SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

01 Mei 2011

SISTEM GANTI PTK BERMULA 1 JULAI

Utusan Malaysia
1/5/2011



KUALA LUMPUR 30 April – Kerajaan dijangka melaksanakan sistem penilaian baru terhadap penjawat awam menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) berkuat kuasa Julai ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, sistem itu akan menilai tahap kompetensi golongan itu berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku mereka dalam pekerjaan.

“Pada 2 Mei ini, Jabatan Perkhidmatan awam (JPA) dan CUEPACS akan membuat persidangan bagi membentangkan beberapa cadangan terhadap penambahbaikan sistem penilaian baru itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran sempena ulang tahun ke-50 penubuhan Kesatuan Inspektor Kesihatan Malaysia di sini hari ini.

Pemansuhan PTK yang berkuatkuasa 1 Januari lalu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 pada Oktober tahun lalu.

Menurut Omar, sistem penilaian baru itu akan melihat tahap keupayaan kerja bagi tujuan kenaikan pangkat berbanding hanya bergantung kepada keputusan peperiksaan PTK sebelum ini.

47 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Soal cuepacs nak berunding dgn JPA bagi membentuk satu sistem baru menggantikan PTK, itu terpulanglah kpd batu jemala cuepacs.
Namun, semua PA perlu diberi peluang memberi maklumbalas.
Kami tak minat cuepacs.

TEKONG DARAT berkata...

tanpa nama, aku bukan nak bela cuepacs...tapi peluang maklumbalas dah dibeli oleh jpa dalam websitenya...

TEKONG DARAT berkata...

kesimpulannya, sistem baru ganti ptk akan membuahkan semula amalan bodek..
sistem ptk pulak tidak telus dan ada yg beri rasuah rm200 utk lulus...

PUNCA UTAMA MASALAH IALAH TIADA KEJUJURAN DARI PIHAK PENILAI...

APC DIBERI MENGIKUT SENIORITI DAN BUKAN KHIDMAT CEMERLANG...
ADA PLAK KENA TUNGGU GILIRAN BILA BULEH DAPAT...
PATUTLAA KAKITANGAN KERAJAAN NI TAK BERKEMBANG...SBB TAKDE PERSAINGAN SECARA SIHAT...
SBB TU PRODUKTIVITI GOV STAFF KURANG...SEBAB APC BKN KEPADA PRODUKTIVITI TETAPI SENIORITI...

Tanpa Nama berkata...

Nampak gaya KANTOI lagi la. Sistem BODEK mai pula.

ROSLITA berkata...

tak jugak...di tempat kami..yg baru keje pun dapat APC..yg penting keje mesti bagus & aktif...bab PTK yg dimansuhkan, harap lagi effisien.bab kaki bodek harap dijauhkan..yg penting masing2 telus dlm menjawat amanah kerja yg diberikan.Integriti ke arah peribadi kualiti..

TEKONG DARAT berkata...

YANG BARU DAPAT SEBAB YG LAMA BARU DAPAT...KAN ADA PERATURAN, TAK BULEH DAPAT APC DALAM TEMPOH 5 TAHUN?...TAK PERNAH DENGAR TTG ITU?...mana punya atuaran laa

Tanpa Nama berkata...

bagi pekerja baru memang tak patut dapat...utamakan yg telah lama dahulu.yg baru 5 tahun maseh belum memcapai tahap permahaman sesuatu perjalan jabatan

TEKONG DARAT berkata...

haha...tengok...dah ada penyokong senioriti...alasan lansung tak membina...kalu kerja tukang kebun nak kena paham dulu selok belok pokok bunga ke?...atau nak kena pastikan kerjanya berjalan lancar sambil ada penambahbaikan utk kebunnya?...

Tanpa Nama berkata...

JANGAN CERITA SISTEM BARU YG GANTI PTK TAPI CERITA DULU YANG DAH LULUS PTK BILA NAIK GAJI?BILA NAIK PANGKAT?
JPA,CUEPACS PERGI MAMPUS LAGI BAIK MACAM2 SISTEM NAK DIADAKAN.

azman berkata...

kepada tekong darat...

saya sokong anda 100000% sebab dah ternyata perkara ini berlaku. bagi yg baru mereka akan kata tunggu masa aku pula. macam KUP kerja 15 tahun dah dpt KUP. bestnye tak payah naik pangkat. kalu naik pangkat kena tukar, KUP duduk kerja lama. gaji ikut naik pangkat. ape ke bende ni?? renung2kan

Tanpa Nama berkata...

bagilah peluang orang lama sama naik pangkat, gred. Adil sikitlah cuepacs.

Tanpa Nama berkata...

aku dapat jawatan baru n17 dpd PAP pada tahun 2008 (Januari).
lulus PTK pada tahun 2010 (Julai).
Aku ingat pada tahun 2011(Januari) aku dapat Anjakan Gaji P2. Rupanya bahalul sungguh, aku tak dapat.
Majikan aku beritahu, aku perlu perolehi 3 kali kenaikan gaji baru dapat Anjakan Gaji ( betul ke Anjakan Gaji perlu dapat tahun ke 4 aku memegang jawatan baru???)
siapa boleh tolong aku. Betul kah tindakan majikan aku niiih!!
aku bangannnng niii.

Tanpa Nama berkata...

Sdr. Tekong Darat, Aku Tanpa Nama yang paling atas, nak response :
JPA hari tu cuma minta maklumbalas pada pakej yang sedia ada spt. kaedah penilaian yang diminati, cara penilaian yang disukai, kaedah dan cara yang dicadangkan utk ganti PTK.
Aku cuma minta pihak JPA bila buat Penilaian baru ganti PTK ni dibawa semuala kpd PA untuk diberi penilaian oleh kita dan bukan cuepacs.

Tanpa Nama berkata...

Skim kup,hanya yg layak ialah 15tahun keatas.Bagi mereka yg dh bkerja 10tahun jawatan lama 5tahun jawatan baru pun tidak layak. kup bukan dikira tarikh mula masuk kerja.

Tanpa Nama berkata...

Dalam perkhidmatan awam ini banyak saya kerugian ... jgn kata pangkat .. nak beralih DGpun susah . Pada 2001 dapat ijazah .. tp lantik pada tahun 2004 ... rugi 3 tahun . Dahlah pd tahun 2005 semua kwn aku diberik DG 32 ... mlgnya nasib dlm perkhidmatan awam ( Guru ) .. Macm2 alasan JPA .. tak cukup bajetlah , ekonomi tak menentulah .. kini tertinggal ng gaji kwn -kwn sama lantik DG 29 dolom. Mgkin byk owg kata bukan rezeki ... tpi .. apa nak kata ... kita pekerja .. tetap akur dgn majikan ..

Tanpa Nama berkata...

TEKONGDARAT ada ye peraturan apc tak leh dpt seblm 5thn?emmm...ikut budi bicara pengarah la kot....Kalau pengarah nak bagi nak buat macam mana...yang lama ternganga la..sebb bukan pekerja favourite...tapi tak sepatutlah baru keja dah dapat APC...lain lah kalau org lama2 semua dah dpt APC...ke ROSLITA jabatannya hanya ada beberapa kerat je PA?

halim Jempol berkata...

sebetulnya dan sewajarnya APC hanya diberi kepada ahli UMNO sahaja, ini adalah penting untuk menggalakkan PA menyokong BN sepanjang masa. aku kesal sgt kerana cuepacs sanggup menggadai maruah bangsa kerana membenarkan org yg bukan ahli UMNO menerima APC. kita perlu taat dan patuh kepada tuan kita iaitu BN

Tanpa Nama berkata...

kami yg dah pencen ni cuma mampu melihat saja kelembapan kerajaan nak naik gaji ni. NAk sijil apa pun kami ada tapi apa boleh buat, kerajaan kita tak buat apa dasar pun yg buat kami gembira orang2 lama ni.

Tanpa Nama berkata...

nak perkenal sistem baru ke...sistem canggih mcmana pun, bayar dulu anjakan gaji dkt PA yg lulus PTK tahun 2010...dah la sistem yg lepas lembab...nak buat keputusan anjakan gaji kena bersidang...padahal semua kreteria dah dipenuhi...apa ke jadah semua ni...kerja pula x dihargai oleh yang senior2...kami yg muda kena buli...yg senior dok berjoli dalam pantri...lepak di luar pekana kopi..mai anugerah APC...senior yg dapat priority...yg junior bagai nak rak buat keja dapat tahi gigi...pergi MAMPUS lah sistem apa pun nak buat...aku dah x percaya lg dengan sistem apa pun yg diaorng nak buat...pergi lantak la..ambil PTK, atas usaha sendiri...bila dapat aras 4, ada pula yg dengki...yg senior pula bg alasan sbb nak kena byk study...byk sgt alasan yg diberi...LANTAK KORANG LAAAA....

Tanpa Nama berkata...

sebarang cadangan atau bantahan tidak akan dilayan olah pihak kerajaan

Mr.Paktam berkata...

@TEKONG DARAT,
sokong 100000%x30000 memang itulah yang akan berlaku nanti.. kerajaan kalau ketandusan idea nak merangka satu mekanisme yang baik cuba2 la minta pandangan@cadangan dari PA secara terbuka..
tak kira dari bawahan atau yang peringkat atasan asalkan cadangan yang baik apa salahnya jika diterima pakai kerajaan.. mana tahu kalau2 ada cadangan bernas dikalangan PA yg berjawatan kecil2 tu.. jangan la asyik nak guna pakai cadangan org2 tua macam dalam cuepacs nih.. sekali-sekala dengar la anak-anak muda punya pendapat@cadangan tak gitu..

Tanpa Nama berkata...

Katanya sempena hari buruh kaktangan awam akan diberi pearasan gaji gred gaji baru, tapi macam senyap aja ...ada berita maklumat JPA pun telah siapkan penyusunan tersebut betul ke?

Tanpa Nama berkata...

Pada pandangan saya, untuk gantikan ptk, tak perlu ada peperiksaan lagi, pegawai penilai, harus mleihat setiap satu senarai tugas,dan melihat sejauh mana sasaran kerja dapat dicapai, kalau ada 5 senarai tugas, semua tip top, bagilah markah penuh 50%..tapi perlu diingat tempoh/jangkamasa tugasan itu dilaksanakan, kalau semua dibuat dengan kadar segera tak ada yang tertunggak, bagilah 30 markah, pastu lihat pula, displin berkaitan masa kehadiran dan tingkah laku, kerja sama, kesabaran berhadapan pelangagan, tolak ansur dll, 20 %, pastu lihat peningkatan ilmu, ada tak ambil spm, stpm, diploma atau ijazah bagi setiap gred..bagilah markah bonus 10 % ..Ok tak cadangan saya ni.

Tanpa Nama berkata...

ngahahahaha

Tanpa Nama berkata...

cadangan kau memang wokey. cuma pelaksanaan tu engko kena murnikan lagi. apa maksud cepat? apa maksud sasaran tercapai? apa maksud tip top? apa markah untuk merit tip top ... engko kena workout lagi niih.
fening...fening.
gaji bila nak naik?????

mun berkata...

i tak setuju sistem baru ganti ptk. kalau sistem baru seperti sistem ssb, ini bermakna ssb = sistem suka bodek.
kalau dipraktikkan, sistem ini sama dengan sistem lama. bermakna balik ke sistem kuno, sistem kroni-kroni majikan.

Tanpa Nama berkata...

Apa guna CUEPACS kpd kakitangan awam.tak ada faedah langsung, harap nama aja.kami pekerja tetap ditindas.kerja dgn kerajaan tapi duit tak penah cukup.pendapatan penoreh getah pun lebih banyak dari pegawai awam, cuma boleh belagak kerja gov.macam mana CUEPACS tak nampak ke pekerja gred 17 kebawah di paras kemiskinan.bukan dapat bantuan kebajikan,bantuan kebajikan pun lebih kurang sama saja.kami kerja sampai keluar tulang pun gaji tetap sama.kalau orang atas senang la cuma arah saja, gaji tinggi.kami yang bawah ini la buat,tanggung.kalau kerja yang dibuat setimpal dengan gaji mungkin tiada masalah,kami pun tak mengeluh lagi.Dah 3 Negeri jatuh ke tangan PR pun tak nampak lagi ka.nak tunggu Malaysia dapat kat PR pulak ka...

Tanpa Nama berkata...

Kami tak setuju dengan sistem baru yang menggatikan PTK, maka akan wujud sistem bodek.kalau boss lelaki maka orang perempuan,yang suka bodek la akan naik. kalau kuda kayu maka tetap kuda kayu laa..tak adil langsung..tak setuju..kalau pelarasan gaji orang yang dah pencen tak terlibat la dalam kenaikan.macam mana orang yang dah pencen dapat lebih dari yang bekerja. kalau pencen dapat RM1500.00 macam mana dengan Pegawai Awam Gred 17 baru RM800.00 lebih.lebih baik pencen dapat banyak lagi,duduk saja,tak keluar tenaga.bila sudah pen tak ada produktiviti tak payah la tambah lagi kenaikan pencen. bayar ikut gaji terakhir sudah laa.ingat yang muda-muda ni sama.bila ada rasuah heboh satu Malaysia, tapi mana cukup dgn gaji..pikir..dengar..paham...rasa..hargai...

Tanpa Nama berkata...

Menteri Bayangan
Betul dulu KSN nak suruh minta bonus,dia kata malu,Pak Lah rebah 4 Negeri dan Wilayah KL..Tu Pak Lah , Pak Najib tak tau Lagi...takut takut tambah lagi banyak negeri...masa tu hilanglah seri...habis gigi tinggai gusi...Omar Osman cabut lariiii...Balik pulau Bayan Lepas...Sini melilau sana melepas...Hidup BN sampai bila ....?

Tanpa Nama berkata...

harap sistem kali nih tidak membebankan PA utk maju kehadapan..kalo rasa nak jaga bangsa sendiri dgn baik,buat lah yg terbaik untuk bangsa sendiri..tentu xkan rugi,sbb bangsa kite jgk yg akan teruskan mandat tadbir kerajaan..kalo tlalu byk sekatan pd bangsa sendiri,tentu bangsa lain yg akan ambil peluang..tpulanglah pd sesebuah bangsa utk menentukan penguasaan nti..

Tanpa Nama berkata...

Nak luahkan sikit..tahun lalu lulus PTK dan telah diperakui anjakan gaji dan masa yang sama boss KECIL rekomen APC tapi boss BESAR cakap kena pilih satu sahaja..betulkah kaedah tu? setahu saya lulus PTK usaha sendiri tapi APC adalah pencapaian kerja....sedih dan hiba bila dikatakan oleh boss KECIL.

Tanpa Nama berkata...

Maksud tip top tu, senarai tugas yang perlu kita laksanakan tu, semua beres..tak ada yang tertangguh, atau yang tertunggak..mcm ptk, tak kira tugasan dia orang tertangguh ke, apa ke, janji lulus dapat 4 , pasti dapat anjakan..kalau ambik periksa 6 kali tak pernahnya lulus, tapi keja cemerlang, pun tak de maknanya bila periksa ptk gagal..tu yang menyampah bila ingat ptk tu..tension bebenor..Agak2 susah ke nak faham apa maksud saya nih..

Tanpa Nama berkata...

gaji rm1500 sebulan..kete myvi 2nd thn 2007 rm380 sebulan selama 7thn..simpanan untuk insuran kete n standby breakdown kete sebulan rm200.sewa bg seseorang yg duduk berasingan dgn isteri rm300 sbln utk sebuah bilik sahaja..sewa rumah untuk isteri dan anak2 yg duduk di kampung rm700 sbln(tanggungjawab suami)..belanja harian yg mampu di beri oleh si suami kpd isteri dan 2 org anak sebulan hanya rm400..lain2 tanggung@bayaran harian dan keperluan peribadi anak isteri akan di tanggung isteri itu sendiri..mkn minum suami yg tinggal bujang seorang diri di negeri org hampir rm400 sbln..bayaran bil utiliti seperti api air,internet dan topup hampir rm100 sbln..jumlah keseluruhan utk si suami perlu keluarkan setiap bulan rm2480..

gaji rm1500 - belanja bln sekeluarga rm2480 = rm -980

p/s : mcm ner lah org yg lebih rendah gaji nya drpd aku nih boleh hidup.syukur alhamdulillah aku masih boleh bertahan lg walaupon belanja bulanan lebih tinggi drpd gaji bulanan..kalau lah aku dpt tinggal sebumbung dgn isteri dan anak2 hingga pencen,mungkin dpt kurangkan lg perbelanjaan nih..susah betul bila bekerja dlm badan beruniform..hidup sentiasa pindah randah dan memerlukan wang yg byk tiap kali pindah..

apa pilihan aku skrg??bhenti kerja atau menyamun(rasuah)??innalillah..
jln yg terbaik bersabar dan terus berusaha utk keluar dr masalah skrg dlm masa yg sama teruskan tabah menghadapi liku hidup sementara tggu peluang yg lebih baik..

SYMP berkata...

Itu sebab ramai PTK ta'faham lulus tahap IV ta'semestinya dapat anjakkan kerana ianya hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan yang akan melihat juga prestasi PA berkenaan. Selepas itu senarai berkenaan akan diperakukan pula oleh Lembaga di Kementerian masing-masing setelah mendapat kelulusan KSU yg akan menyaring sekali lagi dengan syarat yang akan ditentukan oleh beliau sebagai Pegawai Pengawal. Kemudian barulah kelulusan dihantar kepada pemohon. Bukan lulus PTK IV automatik dapat anjakkan. Lain kali selalulah datang perhimpunan pagi Jabatan/Kementerian dan dengar dengan teliti bukan pergi minum kedai mamak atau sebok pagi pagi ta'pergi perhimpunan konon akulah yg banyak kerja. Orang macam ini selalunya komplen PTK ta'bagus la, skim bodek boss la, skim ta'tunjuk prodktiviti la...sebenarnya PA saperti ini lah yg ta ada produktiviti: cakap je, bila kita ajak masuk kumpulan KIK semua ta'mahu...kalau suruh kerja labih masa nak duit ta'mahu cuti gantian kalau tidak ta'mahu buat,...suruh pergi kursus semua nak ke hotel kalau kat pejabat ta'mahu.. ada anak kecil la, ta ada transport la dan seribu satu alasan. Sepatutnya PA macam ni elok la berhenti awal supaya PA yg kerja cemerlang, jujur, amanah, dan ikhlas dapat bekerja dengan lebih dedikasai lagi.

1 Malaysia berkata...

Saya sokong ulasan SYMP ni kerana ramai PA yg baru masuk asyik komplen gaji kecik. Baru je masuk kerja dah ada HP bukan yg murah tapi yg mahal siap internate dan kemudian sebok nak beli kereta. Itu sebabnya bila kena tangkap lihat umur mereka terdiri dari bawah 30an. Bila PA 1-16 nak beri 17 mereka dengki nak naik juga, bila PA uniform nak bagi naik gaji mereka kerana untuk elak rasuah mereka kata bagi pada semua gred. Bila PA nak dilanjutkan umur bersara 60 tahun dengki juga alasan kesian ramai yg ganggur walhal kalau dilanjutkan sampai umur 65 tahun pun kalau dah ta' ada rezeki jangan harap nak dapat jadi PA kerana kerajaan akan cari mereka dari kalangan yg terbaik. Itu sebabnya dulu umur minima masuk PA 25 tahun sekarang kerajaan tidak hadkan. Kesudahannya ramai yg dulu kerja swasta berlumba lumba nak jadi PA bukan apa tapi kerana kerja senang ta' saperti kerja swasta yg selalunya sentiasa kena perah. Dulu ta'siapa pun nak kerja gomen kerana gaji rendah kerani RM200 dah la tu kena kutuk lagi sedangkan kerani bank dapat RM800. Bila mereka ni masuk gomen baru kerja setahun dah pinjam sampai 100K lepas tu bila kena bayar bulan bulan mula terasa menggeluh dan komplen dalam laman cuepacs gaji ta'cukup. Sepatutnya PA hendaklah tunjuk tauladan yg baik kepada pekerja swasta bahawa dengan pendapatan yg diperolehi dari cukai rakyat ini mereka hidup selesa sedangkan gaji sektor swasta lebih rendah dalam lingkungan RM500 sahaja. PA yg muda-muda ni tiap tahun akan minta naik gaji kerana suka tunjuk lagak. Kesudahannya rakyat akan lihat apa bentuk kerajaan ini yg PAnya terdiri dari mereka yg tidak tahu menguruskan ekonomi keluarga diberi urusan mengurus ekonomi negara. BANKRAP.!!!..

Tanpa Nama berkata...

memang le ptk 1v, kena tengok gak markah prestasi dia orang, eh, saya pt perkhidmatan yang buat anjakan dia orang ape..setakat ni, yang dapat anjakan tak de yang tercicir dari dapat anjakan, so, jangan kata orang tak faham pulak ye..kalau dulu kena tunggu btn, la ni 2011, tak yah kursus btn, dapat anjakan jika prestasi baik/cemerlang..cuma yang saya nak bagi tau, kalau nak periksa2 tak yah le..tengok je kerja dia orang tu..capai sasaran ke idaknya..Kalau kerja semuanya sempurna dan mencapai matlamat .bolehlah dipertimbangkan untuk menerima anjakan..itu cadangan sahaja.tak semestinya betul..so relax aa..

Tanpa Nama berkata...

PA muda-muda sekarang baru bekerja dah nak melaram itu dan ini. Tak tahu ukur baju di badan sendiri. Complain itu tak cukup, ini tak cukup wahal tak pandai berbelanja secara berhemah. Baru masuk kerja nak lagak lebih-lebih... nak hp mahal-mahal, nak berkereta motor tak main la, lebih teruk lagi tak pandai kawal perbelanjaan. Apa kata belajar berjimat cermat dari awal - tahu beza antara 'keperluan' dan 'kehendak'. Yg penting asas simpanan & berjimat cermat perlu bermula dari awal2 bekerja.. klau Nak bekereta tunggu sekejap hingga ekonomi diri kukuh & ber motorlah dulu. Kebanyakkan PA cepat gelap mata dek tawaran pihak peminjam2. Rasa besar diri, buktikan pd keluarga & kawan2 bhw dia boleh mewah,ada serba serbi... Muhasabahlah diri.. belajar berjimat cermat. Percayalah mereka yg berjimat cermat dari awal tidak akan terhimpit dgn belenggu keberhutangan, tahu muhasabah diri dan hidup aman.

Tanpa Nama berkata...

wah2...FT17 apa cerita JPA..kita org dah kerja 9 tahun langsung tk ada iklan kenaikan pangkat..jgn kata iklan kabar pun tk ada....kesian laa kt kita org ni.................mcm di ANAK TIRIKAN SAHAJA

Tanpa Nama berkata...

sy seorg PA br bekerja sbgi pem.pkuasa dlm sebuah jabatan di kwsn pdalaman negeri kedah..myewa seorg diri(kerana isteri bekerja di selangor) di kwsn kg rm200 sbln.dr rumah ke tmpt keja ambil masa 45 utk smpi tmpt kerja.kerja shift xtentu masa..kemudahan awam seperti bas setiap 2jam sekali.hya beroperasi sehingga jam 8mlm.teksi n teksi sapu cekik darah..tiada meter perjalanan..harga ikut suka n main agak..sy terpaksa beli moto..alhamdulillah sudah habis byr n jimat utk pergi kerja ulang alik xtentu masa..suatu hari di laluan utama tp sunyi n gelap gelita jam 10mlm semasa hendak pulang ke rumah,sy ditahan beberapa individu bangsa sendiri yg lalok n mamai telah mgacukan kayu n senjata berbahaya..tujuannya utk pau duit n brg bharga yg lain..sy terpaksa serah segalanya termasuk moto..lalu sy trauma n pasrah..skrg sy terpaksa keluarkan belanja lebih untuk byrn blnan kete dan ulang alik ke tmpt kerja..susah hendak tompang rakan kerja yg lain kerana mereka telah berkeluarga dan tinggal jauh jgk dr tmpt kerja..cetenya skrg,gaji sy mmg xdpt tampung belanja bulanan isteri dan anak2 di selangor..mujur isteri memahami n masih bekerja lg wlupon gaji nya xseberapa..sekurang2nya dia boleh bantu utk sewa rumah,mkn,pakaian n persekolahan anak2..tp sedih coz xdpt bantu isteri dr segi kewangan kerana gaji sy xseberapa..sebulan sekali sy perlu berulang dr kedah ke selangor utk jenguk anak isteri..sy dah byk kali minta di tukarkan,tp masih tiada sinar..isteri pula bekerja di sebuah tadika swasta dan sukar juga utk berpindah..pyewa di tmpt isteri tidak menaikkan lg sewa rumah wlupon kwsn tersebut pesat mbangun..

Tanpa Nama berkata...

kalu sistem baru konpom muke budak yang lawa yang dapat apc kami yang buruk ni terngango je la tak dapat....harap sistem menganti ptk lebih bersistem dan adil untuk semua

Tanpa Nama berkata...

apc kalau ketua tak suka kerja 20 tahun pun tak kena calon. kerja sehabis tenaga tapi kalau tak pandai bodek terutama dalam pendidikan kalau guru besar tu tak suka kita memang kerja kita buat memang tak nampak sebab nak cari salah je. kalau org tu memang jadi lembu dia tunduk je memang dapat apc. setakat beri rm1000 je tak layak nak hargai jasa pa yang bekerja. tengok bank rakyat kalau prestasi kerja bagus apc dapat sampai 12 bulan gaji. kerajaan malaysia ni buang duit ke arah yang tak berfaedah dapat tapi kalau nak bagi naik gaji memang cakap kerajaan miskin.

Tanpa Nama berkata...

RAMAI2 YG KAW2 KOMPLEN NI.. AHLI KESATUAN KE? KALAU SEKADAR BYK CAKAP TP TAK JOIN KESATUAN SB KEDEKUT RM3 YURAN .. LEH BLAH.. JGN MENGOMEL

Tanpa Nama berkata...

Betul sistem penilaian baru ini akan lebih menjurus penjawat awam untuk mengamalkan rasuah.Bukannya rasuah kepadfa pelanggan tetapi sesama sendiri.sesiapa yang merangka pelan baru ini BETUL-BETUL BODOH DAN TAK BERTANGGUNGJAWAB.PA JADI MANGSA.
...LAKNATULLAH...

Tanpa Nama berkata...

Saya dah kerja 25 tahun tak pernah dapat APC. Tetapi Alhamdulillah ALLAH MAHA ADIL sayadapat naik pangkat beberapa kali. Sistem baik org yang menilai berat sebelah. Tetapi sistem baru ini pasti kejam kepada PA....

Tanpa Nama berkata...

Tahun ini aku tanya kat kewangan bila dapat kenaikkan gaji tahunan. Di orang cakap tak tahu lagi tunggu arah kerajaan. Adui mcm zaman PM najib benda ini boleh berlaku. Nak kata tak ada duit tak juagak. Pilihanraya DUN sarawak lepas PM Najib tabur duit macam daun saja. Projek ini dan iotu. Apa sudah jadi Dato sri....ayoyooooo. Datuk Omar masih tidor kaaa...

ahmad fathillah berkata...

GAJI PENJAWAT AWAM MEMANG PATOT DINAIKKAN... YANG TAK SETUJU TU BUKAN KAKITANGAN, DIAM SUDAH..

Tanpa Nama berkata...

Salam 1 Malaysia,
Kena kita akui Cuepacs perlu perjuangkan kenaikan gaji PA agar selaras dengan kenaikan Harga barangan dan caj perkhidmatan sekarang nie...mcm saya kenaikan tahunan hanya rm65 tetapi kenaiakan harga barang keperluan dan perkhidmatan asas meningkan setiap bulan...CUEPACS kena tegas tentang kebanjikan kakitangan PA kerana taukey2 kedai semakin kaya, PA Kaya Jugak tapi KAYA dengan HUTANG untuk menampung kekangan kuasa untuk membeli dan desakan hidup...tq