SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

10 Mei 2011

PENGGANTI PTK DIJANGKA LEBIH BAIK : CUEPACS

Bernama
10/5/2011



PUTRAJAYA, 10 Mei (Bernama) -- Sistem penilaian baru bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dijangka lebih baik, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Cadangan Penilaian Baru Kompetensi Menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam di sini pada Selasa, beliau berkata terdapat perubahan yang akan dilaksanakan dalam sistem baru itu seperti yang diharapkan oleh kesatuan dan nama sistem itu juga akan berubah.

Bagaimanapun, katanya, hasil mesyuarat pada Selasa perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Abu Bakar Abdullah sebelum pengumuman rasmi dibuat.

"Kita berpuas hati kerana mesyuarat hari ini berjalan dengan baik. Cadangan Cuepacs dan cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam dapat digabungkan dan berjaya mencapai satu kata sepakat yang baik.

"Jika perkara ini dapat persetujuan daripada pihak atasan, daripada apa yang dibincangkan hari ini, ia merupakan satu sistem yang lebih baik daripada sebelum ini," katanya.

Kerajaan dijangka melaksanakan sistem penilaian baru terhadap penjawat awam menggantikan PTK berkuat kuasa Julai ini.

Pemansuhan PTK yang berkuatkuasa 1 Januari lalu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau membentangkan Bajet 2011 pada Oktober tahun lalu.

-- BERNAMA

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

halloooooooo bro....belum laksanakan jgn cakap baik...dulu pun sama...masa ssb nak dilaksanakan..semua kata baguih..bila ssm nak dilaksanakan...semua kata baguih..baguih kepala hotak kau...patut la najib boleh permainkan orang bodoh macam kau..

Tanpa Nama berkata...

memang bodoh pn puak2 majlis tertinggi cuepacs ni..x caya! cuba tanya gred apa kebanyakan diaorang ni...

Tanpa Nama berkata...

yang di tunggu2 tak naik, yang ditakuti naik. itulah zaman sekarang yang banyak menyebelahi kepada orang yang sudah kaya. yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah merana. knp kerajaan x penah fikir pasal orang yang susah, yang orang senang difikirkan. tahniah kepada raja gula, orang yang terkaya di malaysia.... anda ertambah kaya, kami yang merana....syabas kumpulan sokongan 1...tiap2 bulan ada saja kenaikan anda....

Tanpa Nama berkata...

Kalu nak laksanakan sistem baru ni berilah kenaikan pangkat/memangku kepada yang dah layak 3/3, 3/4 & 4/4 barulah adil bagi yang dah tungkus lumus belajar.

KPSL pun diharap bagi yang lulus berilah kenaikan pangkat/memangku sebelum adanya kekosongan tak perlulah nak temuduga utk dapatkan jawatan tersebut.

Bukan apa, pekerja yang lulus dah berusaha nak meningkatkan taraf hidup dgn belajar untuk mendapat kenaikan gaji tanpa merayu pelarasan gaji yang nampak gaya takder bunyinyer...

Usaha + Lulus = Gaji Naik
harap sistem lama yang digunakan taklah sia-sia dilaksanakan walaupun ditukar sistem baru

Tanpa Nama berkata...

aku yg dah lulus PTK tahun 2008 (4/4) ...tapi tunggakkan gaji pun x dpt2 lg...hampeh betul.....

Tanpa Nama berkata...

orang tunggu naik hagi dan elaun dia sibuk pasal PTK pula. sudahlah kita fokus pada benda yg penting dan utama dulu. Soal nak ganti PTK tu tak perlu cakap lagilah. Dah tau dah, buat le apa jenis format pun, tetap akan tak sempurna punya. kalau tak terpaksa bodek bos...kena hadapi kesusahan peperiksaan...lebih baik bagi je pada orang yg ada kelulusan pengajian dulu...atau yg betul2 cemerlang...

Tanpa Nama berkata...

orang tunggu naik gaji dan elaun dia sibuk pasal PTK pula. sudahlah kita fokus pada benda yg penting dan utama dulu. Soal nak ganti PTK tu tak perlu cakap lagilah. Dah tau dah, buat le apa jenis format pun, tetap akan tak sempurna punya. kalau tak terpaksa bodek bos...kena hadapi kesusahan peperiksaan...lebih baik bagi je pada orang yg ada kelulusan pengajian dulu...atau yg betul2 cemerlang...

Tanpa Nama berkata...

kos hidup tinggi dah sekarang ni..kerajaan patut pertimbang dengan segera kenaikan gaji dan elaun.

Tak perlu tunggu pilihanraya baru nak bagi gaji naik, elaun naik. Bagilah sekarang. Kos baranga dan perkhidmatan naik tak berhenti2. Pendapatan kakitangan awam dan rakyat saja tak naik2.

Kita harap kerajaan buatlah sesuatu lebih pantas dan proaktif demi kesejahteraan rakyat termasuk kakitangan awam. Janganlah buat sesuatu hanya ikut musim atau peristiwa. Contoh, umum kenaikan gaji bila dekat pilihanraya...taktik ini akan menyempitkan hidup golongan bawahan..

Tanpa Nama berkata...

kalo kerajaan tak mampu naikkan gaji tolong cadangankan la bagi yg mcm kami bergaji ciput ni gred 1-17 keja kat daerah sendiri saya rasa mslah gaji tak timbul sangat sebab yelah kalo tempat sendiri umah pun sendiri, ada boleh bercucuk tanam untuk menampung kos sara hidup kurang2 juga boleh buat partime jual2 ke apa ke kecil-kecilan. kalo gaji ciput ni mcm mana nak hidup kat tempat org jauh2.. tu la PA banyak hutang asal nak balik kampung sambut hari perayaan je.. ngadap Bank mintak pinjam... sebab gaji nak simpan pun takda.. tu sebab PA ni gaji berapa pun tak cukup sebab kerja jauh2. sampai daun kunyit pun kena beli semua beli.. kalo kat kampung atau daerah sendiri jimat 1rgt petik je kat kebun jimat belanja... ok tak Idea saya dato'????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan cadangan di tutup!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

apa la punya sistem....lain jabatan lain cara. JPJ masuk 4 thn kalu lulus PTK bole naik 22. Jabatan lain kena tunggu 10-15 tahun. Ketau jabatan pulak tak ikut pekeliling. Yg cukup tempoh dan lulus PTK tak diberi kenaikan. Bagi ikut seniority. Patut Ketua2 macan ni diamik tindakan kerana salah guna kuasa. Naikkan konco2 sendiri jer

Tanpa Nama berkata...

mamak omar cakap saja besar .. jumpa menteri , bincang dgn menteri, kaji dgn menteri, berak pun dengan menteri.
huia hua.. huaaa..

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan cadangan di buka balik.... :P

Tanpa Nama berkata...

APC, SSB, SSM, PTK. APC aku dapat di pusingan terakhir apabila semua dah dapat dan terpaksa bagi. PTK aku dapat dua kali kerana usaha aku sendiri struggle study dan dapat jawab soalan. sistem 360 darjah ni jawabnya....macam SSB, SSM dan APC lah...

Tanpa Nama berkata...

kalo syarat kenaikan pangkat masih 15thn service kan sama saja tu.. buat sistem fotosintensi pun tetap sama hahahaha..

Tanpa Nama berkata...

Assalam dan Salam 1 Malaysia

Saya telah membaca siaran akhbar mengenai 360 darjah rancangan JPA utk menilai kakitangan menggantikan PTK, Saya terpanggil menulis pada pihak tuan bahawa saya sangat tidak setuju cara 360 darjah kerana ianya banyak membawa implikasi yang tidak sihat dikalangan kakitangan awam seperti berikut:

1- budaya pilih kasih
2- Hasad Dengki
3- Budaya kipas bos
4- Birokrasi
5- Cemburu pada kakitangan rakan sejawatan
6- Hipokrit@berpura-pura

Daripada dulu lagi saya tidak setuju PTK dihapuskan cumanya dihalusi kembali supaya ianya boleh dipraktikkan kepada semua kakitangan awam sekiranya mereka yang tidak setuju PTK itu barulah peraturan 360 darjah ni dipraktikkan.

senarai diatas adalah sebahagian apa yang terjadi dlm pejabat dan diantara kakitangan, jika perkara tersebut di 360 darjah di praktikan semestinya mendatangkan masalah besar dalam suatu pentadbiran kerajaan.

saya sebahagian daripada ribuan kakitangan kerajaan mengharapkan yang terbaik daripada pihak tuan namun cara ini rasanya tidak begitu mendatangkan hasil dan momentum yang kuat pada kakitangan kerajaan namun seperti kembali pada SSB
sebelum SSM.

penilain 360 darjah tidaklah sehebat mana cadangan kerana ia mempunyai implikasi yang besar lebih pada buudaya hipokrit daripada kebenaran.

apa2pun saya mengharapkan perkara ni dirombak supaya lebih baik daripada 360 darjah dan PTK sebelum ini lagi relevan. 360 darjah seharusnya pada orang2 ahli politik sahaja.

sekian terima kasih

Tanpa Nama berkata...

TOK OMAQ ... BILA NAK SELARAS SKIM JURUTEKNIK.... NGAPE DIAM AJE ... STENO DH DAPAT... KAMI BILA LAGI... TAKKAN MASIH DOK BINCANG ... bincang ngan sape ye?!

PPT REKOD YG KECEWA berkata...

KERAJAAN PILIH KASIH!!! PPT N27 (GUNASAMA) 3-4 TAHUN DAH NAIK GRED N32..AKU YG DITEMPATKAN OLEH SPA DI BAWAH KSU KKM DILETAKKAN DI REKOD PERUBATAN DAH 12 TAHUN KERJA TAK NAIK2 LAGI KE GRED N32...

JPA JUGA TAK BERLAKU ADIL!!! AMBIL JAWATAN PEGAWAI TADBIR N41 DAN LETAK DI BAWAH JPA. BILA PPT (REKOD PERUBATAN) YG ADA KPSL, IJAZAH, MASTER MOHON JAWATAN N41, NAK DAPAT PUN SUSAH...KADANG2 SEORANG PUN TAK DAPAT..YANG DAPAT KEUTAMAAN SEMUA DARI SKIM GUNASAMA...

SUDAH SUSAH NAK DAPAT NAIK KE GRED N32 DALAM UNIT SENDIRI...AT LEAST BAGI LA KELONGGORAN & PELUANG UNTUK KAMI POHON KE GRED N32 (GUNASAMA).

SATU, APA BEZANYA SKIM PPT (REKOD PERUBATAN) & SKIM PPT (GUNASAMA)?? KENAPA KAMI TERPAKSA "CLOSE SERVICE"?KENAPA PERLU ADA PILIH KASIH?? KENAPA KAMI TIDAK DIBERI HAK YANG SAMA RATA SEPERTIMANA PPT (GUNASAMA) NIKMATI...MEMANG TAK ADIL!!!

SUDAH LA KKM TIDAK PANDANG LANGSUNG DGN SKIM KAMI...NAMA SAJA DI BAWAH KSU KKM...HAKIKATNYA KAMI SENDIRI TIDAK MEMPUNYAI KETUA PERKHIDMATAN YANG BETUL2 DAPAT MEMBELA NASIB KAMI...

Tanpa Nama berkata...

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang sistem 360, tuan/puan boleh mengikutnya pada setiap hari Rabu, Jam 9.00 malam di TV3...

GuaMeng berkata...

Oit kelajaan, cuba lu ikut sistem cam negala luar buat. Buat sama adil la. Jangan main cakap je, gua keleja kelajaan mau tanggung anak bini gua, mau naik pangkat! Gua ada Degree Sains Komputer dari UTM, CGPA 3.98..pasal apa gua talak naik pangkat? Gua sudah keleja 25 tahun sebagai techician di Putlajaya. Pilih kasih ka? Ke naikkan pangkat untuk kroni-kroni je? Haiyaaa...

Tanpa Nama berkata...

Kalu nak laksanakan sistem baru ni berilah kenaikan pangkat/memangku kepada yang dah layak 3/3, 3/4 & 4/4 barulah adil bagi yang dah tungkus lumus belajar.

KPSL pun diharap bagi yang lulus berilah kenaikan pangkat/memangku sebelum adanya kekosongan tak perlulah nak temuduga utk dapatkan jawatan tersebut.

Bukan apa, pekerja yang lulus dah berusaha nak meningkatkan taraf hidup dgn belajar untuk mendapat kenaikan gaji tanpa merayu pelarasan gaji yang nampak gaya takder bunyinyer...

Usaha + Lulus = Gaji Naik
harap sistem lama yang digunakan taklah sia-sia dilaksanakan walaupun ditukar sistem baru

Tanpa Nama berkata...

hampa nak gaji naik jangan undi bn undi pembakang la hkita tegok pembangkap pula bn janji o ja sakit hati ja

Tanpa Nama berkata...

kami dah lulus PTK.. naik gaji setangga jea.. pangkat hampas tak naik.. kami ade ijazah serta master.. langsung tak di beri keutamaan penat jea daftar di SPA.. tak panggil langsung exam dan temuduga..ape cite nie.. agaknye tunggu PRU-13 kot..

Tanpa Nama berkata...

SAYA INGIN MEMBERI PANDANGAN TENTANG PENGGANTIAN SISTEM PTK...SEPERTI YANG TELAH DIMAKLUMAKAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA PENGGANTIAN SISTEM PTK DENGAN SISTEM PENILAINAN 360% SAYA RASA AMAT BERSYUKUR DENGAN SISTEM ITU...KERANA LEBIH TELUS DAN ADIL..BAGAIMANAPUN SEPATUTNYA PIHAK PENGURUSAN JPA MEMBINA DULU SISTEM YANG SEDIA DIGUNAKAN SEBELUM MEMANSUHKAN SISTEM PTK...KERANA PROSES MEMANSUHKAN TELAH MEYEBABKAN KAKITANGAN AWAM "TERLEPAS PELUANG" SEJAK IA DIMANSUHKAN HINGGA KINI, PIHAK JPA PERLU BERSEDIA MEMBINA SISTEM YANG SUDAH BOLEH DIGUNAKAN BUKAN MEMANSUHKAN SISTEM PTK SEDANGKAN SISTEM PENGGANTI PTK BELUM BERSEDIA DIGUNAKAN...?

SEKIAN TERIMA KASIH..

Tanpa Nama berkata...

harap-harap tu jangan la pelarasan jadi macam zaman dolu-dolu tu. Orang belajar rendah dapat gaji tinggi, orang yang teruk-teruk belajar dapat gaji rendah je. Agaknya kat Malaysia ni taraf pendidikan tidak dipandang kot... Dah la pinjaman ptptn pun kena bayar, tak habis lagi oooo. Perjuangan biarlah sama rata dan adil, itulah sepatutnya yang ceupacs lakukan, bukan kira poket sendiri ja.