SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

06 Mei 2011

PERANGI RASUAH JIHAD KERAJAAN BERINTEGRITI - TPM

Bernama
05/05/2011 4:04pm



KUALA LUMPUR 5 Mei - Memerangi rasuah adalah jihad paling utama setiap kerajaan yang berintegriti, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dalam konteks politik masa kini, tahap kebolehpercayaan institusi kerajaan di mata rakyat bergantung kepada sejauh mana pemerintah dan penjawat awam dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa.

"Bagi sebuah sistem demokrasi yang berfungsi, tindak-tanduk pemerintah dan penjawat awam tidak pernah terlepas daripada pemerhatian masyarakat.

"Betapa ramai kita lihat pemimpin dunia yang gugur dan kerajaan yang tersungkur dek terpalit amalan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya ketika menyampaikan Syarahan Perdana Integriti bertajuk ”Agenda Integriti Nasional” sempena sambutan ulang tahun ketujuh Pelan Integriti Nasional dan Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, usaha untuk memerangi rasuah secara menyeluruh seharusnya dibendung sehingga ke akar umbi dan tidak hanya tertumpu kepada pihak penguasa dan pemerintah semata-mata. - Bernama

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak de maknanya...asyik2 jihad bela guru jee...

Tanpa Nama berkata...

sy seorg PA bekerja sbgi pem.pkuasa dlm sebuah jabatan di kwsn pdalaman negeri kedah..myewa seorg diri(kerana isteri bekerja di selangor) di kwsn kg rm200 sbln.dr rumah ke tmpt keja ambil masa 45 utk smpi tmpt kerja.kerja shift xtentu masa..kemudahan awam seperti bas setiap 2jam sekali.hya beroperasi sehingga jam 8mlm.teksi n teksi sapu cekik darah..tiada meter perjalanan..harga ikut suka n main agak..sy terpaksa beli moto..alhamdulillah sudah habis byr n jimat utk pergi kerja ulang alik xtentu masa..suatu hari di laluan utama tp sunyi n gelap gelita jam 10mlm semasa hendak pulang ke rumah,sy ditahan beberapa individu bangsa sendiri yg lalok n mamai telah mgacukan kayu n senjata berbahaya..tujuannya utk pau duit n brg bharga yg lain..sy terpaksa serah segalanya termasuk moto..lalu sy trauma n pasrah..skrg sy terpaksa keluarkan belanja lebih untuk byrn blnan kete dan ulang alik ke tmpt kerja..susah hendak tompang rakan kerja yg lain kerana mereka telah berkeluarga dan tinggal jauh jgk dr tmpt kerja..cetenya skrg,gaji sy mmg xdpt tampung belanja bulanan isteri dan anak2 di selangor..mujur isteri memahami n masih bekerja lg wlupon gaji nya xseberapa..sekurang2nya dia boleh bantu utk sewa rumah,mkn,pakaian n persekolahan anak2..tp sedih coz xdpt bantu isteri dr segi kewangan kerana gaji sy xseberapa..sebulan sekali sy perlu berulang dr kedah ke selangor utk jenguk anak isteri..sy dah byk kali minta di tukarkan,tp masih tiada sinar..isteri pula bekerja di sebuah tadika swasta dan sukar juga utk berpindah..pyewa di tmpt isteri tidak menaikkan lg sewa rumah wlupon kwsn tersebut pesat mbangun..

alhamdulilah,sy masih belum myamun(rasuah)org awam sepanjang 2 thn kerja wlupon gaji kecil..sy pasrah n tetap tggu berita baik dr kerajaan buat gred n17 pem.pkuatkuasa wlupon sehingga pencen ni..

2bz4money berkata...

Selain rasuah, ketirisan/pembaziran dalam perbelanjaan agak jelas dalam perkhidmatan awam i.e. tugasan/lawatan luar yg x bermanafaat, kursus/majlis x impak, penggunaan utiliti telefon, fax, surat2, elektrik , internet yg x terkawal. Belum nampak lagi apa2 usaha Ketua Jabatan bagi menstruktur semula peranan jabatan serta mengoptimum penggunaan modal ihsan..Kalau dilengahkan, maka defisit perbelanjaan terus meningkat yg ditampung oleh pembayar cukai dan pinjaman, selanjutnya akan berlaku kenaikan harga barangan.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak kurangkan ketirisan wang kerajaan, kurang kan protokol YB yang melampau-lampau tu dulu, lihat saja belanja nak sambut kedatangan YB dah mencecah ratusan ribu, kalau seratus kali yb melawat dah berjuta duit dibuang. fikir2 kan lah.......

Tanpa Nama berkata...

hehehe...dalam politik semua kotor.....menteri siap ada syer dalam mana-mana syarikat multinasional pun.....hahaha..susah la nak JIHAD kalau pemimipin pun JAHAT...HAHAHA

SPM 8A berkata...

Kalau berani suruh SPRM buka laman web dan siapa siapa pun boleh lapor rasuah dari orang biasa hingga ke PM dan biar rakyat tengok laporan berkenaan macam laman CUEPACS,...jangan pula dah lapor kena terjun tingkap lak..jihad konon, cakap politik.

Tanpa Nama berkata...

piiiiiirah...politik punya cakap,

DiNo berkata...

Saya setuju cadangan saudara 8A. Kita tengok sapa yang akan lompat tingkap dulu.

Tanpa Nama berkata...

naikkan gaji & elaun 100%...confirm x akan wujudnya RASUAH!!!

Tanpa Nama berkata...

SPRM baik kau bukak peti laporan VVVIP kau...ada banyak aku nak report nih

Tanpa Nama berkata...

PELARASAN GAJI X DAK...BONUS 2 BULAN X DAK...SEMUA X DAK...HABUK LAGIIIII ADAAA....HARGA BARANG MAKIN HARI MAKIN NAIK....APA LAGI...INDEK RASUAH MAKIN NAIK LA NANTI...BOOOODDOOOOOOOH...

Tanpa Nama berkata...

woit... kita bantai di sini woi..

http://www.facebook.com/najibrazak

Tanpa Nama berkata...

woit... kita bantai di sini woi..

http://www.facebook.com/najibrazak