SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 Mei 2011

POLIS KENAL PASTI SUSPEK KES PUKUL ANGGOTA JPJ

Bernama
12/5/2011




KUALA TERENGGANU, 12 Mei (Bernama) -- Polis telah mengenal pasti kumpulan lelaki yang terlibat dalam kes memukul seorang pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menyebabkan pegawai itu cedera di bahagian muka dan badan dalam kejadian pada petang Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K Manoharan berkata polis yang memandang serius kes itu kini sedang mengesan kumpulan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

"Polis meminta individu yang terlibat dalam kejadian itu datang ke balai polis berhampiran untuk menyerah diri.

"Kita memandang serius kes ni kerana ia melibatkan seorang kakitangan kerajaan dipukul ketika menjalankan tugas, sehubungan itu saya juga menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian itu tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari Khamis.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 333 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah kepada penjawat awam yang sedang menjalankan tugas yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Abdul Rahman Emang Anyie berkata pihaknya memantau rapi keadaan kesihatan Ketua Pembantu Penguatkuasa, Ismail Daud, 45.

"Mangsa kini mengalami trauma dan dia kini melakukan tugas secara berteman. Namun saya yakin mangsa dan kakitangan JPJ yang lain kuat semangat dan tidak gentar untuk terus terus menjalankan tugas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS ) Datuk Omar Osman ke pejabat JPJ Terengganu di sini hari ini.

Omar pula berkata pihaknya mahu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menilai untuk menyediakan perlindungan insurans skim perkhidmatan kepada kakitangan penguatkuasa di jabatan berisiko.

"Seperti contoh kejadian kakitangan JPJ ini, kita perlu pastikan mereka mendapat perlindungan sewajarnya kerana kerja yang dilakukan mereka berisiko. Setakat ini mereka hanya dilindungi insurans peribadi masing-masing," katanya.

Dalam kejadian pada petang Isnin lepas mangsa dibelasah sekumpulan lelaki di Jalan Jerangau-Jabor, Dungun, dekat sini ketika cuba memeriksa lesen memandu seorang lelaki.

-- BERNAMA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penguatkuasa seharusnya membuat pemeriksaan secara berteman sekurang-kurangnya dua orang, kalau polis trafik seorang sahaja tak apa sebab ada pistol, insurans tidak dapat mengelakkan kes ini daripada berulang tetapi hanya menggalakkan penguatkuasa untuk dipukul...

Tanpa Nama berkata...

Nampak dah penguatkuasa buat keje bagus tak lagi rasuah. Bravo. Teruskan tanpa mengira bulu. Sekiranya Perbendaharaan negara bertambah tentunya PA akan dapat manafaatnya.

Tanpa Nama berkata...

sakit woo kne tumbuk..memang setuju sgt jika bidang uniform nih perlu diberikan insuran secara automatik dr kerajaan dr mula masuk kerja kerana kerja2 yg di lakukan berisiko tinggi..nak beli insuran sendiri tak mampu woo..gaji kecik..ada byran yg lebih penting drpd dok byr insuran bln nih..memang patut di beri insuran..barulah rakyat di dahulukan dan pencapaian diutamakan..br rasa diri di hargai oleh kerajaan selain dpt khidmat rawatan percuma dr hospital kerajaan..serius,seram je keje2 badan beruniform nih..kalo org nak naya,bile2 masa leh berlaku..