Bernama
6/5/2011
  KUALA TERENGGANU, 5 Mei (Bernama) -- Lebih 1,000 masyarakat Orang Asli  kini bergelar penjawat awam yang bertugas di 144 agensi kerajaan di  seluruh negara.
 Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  berkata angka itu menunjukkan taraf hidup masyarakat Orang Asli di  negara ini sudah banyak berubah berbanding dahulu.
 "Mereka bukan sahaja ditempatkan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar  dan Wilayah sahaja, tetapi turut ditempatkan di agensi-agensi lain.
 "Ini merupakan perkembangan yang baik kerana mereka kini menyertai arus  perdana, bukan sahaja dari segi ekonomi, tapi juga terlibat dalam  pentadbiran negara," katanya kepada pemberita di sini.
 Beliau sebelum itu menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Isu Tanah Orang  Asli di Wisma Darul Iman, di sini, pada Khamis. Turut hadir Menteri  Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
 Selain membincangkan isu tanah melibatkan Orang Asli yang jumlahnya  kira-kira 900 orang di Terengganu, mesyuarat itu turut membincang isu  ekonomi dan pendidikan untuk mencari jalan terbaik meningkatkan taraf  hidup penduduk pribumi itu.
 Menurut Shafie, mesyuarat dengan kerajaan negeri Terengganu adalah siri  yang kelima. Mesyuarat sama sebelum ini telah diadakan di Johor, Perak,  Pahang dan Negeri Sembilan.
 Menteri itu berkata kini semakin ramai penduduk Orang Asli mempunyai  kedudukan kewangan yang memberangsangkan memandangkan mereka tidak lagi  bergantung kepada punca pendapatan tradisional.
 "Sudah ramai yang mengusahakan tanaman getah dan kelapa sawit, malah  ada yang terlibat dalam sektor perniagaan dan pembinaan," katanya.
 Jelasnya, sesetengah daripada mereka tidak lagi memerlukan rumah di  bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan mampu memiliki  Pumah Mesra Rakyat kerana memiliki keupayaan daripada segi kewangan.
 Selain itu, mesyuarat turut membincangkan mengenai cadangan kerajaan  untuk meminda Akta 134 Kanun Tanah Negara (KTN) berhubung pemilikan  tanah untuk Orang Asli.
 -- BERNAMA
2 ulasan:
SATU PERKARA YANG PERLU CUEPACS DAN MTUC BUKA UNTUK PERBINCANGAN
SKIM SIMPANAN PERKAHWINAN UNTUK LELAKI DAN WANITA TAK MENGIRA AGAMA DAN BANGSA DIPERKENALKAN KEPADA KWSP MELALUI POTONGAN GAJI SEHINGGA MENCAPAI RM10000 DAN RM20000 MENGIKUT PILIHAN MASING-MASING DAN HANYA BOLEH DIKELUARKAN SEKIRANYA DISAHKAN AKAN BERKAHWIN DAN DISAKSIKAN OLEH WALI ATAU SAKSI....PERKARA INI SUDAH DIKEMUKAKAN OLEH ABIM DAN KESATUAN BELIA SEJAK TAHUN 1988 LAGI DENGAN MEMORANDUM DAN DOKUMENTASI TETAPI DITOLAK OLEH PIHAK KERAJAAN BN....BILAKAH AKAN DIADAKAN...JANGAN BIARKAN RAKYAT MALAYSIA BERHUTANG DISEBABKAN INGIN BERKAHWIN.....
APA NAK HERAN, MEREKA PUN RAKYAT MALAYSIA.
KEADILAN PATUT DIBERI KEPADA YANG BERHAK TAK KIRA STATUS.
Catat Ulasan