SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

14 Mei 2011

SKIM PEKERJA SAMBILAN HARIAN DIPERKENAL

Berita Harian
Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my
2011/05/13




PUTRAJAYA: Kerajaan kini menggunakan kaedah tunggal untuk mendapatkan pekerja bukan tetap, iaitu melalui Skim Pekerja Sambilan Harian yang hanya menetapkan kontrak maksimum tiga bulan menggantikan Skim Pekerja Sambilan dan Pekerja Khidmat Singkat (PKS).

Langkah yang berkuat kuasa mulai 9 Mac lalu itu bagi memudahkan pengurusan, termasuk pertindihan tugas dan perbezaan kadar upah antara pekerja sambilan dan PKS. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata mengikut skim terbaru itu, tempoh perkhidmatan pekerja harian itu tidak panjang dan tugasnya berbentuk ‘ad hoc’ atau mengikut tempoh sesuatu projek dan pengambilannya lebih mudah serta menjimatkan. “Tempoh perkhidmatan mereka tidak melebihi tiga bulan dan boleh dilanjutkan tiga bulan lagi jika ada keperluan oleh ketua jabatan. Waktu bekerja ialah sembilan jam sehari,” katanya menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 2011.

Pekeliling berkenaan dikeluarkan untuk menjelaskan dasar dan prosedur pengambilan pekerja sambilan harian bagi menggantikan pengambilan pekerja sambilan dan PKS yang diperkenalkan sejak 1970-an.

Pada masa ini, pelaksanaan tugas yang bersifat sementara dalam tempoh singkat dilakukan melalui pengambilan pekerja sambilan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1978 – Perubahan Kadar Bayaran Gaji Sehari Bagi Pekerja-Pekerja Sambilan serta beberapa peraturan lain yang dikeluarkan selepas itu.

Selain itu, sebagai alternatif kepada pekerja sambilan, kerajaan juga memperkenalkan PKS bagi melaksanakan tugas tertentu dengan dibayar upah ikut jam atau ikut kerja mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1999 – Skim Bayaran Upah Ikut Jam atau Kerja.
Berikutan pengenalan skim Pekerja Sambilan Harian itu, semua pekeliling berkaitan pekerja sambilan dan PKS dibatalkan.

Walaupun pekerja sambilan harian itu layak dicarumkan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun mereka tidak layak dibayar kerja lebih masa, upah cuti mingguan dan cuti am, manakala tiada gaji bagi hari yang tidak hadir bekerja.

Bagaimanapun, mereka yang hanya boleh diambil dari kalangan rakyat tempatan, layak menerima elaun perjalanan, bayaran sewa hotel atau penempatan, elaun harian kerana bertugas di luar pejabat antara lapan hingga 24 jam dan elaun makan ketika bertugas di luar melebihi 24 jam.

“Pengambilan pekerja sambilan harian bukan jaminan untuk mereka diserap sebagai pegawai lantikan tetap, sebaliknya mereka yang memenuhi syarat hendaklah memohon melalui proses pengambilan biasa,” katanya dalam pekeliling itu.

Bagaimanapun, pekerja sambilan dan PKS yang sedang bertugas masih boleh meneruskan perkhidmatan sehingga tamat kontrak masing-masing.

Beliau berkata, tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan berkenaan turut membabitkan semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan pihak berkuasa tempatan.

CUEPACS sebelum ini mendakwa pada masa ini ada kira-kira 45,000 kakitangan kontrak yang berkhidmat di semua agensi kerajaan dan ada yang sudah berkhidmat antara 10 hingga 20 tahun.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta JPA mengkaji semula kaedah pengambilan pekerja bukan tetap melalui skim PSH kerana ia didakwa tidak menyelesaikan masalah pekerja kontrak kerajaan pada masa ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya berpendirian kontrak seseorang pekerja bukan tetap dilaksanakan bagi tempoh antara setahun hingga lima tahun, mengikut kesesuaian jawatan, supaya memberi jaminan kepada mereka apabila berkhidmat secara kontrak dengan kerajaan.

53 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku dapati kerajaan semakin tidak adil dalam menyediakan perjawatan untuk kakitangan awam..PKS dihapuskan pulak dah...kontrak pun tak lama lagi akan dihapuskan jugak...dahla kerja tetap bagi kat kroni aja.....BABI LAH KERJAAAN

Tanpa Nama berkata...

pangkah PARTI LAIN DARI BN.....

kefifitan berkata...

skrg ni yelah kutuk BN. sok lusa utusan main isu ketuanan melayu,kristian agama rasmi, mulalah sume yg kutuk BN dok sokong BN blk. hahahahaha. layu btul la.

Tanpa Nama berkata...

porah... last2 kontrak abis x sambung, jd psh je.... dah boleh dah tu...

Tanpa Nama berkata...

mcm tanda takder duit je nak bayar elaun kerja lebih masa

Tanpa Nama berkata...

sampai bila lagi kami mahu berjawatan sambilan di kerajaan.sedangkan kami pun undi bn.tolong lah buat perubahan.jangan kami undi parti lain.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya korang bersyukur, kerajaan bagi kerja kat korang, ni tak, lg nk sumpah seranah kerajaan... kalau korang pandai sgt, knp nk keje kerajaan yg cabuk kat mata korang? apesal tak buke je syarikat sendiri? korang jd la CEO,boleh wat ikut syok sendiri, bleh la sumpah seranah sesukahati... jgn ckp berlagak mcm JUSA la... aku ni pn pkerja kerajaa, gaji bkn beso pn tp bolehla lepas wat byr duit sewa, bil, mkn n paling penting, aku boleh bg duit halal kat mak ayah aku. korang dh mengata kerajaan mcm ni, mane la perut tak 'buncit' mkn gaji tak berkat....

Tanpa Nama berkata...

ngahahahahahaha.....!!!!!!!!!!

PT Cabuk berkata...

aku hairan laa ngan bdk2 sambilan nie..harap sangat nak diserap..nak keja gomen kena isilah borang SPA8 online..jabatan mana ada kuasa nak melantik..kalu nak mintak post PT N17 dan W17 mmg byk kosong.. insyaallah ngan pengalaman yang ada boleh dpt...

Tanpa Nama berkata...

kenapa pt cabuk sakit hati ke.walau pun kami sambilan kami ada hak.bukannya kami tidak membuat kerja.kami kerja lah.kami cuma berharap mana lah tahu kerajaan terbuka hati.

Tanpa Nama berkata...

kalau dah tahu sambilan jangan kerja. Nak kerja juga, paham2lah nama sambilan.

Tanpa Nama berkata...

hai macam sakit hati nampak.bukan kamu yang bayar gaji sambilan kerajaan yang bayar.biar kita sama2 rasa.

Tanpa Nama berkata...

tau tak knp kerajaan nk sgt amik korg keje? sebab kerajaan kesian kat korg yg xde keje. dpt tetap sebab ade kekosongan, sambilan ni cume membantu yg tetap je.. korg jgn nk harapkn kerajaan je nk tolong korang. ingt murah ke gaji nk bg kat korg? memgla korg wat keje, tp apela sgt keje korg 2 yg menyambil-yambil keluar waktu keje la, gi rehat berlama2, berborak tp gaji jln... hei, bersyukur la org yg keje sambilan ni...

mamanya. berkata...

sudah2lah nak mengata perkerja sambilan.meraka pun kakitangan kerajaan.tidak kurang juga penjawat sokongan ada yang m.... r....h.korang pun makan gaji buta.

Tanpa Nama berkata...

kalau x nak serap PSH macam kami ni,sekurang-kurangnya utamakan kami atau bagi kuota pada kami apabila pohon jawatan tetap dalam kerajaan..kami pun ada pengalaman..dari pada ambik yg baru yg x ade pengalaman baik ambik kami yg dh bertahun2 keje dan dah ade pengalaman..adakalanya PSH mcm kami ni lg mahir wat keje daripada merek2 yg jawatan tetap tu..yg dah ade jawatan tetap tu pulak x penah nk syukur dgn keje yg ade asyik nk cuti dan ngular je..x nk keje berhenti je terus dan bagi pada kami ni..pada PSH,kita doa same2 smg kita dimurahkan rezeki utk diserap ke jwtan tetap satu hari nt..amin..ALLAHUAKBAR...

Tanpa Nama berkata...

kerajaan akan kurangkan penjawat awam.. keje kontrak,sambilan,
sementera dan sambilan..kami rasa akan di tamatkan kontrak.. betul kea..

Tanpa Nama berkata...

kerajaan memg xadil.... PKS nk dibuang pula... kiter orang kerja hempas pulas nk tolong kerajaan tp ini balasan...... memg xadil... xdpertimbangkan langsung.... klu ikhlas nk tolong kami n nk bg kerja, bukn mcm n..... kerja dengn cine lg baik dri tiap2 bulan nk tnyer gaji dengan pihak ibu pejabat dulu dimaki hamun dari mrk... yg tetp ttp membudayakan sikap berlagak dan tindas pkerja sambilan.... yg sambilan kurang hajar dan menular 2 lain la klu nk dimarah... y ok bekerja 2 mcm maner.... adil ker n.... wat la temuduga semula utk pilih semula calon pekerja tetp n..... tolonglah....

Tanpa Nama berkata...

sedih sangt dengan tindakan KERAJAAN sekrg n.... x adil.......... knp yg ttp nk maki yg sambilan terasa ker xwat kejer....

Tanpa Nama berkata...

kesian betl pks skrg n, nk2 yg orang susah dan nk tanggung ekonomi yg semakin meningkat... bnyk benda nk dibayar, nk tanggung mak bapa yg susah 2 mcm ner la yer..... lau xad komitmen lain, baik jd miskin tegar jer... senang kerajaan tahu betapa susah kami nak kerja..... ini bukan nk hapus masyarakat xad kerja, tp menambah beban lg ad.... memg xpatut...

Tanpa Nama berkata...

sambilan, kontrak mahupon tetap..kite sume kerja masing2 makan gaji, jgn terlampau agkuh dengan status jawatan tetap. nasib kakitangan kerajaan perlu di bela oleh kerajaan sendiri, jika tidak siapa lg?? beri peluang pada sambilan, tak tetap kontrak pon jd la..tq cuepacs.

ABDUL RAZAK berkata...

Tahniah kepada GSTT yg telah diberi peluang kedua oleh kerajaan untuk berkhidmat semula.Bagaimana pula dgn kami Pembantu Tadbir Sambilan yg telah lama berkhidmat untuk menguruskan Peperiksaan PTK & Peperiksaan Awam(UPSR,PMR,SPM & STPM) yang dilantik semenjak PTK diperkenalkan pada thn 2003 sehingga dimansuhkan pada tahun 2010.Walaupun kami telah lama berkhidmat hampir 7 thn lebih,nasib kami tidak diberi perhatian oleh kerajaan.Sia-sia saja khidmat kami selama ini.Kecewa dan sedihnya nasib kami yg tidak mendapat pembelaan yg sewajarnya.Berilah peluang yg ke-2 kepada kami untuk dilantik ke jawatan tetap bagi membantu menguruskan PROSPEK yg menggantikan PTK yg akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Tanpa Nama berkata...

sya harap pihak kerajaan dan pihak tertentu dpt membantu pekerja sambilan...
amek yg ade kelayakan dan kebolehan dan sokongan dari bos masing2...
sya harap pihak tertentu dpt membantu kami....
kaki tngan smabilan ramai....
harap dpt di bantu pada tahun ini 2011.....

Tanpa Nama berkata...

ade tak pihak tertentu yg boleh menjawab...
ADAKAH PEKERJA SAMBILAN BOLE DI BANTU UNTUK DI SERAP...??????????
AMEK YG BERKELAYAKAN N BERKEBOLEHAN BEKERJA....
SOKONGAN DARI BOS..
BOLE KE MCM NI BARU DAPAT DI SERAP???

Tanpa Nama berkata...

Mungkin skim PSH ini perlu ada perubahan/penambahan kerana melihat kepada pertambahan ekonomi sekarang dengan bayaran gaji yang diterima oleh PSH adalah tidak setara bagi kawasan yang kos sara hidup tinggi. Memang betul dari penjadi penganggur, lebih baik bekerja walaupun sebagai PSH tetapi perlu dilihat bebanan kerja yag diberikan walaupun pada dasarnya hanya asas. PSH dinyatakan tidak layak menerima elaun/ot tetapi PSH juga banyak membantu perjalanan kerja walaupun lebih dari waktu bekerja 9jam. Saya berharap berikan sedikit insentif kepada PSH walaupun tidak setara dengan penjawat awam yang tetap. Sedia maklum yang PSH tidak boleh diserap masuk ke jawatan tetap.

Satu perkara berkaitan dengan kontrak PSH terlalu singkat 3 bulan dan hanya boleh diperbaharui lagi 3 bulan sahaja. Mungkin boleh dibuat pemilihan, jika pekerja itu prestasinya baik dan berkebolehan perlu di panjangkan kontraknya. Tetapi perlulah mendapat pandangan/sokongan daripada majikan/pegawai tempat bekerja. Jika dilihat, terasa rugi mengambil PSH baru selepas kontrak ditamatkan kerana perlu melatih semula bagi yang tiada kemahiran/pengetahuan didalam bidang/bahagian tersebut. Ini hanya satu pandangan, TQ

Tanpa Nama berkata...

nak tny... psh layak tak terima bonus raya ni.... hahahah... sy bru je dpt psh...

Tanpa Nama berkata...

aku PSH..
keje balik smpi malam..
penah aku keje dr pukul 8 pg,balik 5 pagi besoknye..
PSH lagi byk wat keje dr staff permanent.
aku rase klu xde PKS/PSH kat jabatan aku keje,mampus kot staf permanent nk buat keje...

Tanpa Nama berkata...

nak tanya...PSH boleh masuk mesyuarat rasmi jabatan/layak menjadi wakil ketua jabatan x dalam mesyuarat rasmi??
ada kes psh dihalau dari mesyuarat kerana didakwa tidak boleh menjadi wakil jabatan dalam mesyuarat...??

Ijak berkata...

Perkhidmatan aku baru saja tamat 30 september 2011.

Tanpa Nama berkata...

aku bersyukur kerana dapat berkerja di sektor awam walaupun berjawatan sambilan pada tahun 2010, tahun 2011 sekarang ni aku sudah di tukarkan ke pihak koperasi pulak,, aku jugak akan di tamatkan berkhidmatan pada hujung tahun ini. harap kerajaan pandang serius dalam hal ni. apakah nasib pekerja sambilan selepas ni.

Tanpa Nama berkata...

aku bersyukur kerana dapat berkerja di sektor awam walaupun berjawatan sambilan pada tahun 2010, tahun 2011 sekarang ni aku sudah di tukarkan ke pihak koperasi pulak,, aku jugak akan di tamatkan berkhidmatan pada hujung tahun ini. harap kerajaan pandang serius dalam hal ni. apakah nasib pekerja sambilan selepas ni.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan x bela nsib rkyat

Tanpa Nama berkata...

buh je rkyat di dahulu kan pencapaian di utamakan. tp apa pon xda .LU ORG BTOL PARIA PNYA KAKI

Tanpa Nama berkata...

emm sy pun salah sorg PSH sblm nie Pekerja sambilan dh hampir 5 thn berkhidmat dgn krjn tp ttp mengecewakan.. akhir thn nie nal dibehentikan.. tlg la PM pndg serius utk kami PSH nie.. bg la peluang utk kami berkhidmat dgn kerajaan sepenuhnya..

saye bg pendapat je...~ berkata...

mcm nih la kawan2 PSH sume..kite doa byk2..bpegang pada hukum Allah..die adil..kl buat krj 2 biar kite ikhlas..biarla kite kne henyak mcm mn pon..xkesah la..jnji rezeki kite nk bwk msuk dlm perut tu halal..dan..
pade yg dh bjawatan tetap tu..bsyukurlah..tp..nk di ingatkan di sini..rezeki kita Allah yg bg..kl tibe2 die nak tarik blik dr kite..anytime..boleh je dlm ape jua cara sekali pon..sbg contoh..kl la tibe2 krjn nk tarik blik elaun2 korg yg bsepah tu..ape jdi ye nnt?bpe je basic gaji PT blh dpt ye?lbh kurg RM800 kn?nnt, 4sure korg pon tibe2 rase mcm nk buat rusuhan spy pulangkn semula elaun pnjawat awam..gaji xckup nk mnampung kos hidup..pnt bkhidmat utk krjaan..bla..bla..bla..confirm pny!ade je yg bbunyi xpuas hati nnt..kn??sama je bisingnye dgn kami yg mintak keadilan nih..jdi nye..pesan saya dkt sini,jgn la kite terlalu gah bila kite diberi kesenangan..dan..setiap org tu..walau sebesar kuman sumbangan die, tetap ade fungsi masing2..tetap melengkapi antara 1 sama ln..kn??

Pekerja Singkat Harian berkata...

Salam.. Alhamdulillah saya telah dipanggil bekerja semula.. 3bulan menunggu kelulusan dr kementerian.. kini saya kembali utk bkhidmat dgn jabatan. walaupun sambilan, saya bersyukur. tapi inilah peluang kita untuk mendapatkan sokongan dr org atasan untuk memohon jawatan baru di tempat lain. dah 9 thn daya bkhidmat di jabatan ini, yang tkilan sangat tu, masa saya 3 bln dok rmh, tidak ada siapa pun yg nk percepatkan permohonan saya, sampai saya sendiri yg telefon ke Kementerian putrajaya, tanya mengenai surat kelulusan. dlm masa 2 minggu saja, kelulusan terus sampai.. selepas ini saya akan buat sendiri permohonan saya ini, saya xakan harapkan unit pentadbiran yg lalai dan xambik berat dgn jawatan sambilan ini. sendiri nk kerja lama, sendiri lah kena uruskan permohonan. itu prinsip saya sekarang. nk hidup pandai2 lah cari lubang nk dpt kerja tetap. dah dpt tetap nanti, tinggal je lah sambilan ni.. xsusah kan? selagi xdapat kerja tetap, kerja la kerja sambilan pun, xrugi.. sebab h2 kita guna IT percuma kan?.. ok lah tu.. syukur lah.. hehe..

Tanpa Nama berkata...

pekerja ttp suh g ksus xnk..byk alasan..xde org nk jg ank la, mysusu ank la..last2 anta bdk smbilan gak.dtg keje bkak pc main game..keje xsiap..bla bos mntk mula la cr org smbilan ni mntk tlg buatkan.kul 12 dh kuar lunch, konon nk g bank la, blablabla..kul 3 br msuk ofis bwk bag shopping..keje lbih kurang sama je ngan pekerja tetap..tp rs nye org tetap ni lg relax...ye la..bkn sng nk buang kerja kan..so diaorg sntiasa rs selamat je.

Tanpa Nama berkata...

Saya salah seorang PSH yg berkhidmat untuk kerjaan.bidang tugas saya banyak memaksa saya untuk pulang paling awal pun jam 6 secara purata.jika dikira kadar keseluruhan sepatutnya waktu bekerja saya mengikut kontrak hanyalah 180 jam sebulan.tetapi setiap bulan waktu bekerja sy tidak pernah kurang dr 200 jam sebulan.ini tidak termasuk sy bekerja sabtu dan ahad.boleh katakan dalam mungkin hanya sekalu sy dpt berhat santu dan ahad.selain itu saya juga terpaksa menggunakan kenderaan sendiri jika perlu melakukan tugasan luar jika tiada kenderaan jabatan diberikan.bukan lah berkira tapi dengan keadaan ekonomi waktu ini kerajaan perlu meneliti semula perkara ini.jangan sekadar mengangap "3 bulan aje itu pn nk kecoh" atau "aku beri kerja pun dah kira bagus".apa-apa pun terima kasih diatas peluang yang diberikan.

Tanpa Nama berkata...

MARI KITA SEMUA SEPAKAT TUBUHKAN PERSATUAN.
KEBANYAKAN PEKERJA PSH ADALAH LULUSAN UNIVERSITI, BUKAN CALANG-CALANG KELULUSAN YANG KITA ADA.
LAHIRKAN SATU KETUA UNTUK SATU JABATAN/KEMENTERIAN.

~BERSAMA LAKUKAN PERUBAHAN~~

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah..sakit nya hati baca salah 1 komen kat atas. selamber kata PSH bkn buat apa sgt, sekadar membantu kakitangan tetap..plsss!! sy baru menjawat jwtan pen. jurutera sambilan di salah 1 jbtan. utk pengetahuan dlm sebesar2 jabatan nh sy yg PSH nh adalah adalah pihak teknikal yg tertinggi! cuba pk, ketua unit penyelenggaraan & pembangunan diketuai oleh N32 yg xtau pasal teknikal. masok je sni sy kena buat kerja2 J41. adil? gaji sikit, xde alaun, alaun raya x dpt sbb masok lepas 1 januari, bonus keje tmpat lama pon x dpt sbb berenti awal..sy x merungut pon sblom nh. tpi bila de staf PRA R1 & tukang R7 yg tetap xmau dgar arahan dgn alasan "stakat sambilan belagak nak bg arahan".. PATOTKAH KAMI PSH DILAYAN MCM NH??!!
pls la lain kali PSH ambik gred 17 dan kebawah sahaja. xde la jd isu masalah bg arahan mcm nh

Tanpa Nama berkata...

btul kata sdra.. diorg ingt bdk PSH makn gaji buta... ni psl bonus.. diorg ingt bdk psh ni bodoh & x reti mmbca.. srt pekeliling sudah kluar, dia bilang.. (1)PSH YG MASIH BERKHIDMAT DLM TEMPOH 1 JAN HGGA 25 JULAI & CUKUP SYRAT SEKRNG2nye 30 HARI BERTRUT2 IA D BYR OLH JBTN... (2)PSH YG TLH TMT KONTRAK & TDK BERKHDMT TETAPI CUKUP SYRT BEKHDMAT SKRNG2nye 3O HARI BERTURUT2 DLM TEMPOH 1 JAN HGGA 25 JULAI IA D BYR OLH JBTAN LAMA... TLG JLASkn KAT KAMI (BDK PSH) APE NI...

Tanpa Nama berkata...

astagfirullahalazim...boleh gak die kata Kerajaan bagi kerja pun dah bersyukur.ni aku nak g tahu satu cerita.Walaupun aku ni PSH je, ttp aku mmg banyak buat kerja yang bukan dalam bidang tugas aku.aku N17 je tapi di beri tugas PPLV27.aku tak kisah sangatlah kalau pasal bab kerja sebab aku ni rajin membantu, belajar dan menolong. ttp bila aku fikirkan balik, aku lihat sendiri kat tmpt kerja aku ni, kebanyakan pegawai tetap sambil lewa je buat kerja.Boleh lagi mengular pergi shopping compleks, jalan2...rilek2..ada yang sampai jadi favourite boss". semua kerja dia, bagi kat PSH.Apa ingat PSH ni tlg buat kerja depa ke?[astu depa dapat nama???Benci aku tgk org cam ni.kpd penjawat awam tu, janganlah sombong sangat.kalau korang disiplin kurang baik, tak mustahil korang akan diambil tindakan macam salah seorg staff kat opis aku ni.sekarang apa dah jadi?dulu bukan main eksen lagi ngan aku, sekarang dia pulak yang menganggur.aku pulak masih kerja sampai sekarang...Kesian pulak tgk dier.dahlah hutang keliling pinggang, anak pulak ramai...kan dah jadi masalah.tp apa boleh buat, nasi dah jadi bubur.hahaa...kpd PSH sekalian, kita jangan putus2 berdoa kpd Tuhan agar kita di beri rezeki dan di bukakan pintu rezeki.mana tahu, kita akan dpt kerja tetap.InsyaAllah..rezeki di tangan tuhan..:)

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya kerajaan perlu ambil berat tentang PSH ni. Macam sy, bertugas dlm unit IT bayangkanlah technician IT tak buat kerja dia sibuk buat kerja orang lain last-last sy kena cover balik kerja2 dia.

Tanpa Nama berkata...

Sy ni pun bekas pegawai kontrak sps..tamat kontrak bkn sebab tak layak tapi sebab bersalin,jadi staf kontrak xde cuti bersalin..so kene la berhenti..ikut markah prestasi mmg layak sambung...bukan nk ckp, staf kontrak atau sambilan mmg buat kerja bersungguh sungguh sebab nk sambung kontrak,kalau prestasi tak bgs xleh sambung...kami mmg tak hrp diserap tetap..cuma setiap kali interview spa patutnya pihak spa / kerajaan lbh mengutamakn kami yg berpengalaman untuk lantikan ke jawatan tetap....kami bekerja sambil mncari jawatan ttp tapi ape yg spa dan kerajaan buat untuk bantu kami ke jawatan ttp...harap lps ni ada perubahan

Tanpa Nama berkata...

Pekerja tetap ke, kontrak ke, PSH ke, sama jer. Semuanya depend on individu. Kalau dah malas, malas la. Kalau dah rajin, rajin la. Cuma kalau yang kontrak atau PSH perlu lebih berhati2 sbb anytime boleh terminate. Tapi kalau tetap, sampai mampus pun boleh keje asalkan tak ada masalah polis/kes2 berat lain. Kalau tak habis2 tukar tempat kerja, sekat pergerakan gaji.

Aku syor kat sini, pengambilan pekerja dibuat based on prestasi. Kalau tetap sekalipun, kalau prestasi hampeh, sila buang, sama dengan kes kontrak/psh.

Manakala untuk budak2 kontrak yang berprestasi bagus, boleh dipertimbangkan untuk dilantik tetap. Bagi tempoh setahun 2 tahun diaorang berkhidmat. Biasa kita boleh berlakon kejap jer, last2 back to our habit. Kalau malas, nanti akan tunjuk belang jugak kan.

Tapi prestasi nak ukur macam mana? Tak ada tools untuk ukur prestasi dengan tepat, sbb yang ada sekarang bukan integriti pun.

Tanpa Nama berkata...

Ko budak2 sambilan jgn nak ckp besar bley x..korang yg mls n xkompeten..blum lg suh berdebat ke public speaking ker..tu yg xdpt kejer...ak dulu punyerla susah payah carik kejer dr keje swasta pastu dpt kerajaan..tp ak bersyukur dgn ape yg aku ade skrg..xmain kroni2 yer...i'm deserve it..len kali jgn ckp jer lebih..ak nk tgk korang yg kutuk kerajaan tu boleh dpt kejer kat mane2 x...

Mona Fendy berkata...

saya dh 6 tahun berkhidmat sebagi PSH.kerajaan bantulah kami.. gaji kami setakat RM900.00-1000.00 mmg x cukup untuk kami hidup dalam zaman skang.. mana nak bayar yuran pengajian PJJ,duit sewa rumah, api air, adik2 yang masih belajar dan sebagainya.. berikanlah kami peluang untuk merasa jawatan tetap supaya tidak ada lagi hinaan dari orang jawatan tetap untuk orang2 PSH macam kami.

doa dan usaha berkata...

Tahun 2000 sy keja sbg PTS....thun 2003 sbg PKS...tahun 2013 sbg PSH smpi skrng...sy sntiasa brusaha memohon jwtn tetap tetapi blum ada rezki...tetapi sy yakin rezki dr Allah...tak dpt keja tetap tetapi dpt menamatkn pengajian ijazah sarjana muda kepujian dlm pengurusan awam dan dikurniakn zuriat 5 org...syukur pd Allah...semua ini rezki dr jwtn PTS, PKS & PSH...alhamdulilah

Mohd Ajay berkata...

percaya pada rezeki,jodoh,ajal dan maut dr Allah s.w.t... kita hnya mmpu brusaha utk mngubh masa dpn kita... yg penting ibadah kita pd Allah s.w.t dan banyak2 kn lah brdoa

Mohd Ajay berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mohd Ajay berkata...

percaya pada rezeki,jodoh,ajal dan maut dr Allah s.w.t... kita hnya mmpu brusaha utk mngubh masa dpn kita... yg penting ibadah kita pd Allah s.w.t dan banyak2 kn lah brdoa

Gin berkata...

perlu ke nak berlagak kalau jawatan tetap sampai mengata PSH tak buat kerja? secara logiknya, manusia yang paling rajin pun xakan sentiasa rajin, apatah lagi klu jwatan tetap yg rsa dirinya sbg orang LAMA "la sgt" yg kononnya anggap dirinya ckup bagus umpama dia lah bos.. bg aku org mcm tu xsedar diri sbb bukan dpat apa anugerah/bonus/kenaikan gaji/ dll pun klu dia blagak skali pun, alhamdulillah aku n pt lain yg tetap ok dgn aku tmasuk guru dan cc wlupun aku hanya seorg PSH. aku akan bantu slagi mna yg aku mampu, tp igt lah, yg blagak suka menindas org2 mcm kami ni, fikir2 lah mungkin klu kna senasib dkat anak2 anda nnti, baru anda tahu mcm mna rsanya sakit yg di pikul. bg aku, ALLAH S.W.T yg memberi rezeki, bukan korg. so, happy go lucky jela, nk tindas2 lah, bukan aku layan pun ;)

Miss_Ayien berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Miss_Ayien berkata...

Assalamualaikum, sy juga seorg PSH sbg Pen.peg.tek.maklumat f29. saya bersyukur sebab masih diberi peluang oleh HOD saya untuk berkhidmat di sektor awam. cuma rezeki saya utk bekerja sbgai pegawai kerjaan tetap belum ade. saya sudah menjadi PSH selama 2 tahun. keje yang diberi pada saya, amat bersesuaian dgn bidang yang sy pelajari. memang kami sebagai PSH ade memohon utk memasuki kerajan melalui SPA, tetapi sukar utk melepasi syarat yg ditetapkan. sy suda menduduki pepriksaan SPA f29 sbyk 2 kali tetapi mendukacitakan. mgkin ade antara PSH yg menduduki pepriksaan lebih dari sekli. jgn la yg tetap mghina kami, kerana kami jgk bekerja utk mncari rezeki. cume ape yg kmi harapkan, agar kerajaan dapat membantu golongan PSH ini. kite bekerja di sektor yg sme, merasa jgk kesenangan dan kesusahan bersama. bantu la kami sebab kami jgk berkelayakan.