SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

17 Mei 2011

PERIHAL ORANG MUDA: PROFESION GURU BUKAN 'MAIN-MAIN

Berita Harian
Oleh Alzahrin Alias
zahrin@bharian.com.my
2011/05/15



pix_gal0
Faktor gaji, beban kerja luntur minat

KUALA LUMPUR: Profesion perguruan yang pernah menjadi pilihan graduan atas faktor gaji dan waktu bekerja kini bukan lagi suatu tarikan kepada anak muda berikutan perubahan gaya hidup sosial mereka.

Berdasarkan maklum balas diterima daripada rakan laman sosial Facebook Berita Harian, rata-rata anak muda menjadikan profesion perguruan sebagai pilihan kedua atas faktor gaji dan bebanan tugas. Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Che Din, berkata faktor subjek pembelajaran dari peringkat sekolah hingga institusi pengajian tinggi (IPT) yang lebih menumpukan kepada jurusan sains gunaan dan teknikal juga menjadi punca anak muda kurang berminat berminat menjadi guru. “Untuk menjadi seorang guru, mereka harus dididik dengan sains sosial tapi kebanyakan golongan muda kini menganggap sains sosial sebagai satu jurusan yang membosankan.

“Orientasi hendak menjadi guru perlu ada elemen sosial dan artistik yang tinggi. Tapi anak muda kini lebih berminat kepada perkara yang bersifat realistik seperti penerokaan dan penciptaan,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu di sini, semalam.

Dr Mohd Fadzil berkata, elemen persekitaran juga menjadi faktor utama dalam proses memilih kerjaya di mana hubungan anak muda dengan kerjaya guru dilihat terlalu pasif dan reaktif.

“Golongan muda tidak jelas mengenai kerjaya yang bakal mereka hadapi kerana tidak diterapkan secara langsung atau tidak langsung sejak alam persekolahan.
“Jika kita lihat sebagai contoh, di sekolah guru akan beritahu murid kena rajin belajar baru boleh menjadi peguam, doktor atau jurutera. Mungkin hanya 10 peratus guru yang memberi galakan supaya anak muridnya menjadi guru,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata profesion guru bukan satu kerjaya ‘main-main’ kerana kriteria paling penting ialah individu itu perlu mempunyai minat dan sikap kasih terhadap kanak-kanak.

“Kementerian akan memilih calon yang layak untuk menjadi seorang guru walaupun tidak dinafikan ramai memohon. Maka semakin banyak kerenah yang perlu dihadapi. Jika hendak tanam minat dan cinta ini tapi hati tidak ikhlas, susah juga.

“Kita perlu didik perlahan-lahan kerana tidak semestinya jika hari ini menjadi guru, hari ini perasaan cinta terhadap kerjaya itu timbul. Jika hanya kerana desakan kerjaya dan tidak boleh memupuk perasaan itu, baik usah menjadi guru,” katanya.

Untuk reaksi rakan Facebook selanjutnya, Layari www.facebook.com/bhonline

42 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cover line..cover line.. takut PA merugut hehe..

Tanpa Nama berkata...

kami x kira, ternyata di mana2 kerja, tanggungjawab dan bebanan tugasan kami sokongan 1-16 jauh lebih banyak dari mana2 PA, wajarnya cuepacs perjuangkan keselarasan gaji semua PA x kira gred, semua mula dengan gred 41, barulah adil.

-PAP Cemerlang

Tanpa Nama berkata...

Tak minat jangan dipaksa. Bahaya. Kerajaan perlu ubah strategi. Liberalise the education system .

Dr Muhammad Rejab berkata...

ada 2 persepsi bercanggah oleh para pendengki guru

1. kerja cikgu senang, sebab tu pakat ramai siswazah masuk jadi cikgu sebab nak senang dan gaji besar

2. kerja cikgu leceh, byk kerja, xde masa depan dan gaji kecil, sebab tu guru menjadi pilihan terakhir mana2 siswazah.

dua kalimat ni la selalu diulang2 untuk memberi persepsi negatif kepada guru.

2bz4money berkata...

Di mana ada gula, di situ ada semut. Martabatkan dan jadikan profesion perguruan setanding skim PTD.

Tanpa Nama berkata...

gaji guru, polis tentera senang dapat kenaikan..... kami PA cam-mana.....

guru, polis dan tentera diutamakan
kami PA diabaikan......

Tanpa Nama berkata...

tu pandangan 15thn yg lepas.. sekarang profesion guru menjadi rebutan.. pendalaman pun pendalaman la.. janji elaun besar..

Tanpa Nama berkata...

DAH 2 KENAPA DA BERITA PASAL KELAMBAKAN GURU KT MALAYSIA NI?..YG TGU POSTING XDAPAT2..CHIT POORAH R..ARTIKEL XLEH PECZAYA

Tanpa Nama berkata...

semua kerja bukan main-main la...
nak dapat rezeki berkat mana leh main-main

aku tengok kat sekolah2..kereta cikgu cikgi ni wah2 hebat2 ye

sape tak nak kan?

Tanpa Nama berkata...

takkan cikgu..pulis..tentera je ada beban tugas..PA camno plak..

Tanpa Nama berkata...

aku hairan gaji guru besar2 tapi muflis pun banyak juga, hairan....

Tanpa Nama berkata...

semua kerja bukan main-main la...
nak dapat rezeki berkat mana leh main-main

aku tengok kat sekolah2..kereta cikgu cikgi ni wah2 hebat2 ye

sape tak nak kan?

Sekolah umpama sebuah jabatan. Di SM, Pengetua di gred 48-Jusa C. Guru biasa di Gred 41-44.
Di SR pula, GB bergred 34-44. Cikgu biasa 32-44. Bayangkan jika suami isteri(cikgu biasa) di gred 32?
Mereka mampu, apa nak kata.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum sahabat2,
Yg sebenarnya mereka di luar lingkungan memang tak mengerti kerja guru. Itu sbb timbul macam2 persepsi. Tugas guru bukan di sekolah semata-mata. Dirumah pun ada kesinambungan tugas. Di sekolah lihat pada takwim saja dah terasa nak muntah. Di rumah merancang untuk esok.
Mereka ingat cuti panjang berjela2 tapi mereka tak tahu, tugas dlm cuti mereka tak nampak.Tengah2 cuti pun ada panggilan.Boleh dikatakan 18jam sehari bekerja. 6jam untuk tidur. Kekadang tengah tidur pun telefon berdering, murid sakit. Kena mengiring murid ke hospital(sek berasrama).Guru tanpa asrama boleh juga dikecualikan. Tapi nak buat macam mana.Rezeki kita.
Tak perlu kata mengata. Tak perlu dengki. Buang masa sahaja. Jalankan tugas masing2 sbb dah rezeki kita disitu. Sayangilah kerja kita. Cari yg paling barakah dalam pekerjaan kita. Tuhan akan menambah lagi rezeki kita kelak.
Pergi ke pedalaman dpt elaun tinggi..naik bukit turun bukit..menyeberani sungai dll.. kena bunuh pun ada...Tugas!! Nak buat macam mana? Rezeki kita.
Kalu kerajaan nak semak ..semaklah..redha ja. Mungkin giliran kita belum lagi. Berdoalah kpd Allah swt minta menambahkan rezeki. Allah yg menentukan rezeki kita , jangan lupa.

Tanpa Nama berkata...

DAH 2 KENAPA DA BERITA PASAL KELAMBAKAN GURU KT MALAYSIA NI?..YG TGU POSTING XDAPAT2..CHIT POORAH R..ARTIKEL XLEH PECZAYA

Memilih sangat. Nak tempat yg ada hiburan. Kena kat Sarawak tak mau pergi. Dulu bila dengar Ulu tembeling dah kecut perut. Kalu kau kena kat Long Pasha Sabah ,bertambah sakit kau...Ini baru kat FELDA dah liat...
Kalau semua nak duduk kat ketiak bonda..sekolah nun sana macam mana...kata kau guru. Ke kau guru yahya???

Tanpa Nama berkata...

saya percaya guru memang banyak beban tugas.. tapi kalo selain guru bukan keja main-main.. PA yg lain semua keja main-main la hehe.. kalo mcm tu persepsinya la.. lingkup malaysia ni..

Mat berkata...

Ish ish....keliling rumah saya semua cikgu, bila cuti sekolah semua hilang, dah dekat nak bukak sekolah baru ada batang hidung....

Betul kena mengajar 32 waktu, tapi ada sekolah ajar 18 waktu sebab ramai cikgu tak nak pindah keluar.

Duduk dengan petugas kaunter semua pening bila berurusan dengan cikgu, tanya soalan karut marut, agaknya dah lama sangat berkawan dengan budak2, sedar tak sedar perangai pun dah macam budak2.

Dia bersama dia pun asyik berbalah saja, taknak kerja lebih, merungut pasal rakan sejawat tidak berminat kerja.

Harap dapat kiranya cikgu2 ni ada sedikit rasa kasih sayang pada murid2 sekolah, tak banyak sedikit pun jadilah, kasihanilah anak2 sekolah.

Memang betul ramai para cikgu kena muhasabah diri agar menjadi pendidik yang ikhlas.

Apa yang saya tenguk di sini cikgu hanya memikir tentang jawatan sendiri saja, tidak memikir tentang lain2 penjawat awam. Saya bila ke sekolah suka tenguk telatah para cikgu, apakah mereka tidak sedar yang tingkahlaku mereka diperhatikan ibubapa murid yang berpendidikan tinggi tapi berjawatan rendah.

Betul ke ada cikgu berniaga di sekolah?

Apa2 pun cikgu yang baik dan komited tetap cemerlang, terus berkhidmat seperti lain2 penjawat awam dan mencari rezki yang halal.

Sekian saja.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum sahabat2,
Yg sebenarnya mereka di luar lingkungan memang tak mengerti kerja guru. Itu sbb timbul macam2 persepsi. Tugas guru bukan di sekolah semata-mata. Dirumah pun ada kesinambungan tugas. Di sekolah lihat pada takwim saja dah terasa nak muntah. Di rumah merancang untuk esok.
Mereka ingat cuti panjang berjela2 tapi mereka tak tahu, tugas dlm cuti mereka tak nampak.Tengah2 cuti pun ada panggilan.Boleh dikatakan 18jam sehari bekerja. 6jam untuk tidur. Kekadang tengah tidur pun telefon berdering, murid sakit. Kena mengiring murid ke hospital(sek berasrama).Guru tanpa asrama boleh juga dikecualikan. Tapi nak buat macam mana.Rezeki kita.

Rabu, Mei 18, 2011 1:31:00 PM

jika nak membandingkan dengan pa lain, saya sebagai pemandu ambulan yang bersengkang mata 24 jam x mengira waktu. dengan bermacam lagi dugaan yang datang. bukan setakat profesion guru sahaja yang susah. kami pa bawahan pun ada beban kerja. pukul 7.30 am masuk dan bawa pesakit yang jauhnya 120km- 300km diatas jalan raya untuk menuju ke hospital. balik kemudian ada juga hantar kes lagi. sampai rumah pukul 4-5.00pm. baru rehat 2-3 jam terima on call mengatakan ada ke yang perlu di hantar lagi. jd kami terpak sa keluar lagi untuk tunaikan tanggung jawab kami, sehinggalah kami sampai ke rumah pada jam2-3 pagi. keesokkan pagi kami bergeggas lagi ke tempat kerja untuk meneruskan tugas seperti biasa. begitulah rutin harian kami sebagai pa bawahan. sebenarnya kami tidak perlu menceritakan ini semua, tapi jika tiada pa bawahan siapa yang hendak melakukan tugas ni. adakah lepasan maktab sanggup untuk melakukan tugas yang dibuat oleh kami.
seperti juga penulis diatas adakah mereka juga memahami tugas kami sebagai pa bawahan. kami bertugas tidak kira waktu, berhadapan dengan pesakit setiap hari. adakah cikgu juga begitu. jika guru setiap hari hanya dapat tidur 6 jam, kami berapa jam? kami buat bukan 5 hari seminggu. adakah sekolah pun buka pada waktu malam. saya menulis berdasarkan fakta. bukan hanya kadang2. tugas semua itu dibuat setiap hari siang dan malam. kita semua saling memerlukan antara satu sama lain.

pa bawahan...

Tanpa Nama berkata...

bising2 pun rasanye macam xguna je...ye la selagi Timbalan Perdana Menteri 2 Menteri Pendidikan dan pandai guna kuasa dia..PA yang lain 2 tengok je la...tapi kalau nak rasa mcmn guru rasa ape kata kita cari menteri yang boleh angkat darjat kita seiringan...tahun depan jgn pilih TPM lagi ganti org lain lak jadi TPM tak kisah kalau dari UMNO pun..setuju x...ape kata Hisahmudin...akai ada..

PPM Kecewa N17 berkata...

apa yg kamu mahukan ialah kenaikan segera semua PPM N17 di sekolah ke gred N41. Kami amat penting dalam membantu memantau prestasi kerja guru yg selalunya x buat kerja dengan ikhlas.

Ketulusan semua PPM dalam menjayakan agenda BN dan kementerian pelajaran. Kami bersedia menghadapi sebarang tambahan kerja seperti menilai para guru jika permohonan kenaikan gred menjadi kenyataan. Kami amat yakin BN dan Cuepacs sentiasa mendengan luahan ikhlas PA yg pro BN

Tanpa Nama berkata...

cikgu yang banyak mulflis tu bodoh..main Meniaga Lewat Malam....atau Main Lama Menipu....loan gempakk....main benda haram dan bodoh tu penyebab mereka mulflis...

Tanpa Nama berkata...

ibarat sebuah rumah batu, tapak rumah ibarat negara, tiang-tiang serta dinding rumah adalah golongan PA, dan bumbung adalah kerajaan. Untuk membuat rumah, tapak, dinding serta atap adalah keperluan asas @ wajip supaya rumah itu di panggil rumah. segala kelengkapan lain untuk mengisi rumah tu adalah bukan keperluan asas untuk membuat rumah.

untuk memanjangkan hayat rumah itu kita haruslah menguna bahan-bahan yg berkualiti terutama bahagian tiang serta dindingnya dan juga atap untuk melindungi penghuni dr hujan, panas matahari, ribut d sebagainya.

situasi sekarang, jika dinding serta tiang2 rumah itu mengalami kerosakan adakah kita pergi ke pasar dan hanya memberi Lampu (ibarat guru ) untuk menyinari penghuni di waktu malam sahaja? sedangkan kita tau betapa penting untuk menjaga atau maintenance tiang serta dinding rumah kita agar tidak roboh dan menghempap penghuni di dalamnya.
tiang dan dinding tersebut umpama PA sekarang yg perlukan pembaikpulih agar terus teguh dan berkhidmat untuk negara.

bukan nak salahkan guru tapi kerajaan harus juga berlaku adil..

Tanpa Nama berkata...

aku tgk skang ni banyak cikgu dok buat keja sendiri ja... mana ada pikir nak jd cikgu atas sbb tanggungjawab nak didik anak bangsa...

Tanpa Nama berkata...

Apa yg saya perhatikan, pada pandangan saya.. kerajaan sekarang lebih berminat atau komited untuk memancing undi dr golongan muda, dengan saluran guru sebagai pengantaraan. kerajaan percaya Guru adalah paling sesuai dan mampu menyalurkan maklumat dari kerajaan kepada generasi muda. Ini adalah pelan jangka masa panjang dan akan datang bagi menyakinkan golongan muda untuk memberi kepercayaan dan setia kepada parti.

Kalo menggunakan saluran PA ianya kurang berkesan. sebab itu guru di anak emaskan demi melaksana tranformasi tersebut.

Tapi Dalam masyarakat Penjawat awam juga boleh serta mampu mempengaruhi masyarakat di sekelilingnya. ini kerana memandangkan latar belakang seorang PA merupakan kakitangan kerajaan, masyarakat akan senang mendengar hujah2 yg di sampaikan kerana bg pandangan mereka PA adalah boleh dipercayai, ini kerana dari apa yg saya perhatikan setiap bagi persara kerajaan setelah pulang ke kampung untuk menjalani persaraanya.. Pesara PA ini sering menjadi tumpuan serta di beri kepercayaan untuk memegang jawatan2 dalam organisasi kampung atau dalam masyarakat

kenyataan ini cuma pandangan saya saja sebagai sorg PA. kalo ada salah silap tolong perbetulkan sekian..

Tanpa Nama berkata...

kahkah... kalau nak KAYA jangan jadi cikgu...Go on,berniaga pasar malam...berMLM...berniaga gerai ikan bakar...macam setengah cikgu pencen. Kerana mereka tahu jadi cikgu memang tak boleh kaya. Cuma kaya dgn gelaran saja. Bila dah pencen ribuan bekas murid masih memanggil "cikgu" ...sehingga dah mati pun masih orang sebut cikgu anu dan anu...kaya dgn gelaran. Mana ada kaya....

Tanpa Nama berkata...

Kalu ketua jabatan kau tak bagi elaun untuk berjengkang mata bawa ambulan memang tak patut...lebih kau menoreh getah aje ...getah skang mahal...

Tanpa Nama berkata...

jika nak membandingkan dengan pa lain, saya sebagai pemandu ambulan yang bersengkang mata 24 jam x mengira waktu. dengan bermacam lagi dugaan yang datang. bukan setakat profesion guru sahaja yang susah. kami pa bawahan pun ada beban kerja. pukul 7.30 am masuk dan bawa pesakit yang jauhnya 120km- 300km diatas jalan raya untuk menuju ke hospital. balik kemudian ada juga hantar kes lagi. sampai rumah pukul 4-5.00pm. baru rehat 2-3 jam terima on call mengatakan ada ke yang perlu di hantar lagi. jd kami terpak sa keluar lagi untuk tunaikan tanggung jawab kami, sehinggalah kami sampai ke rumah pada jam2-3 pagi. keesokkan pagi kami bergeggas lagi ke tempat kerja untuk meneruskan tugas seperti biasa. begitulah rutin harian kami sebagai pa bawahan. sebenarnya kami tidak perlu menceritakan ini semua, tapi jika tiada pa bawahan siapa yang hendak melakukan tugas ni. adakah lepasan maktab sanggup untuk melakukan tugas yang dibuat oleh kami.
seperti juga penulis diatas adakah mereka juga memahami tugas kami sebagai pa bawahan. kami bertugas tidak kira waktu, berhadapan dengan pesakit setiap hari. adakah cikgu juga begitu. jika guru setiap hari hanya dapat tidur 6 jam, kami berapa jam? kami buat bukan 5 hari seminggu. adakah sekolah pun buka pada waktu malam. saya menulis berdasarkan fakta. bukan hanya kadang2. tugas semua itu dibuat setiap hari siang dan malam. kita semua saling memerlukan antara satu sama lain.

pa bawahan...
Rabu, Mei 18, 2011 8:03:00 PM

maaf, salah sangka nih..kerja masing2 sendiri yg tahu. kalu begini usahlah kita membanding2 kerja. Tuntutan mesti berdasarkan suruhanjaya masing2. Semua wajib menuntut semakan. Barangan dah naik nih..yg makan gaji dah terasa terkena gergaji...ggrrrrr...kahkah
Jika cikgu kahwin cikgi dah tentu tak terasa.Kereta Honda Accord baru.Begitu juga cik PA kawin En PA tak terasa sangat kot sebab jiran saya boleh beli vios. Kedua2 PA. Tapi saya kawin yg tak bekerja...anak ada lima bersekolah..walaupun grad terasa juga di gergaji...ggrrrrr...

Tanpa Nama berkata...

Aku tak kesah asalkan ada revision. Samada AC negara keluar torek ke..peduli apa. Semua dah merungut sebab barangan dah up...dan nak up lagi weiiii... Yg kaya orang pasar malam terutama peniaga barang2 basah sprt ikan dan sayur,peniaga gerai makanan. "The Silent Millionaires"
Tekak nak makan ikan aku terpaksa beli ikan yg lebih mahal dari daging. Pulang rumah, kira punya kira RM 50 dah langsai. The silent millionaires tetap silent...kita tetap berbuih2 mulut...macam nih nanti aku nak isi resignation form..jual ikan basah tepi jalan je yup...

Tanpa Nama berkata...

bangau oh bangau..
mengapa leher kau panjang..
sbb leher ku panjang...
harga barangan dah menjulang..
..........................
...................
menteri oh menteri
mengapa harga menjulang..
sbb harga naik menjulang..
Pengawas banyak yg curi tulang.....

hehehe...lol...yeah....lol

Tanpa Nama berkata...

PPM Kecewa N17 berkata...

apa yg kamu mahukan ialah kenaikan segera semua PPM N17 di sekolah ke gred N41. Kami amat penting dalam membantu memantau prestasi kerja guru yg selalunya x buat kerja dengan ikhlas.

Ketulusan semua PPM dalam menjayakan agenda BN dan kementerian pelajaran. Kami bersedia menghadapi sebarang tambahan kerja seperti menilai para guru jika permohonan kenaikan gred menjadi kenyataan. Kami amat yakin BN dan Cuepacs sentiasa mendengan luahan ikhlas PA yg pro BN

kahkah ...!!! orang Pro BN memang macam tu ke?? Org pro PR tak buat kerja ke?? Tapi kami pro PR tak pula minta yg bukan2...41 untuk siswazah. Ke U mana kau??

Tanpa Nama berkata...

gpk sekolah rendah yg paling kesal. gpk sekolah menengah tak jadi hal lagi...Tapi...silap dimana? gpk sekolah rendah sama saja tugasannya. Adakah silap NUTP??? Perancangan siapa nih??
TS Mohyideen cuma menteri.. beliau cuma endorse..

Tanpa Nama berkata...

ada lagi komen kat sini.....kenapalah gred PAP dan N17 selalu mintak perkara tak relevan....gred 41 telah dikhaskan untuk lepasan ijazah dan keatas..kalu nak kenaikan pangkat pun bukan mcm ni...mintak lah naik dari PAP N1 ke N11 ka, N16 ke...Ni nak 41 mana boleh...sedarlah kelayakan yang ada...aku pun ada STPM tak mengharap pun N41 tu...setakat boleh ke N22 sudah memadai dari jawatanku yang n17....jangan sebab sokongan politik anda mintak naik gred...silap besar...musnah negara

Tanpa Nama berkata...

tuntutan cuepac gred 1-16 ke gred 17 la.. itu cdg cuepac bukan kami minta.. ape ko tak baca ke atau tak faham?? N17 yg terhegeh2 nak ke gred 41 tu.

Tanpa Nama berkata...

ada lagi komen kat sini.....kenapalah gred PAP dan N17 selalu mintak perkara tak relevan....gred 41 telah dikhaskan untuk lepasan ijazah dan keatas..kalu nak kenaikan pangkat pun bukan mcm ni...mintak lah naik dari PAP N1 ke N11 ka, N16 ke...Ni nak 41 mana boleh...sedarlah kelayakan yang ada...aku pun ada STPM tak mengharap pun N41 tu...setakat boleh ke N22 sudah memadai dari jawatanku yang n17....jangan sebab sokongan politik anda mintak naik gred...silap besar...musnah negara

Jumaat, Mei 20, 2011 12:50:00 AM


mana ada kelulusan pap dgn n17 nak mintak 41...itu ulasan org pendek akal..klu ada sijil stpm pun buat ulasan mcm ni lebih baik jd penoreh getah sampai ke tua...sebab masih x paham. ckp banyak pun x guna. rasa-rasa budak darjah 1 pun tau apa yg golongan pap tu mintak. x payah la pengulas ni mengulas kat sini. sebab...........nnnntah la...kesian..

kakitangan sekolah berkata...

KEPADA PPM KECEWA N17

NAK NAIK KE DG41?? SETAKAT JAGA BUDAK PENDIDIKAN KHAS..BALIK AWAL..LEPAS TU TUNGGU 4.30 DUDUK AJE DEKAT BILIK PENDIDIKAN KHAS..KO PUN DAH JADI SEWELL..

TAHNIAH KEPADA PPM YANG SANGAT BERWIBAWA MACAM SEKOLAH AKU..KO TU JELSSS UOLZZZ TAK MALU.BELAJAR PUN TAK HABIS NAK BERKIRA BODOHH

GURU KREATIF&INOVATIF berkata...

Sebenarnya orang persepsi mengenai tugas guru ni mudah sebenarnya salah. Guru/pendidik kalau sekadar mengajar tak da masalah tapi beban tugas guru di sekolah bukan sekadar mengajar. Bayangkan seorang guru kerja-kerja perkeranian dan Pengurusan pun kebanyakan guru handle contohnya merancang untuk aktiviti /mesyuarat/membuat minit/membuat laporan/memberi taklimat/memperbanyakan surat-surat(photocopy)/Mendaftar harta-harta modal sekolah,menjadi guru Data/Guru SMM/Guru IT macam-macam jenis gurulah/kadangkala kalau sistem komputer sekolah bermasalah guru dipanggil/guru kadangkala membina sistem aplikasi untuk keperluan sekolah.Tak terbilang tugas guru ini.Memanglah kadakala terdengar juga keluhan seorang guru tapi dilaksanakan juga tugas yang diluar tugas ikhtisas. Fikirlah seorang guru melakukan pelbagai tugas, kalau kerajaan memberi gaji yang lebih besarpun tak akan rugi punya sebab berbanding dengan pekerja lain guru-gurulah paling banyak kemahirannya kadangkala kalau kontrak kebersihan tak berjalan di kolah itu, guru yang mengorbankan wang ringgit mereka.JANGAN PANDANG RENDAH DENGAN GURU-GURU HARI INI.BERAPA RAMAI PELAJAR YANG CEMERLANG SEBENAR YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH SEKOLAH-SEKOLAH CUMA KERAJAAN SAHAJA TAK MAMPU MENYEDIAKAN TEMPAT/BANGUNAN SEKOLAH-SEKOLAH ELIT. KALAU KITA TENGOK DARI LUAR MEMANGLAH KERJA GURU SENANG HANYA SETENGAH HARI SAHAJA TAPI SEBENARNYA GURU KADANGKALA HARI SABTU/AHAD/HINGGA MALAM BEKERJA JIKA ADA AKTIVITI-AKTIVITI MELIBATKAN KECEMERLANGAN PELAJAR. SEKALAI LAGI JANGAN PANDANG RENDAH KEBOLAHAN GURU-GURU KITA. GURU-GURU KITA SEBENARNYA TIDAK KIRA GURU BARU/GURU LAMA KEMEHIRAN MEREKA TINGGI. SIAPA YANG BANYAK MEMBANTU AKTIVITI SOSIAL DILUAR YANG MENJADI PENGGERAK KEBANYAKANNYA GURU SEBAB MEREKA INI TAHU BAGAIMANA KERJA-KERJA PENGERUSI/SETIAUSAHA/BENDAHARI SEHINGGALAH KERJA-KERJA BAWAHAN. KAKALU SAUDARA/SAUDARI TAK PERCAYA PEGILAH TENGOK CARTA ORGANISASI DI BADAN-BADAN NGO, GURULAH YANG BANYAK MEMAIN PERANAN.(GURU TERMASUK GURU AKADEMIK/GURU AGAMA).

Tanpa Nama berkata...

Renungkan....berapa ramai pelajar yg berjaya kerana menghadiri kelas tambahan(tuisyen)dan berapa ramai pula yang berjaya atas usaha pelajar itu sendiri yang bersengkang mata mengulangkaji pelajaran......dan berapa ramai guru yang lebih berminat untuk mengajar kelas yang dikategorikan pintar berbanding kelas yang muridnya lemah....

Tanpa Nama berkata...

mcm ni la ada lak PPM nak mnta gred 41 byangkn kerani n ppm mnta gred 41, kita bckp biar logik kelulusan n jwatan da dtetapkan utk kelulusan spm lau kita nak 41 sambung blajar atau yg da ada dgree mnta jwatan 41, mcm mana lau tukang kebun mnta gred 17 ppm nak gred 11 ka... cuba fkir lau tukng kebun lak ckp ppm kerja tak ikhlas dirng nak gred 17 supya senang pantau ppm, blh x mcm tu org yg xbkelulusan stkat drjah 6 dpt 17, yg bw ambulan tu xdnafikn kerja awak penat tapi yg penat cuma badan sbb xrehat awak xperlu nak gunakan otak ytk bfkir mcm mana nak slmatkan org awak cuma bfkir htr org sahaja. hidup atau mati tu belakang cite tapi cikgu guna tenaga n otak utk mngjar n mlaksanakan tugas skolah, mmg la tugas guru xmcm tu tp x seringan yg di cakapkn kami bkerja xkira masa selagi ada program mlm siang sabtu ahad kami turun, kami bkn nak mrungut tp byk yg bckp spt dia guru.......kita sama2 bkerja masing2 ada beban tak perlu kita mrungut n tuding jari ke arah guru, mari kita bersatu supaya kerjaan mdgr suara kita naikkn gaji semua pa..... tp lau kita mcm ni blm lg apa2 da kita tuduh menuduh n dengki mendengki maka smkin lemah la kita, semua jwtan penting dr tukng kebun shingga PM xada yg xpntng jd sama2 kita bersatu perjuang hak bersama dan jd penyokong ant satu dgn lain k hidup smua PA malaysia

Tanpa Nama berkata...

xcukup guru? nak salahkan sape? jgn kate kite org yg xnak ditempatkan di pendalaman. masalahnya, org yg 'terpilih' tue yg xnak ditempatkan di sini. nak settle issue nie senang jer, utamakan calon di sarawak untuk penenpatan sarawak, dan sabah untuk sabah.. pasti xkan berlaku issue kekurangan guru di kawasan pendalaman dan kerajaan pun nimat, xperlu bayar epw untuk pertukaran wilayah....

Tanpa Nama berkata...

cikgu skg samalah mcm cikgu P.Ramlee.. hari-hari main bola..he..!!he..!!

Batara Guru berkata...

Ni apa bising-bising ni dah dah pergi buat kejer... gaji nak sedap-sedap, tapi kejer mengutuk jer pandai...

Tanpa Nama berkata...

sudahlah lu..beb..boleh bla..ha.!!ha.!!

Tanpa Nama berkata...

bentara guru boleh hamba bertanya.. berapa ramai anak murud kau dapat A dlm subjek sejarah, math, sains atau subjek lainnya.. jawabnya seorang-dua jea.. betul tak..ini menandakan kau sibuk bergaya jea lebih..dgn kereta honda n rumah banglo kau.. nampak benar kau guru tak de kualiti..stail guru Mr bean.. nak jadi guru nie kena ikhlas beb.. tak kira murid tue pandai atau lemah.. sama-rata..