SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

09 Mei 2011

BINA HUBUNGAN HARMONI -TPM

Utusan Malaysia
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
8/5/2011






MUHYIDDIN Yassin melancarkan sambutan Hari Pekerja 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. Turut serta Dr. Subramaniam (dua dari kiri), Omar Osman (empat dari kanan), Mohd. Sidek Hassan dan Maznah Mazlan (kanan). – MINGGUAN/MOHD. NOOR AMIN


KUALA LUMPUR 7 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kesatuan sekerja dan majikan membina hubungan tripartisme yang harmoni dan saling melengkapi dengan kerajaan kerana ia akan memberi manfaat kepada semua pihak.

Kata Timbalan Perdana Menteri, hubungan yang harmoni itu dapat memastikan peningkatan produktiviti pekerja seterusnya memberi keuntungan yang lebih kepada majikan.

Dalam masa sama kata beliau, pekerja pula akan memperoleh pendapatan yang tinggi.

“Akhirnya ini akan memanfaatkan semua pihak tidak kira pekerja, majikan atau masyarakat,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Pekerja 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam, timbalannya, Datuk Maznah Mazlan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Pada majlis sama, Muhyiddin turut menyampaikan anugerah kepada pekerja, majikan dan kesatuan sekerja cemerlang dalam 10 kategori berbeza.

Muhyiddin menambah, kerajaan amat menghargai hubungan tripartisme yang mantap dan berterusan antara pihak pekerja, majikan dan kerajaan bagi memastikan segala usaha pembangunan negara dapat berjalan lancar.

Beliau turut berharap hubungan rapat itu akan berterusan bagi memelihara dan meningkatkan perhubungan perusahaan yang harmoni.

Katanya, kejayaan pembangunan negara hari ini adalah hasil hubungan erat antara majikan dan pekerja dan ia wajar dipertingkatkan.

“Kesediaan untuk berubah, menghormati dan menerima perbezaan pendapat dan bekerja ke arah mewujudkan persamaan dan perkongsian bijak akan membuahkan kejayaan,” katanya










36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Elehhhh...tiap2 tahun sama ajerr...suruh kerja dengan sepenuh hati lah ape lah...tranformasi lahh ape lahhh...Yg pergi tu pun kena paksa bukan rela pun... Tidak ngko sorang ajer yg cakap...Bini asyik berjalan sana sini...mcm menteri plak...perabih duit rakyat ajer...

Tanpa Nama berkata...

"BINA HUBUNGAN HARMONI -TPM"
Hubungan harmoni apa jadah nyer...Mcm xdak modal nk berbual dah kerr...Rakyat didahulu kan kepala BANA ngko...CKp bodoh melenting...PAsni bkn naik gaji...Minyak yg naik..pastu konon2 nk ringankan beban naik la bape sen gaji..LAst2 sama ajer...Dh la subsidi minyakkk lu kasi org LUAR...ORang Malaysia mampu isi minyak RM10 aje..tgh bulan baru nie..Org SIngapore ada ker isi RM10 ajer.....xdk nyer...Aku masuk Malaysia ni nk ISI PETROL RON97 ajer...APa benda semua nie NAJIB? Ooopss lupa...org xpenah susah mana nk paham...Ngko naik keta dah la minyak xyah bayar...

bedah berkata...

BINA HUBUNGAN HARMONI... konon, cakap senang leee. tenaga diperah mcm kelapa, nak dpt santan lepas tu hampasnye dibuang beri ayam. itulah nasib pa sekarang. HAMPEHHHHHHHH bila nak pilihan raya ok semua lepas tu ko le kita. jangan jadikan negara kita ni spt mesir ok. fikir2kanlah wahai insan yg bernama pemimpin.

chow bedah

Tanpa Nama berkata...

kalau kita nak kutuk Najib, nak terus terang ngan najib razak, kita ke http://www.facebook.com/najibrazak dalam tu lebih ramai mengampu

Tanpa Nama berkata...

sembang bukan main....rugi la kami masuk kesatuan cuespacs, klu tahu mcm ni baik kami derma duit tu kat anak2 yatim ada jugak pelaburan untuk hari akhirat pada dok bagi kat depa kita dapat apa....kata memperjuangkan PA konon tapi hampehhhhh punya omar....

Tanpa Nama berkata...

Kata Datok Omar Osman

“Kira-kira 20 peratus daripada lebih 700,000 yang berjawatan rendah dilaporkan mula membuat kerja sampingan kerana masalah kewangan yang mereka hadapi,” katanya selepas Majlis Seminar Peranan Penjawat Awam Dalam Transformasi Nasional dan Bengkel Sistem Kompetensi Menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan di sini semalam.

Tanpa Nama berkata...

Pelarasan gaji: CUEPACS akur kekangan kewangan
KOTA BHARU – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tetap akur jika masalah kewangan dijadikan faktor kerajaan tidak dapat melaksanakan pelarasan gaji kepada lebih sejuta penjawat awam.


Tapi di media dilaporkan ekonomi kita bertambah baik dan berada dirangking 10 negera2 membangun macam manapulak tu?

Tanpa Nama berkata...

woit... kita bantai di sini woi..

http://www.facebook.com/najibrazak

Tanpa Nama berkata...

woit... kita bantai di sini woi..

http://www.facebook.com/najibrazak

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya perayaan hari pekerja nih kita "PULAU"kan..
yang kita sibuk buat perayaan nih, lepas tuh buat yg grand2 laie..
memang lah org2 atasan fikir yg seluruh penjawat awam menyokong mereka..

mrbo73 berkata...

membazir betul... adakan majlis sambutan pulak....ngentah apa2... membazir kawan dengan setan...
hampeh..... x nak bagi pun takpe.... kitaorg akan belajar agar hidup jgn terus jadi pengemis.... meminta pada yang sudi membantu xpe....

Tanpa Nama berkata...

kesian muhidin tu yg kena datang... layan jelah.. besok kalau dah jadi PM dengar suara rakyat.. harapkan doa dan restu drp rakyat..PM ,Jadi pemimpin ni memang susah.. Tp kalau dan tak sanggup terima tanggungjawab dan kesusahan serta masalah... baik turun je la..

Tanpa Nama berkata...

nak minta penyelarasan gaji ... mcm2 alasan kerajaan , masalah kewangan la apa la... tapi time pilihan raya , boleh pula lulus projek bjuta2 demi pikat undi... duit yang sepatutnya diberi kpd PA semua g kat rosma... kalau dah mcm ni kita ubah je kerajaan... kerajaan sekarang semua lidah bercabang je.... kalau harap gaji kita sekarang ni... memang tak cukup.. dgn BN Barang Naik, Bahan Api NAik dll..... kita ubah je kerajan ..........

Tanpa Nama berkata...

Betul tu kata sdr diatas i folow....

Tanpa Nama berkata...

GAJI AKAN NAIK SEBELUM PILIHANRAYA?

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

Penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka, kata Omar kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis, berkata, Cuepacs juga mencadangkan agar bantuan sara hidup (Cola) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

Ini kerana katanya, kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar.

Omar berkata, Cuepacs juga mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

“Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat,” katanya. — Bernama

Tanpa Nama berkata...

pemimpin cuepacs nii telinga tuli ke tak dengar keluhan PA.

pemimpin cuepacs nii bodoh sombong ker? tak faham-faham kita PA ni dah sampai tahap PA termiskin di dunia??

Tanpa Nama berkata...

sedihlah...tau tak aku sebagai PA dah tak bermotivasi lagi bila nasib PA tidak dibela.

HantuKupek berkata...

jangan risau tuan-tuan, senario pilihanraya sudah berubah. cina tidak lagi menyokong kerajaan. kerajaan tiada pilihan melainkan bergantung kepada undi Melayu dan bumi. kita dalam PA adalah kelompok Melayu terbesar dengan kekuatan 1.2 juta orang. Mengecewakan kita bererti mengundang padah. Jangan kita terima gula-gula sekadar wang ehsan RM500 atau pun sebulan gaji. Kita minta lebih dari itu. Jika tiada yang memuaskan hati kita undi protes. kita hukum mereka dalam peti undi. apa nak ajdi jadilah.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS dok rok cetong

Tanpa Nama berkata...

Betul ada kabar angin menyatakan gaji akan diberi pelarasan baru sebelum pilihanraya yg akan datang?

kalu tunggu juga tak ada bagaimana pula ?

Mungkin kita kali ni kita......

Jebat berkata...

APA LA SUSAH SANGAT....KALAU KERAJAAN MASIH LAGI BAGI BANTUAN KHAS KEWANGAN SEBANYAK RM500, KITA BAGI BALIK...INGAT HINA SANGAT KE KITA NI...SANGGUP KERAJAAN GULA2KAN KITA DENGAN DUIT TU...WANG ZAKAT YANG PUZ BAGI SETAHUN DEKAT FAKIR MISKIN PUN RM600....TERASA BETUL2 DIGULA2KAN OLEH ORANG POLITIK YANG BUSUK LAGI MEMBUSUKKAN...

Tanpa Nama berkata...

Minta lebih2 tarik balik datuk....nak ilang datuk atau nak perjuangan nasib PA? anda semua? pilih mana...

jawapan sebelum = perjuang nasib PA
jawapan selepas = malu kalo ilang tittle datuk

dilemma jawatan pemimpin.....
tp kalo takut jgn jd ketua.....

Rahman Nanyan berkata...

kesal dengan ramai PA x sedar diuntung, dah UMNO bg kerja patutnya bersyukur dan melafazkan ikrar taat setia pada parti.

dah sekarang ekonomi dunia x mgizinkan, kita perlu la akur dan patuh. PM pakar ekonomi, korg ni mmg sukakan dengki sahaja.

marilah kita berjimat cermat, selaras dengan amalan Islam sejati sebagaimana dianjurkan YAB PM dan TPM.

Org Umno sejati takkan merungut, pastilah semuanya org yg terpengaruh dengan dakwaan palu kononnya harga barang naik. br tad Bank Negara umumkan kadar inflasi hanya 3% sahaja, bukti jelas hanya BN mampu memerintah

Tanpa Nama berkata...

kesal dengan ramai PA x sedar diuntung, dah UMNO bg kerja patutnya bersyukur dan melafazkan ikrar taat setia pada parti.

dah sekarang ekonomi dunia x mgizinkan, kita perlu la akur dan patuh. PM pakar ekonomi, korg ni mmg sukakan dengki sahaja.

marilah kita berjimat cermat, selaras dengan amalan Islam sejati sebagaimana dianjurkan YAB PM dan TPM.

Org Umno sejati takkan merungut, pastilah semuanya org yg terpengaruh dengan dakwaan palu kononnya harga barang naik. br tad Bank Negara umumkan kadar inflasi hanya 3% sahaja, bukti jelas hanya BN mampu memerintah


tolong crita sket detail pengiraan nak dptkan 3% tu...kalo stkat dgr brita n bgtau 3%..balik tido la...

Tanpa Nama berkata...

ade jugak kaki bodek politik di sini...lu masuk bakul ,angkat sendiri le

Tanpa Nama berkata...

Kita golongan marhaen disuruh berjimat cermat,..sedangkan x de pun nak dijimatkan lg...nak kencing pun kena bayar..tapi YB-YB x pernah pun beli minyak keta..kita yg byr duit minyak, baju, jam, pompuan & arak(bg yg kaki pompuan & kaki minum) dll...

Tanpa Nama berkata...

Metro:Guru disyaki rogol pelajar ditahan.....hai guru serba bolih

Tanpa Nama berkata...

Surat Utusan Yg Tidak Betanggungjawab

Kita lihat surat kabar utusan main isu2 sensetif nak takutkan org2 melayu adalah tidak wajar bg tujuan politik sepatutnya pihak keselamatan perlu ambil tindakan yg tegas dalam isu sebegini.

adakah setelah isu video lucah tak dapat pengaruh masyarakat khasnya org2 melayu gunakan isu lain pula,
sepetautnya paparan media penting menjaga keharmonian rakyat m'sia.

Dan diingatkan kepada media rakyat sekarang tidak mudah di tipu dan di momokan dgn berita2 sedemikian mereka sekarang sudah bijak menilai.

Tanpa Nama berkata...

rahman nanyan tu butuh betoi lah...dia tak pa lah kerja dengan JASA...dok semboyan BN punya black propaganda...ko jangan termakan hasutan Nanyan tu...sudahla...rahman nanyan cuba kau makan taik kau tgk...tu wangi macam pemikiran pembodek kau...jahanam lu ketua perhubungan UMNO konon

Tanpa Nama berkata...

tergolong dlm ORANG GILA...gila berbagai perengkat

Tanpa Nama berkata...

http://www.facebook.com/najibrazak

susah nak bantai guna ni... nanti kang dia amik maklumat kite hah... lain la kalau kita mengipas nya saja... suka gitu...

Tanpa Nama berkata...

mane ade harmoni..PA ade Ijazah dan itu master juga serta ade pengalaman keje 12-25 tahun..tarak naik pangkat..ape cite..harmoni kea..angin banyak ade.. gaji dengar 10% jea naik..itu lagi tarak harmoni.. itu sara hidup naik itu mcm ka.. mau harmoni.. citt.. pooraahhh..!!!

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya pemimpin tahu mereka telah mezalimi PA...betapa deritanya PA terpaksa ikat perut berjimat smpai terpaksa pinjam ngan bank2..sedangkan mereka berjoli bw bini mengabiskan duit rakyat..ingtlah siksanya azab Allah di akhirat kelak..

rakyat sejati berkata...

mahu ada kelebihan? perlu PTK sekarang perlu kursus dan perlu melepasi tahap sesuatu, perlu dinilai, tapi yang lain, naik saja tanpa PTK dan tanpa kursus, tanpa penilaian, semua ni hanya menambah beban penjawat, tidak pun berubah si penjawat, tidak memberi motivasi langsung, cuba stabilkan gaji dengan harga barang,keperluan asas, mmasalah kesihatan, mesti kerja cemerlang punya, tiada mencari pendapatan sampingan lagi!!!

Marsha Milan Londoh berkata...

KHHAAIK...PTUIH!!!

Najib Razak berkata...

Kenaikan gaji tahunan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam(SBPA)
Gred 1-16 : RM320
Gred 17-26 : RM260
Gred 27-40 : RM220
Gred 41-48 : RM160
Gred 52-52 : RM120
JUSA A,B,C : RM80