SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 Mei 2011

CUEPACS CADANG SAMBUT HARI PENSYARAH SETIAP TAHUN

Utusan Malaysia
16/5/2011



MACHANG 15 Mei - Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kepada kerajaan supaya mengadakan sambutan Hari Pensyarah pada masa akan datang selain sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, walaupun kedua- dua profesion itu bertujuan mendidik anak bangsa namun kelebihan sering berpihak kepada guru sedangkan dalam sesetengah perkara pensyarah sewajarnya mendapat perhatian lebih baik.

Sehubungan itu, katanya, telah tiba masanya kerajaan melakukan transformasi kepada golongan pensyarah agar mendapat perhatian seperti yang dinikmati oleh warga guru.

"Apabila berlaku transformasi kepada golongan pensyarah ia bukan memperkecilkan jasa guru malah sempena Hari Guru esok, CUEPACS mengucapkan terima kasih atas segala bakti yang dicurahkan, namun golongan pensyarah juga seperti guru yang selayaknya mendapat perhatian.

"Selama ini kita hanya menyambut Hari Guru, justeru mulai tahun hadapan kerajaan diminta mengadakan sambutan Hari Pensyarah atau dikenali sebagai Hari Akademik khusus untuk golongan profesional ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Dialog dan Pembangunan Kakitangan Pentadbiran bersama Rektor dan pengurusan kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini hari ini.

Omar menambah, antara perubahan yang dicadangkan kepada golongan pensyarah termasuk mengkaji semula gred kenaikan serta insentif lain.

"Selalunya para guru menerima khabar gembira setiap kali sambutan dibuat dan kita minta kerajaan juga akan mengumumkan khabar yang sama kepada golongan pensyarah dan mungkin pilih hari yang sesuai untuk meraikan mereka.

"Nasib guru sebenarnya jauh lebih baik kerana mempunyai lima persatuan tetapi kebajikan pensyarah bergantung kepada inisiatif institusi pengajian tinggi (IPT) itu sendiri di bawah Kementerian Pengajian Tinggi," ujarnya.

Berdasarkan kepada pelbagai kajian dan penyelidikan dalam pelbagai bidang yang dibangunkan oleh golongan pensyarah selama ini katanya, adalah wajar golongan itu diberi penghargaan sebaik-baiknya.

20 ulasan:

KAKITANGAN SEKOLAH berkata...

mas pensyarah dengan guru berbeza..

pensyarah flexible time..boleh masuk ikut time..guru kena ajar 32 masa... tapi ok la..kalau nak buat buat..wlaupn gaji banyakkk

Tanpa Nama berkata...

mas pensyarah dengan guru berbeza..

pensyarah flexible time..boleh masuk ikut time..guru kena ajar 32 masa... tapi ok la..kalau nak buat buat..wlaupn gaji banyakkk

Seorang kawan yg baru bertugas seb pensyarah(badan berkanun) terkejut apabila dia boleh datang&keluar bila-bila masa, asalkan kelasnya berjalan mengikut jadual.

Pensyarah mengajar pelajar yg terpilih ( mendapat keputusan cemerlang daripada sekolah)

Apa pun, istilahnya "Guru- orang yang menyampaikan ilmu"

Tanpa Nama berkata...

sambut saja la.. tapi kalo di susuli dengan pembelian cuti apa salah saya sokong..

markiman berkata...

mana HARI PAP, PAR dan PEMBANTU TADBIR? selaku PA yang memiliki iltizam dan tanggungjawab yang palig berat di jabatan, kami juga berhak dihargai, dan disambut meriah dengan pengumuman naik gaji setiap tahun sebagaimana hari guru juga.

kami pohon keadilan dari YAB PM dan TPM, demi keikhlasan kami berjuang menegakkan parti dan negara

Tanpa Nama berkata...

cadangan karut marut.....

Tanpa Nama berkata...

Kalau lah ada HARI JURUTEKNIK....dah tentu Para JURUTEKNIK akan naik gaji setiap tahun macam Hari Guru juga...ADIL ke tak ADIL?

Tanpa Nama berkata...

pensyarah la pulak...hmmm...tak ada benda lain yg lebih penting ke nk diperjuangkan?

Tanpa Nama berkata...

pensyarah....guru..kira ok la sambut..tpi yang kelako skim2 lain semua nk..juruteknik pun nak..haha

Tanpa Nama berkata...

Bukan pe kan..bila ada hari2 sambutan ni dengan harapan adalah imbuhan...guru ada..polis ada..tentera ada..PA2 lain ada hari pekerja je..sebb global...jadi xada la apa2 berita baiknya.

Tanpa Nama berkata...

TAU tak PER

Tanpa Nama berkata...

kita tukar je TPM bagi kat menteri lain lak..setuju tak...biar nampak sikit kite mengundi.. baru dia tau bukan guru n pensyarah je undi dia..malah undi kita jauh lebih penting...akai ada....

Tanpa Nama berkata...

Semua mata duitan...dah bergaji pun rasa tak cukup..cukuppp fikirkan lah mereka yg gaji tak menentu ...ada kerja ada gaji... tengok saja lah staf gomen semua ada 2,3 biji rumah...boleh sewa pulak...lepas tu melalak mcm tak cukup... cermin2 lah diri...masih ada yang susah dari mereka..

Tanpa Nama berkata...

memang la ada yg lebih susah tapi hati tak sakit encik/puan oi...dia tak perlu bersaing dan uat keje same je mcm org yang dapat mcm2 tu...xpe saya pun xde umah lagi...walaupun dh bertahun keje...sebab tak layak gaji kecik keje mengalahkan PTD...kene marah jgn cakap la JPN kalau kita uat silap bisisng kalau diorg diam je...mane hati tak sakit...sebab tu minta same taraf bukan nye nak gaji sama banayk tapi kalau diorang dapat naik kami pun nak...ape yang kami xde yang mereka ada TPM Pelajaran betul x? akai ada...

Tanpa Nama berkata...

tak paya lah nak buat sambutan-sambutan ni,membazir saja..baik tumpukan saja dengan kebajikan PA

Tanpa Nama berkata...

sudah la... Pensyarah tu termasuk dlm golongan "guru" juga lah. Dah xde idea lain ka? Cari la idea yg kreatif dan inovatif sikit...kalau idea mcm ni saja yg boleh dipikir...gelap laa masa depan penjawat awam!!!

Tanpa Nama berkata...

hoii...skarang ni settle dulu tuntutan yg penting - isu kenaikkan gaji & elaun PA. KAMI DAH TAK SANGGUP LAGI HIDUP DI BAWAH NAUNGAN KERAJAAN HARAM JADAH! Ptg td beli kuih tetiba dh naik seketul 50 sen! Sial btul ada pemimpin laknat mcm PM kita ni. Semoga ALLAH SWT bagi balasan yg setimpal....amin.

Tanpa Nama berkata...

bersyukur walaupun org ckp kerajaan haram jadah nie still boleh mentadbir negara dlm keadaan yg stabil dan makmur.. jgn kufur nikmat nanti tuhan akan bg "NIKMAT" yg lebih setimpal. negara kt tak berperang, negara kt tak merempat mcm ade negare jiran kt tuh.. org berebut2 nk seludup barang dr malaysia.. sbb ape?? fikir2 kan lah... walaupon xde hr pensyarah tak ape sbb pada saya sbgai pensyarah, melahirkan insan yg berjaya adalah hadiah yg terbesar,,,

Ngaji Pondok berkata...

guru dengan pensyarah xsama ke???
baik sambut hari tok guru mengaji
lagi besor pahala.....

Tanpa Nama berkata...

mane meriah hari guru kea, hari perkerja, hari pensyarah atau hari raya.. semestinye hari raya..selamat hari raya..

MDAM berkata...

saya cadangkan hari guru di tukarkan kepada Hari Pendidik baru semuanya merangkumi guru, pensyarah dan mereka yg mendidik kita