SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

20 Mei 2011

TIADA LAGI UJIAN

Berita Harian
Oleh Johari Ibrahim dan Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my
2011/05/20



pix_gal0
PROSPEK mulai 1 Julai dinilai panel berwibawa

PUTRAJAYA: Kaedah penilaian baru bagi kakitangan awam untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan Januari lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan, tetapi ditentukan panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat.

Panel penilai itu akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih.
Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) menggantikan PTK yang dilaksanakan mulai 1 Julai depan, membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
Bagaimanapun, falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan skopnya diperluaskan meliputi pembangunan kompetensi dan potensi.

Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi cemerlang dan berpotensi tinggi; memenuhi kompetensi dan berpotensi atau memerlukan pembangunan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata selain dimensi asas seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, sistem baru itu juga mengambil kira dimensi tambahan, iaitu kreativiti dan inovasi selaras penekanan kerajaan pada masa ini.

“Pegawai yang melalui proses penilaian dan pembangunan serta memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan berpeluang menikmati ganjaran dalam bentuk pembangunan diri dan kemajuan kerjaya,” katanya pada majlis menandatangani persetujuan bersama sistem baru itu dengan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini, malam tadi. CUEPACS diwakili Presidennya, Datuk Omar Osman.
Beliau berkata, penilaian potensi sebagai nilai tambah kepada penilaian baru itu bertujuan memantapkan lagi fungsi pengurusan bakat dalam perkhidmatan awam.

Faedah pembangunan diri, termasuk peluang mengikuti pelbagai program pembangunan untuk meningkatkan kompetensi dan potensi seseorang kakitangan serta pengiktirafan lain seperti Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang.

Sementara itu, faedah kemajuan kerjaya termasuk pertimbangan kenaikan pangkat mengikut skim perkhidmatan masing-masing dan peluang mengikuti latihan dalam atau luar negara.

Pegawai yang berada dalam gred kenaikan pangkat pula akan mengikuti program pembangunan kompetensi dan potensi yang ditetapkan mengikut gred berkenaan.

“Kaedah pembangunan boleh berbentuk program seperti Pembangunan Kompetensi Berterusan dan Latihan Berteraskan Kompetensi.

“Ketua perkhidmatan dan jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan aspek dan kaedah penilaian dan pembangunan sesuai dengan keperluan kompetensi jawatan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersedia berunding dari semasa ke semasa untuk melakukan penambahbaikan terhadap sistem penilaian baru itu.

Pengumuman pemansuhan PTK diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2011 pada Oktober 2010 berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Ujian PTK diperkenalkan pada 2003 berikutan pelaksanaan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada Oktober 2002 menggantikan Skim Saraan Baru (SSB) yang diguna pakai bagi menilai prestasi kakitangan awam sejak 1990.

Sebelum ini, Berita Harian melaporkan mulai 1 Julai depan, prestasi kakitangan awam akan dinilai menggunakan konsep 360 darjah oleh pegawai atasan, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan bagi menentukan tahap kecekapan mereka untuk pertimbangan sebuah panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru.

Konsep baru itu akan digunakan untuk menilai tahap kecekapan kira-kira 1.2 juta kakitangan awam bagi menggantikan PTK di bawah SSM.

60 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

markah skt bagaiman pulok?? x mempengaruhi untuk kenaikan pangkat@tangga gaji??

Tanpa Nama berkata...

skt ntahla..kalo msuk....hnya sord dua penilai yg bg markah...baik jgn msuk

Suka PTK berkata...

Saya lebih suka PTK. Setakat ni saya berjaya sampai P3 dengan mengambil peperiksaan. PTK lebih baik kerana tidak perlu bodek dan hanya bergantung pada diri sendiri. Kalau penialainan cara lain pasti akan ada berat sebelah. percayalah..

Siti Zainab berkata...

syukur, saya sudah lama nak memberi markah penilaian pada guru, dan tahun depan kami akan dapat kesempatan itu. Barulah mereka tahu dan faham kuasa dan lehebatan kami, mereka dah x boleh nak arah kami lagi sekiranya mahukan markah tinggi. Pada guru semua jgn ingat kami PT N17 ni tiada kuasa di pejabat!

Tanpa Nama berkata...

Saya lebih suka PTK. Setakat ni saya berjaya sampai P3 dengan mengambil peperiksaan. PTK lebih baik kerana tidak perlu bodek dan hanya bergantung pada diri sendiri. Kalau penialainan cara lain pasti akan ada berat sebelah. percayalah..

Jumaat, Mei 20, 2011 5:40:00 PM


SAYA SETUJU
KITA TENGOK LA NANTI....SENANG JER SISTEMNYA...WALAUPUN X TAU BUAT KEJE JANJI RAPAT DENGAN BOS MESTI LULUS CEMERLANG....KITA TENGOK KLU X CAYA.

Tanpa Nama berkata...

Sistem baru ini mcm lah sistem SSB...siapa pandai angkat/kipas bos dia akan dpt...sistem ptk dgn ujian lah yg paling tepat dan adil.

Tanpa Nama berkata...

Org yg muda@junior tak akan diberi anjakan gaji dan naik pangkat jika dinilai melalui temuduga oleh panel..hanya ujian yg adil dan tak kenal siapa PA itu dan kebolehan dpt diterjemah tanpa faktor nilai keputusan kemanusiaan...pilih mata/kasih.

nokiadaun berkata...

Prinsip " Asas " akan digunakan dalam Prospek ini...


ASAS = Ampu Sana Ampu Sini

Tanpa Nama berkata...

ASAS = Ampu Sini Angkat Sana...sampai semua barang angkat..

Tanpa Nama berkata...

susah la mengampu ni. cuba la buat kursus mengampu baru bersedia hehehe

RON 95 berkata...

Jumlah Pendapatan Menteri MALAYSIA?


Ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.


Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup. Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara, Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri serta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.


Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri
1. Gaji Pokok RM18,000 – sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM10,800.00 – tidak sulit – pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.
5. Elaun parking RM 5,700.00


Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja


Lain-lain kemudahan
1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.
7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.


Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri
1. Gaji Pokok RM15,000 – sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment
2. Elaun Keraian RM9,500.00 – tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati
3. Elaun Perumahan RM9,800.00 – tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 – tidak sulit
5. Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.


Lain-lain hal
Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:
1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara


OFFICER INCHARGE
Bahagian Kewangan
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
Wilayah Persekutuan


Sumber: Detikdaily

ASAL ARTIKEL
SATU UMAT : Maklumat ini belum ada pengesahannya. Maka ia bertaraf : boleh jadi benar, boleh jadi tidak .WA.

Tanpa Nama berkata...

"Panel penilai itu akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih."

Mcm mana orang yang dinilai nak tahu penal tu berubah2? Telus ker?

Tanpa Nama berkata...

Siti Zainab berkata...
syukur, saya sudah lama nak memberi markah penilaian pada guru, dan tahun depan kami akan dapat kesempatan itu. Barulah mereka tahu dan faham kuasa dan lehebatan kami, mereka dah x boleh nak arah kami lagi sekiranya mahukan markah tinggi. Pada guru semua jgn ingat kami PT N17 ni tiada kuasa di pejabat!

ni masalah ni...tambah2 wanita..sikap n sifat ni merosakkan,...belum apa2 nak balas dendam....dahtu..belum diberi kuasa lg tu.....terasa diri berkuasa dah...adoi...

Tanpa Nama berkata...

Org yg muda@junior tak akan diberi anjakan gaji dan naik pangkat jika dinilai melalui temuduga oleh panel..hanya ujian yg adil dan tak kenal siapa PA itu dan kebolehan dpt diterjemah tanpa faktor nilai keputusan kemanusiaan...pilih mata/kasih

susahla...asal muda saja nak cantas...sikap melayu xble terima kenyataan...kalo temuduga....mesti calon akans cari dan selidik sapa panel....pastu merayu....banyak 'contact' la...yg benci PTK sbb exam x lepas dan bukan ulat buku....yg suka exam....p kerja asyk baca buku lak...mcm2 stail...p mai p mai kena ting tong

Tanpa Nama berkata...

memang sah sistem ni hanya menguntungkan senior, junior putih mata... makin bertambah la staff yg mls2 pasni.. asalkan pandai mengampu...

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya orang...ada otak xde akal..cuba fikir senior dah 20tahun keje,banyak pengalaman sedangkan junior bru 1-3 tahun,bru nk tahu,belajar...cap jari pon belum kering lagi dah . pegawai yg bodoh je lantik orng senior

Tanpa Nama berkata...

Dah terlaksana baru tau kelemahannya kemudian tuntut semula seperti PTK

Tanpa Nama berkata...

saya sokong wajar PTK dimansuhkan disebabkan peluang kenaikan pangkat terhad dan anjakan gaji lambat rentetan syarat untuk perlu pertimbangan naik pangkat sekurang-kurangnya dengan Aras B dan Aras A untuk anjakan gaji. Saya amat berterima kasih. Meskipun demikian ramai penjawat awam yang ketinggalan untuk anjakan gaji disebabkan faktor permarkahan nilaian prestasi. Saya pohon kerajaan pertimbangkan untuk diberikan peluang dan sekiranya dipertimbangkan pengecualian syarat permarkahan walaupun kurang 85% sekalipun (bagi kalangan yang mencapai sekurang-kurangnya 80%)untuk naik gaji sebelum perlaksanaan PROSPEK.

Tanpa Nama berkata...

kalau macam ni kakitangan kontrak akan ditindas la sebab bos atasan semua kerja tetap....adil kepala bapak kau Omar...silap besar pasal nak adjust keluarga.....kami semua dibuang kerja kerana dinilai sebagai pemalas sekelip mata oleh BABI-RUN dan KAFIRUN ni

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan CUEPACS bawa usul agar kakitangan sokongan diberikan ruang dan peluang serta bantuan untuk melanjutkan pelajaran contohnya Pembantu Tadbir yang mana berkelayakan dari segi akademik untuk mengambil kursus Pengurusan/ Pentadbiran Awam di mana-mana IPTA secara usahasama bagi peluang kenaikan pangkat bagi penjawat yang sedang berkhidmat.

saya juga cadangkan CUEPACS merencanakan tabung/ dana/ kooperasi bagi membiayai mana-mana penjawat awam yang berminat dengan geran kerajaan.

saya turut cadangkan lagi CUEPACS mengadakan kooperasi khas untuk penjawat awam dalam bentuk simpanan (biasa dan khas) berserta perlindungan takaful dan khairat yakni potongan simpanan diadakan tiap-tiap bulan.

tujuan cadangan ini bagi membantu penjawat awam untuk membuat simpanan, pelaburan jangka panjang (tiap-tiap tahun beroleh dividen/ bonus, bantuan pembiayaan peribadi dan pendidikan, insurans dan perlindungan semasa dalam perkhidmatan.

Tanpa Nama berkata...

bila naik gaji agaknya untuk staf sokongan? RON 95 kiranya naik habis pening kepala.

musykil berkata...

habis tu ada anjakan gaji ke tak????????kalau xde,apalah gunanya p1,p2,p3???????????
vudusss lah kalau xde...

Tanpa Nama berkata...

Tak payah PROSPEK pun guru naik gaji dan pangkat...sungguh seronok dan mereka boleh berpesta semuanya...PA lain tunggu RON 95 naik aje...

Tanpa Nama berkata...

SSB....SSM.....SS1M akan menjelang 30 peratus kenaikan....baguih...

Tanpa Nama berkata...

Rakyat didahulukan bayar Ron 95 naik 30 sen seliter...

azman berkata...

bodoh punya orang...ada otak xde akal..cuba fikir senior dah 20tahun keje,banyak pengalaman sedangkan junior bru 1-3 tahun,bru nk tahu,belajar...cap jari pon belum kering lagi dah . pegawai yg bodoh je lantik orng senior

Sabtu, Mei 21, 2011 12:17:00 AM


komen...


ya le. org lama keja 20 thun ke 30 thn ke, memang banyak pengalaman tapi perlu diingat pengalaman tanpa amalan akan menjadi MALAS BERUSAHA MEMAJUKAN DIRI. bagi mereka yang lama bekerja anggaplah ianya sebagai satu cabaran kerana tak semuanye kita tahu sedangkan kekadang mereka yang baru 3 tahun kerja lebih pandai menyelesaikan masalah daripada yang bekerja 25 tahun. so fikir2kanlah ya. yang penting kualiti bukan kuantiti umur perkhidmatan.

azman berkata...

kalau macam ni kakitangan kontrak akan ditindas la sebab bos atasan semua kerja tetap....adil kepala bapak kau Omar...silap besar pasal nak adjust keluarga.....kami semua dibuang kerja kerana dinilai sebagai pemalas sekelip mata oleh BABI-RUN dan KAFIRUN ni

komen...

kalu begitu kadar kan diri le coz anda tu kan kontrak mana boleh sama dengan pekerja tetap dan berpencen. so cari kerja lain le jangan banyak songeh. berdoa selalu kita ni kan org islam so berusaha disamping berdoa. tuhan tak zalim. pekerja kontrak ada kalanya lebih kerak dari nasi.. fikir2

Tanpa Nama berkata...

betul2... senior yang rajin memang la maju,kalau senior pemalas, mcm baru keje je lagaknye... yang penting kualiti.. aku suke tu..

Tanpa Nama berkata...

terbaik sekali naik pangkat/gaji berdasarkan kelulusan...kerja kerani tapi ada ijazah, bagi dia gaji ijazah...tak pun elaun khas...contoh rm500 untuk ijazah, rm 200 untuk diploma..

Tanpa Nama berkata...

pasni..bukan paki kipas lagi dah,pakai aircond la..

Tanpa Nama berkata...

Dengan ini diumumkan semua PA mendapat kenaikan gaji RM1000.00 berkuatkuasa jun 2011... Sekian,Terima Kasih....

Tanpa Nama berkata...

"kerajaan tanggung subsidi.. bilakah rakyat akan dimanjakan dgn subsidi?"

Apa lagi naikkan minyak, kesian kerajaan tanggung subsidi, bosan betul ayat nak sedapkan rakyat..Hahaha

Tanpa Nama berkata...

kalau macam ni kakitangan kontrak akan ditindas la sebab bos atasan semua kerja tetap....adil kepala bapak kau Omar...silap besar pasal nak adjust keluarga.....kami semua dibuang kerja kerana dinilai sebagai pemalas sekelip mata oleh BABI-RUN dan KAFIRUN ni

komen...

kalu begitu kadar kan diri le coz anda tu kan kontrak mana boleh sama dengan pekerja tetap dan berpencen. so cari kerja lain le jangan banyak songeh. berdoa selalu kita ni kan org islam so berusaha disamping berdoa. tuhan tak zalim. pekerja kontrak ada kalanya lebih kerak dari nasi.. fikir2

NI ANAK DAJAL PULAK MANA NI AZMAN NI..MENTANG-MENTANG KERJA TETAP...PERGI BLAH LA DAJAL

Tanpa Nama berkata...

bila hang bagi tau ... ada PANEL. Aku dah tau dah .. SSB dah muncul kembali dlm versi baru ....

Tak percayo .. ngko tanyo Presden.

Tanpa Nama berkata...

PTK kebaikannya adalah element mengampu tiada kecuali sekiranya diprngkt seseorg itu mendpt band 4 utk anjakan gaji shj.

Ttp sistem yg baru ni saya lihat, ada element2 yg hmpir sama dgn kaedah SSB. Cuma panelnya shj dikatakan akan bertkr setiap tahun. Agak tidak brp relevan dan efektif dlm sesuatu pengurusan. Saya tetap yakin kuasa eksekutif selaku ketua/pengetua/gb tetap masih ada disana dlm mempengaruhi keputusan. Ini dapat dilihat dlm hal kenaikan pangkat, perakuan dr phk pengurusan ada satu item yg amat penting.

Tanpa Nama berkata...

Puak2 BN mana ada idea dah. Balik2 pakai adea lama juga. Betui dak pak umaur.

Tanpa Nama berkata...

Aku Tanpa Nama, Ahad, Mei 22, 2011 10:39:00 AM
SETUJU dgn ngko Tanpa Nama Ahad, Mei 22, 2011 11:37:00 AM

PERKARA (1) KENAIKAN PANGKAT (2) ANUGERAH PERKHDMTAN CEMERLANG (APC) telah berlaku KECURANGAN dan PILIH KASIH panel-panel di tempat kerja aku.

Aku pasti PERKARA ini akan terus BERULANG DAN BERULANG bagi perkara "PROSPEK".

hampeh punya Presden cuepacs , ngko dah kaji ke blum sblm tandatangan tuuuuu.

PA yg hampa berkata...

sangat tak setuju dgn cara ni. dinilai oleh org2 tertentu...apa bezanya dgn SSB dulu. Beza namanya aje. Sebenarnya Kita PA hanya nakkan naik gaji walaupun 10% pun puas hati juga. Tapi ni habuk pun tak dpt yg dapat ni yg tak releven. Apo lah nasib PA seterusnya???????

Rahman Nanyan berkata...

keprihatinan kerajaan BN dlam menhapuskan PTK dan mengadakan penilaian baru amat dihargai semua PA. PA semakin yakin dengan kemampuan BN memerintah negara dan memacu ekonomi kearah negara maju.

PA berjanji akan bersama UMNO dalam menangani dakyah palsu pembangkang dan menegakkan kesyumulan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Rahman Nanyan berkata...
keprihatinan kerajaan BN dlam menhapuskan PTK dan mengadakan penilaian baru amat dihargai semua PA. PA semakin yakin dengan kemampuan BN memerintah negara dan memacu ekonomi kearah negara maju.

PA berjanji akan bersama UMNO dalam menangani dakyah palsu pembangkang dan menegakkan kesyumulan Islam.


AMAT DIHARGAI SEMUA PA???
BUAT STATEMENT MACAM MEWAKILI SEMUA PA..KAKI BODEK UMNO..

Tanpa Nama berkata...

rahman bodoh nak samakan dgn Pa..otak ada,akal xde ke?? ko sembah umno tu

Tanpa Nama berkata...

salam.. secara profesional saya ingin menyatakan sistem baru yang di perkenalkan JPA dan diperkenankan oleh Cuepacs akan meninggalkan kesan negatif lebih banyak dari positifnya, di mana unsur-unsunya negatifnya seperti mengampu, perasaan hasad dengki(PHD), tikam belakang, rasuah, permusuhan, tidak telus, pilih kasih dan sebagainyaakan berlaku. lihat sajalah kegagalan sistem SSB dan SSM sungguh memalukan sebabnya yang membuatnya manusia bukannya malaikat taat kepada Allah SWT. Sepatutnya kakitangan awam gred 1-40 ke bawah hanya perlu dengan jayanya menghadiri kursus dan membuat tugasan bagi memenuhi kenaikan pangkat dan gaji. Bagi gred 41 ke atas apa yang saya lihat begitu mudah bagi mereka hanya perlu menghadiri kursus dan membuat tugasan serta menduduki peperiksaan undang-undang. Cukup
4-5 tahun mereka akan naik gred 44 sehinggalah ke tahap gred setinggi-tingginya. Saya berharap sistem ini perlu di kaji dan perlu penambahbaikannya semula. KEGAGALAN pasti berlaku sekiarnya di teruskan jua, jangan lupa ramai kakitangan awam gred 1-40 ramai yang memiliki ijazah-sarjana tapi masih di abaikan oleh pihak JPA dalam kenaikan pangkat dan gaji. Jangan lupa mereka sudah pandai menilai yang mana Intan dan yang mana kaca.

Tanpa Nama berkata...

ape cite naik gaji dan pangkat.. JPA dan CUEPACS..bila gred 17 nak naik ke 22, gred 27 nak naik gred 31.. 32 ke 36 ape cite.. tempoh 6-7 tahun cukup la.. nie 15 tahun.. melampau sangat da.. jawabnya pencen dulu la nampaknye..

Puan Kamariah Youb berkata...

Terimakasih saudara Rahman Nanyan, benar sekali nukilan beliau, hanya Umno je harapan kami, kami merayu sembah takzim pada kemuliaan dan kebesaran pimpinan Umno agar memberikan teguran ikhlas kepada kami.

Penghabpusan PTK bukti jelas BN sentiasa prihatin dan mendengar keluhan rakyat, tidak seperti pembangkang. Minyak hanya hanik beberapa sen sahaja, itupun masih termurah di lagi, tetapi tohmahan yang pemimpin UMNO hadapi amatlah hebat, itulah ujian untuk pemimpin BN yang ikhlas, tawaduk, beriman dan merendah diri.

Benar kata TS Muhyiddin, Dato Shafie Apdal dan Dr Rais Yatim bahawa kecoh2 kenaikan barang adalah palsu dan dakyah pembangkang semata. Kami PA mmg langsung tidak terpengaruh malah makin taat dan sayang pada Umno dan pemimpinnya.

Harap pimpinan Umno dan BN jgn ambil hati keluh kesah disini, mereka hanya 0.1% daripada PA. 99.9% PA dimana2 pun semuanya semakin teguh kecintaan pada pemimpin Umno.

Hidup Umno, Hidup BN, PA dan BN bersatu jua

Tanpa Nama berkata...

ANDA SEMUA HENDAKLAH BERHATI-HATI APABILA MENGELUARKAN KATA-KATA.
ANDA SEDANG DIPERHATIKAN OLEH POK JIB DAN BIG MAMA. hehehe

Tanpa Nama berkata...

klu tak kena gaya yg elok pun nnti jd kambing itam...sy ckp mlalui pengalaman

Tanpa Nama berkata...

Mesti ada kaedah temuduga punyalah..depa akan tanya macam-macam soalan sampai kita tak leh jawab..mereka boleh tanya 360 darjah..kita mana boleh ingat semua maklumat kerana skopnya terlalu luas...pendek kata panjang la pulak masalah yang akan muncul..tapi pelik bin hairan kalu nak naik pangkat orang bawah ni cukup susah sangat kalu orang atas tak sampai setahun pengang jawatan yang lebih tinggi dah dapat naik gred lagi..yang lebih tinggi..kalu tuan2 tak faham cuba lah perhatikan jabatan masing2 ada tak benda ni berlaku..
Kalu gred 17 nak naik gred 22 bukan main lagi syaratnya dan bila temuduga tanya macam2 mengalahkan nak naik gred jusa..tapi kalu gred 41 ke atas rasanya kalu tak salah la tak dak pun temuduga ni...pelik bukan tapi ni lah dilema yang berlaku..kita orang bawah ni tengok je lah..Macam2 dah cadangan tapi kebanyakannya tak dapat menyelesaian masalah...kenapa ye ?... Tepuk dada tanya iman daa..
JEBATAKDURHAKA

kambeng berkata...

betullah tu kumpulan sokongan sangat lambat naik pangkat, aku dulu masuk kerja gred J29 kemudian pi kursus induksi sekali denagn j41 sekarang kawan2 j41 ni dah gred j54(tetap) sedangkan aku j38(memangku).
Mereka j41 - 44 - 48 -52 - 54(tetap),
aku j29 - 36 - 38(memangku)!!

Tanpa Nama berkata...

bukan J je F pun sama

Tanpa Nama berkata...

Fuck the system!

Tanpa Nama berkata...

Hari ini JPA bekukan jawatan Kosong
Lihat laman JPA

Tanpa Nama berkata...

ujian tiada lagi tapi ia di tafsirkan ptk juga..kan-kan-kan sama je tu......

Tanpa Nama berkata...

PTK KAN BAGUS KENAPA NAK DIMANSUHKAN...!!
LEPAS NIH JADI LA BUDAYA BODEK MEMBODEK...KLU XBTOL WAT SENYAP JELA TKUT PRESTASI TERJEJAS...
PEDULI APA DGN 360' KLU GAJI XBRUBAH XGUNA JUGAK...

Tanpa Nama berkata...

"TIADA LAGI UJIAN" ?? siapa yang untung? Tentulah golongan veteran yang tidak suka membaca dan peperiksaan. Otak dah berkarat. Yang jadi mangsa golongan junior, yang berkobar-kobar untuk kenaikan gaji tapi.. kini telkah dinafikan oleh golongan veteran yang gila pangkat.

Perjuangan CUEPACS pula makin hari makin tidak masuk akal...cadangan semuanya tidak realistik.. berilah cangan yang menyenagkan semua pihak.. bukan berat sebalah sahaja..

BENCI PROSPEK berkata...

TAK SUKA PROSPEK...SUKA PTK SEBAB :-

PROSPEK = PEROSAK = PEMBODEK = PENGAMPU DAN LAIN-LAIN

PTK = PENGETAHUAN TANDA KEJAYAAN

Tanpa Nama berkata...

fuhyoo....kawan2 tengok gaya gambar dato osman 2....2 lah gaya org suka mengampu dengan PM

MukaToya berkata...

kalau yang bermuka2 boleh kipas sana, lap sini pada ketua..boleh la senang lenang menyusahkan yg bukan puak dia... habis kalau muka macam saya yang buat kerja, jenis takde kroni tapi orang lain tak suka , macamana?

Tanpa Nama berkata...

sebelum kaedah ini dilaksanakan, naikkan gaji penjawat awam dulu!

Tanpa Nama berkata...

@Puan Kamariah Youb berkata...
Terimakasih saudara Rahman Nanyan, benar sekali nukilan beliau, hanya Umno je harapan kami, kami merayu sembah takzim pada kemuliaan dan kebesaran pimpinan Umno agar memberikan teguran ikhlas kepada kami.

Penghabpusan PTK bukti jelas BN sentiasa prihatin dan mendengar keluhan rakyat, tidak seperti pembangkang. Minyak hanya hanik beberapa sen sahaja, itupun masih termurah di lagi, tetapi tohmahan yang pemimpin UMNO hadapi amatlah hebat, itulah ujian untuk pemimpin BN yang ikhlas, tawaduk, beriman dan merendah diri.

Benar kata TS Muhyiddin, Dato Shafie Apdal dan Dr Rais Yatim bahawa kecoh2 kenaikan barang adalah palsu dan dakyah pembangkang semata. Kami PA mmg langsung tidak terpengaruh malah makin taat dan sayang pada Umno dan pemimpinnya.

Harap pimpinan Umno dan BN jgn ambil hati keluh kesah disini, mereka hanya 0.1% daripada PA. 99.9% PA dimana2 pun semuanya semakin teguh kecintaan pada pemimpin Umno.

Hidup Umno, Hidup BN, PA dan BN bersatu jua


sokong pendapat puan... terbaik la...

Tanpa Nama berkata...

bro n sis.. mimpi di siang hari kea.. nanti malaikat maut kejutkan..