraya berkata...

Semenjak dapaat gelaran datuk ni merepek-merepek permintaan omar ni kadang-kadang macam x berfikir atau munta pendapat orang lain sebelum membuat sesuatu permintaan.Berkenaan dengan saman yg dikenakan pada pemandu tu memang lojiklah kalau dia pandu laju memang lah dia yg kena saman apa kena mengena dgn jabatan pulak..bodoh punya permintaan...jpj.. jgn layan...saman tetap saman.Kalau bos dia suruh pandu laju ...cakaplah dgn bos tu kita ada undang-undang jalan raya yg harus di patuhi....kalau hendak pandu laju juga suruh dia pandu sendiri...langsung x setuju dengan cadangan pak omar yg melalut tu...tak masuk akai langsung ...apa pun tak boleh...

Arab Tua berkata...

Sesetengah pemandu kat tempat aku ada yang okey dan komited dengan kerja, speeding okeh (badannya tahan jalan jauh sebab masih muda)....

RAmai yang lawak tapi ramai jugak yang hot temper...ada bergaduh dia sama dia sampai keluar kerambit....ada jugak yang bawak teksi waktu kerja...

Ada yang jawatan kanan tapi tak mahu bawak pegawai kanan, masih nak bawak bas dalam kampus....heran aku pihak atasan tak ugut untuk lucutkan jawatan kanan mereka yang terang2 ingkar...sampai pemandu baru semua yang uruskan pegawai kanan....

TApi cerita2 yang anda semua ceritakan tentang minyak/ tipu claim dll memang ada kebenarannya....

Aku pernah depan mata driver ni bawak laju 160 depan2 speedtrap....aku slowtalk mintak bawak slow sikit, Alhamdulillah dia boleh terima, sebab belakang aku ada satu budak gemuk ni duduk, kalau brek mesti impak 10 tan kena kat aku....

Kalau tak nak pemandu tipu minyak, kenderaan jabatan kena guna NGV; tak meleleh2 kalau isi overflow, tak boleh dicuri, kalau curi memang mampus......berkecai dengan kenderaannya sekali...

Tapi jangan nak naikkan isu pemandu je...ni kes ketua jabatan suruh hantar bini pergi dialisis la...ada satu lagi Arab...bukan tak larat nak bawak kereta tapi suka perhamba orang; pergi mengajar suruh pemandu, pergi meeting pun suruh pemandu, bagi ceramah MHS pun nak pemandu jugak.... tau takut bila nampak NC.....

Kesimpulan: bak kata pepatah Cina "Ikan busuk dari kepala"...so lu pikirlah sendiri.....

Tanpa Nama berkata...

assalamualikum... mengulas tajuk yg sensasi...JABATAN PATUT BAYAR SAMAN PEMANDU....sy adelah pemandu kerajaan,kenapa pemandu perlu bayar saman kenderaan kerajaan..sedangkan ia adalah tugas rasmi yg perlu di jalankan...jika pegawai kene saman memang patutlah..sbb pegawai tersebut menggunakan kenderaan sendiri..soal laju jangan salahkan pemandu pegawai atau bos selalu turun lambat..dah lah lambat muka macam org tak bersalah pas 2 suruh pemandu bawak laju[cepat saya dah lambat]tapi pemandu tak marah malah senyum lagi...ade sesetengah pewagai naik kenderaan macam tk penah naik kereta..jangan asyik salahkan pemandu sahaja...nyawa pegawai atau bos adalah tanggungjawab pemandu...biar laju asal selamat tempat yang dituju,untuk makluman pemandu kejaan sudah dilatih dan mengikuti kursus2 pemanduan kemahiran membawa laju..tetapi SELAMAT,bagi kenderaan yang mengalami kerosakan..kenderaan akan di pantau oleh pegawai kenderaan..[JANGAN BURUK SANGKA]..BUKAN PEMANDU YANG MENENTUKAN BENGKEL.
macam mane tak brek kuat2 pegawai bayak pergi tempat yang bukan urusan kerajaan[RASMI]pegawai buat pemandu macam dia yang bayar gaji..
setiap pembelian minyak atau penyenggeraan kenderaan akan direkod malah pegawai akan buat pemantauan...ade juga pegawai yang arah pemandu pergi tempat shopping..pemandu ikut je..ade yang wat tak tau je bila sampai tempat makan,tak tanye atau ajak makan pon..tak nak belanja takpe tapi budi bahasa 2 penting...

Tanpa Nama berkata...

assalamualikum... mengulas tajuk yg sensasi...JABATAN PATUT BAYAR SAMAN PEMANDU....sy adelah pemandu kerajaan,kenapa pemandu perlu bayar saman kenderaan kerajaan..sedangkan ia adalah tugas rasmi yg perlu di jalankan...jika pegawai kene saman memang patutlah..sbb pegawai tersebut menggunakan kenderaan sendiri..soal laju jangan salahkan pemandu pegawai atau bos selalu turun lambat..dah lah lambat muka macam org tak bersalah pas 2 suruh pemandu bawak laju[cepat saya dah lambat]tapi pemandu tak marah malah senyum lagi...ade sesetengah pewagai naik kenderaan macam tk penah naik kereta..jangan asyik salahkan pemandu sahaja...nyawa pegawai atau bos adalah tanggungjawab pemandu...biar laju asal selamat tempat yang dituju,untuk makluman pemandu kejaan sudah dilatih dan mengikuti kursus2 pemanduan kemahiran membawa laju..tetapi SELAMAT,bagi kenderaan yang mengalami kerosakan..kenderaan akan di pantau oleh pegawai kenderaan..[JANGAN BURUK SANGKA]..BUKAN PEMANDU YANG MENENTUKAN BENGKEL.
macam mane tak brek kuat2 pegawai bayak pergi tempat yang bukan urusan kerajaan[RASMI]pegawai buat pemandu macam dia yang bayar gaji..
setiap pembelian minyak atau penyenggeraan kenderaan akan direkod malah pegawai akan buat pemantauan...ade juga pegawai yang arah pemandu pergi tempat shopping..pemandu ikut je..ade yang wat tak tau je bila sampai tempat makan,tak tanye atau ajak makan pon..tak nak belanja takpe tapi budi bahasa 2 penting...

Tanpa Nama berkata...

assalamualikum... mengulas tajuk yg sensasi...JABATAN PATUT BAYAR SAMAN PEMANDU....sy adelah pemandu kerajaan,kenapa pemandu perlu bayar saman kenderaan kerajaan..sedangkan ia adalah tugas rasmi yg perlu di jalankan...jika pegawai kene saman memang patutlah..sbb pegawai tersebut menggunakan kenderaan sendiri..soal laju jangan salahkan pemandu pegawai atau bos selalu turun lambat..dah lah lambat muka macam org tak bersalah pas 2 suruh pemandu bawak laju[cepat saya dah lambat]tapi pemandu tak marah malah senyum lagi...ade sesetengah pewagai naik kenderaan macam tk penah naik kereta..jangan asyik salahkan pemandu sahaja...nyawa pegawai atau bos adalah tanggungjawab pemandu...biar laju asal selamat tempat yang dituju,untuk makluman pemandu kejaan sudah dilatih dan mengikuti kursus2 pemanduan kemahiran membawa laju..tetapi SELAMAT,bagi kenderaan yang mengalami kerosakan..kenderaan akan di pantau oleh pegawai kenderaan..[JANGAN BURUK SANGKA]..BUKAN PEMANDU YANG MENENTUKAN BENGKEL.
macam mane tak brek kuat2 pegawai bayak pergi tempat yang bukan urusan kerajaan[RASMI]pegawai buat pemandu macam dia yang bayar gaji..
setiap pembelian minyak atau penyenggeraan kenderaan akan direkod malah pegawai akan buat pemantauan...ade juga pegawai yang arah pemandu pergi tempat shopping..pemandu ikut je..ade yang wat tak tau je bila sampai tempat makan,tak tanye atau ajak makan pon..tak nak belanja takpe tapi budi bahasa 2 penting...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
assalamualikum...ade sesetengah pewagai naik kenderaan macam tk penah naik kereta..jangan asyik salahkan pemandu sahaja.....yang bukan urusan kerajaan[RASMI]pegawai buat pemandu macam dia yang bayar gaji..
ergi tempat shopping..pemandu ikut je..ade yang wat tak tau je bila sampai tempat makan,tak tanye atau ajak makan pon..tak nak belanja takpe tapi budi bahasa 2 penting...Selasa, Jun 07, 2011 1:07:00 PM

Awak pemandu siapa pelanggan awak, tentulah penumpang, jadi awak tu sebenarnya dibayar gaji untuk memandu ke tempat yg dikehendaki oleh pelanggan. Jika tidak bersetuju cakap baik2 dgn pelanggan awak. Tentang makan minum tu, tu lah mentaliti awak asyik nak makan free. Cuba awak fikir kalau penumpang tu pelanggan awak boleh ke awak suruh penunpang tu belanja, bodoh ke awak ni atau otak udang. Sebagai pemandu atau kakitangan awam penumpang tu sebenarnya awak perlu hormati dan awak la patut ajak dia makan. Bukankah awak dibayar elaun. Kalau awak makan belanja dia maknanya awak tu makan rasuah. Fikir fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

apake jadahnye,yg pegawai tali tie panjang da lebar tp bodoh sama mcm yg lain...

Tanpa Nama berkata...

apa la korang ni,tajuk utama sebab saman,ni dah melalut sampai bab belanja makan.macam mana la korang ni bole jadi pegawai kerajaan kalau tak faham tajuk utama.

Tanpa Nama berkata...

aku xsetuju pasal belanja makan tu,maksudnyer...bos2 kalau dah ada meeting,lamake kejapke bgtaula..kami pemandu dah diajar `setia` pada bos..tgu abis meeting dampai xmkn..tpt meting bukan sume ada parking..so standby je kot abes awal..reti x?kalau korang sume jd `R` baru tau rasanye..sanggupke ditukarkan dalam masa 24jam?

R3 berkata...

Salam pada sume sekali,isu ni pasal saman trafik kenderaan jabatan....
cuba fikirkan sebentar...kami sebagai Pemandu Kerajaan Malaysia...adalah Penjawat Awam seperti anda juga,jd kami cuba berkhidmat sebaik mungkin..
kenderaan adalah Hak Milik Kerajaan Malaysia,Segala tugasan adalah TUGAS RASMI..jd mengapa kami disaman kerana menjalankan tugas rasmi?dimana LOGIKnye..umpama KERAJAAN SAMAN KERAJAAN..kami pun bukanlah `gila stereng`nak merayau dgn kenderaan tersebut tanpa tujuan dan kebenaran...dan kami berharap pihak POLIS..JPJ..Majlis Perbandaran fikirkan...dimana nilai Lambang Jata Negara pada kenderaan tersebut...takdekan...jd xsilap kalau saya katakan orang awam pun sudah tiada rasa hormat pada kerajaan lg...sedangkan antara sesama kementerian dan jabatan pun bertelagah....

tekua berkata...

ala korang ni belajar tinggi-tinggi, pergi kerja pakai tali leher tapi nak komen pun tak kena pada tajuk,yang korang dengki sangat tu pasal, mak bapak korang hantar belajar tapi korang bukan jadi pandai tapi jadi busuk hati, pemandu yang buat hal tu dialah tanggung dosanya bukan laki mak tiri kau.

Tanpa Nama berkata...

Mentang mentang kereta ada nilai Lambang Jata Negara pada kenderaan ko orang semua bawa laju macam lipas kudong ke,kou tak tahu malu ke rakyat tengok kou orang macam samseng jalanan. Aku selalu sembang dgn dreber gomen masa tunggu bos dia makan kat kedai mamak. Selalunya aku tengok ada HP mahal2, GPS dan isap rokok berkepol kepol kat kereta gomen. Ada juga yg bawa kereta nilai Lambang Jata Negara park kat rumah suruh orang tengok aku la orang gomen x pakai tali leher besar.

Tanpa Nama berkata...

Salam pada sume sekali,isu ni pasal saman trafik kenderaan jabatan....
cuba fikirkan sebentar...kami sebagai Pemandu Kerajaan Malaysia...adalah Penjawat Awam seperti anda juga,jd kami cuba berkhidmat sebaik mungkin..
kenderaan adalah Hak Milik Kerajaan Malaysia,Segala tugasan adalah TUGAS RASMI..jd mengapa kami disaman kerana menjalankan tugas rasmi?dimana LOGIKnye..umpama KERAJAAN SAMAN KERAJAAN..kami pun bukanlah `gila stereng`nak merayau dgn kenderaan tersebut tanpa tujuan dan kebenaran...dan kami berharap pihak POLIS..JPJ..Majlis Perbandaran fikirkan...dimana nilai Lambang Jata Negara pada kenderaan tersebut...takdekan...jd xsilap kalau saya katakan orang awam pun sudah tiada rasa hormat pada kerajaan lg...sedangkan antara sesama kementerian dan jabatan pun bertelagah.... kat sini kita nak ulasan yg baik untuk "jabatan patut bayar saman trafik" tapin semua org yg bg ulasan yg bukan2. jika anda seorg pegawai yg sudah bertugas lama. anad boleh berfikir. tapi di sini cakap mcm bukan seorg pegawai kerajaan. fikir2 kan lah... jika kita salahkan org lagi. adakan kita betul.... jgn salah org jika diri sediri tak betul.

Tanpa Nama berkata...

Salam pada sume sekali,isu ni pasal saman trafik kenderaan jabatan....
cuba fikirkan sebentar...kami sebagai Pemandu Kerajaan Malaysia...adalah Penjawat Awam seperti anda juga,jd kami cuba berkhidmat sebaik mungkin..
kenderaan adalah Hak Milik Kerajaan Malaysia,Segala tugasan adalah TUGAS RASMI..jd mengapa kami disaman kerana menjalankan tugas rasmi?dimana LOGIKnye..umpama KERAJAAN SAMAN KERAJAAN..kami pun bukanlah `gila stereng`nak merayau dgn kenderaan tersebut tanpa tujuan dan kebenaran...dan kami berharap pihak POLIS..JPJ..Majlis Perbandaran fikirkan...dimana nilai Lambang Jata Negara pada kenderaan tersebut...takdekan...jd xsilap kalau saya katakan orang awam pun sudah tiada rasa hormat pada kerajaan lg...sedangkan antara sesama kementerian dan jabatan pun bertelagah.... kat sini kita nak ulasan yg baik untuk "jabatan patut bayar saman trafik" tapin semua org yg bg ulasan yg bukan2. jika anda seorg pegawai yg sudah bertugas lama. anad boleh berfikir. tapi di sini cakap mcm bukan seorg pegawai kerajaan. fikir2 kan lah... jika kita salahkan org lagi. adakan kita betul.... jgn salah org jika diri sediri tak betul.

Tanpa Nama berkata...

Yang buat ulasan kat atas ni fikir2kan lah... jika kita salahkan org lagi. adakan kita betul.... jgn salah org jika diri sediri tak betul termasuk diri awak sendiri. Pemandu kerajaan yg tidak mahu bayar saman trafik adalah samseng pembunuh jalanan yg bermata Jata Negara. Ade mata tapi buta kayu dan hati. Hidup kau menyusahkan rakyat je. Kerajaan patut sediakan kenderaan kerajaan untuk dipandu oleh PA sendiri dan pejimatan boleh guna untuk bayar elaun pandu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Berkata........???
pemandu kerajaan memang tak patut bayar saman sebab pemandu hanya mengikut arahan bos terutamanya nak ke mesyuarat.ok kata presiden CUEPACS
ikut peraturan jalan raya tetapi kena ingat kesannya ke atas pemandu juga kerana bos akan ambil tindakan kerana ingkar arahan,pemandu di boikot sehingga di ibu pejabat.sy mencadangkan elaun pemandu di beri kepada semua pemandu di Malaysia.pemandu di tindas dari semua aspek seperti cuti yang susah,elaun-elaun yang layak diterima oleh pemandu di pertikaikan sama ada dalam slip gaji atau tidak serta di nafikan hak nya.

Tanpa Nama berkata...

pihak atasan duk buat ape kalu x nk bayar?? main konek ke??

Tanpa Nama berkata...

AMBIL PERHATIN KEPADA SEMUA PEMANDU-PEMANDU KERAJAAN SELURUH MALAYSIA.

Saya seorang pemandu kerajaan ingin mencadangkan kepada pemandu-pemandu
kerajaan supaya kita pakat tubuh persatuan pemandu2.baru boleh bela nasib kita semua seperti pemandu hospital kerajaan.macamana.tolong komen....../.................??????

Tanpa Nama berkata...

saya bersetuju dengan cadangan tubuh persatuan pemandu-pemandu tapi macamana haa???????????????

Tanpa Nama berkata...

driver yang pening

kalau bawa pegawai dari kb ke kl katakan sy ikut peraturan jalan raya
yang mengambil masa 12 jam.kalau laju melebihi 100 km/jam hanya ambil masa
6 @ 8 jam sahaja.ok pegawai tersebut kadang-kadang mendamkan diri atau marah pada pemandu kerana bawa kenderaan slow (mengikut peraturan jln raya).bila balik saja ke kb keesokANNYA TERUS MENGADU PADA KETUA UNIT KEMUDAHAN .maka driver tersebut di gam sebagai pemandu bermasaalah serta claimnya di kecilkan.dimana keadilanya...././.

Tanpa Nama berkata...

Aku selalu naik kereta JATA nie, aku tak minta pun bawa laju tetapi dia bawak jugak. Pegawai atasan cuba le tengok dia orang nie, kalau tunggu penumpang kerajaan mereka akan duduk dalam kereta buka aircond sampai 5-6 jam lamanya , macam mana kereta JATA tak rosak. Kalau JATA kena accident kita la bersusah payah jadi saksi pada pemandu beruk nie yg gaku bawak slow. Kadang2 ade juga petrol pump yg boleh pakai Ron 97 terutamanya di kawasan luar badar. Apa lagi simelaon pemandu nie pakai la katanya ron 97 sedap kalau buat laju. Minta pegawai atasan yg jaga kereta JATA nie tengok betul tak ade pemandu pakai Ron 97 sepatutnya hanya boleh pakai Ron 95 je. Inilah disiplin pemandu JATA pihak atasan takut dgn mereka yg macam samseng nie. Kalau setakat claim kena potong aku tak pemandu pun kena potong. Sebenarnya yg menyebabkan pemandu JATA kurang ajar kerana bos atasan jugak, abis rahsia/sulit kerajaan cerita kat pemandu, konon tak kasi pemandu gangtuk. Ceritanya bukan betul tapi mangkuk hayun nie punyalah percaya 100%. lepas tu pergi buat cerita kat penumpang lain maka banyak lah PA jadi lawan kerajaan kerana percaya cerita pemandu benggap nie. Nak percaya ke pemanadu JATA nie kata penumpang yg suruh bawak laju, cuba tengok kalau outstation pakai baju uniform JATA tak, dia orang tak pakai punya kerana nak tunjuk lagak kereta JATA tu bapak die punya. Buku log pun sign sendiri. R3 nie elok swasta kat SPENCO je.

Tanpa Nama berkata...

Assalam.. Sebelum saya ulas tentang isu ni biar saya kongsi tentang saman yang biasanya dikenakan kepada kumpulan R ini.
1. Saman laju
2. Saman parking
Kalau saman laju, saya setuju jika saman tersebut diserahkan kepada pemandu. Tetapi perlu diwujudkan satu borang khas ataupun satu surat hitam putih menyatakan ada permintaan daripada pegawai yang mengguna meminta kenderaan dipandu laju, ditangani oleh pegawai mengguna dan satu salinan borang ini diserahkan kepada ketua jabatan setiap kali habis tugasan. Satu salinan lagi pemandu simpan. Jika ada saman, pemandu akan bayar jika tiada borang tersebut.
Saman parking pula seharusnya dibayar oleh jabatan/institusi yang mengguna.
Mengenai sikap pemandu pula, perlulah kita tangani dengan profesionalisme kita. Anda sebagai pemandu seharusnya mengikut peraturan dan etika kerja. Anda sebagai pegawai mengguna juga seharusnya beretika dan berperikemanusiaan. Berterima kasih kepada mereka yang membawa anda pergi dan balik (tak termasuk singgah menyinggah) dengan dengan selamat sebab anda tak tahu adakah tuntutan lebih masa/elaun mereka dibayar seadilnya? Kalau anda berhenti makan maka wajarlah dari segi kemanusiaannya mempelawa dan membayar makan mereka. Kalau tak nak belanja, jangan berhenti makan. Kenapa perlu berlarutan perkara sehingga mengungkit bab belanja makan? Setuju dengan pendapat "Ikan busuk dari kepala"

Tanpa Nama berkata...

kdg2 setengah2 pegawai ni mcm pukimak jerr...kalo dpt naik kenderaan jabatan ego nya mcm bos besar...kalo aku kenal la ngan pegawai sial yg byk complain ni tau la aku nk ajar dia org...kalo berani open la nama ngan no telefon,senang sikit kta berurusan...berani kerana benar..kte face to face...jgn ingt kau org semua bagus...

Tanpa Nama berkata...

Kenderaan kerajaan tidak boleh disaman kerana kenderaan tersebut tidak didaftarkan ke LPKP..sape yang nampak pemandu bekerja?dalam otak dia orang pemandu xde keje tido je..eden raso yang bawak budak2 ko pegawai tu an2 kot...timbang rasa sikit...ko orang sedap dok uma men bini kami pogang setering kat jalan betarung nyawa..pastu sodap je cakap kami ni pelesit n boruk..cakap jage2 sikit..hidop ni umpama roda..kamu berjaya belom tentu anak kamu berjaya..kami miskin belom tentu anak kami miskin..renung2kan la yer beruk

Tanpa Nama berkata...

cerita pasal saman ye...? R memang tak patut kena bayar saman sendiri sebab R ikut arahan pegawai atasan.Ramai yang tak faham situasi R sebab mereka tak mengalami keadaan sebenar.tak nak citer la,mcm mengumpat plak.

Tanpa Nama berkata...

Pada sy pemandu patut bayar saman tu sendiri sbb dia yg memandu, walaupun pegawai suruh bawa laju jgn la layan tu tak kira yang bawa kete balik rumah buat cam kete sendiri je