SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

15 Mei 2011

KERAJAAN PERLU KAJI PELBAGAI ASPEK SEBELUM GAJI MINIMUM - MAZNAH MAZLAN

Bernama
15/5/2011




KOTA KINABALU, 14 Mei (Bernama) -- Kerajaan perlu mengkaji pelbagai aspek terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan kadar gaji minimum di negara ini, termasuk impak inflasi, pelaburan domestik, dan kesan kepada majikan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata kajian dalam peringkat akhir itu sedang dijalankan bersama Bank Dunia, kumpulan-kumpulan profesional, dan kementerian yang berkaitan, antara lain untuk memastikan segala aspek diambil kira sebelum membuat keputusan.

"Kita juga kena ambil kira aliran dana kepada pekerja asing, kerana kita ada kira-kira 1.9 juta pekerja asing yang berdaftar sekarang. Kalau naikkan ke RM800 atau RM900 sebulan (daripada kadar kemiskinan RM720) mungkin kita perlu bayar beberapa bilion ringgit tambahan.

"Kita juga akan tengok pengalaman dari negara-negara lain seperti Korea, Jepun dan sebagainya. Kita tak boleh beri jawapan kepada semua tuntutan sedemikian sehingga kajian ini selesai," katanya kepada pemberita di sini hari Sabtu.

Beliau diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sabah baru-baru ini supaya gaji minimum ditetapkan pada RM900 bagi negeri Sabah. Rang undang-undang mengenai gaji minimum negara sedang digubal dan dijangka dibentang di Parlimen pada Julai ini, di mana sebuah majlis konsultasi akan diwujudkan untuk membuat penyelarasan berhubung gaji minimum bagi sektor swasta mengikut peruntukan undang-undang.

Sebelum ini, kajian Kementerian Sumber Manusia pada 2009 yang merangkumi 1.3 juta pekerja di negara ini menunjukkan bahawa 33.8 peratus daripada mereka menerima gaji kurang daripada RM700 sebulan, iaitu di bawah kadar kemiskinan RM720 sebulan.

Maznah menjelaskan apabila majlis konsultasi melibatkan pakar-pakar itu diwujudkan, mereka bukan saja berbincang mengenai kadar gaji minimum tetapi akan menilainya dari semasa ke semasa.

"Sama ada kita akan ada satu gaji minimum untuk seluruh negara, ataupun berdasarkan zon, ataupun berdasarkan sektor, ini semua kita masih melihat dan mempertimbangkan," katanya.

Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) Sabah yang diketuai oleh pengerusi cawangan negerinya, Salina Ali.

-- BERNAMA

88 ulasan:

SECURITY GUARD berkata...

BLAH LAAA....BANYAK BERCAKAP...KAJI...KAJI...KAJI...KAJI...LEPAS TU AKUR..

Tanpa Nama berkata...

saya mcadangkan bukan stakat gaji dkaji ttp juga elaun2 dikaji mgikut jawatan/gred..cth sedia ada: E.Basikal/Motosikal, BITK, BITPS, E.Keraian, E.Kritikal n semua jenis elaun yg bkaitan tugas hakiki wajar dkaji.. sbagai contoh PA R1 sememangnya bjawatan rendah tetapi mereka yg berhujan panas mjayakan sesuatu program dari mula sampai habis..bos sains surat, bagi arahan n kemudian mghilang..tau kerja siap.. saya cadangkan kaji elaun2 khas jawatan xkira gred/jawatan dari 1 hingga ke org atasan la..

Tanpa Nama berkata...

kaji punya kaji... sedar tak sedar dah 10 tahun berlalu.... masuk angin kluar asap.....

AKU PAP berkata...

Kaji punya kaji apa pun tarak buang masa saja

ALIBABA berkata...

mata kaji semar yin seng....
mata kaji semar yin seng....
mata kaji semar yin seng....
mata kaji semar yin seng....

Tanpa Nama berkata...

kenapa dimasuk campurkan dengan sektor swasta .sekarang ni masalah gaji penjawat awam bukannya masalah gaji sektor swasta.kenapa di masuk kan topik swasta.satu lagi penjawat awam sambilan tiada harapankah untuk disarap ke jawatan tetap bantu lah mereka.saya rasa macam di pingirkan penjawat awam sambilan tolong lah mereka.mereka juga penjawat awam.

Tanpa Nama berkata...

Lantak la dorg tu.. untuk melengah2kan tuntutan cuepacs mungkin tu..

Tanpa Nama berkata...

Brg semua dah naik dan naik,subsidi pun sikit2 dh dtarik.bg sy surirumah yg bergantung dgn suami yg pdptn bwh rm1000 mmg memeningkan kepala bila tiba hjg bln.byr bil air letrik.bg lagi dgn org tua.kereta.belum lagi belanja dapur dan yg lain2.nak laras gaji punyalah lama tp bila nak naik harga brg punya lah cpt.nak beli rmh pun takut x dpt byr bln.x kan smpai tua nak duduk rmh kerajaan.

rakyatsandakan berkata...

mari kita PA sokongan protes pada kerajaan agar menutup sekolah, lebih baik kita ajar sendiri anak di sekolah, walau kita cuma kakitangan sokongan tapi IQ kita apa kurangnya.

Minta sambutan hari guru dimansuh dan diganti dengan sambutan meraikan kecemerlangan PAP, PAR dan PT di sekolah. Di hospotal juga, semua atendan dan driver juga wajib mula kerja dengan grd UD41

Guru gaji dah byk, jadi mereka x perlu mendapat kenaikan. Kami yg sibuk fotostet dan susun fail pejabat, kenapa guru masih lagi mendapat APC? mana keadilan??

Tanpa Nama berkata...

akhirnay dah ada tajuk baru...jom PA sekalian buat keja bodo mengomen kt cni...semua skim jbtan kerajaan dialu-alukan...bmula dari skim A SMPAI Z...sila mengomen...tpi yg pastinya benda yg sama duk diulang2...orang pandai tnjuk pandai,org bodo tnjuk bodo..

Tanpa Nama berkata...

kalau bab kebajikan pekerja kena kaji bertahun tahun..bab naik harga tak payah kaji terus naik..apa punya kerajaan daa..........benggong

AKU PAP berkata...

Aku dengar RON95 pun nak naik plak ni.Tak kaji plak yang tu.Dia orang bukan tak tahu rakyat susah sekarang ni.Klau harga minyak naik barang lain pun turut naik.Rakyat juga jadi mangsa keadaan.Beban kerajaan dilepaskan kepada rakyat.Kalau boleh biarlah seimbang.Biar lah bertepatan dengan lambang dacing tu.

Tanpa Nama berkata...

kalo Polis ngan cikgu minta gaji takda plak kaji sampai le liang lahad, kalo Cuepacs mintak gaji untuk PA ada2 je.. alasan.. kalo nak sangat negara berpendapatan tinggi jgn org bawahan jd buruh paksa sudah lah.. utk kepentingan sendiri..

Tanpa Nama berkata...

hehehhe kaji bumi ke?

orang dalam berkata...

elok-elok ceupacs buat makmal uji kaji sebelah sekolah Teknik Gombak.
hari-hari uji kaji.
memang takde kerja cuepacs ni.
hasilnya hampes!
guru, polis dan askar takde kaji2 terus dapat jer!!
yang penting, KSU pernah cakap CUEPACS kurang kepentingan pada negara. Bagi takpe, tak bagi lagi takpe..

Tanpa Nama berkata...

sampai bila gj nak naik?

Tanpa Nama berkata...

Potong gaji yang tukang cakap... Maznah Mazlan... Elaun byk sgt..
Setakat kerja ckp jer..boleh la...

Cube buat kerja PAR.. menangis

Tanpa Nama berkata...

apa lagi mahu kaji..barang dah naik..Bagi cepatlah PRU 13, tak sabar nak tumbangkan kerajaan yang suka bersandiwara dengan rakyat ni..

Tanpa Nama berkata...

tak paya kaji la....letak jawatan je.. tak guna punya orang politik...kepentingan rakyat pun nak di politikkan..

Tanpa Nama berkata...

PASAL KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT..... KENA KAJI...KAJI...KAJI....KAJI.. TETAPI,BILA NAIKKAN REGA BARANG TAK PERNAH PON NAK BUAT KAJIAN....?
UDAH LE...CUKUP2 LE KITA DIPERBODOKAN...MAI KITA TUNGGU... PRU YG KE -13...KITA AJAQ SIKIT MANUSIA YG PANDAI BERMAIN KATA2 TAPI JARANG SEKALI NAK DENGAR KELUHAN HATI KAKITANGAN BAWAHAN NI...TAK SABAR RASENYE NAK TUNGGU....PRU YG KE-13.

alfie berkata...

wahai gomen..naikkan la gaji sikit walau 200-300 bernapaslah sikit kitaorg ni..dahla gaji xsampai 1500..mane nk byr kereta..rumah..susu anak..minyak kereta..bil..kasik mak ayah..dah habis berjimat dah ni..nk suruh kami berjimat macamana lagi??barang semakin naik..minyak naik..gaji x naik2..camno??minyak nk selaraskan ikut harga dunia...gaji xnak pulak diselaraskan ikut negara jiran singapura.yang menteri kasik naik harga sana siini tengokle haji hangpa brapa...beriban2.bolehla cakap ikut sedap mulut.takpa..kami miskin di dunia..asalkan di akhirat nnti kami kaya.hangpa dok jawab la nanti disana...

Tanpa Nama berkata...

wahai karajaan yang zalim kenapa kamu suka naik kan harga barang sedangkan gaji PA tak naik-naik kaji..kaji...kaji sampai ke mampus duk kaji,naik barang tak perlu kaji, ingat PA tak makan tak ada anak-anak ke?jangan duk lihat ke langit aja sekali-sekali tengok lah ke tanah.jangan sampai PA buat kuasa yang dia ada.

Tanpa Nama berkata...

Cakap suruh PA jimat,sedangkan menteri tak jimat duk buat perabis duit rakyak je,menteri cuba lah fikir pada PA yang tak cukup makan,ko tak apalah blh dikatakan semua free minyak,makan,tidur,telefon,bil telefon semuanya free blhlah cakap nak jimat macam kita PA semuanya pakai duit apatah lagi sekarang semuanya mahal,tak ada akal ke?.....

Harapan punah berkata...

Setakat tu ja yg boleh ceupacs wat.........akur....aakur....aaakur....aaakur....hampeh...

Tanpa Nama berkata...

Kita kena lantik Presiden Cuepacs yang baru, yang berani membawa permintaan kita secara adil dan saksama.
Jangan percaya sangat dengan puak nie
Asyik kaji lepas tu habuk pun tak ada
Kah Kah Kah

DESAK BUKAN MINTAK SEDEKAH

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs akur dengan keputusan kerajaan
Ada sesuatu yang baru selain dari itu tak ?
Bosan lah
harga barang melambung naik
semua barangan keperluan naik harga
kerajaan buat apa
duduk pejabat dalam air cond sejuk lah puak puak nie
gaji menteri banyak semua percuma pulak tu
kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

cuepacs akur... PA semua ibarat burung tekukur la jawapnya.. pernah tengok burung tekukur cari makan?? melayap kat muka bumi.. kais pg makan pg, kais petang makan petang.. mkn tengah hr takda, minum petang takda..

Tanpa Nama berkata...

kepada Kak Mazanah...u ckp boleh leer, coz gaji banyak...elaunnya usah di kenang ler...cer kamu dok kat tempat aku nie sekejapa dlm 6 bulan jer...Sembang mengalahkan Usop ...

Tanpa Nama berkata...

apahal gaji guru selalu naik...maka kita sama berkhidmat utk rakyat..guru didahulukan pencapaian ?????????????

Tanpa Nama berkata...

sial buat undang2 penetapan gaji minimum cepat.bru skrng mahu merangka

Tanpa Nama berkata...

mari kita kaji gaji menteri tak pun kita kaji gaji k.maznah nie....kita kurangkan gaji k.maznah nie tgk ...mcner boleh survive ke tak??

Tanpa Nama berkata...

Gaji minimum... dah lapuk perkataan ni.Mana ada sekarang orang diluar sana membincangkan hal gaji minimum.Sekarang ni topik hangat MAKSIMUM... pas tu samakan ngan swasta.Swasta dah tetapkan sasaran setahun (masterplan) kerja,jika lebih,itu dah bonus kepada pekerja.Kami PA pun ada sasaran kerja.Pegawai arah,kami buat.Kadang tu tak kira masa langsung sebab dah tanggungjawab PA.KEnapa masih lagi menggunakan perkataan MINIMUM.Ada maksud tersirat dalam perkataan MINIMUM ni? Apa yang tersirat adalah berikut:-
1.Tak ada duit nak bajet gaji.
2.Ada agenda tersirat yang tak diketahui.
2.Kepentingan?
semua ni bermain dalam benak.... sekarang dijangka minyak akan naik,barang-barang keperluan harian seperti barang dapur pun sama(dah keluar statement dalam kahbar).Kami PA yang bergaji rendah yang ada anak bini,berhutang rumah(takkan nak sewa rumah sampai pencen),yang harapkan gaji,mana boleh fikirkan had gaji minimum.Cuba anda yang bergaji besar ni,ambik jumlah baki gaji ni,buat belanja harian macam kami PA buat setiap bulan.Silap haribulan,tumpo.... makan kerak nasik le

AKU PAR berkata...

Lagi lagi cikgu yang dapat.Kami staf sokongan tak pandang pun.Ingat kami tak buat ke?Tak guna.Aku tak salahkan cikgu cikgu semua mereka memang layak dapat.Sekurang kurangnya tengoklah juga staf sokongan ni.

Tanpa Nama berkata...

gaji minimum kat korea 920,000 won
bersamaan rm 2500 duit kita...gaji minimum malaysia tak sampai pun 700.macam mana nak capai negara maju(penah sampai korea)

pak kadok berkata...

KAMI NAKKKKKKKK HAKKKKKK KAMIIIII !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

pak kadok berkata...

ni la org ckp org kaya jadi lg kaya...org miskin akan jadi lg miskin......adussss!!!!! fikir2 !!!!!

Tanpa Nama berkata...

kaji..kaji ..kajilah sepuas hati..hari ini BN dan cuepac telah melukakan hati para penjawat awam se malaysia..dan pasti kita juga perlu kaji sokongan kepada BN

Tanpa Nama berkata...

"Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun," kata Perdana Menteri.
......bagaimana pula dengan PA...mana keadilan?

Tanpa Nama berkata...

orang atasan cakap pandailah tp x pernah fikir masaalah orang bawah,harga barang naik,itu naik,ini
naik,tp yang derita pekerja bawahan,k maznah ko cakap pandailah
nak kaji,masalah orang bawah ko nak kaji,tp orang atasan naik tinggi ko x kena boleh lah ko ckp,cuba ko kena macam orang bawah baru ko tau nasib ko.

Tanpa Nama berkata...

Guru adalah PA mcm kita juga kalau keja 25 tahun dpt Gred 54...sepatutnya semua PA yg menyumbang kpd pembangunan negara patut mendapat kenaikan yg sama tapi habuk pun tak ada buat PA lain...mana Gagasan 1 Malaysia semua sama rata...cakap kosong saja lh pemimpin kita.

Tanpa Nama berkata...

sungguh x adil...cikgu dpt smpai 54...tiap kali hari guru...TUNJUK GAMBAR CIKGU NGAJAR DLM HUTAN....KAT SANA MMGLA KALO TGK BERSUNGGUH CIKGU IBARAT LILIN...TP YG DPT PANGKAT CIKGU DOK PEKAN...YG BUAT TUISYEN...MAKIM MEBARA HATI NIE...BIKIN PANAS...BN X PANDANG KA PA LAIN??????

Guru berkata...

Maaf ya PA lain hanya untuk GURU sebab kami org hebat tak mcm PA lain hanya buat kerja bak kayu api basah tapi kami ibarat lilin yg menerangi dunia yg kegelapan...maaf ya semua..terima kasih PM n TPM.

Tanpa Nama berkata...

haiiii....tak kan penjawat awam gred 17 ke bawah nak minta ada gred 54 kot....

mana ler esok2 ada gred R54 untuk Pembantu Rendah Awam.....kalau gred tu, kena tukar kategori kepada Pegawai Rendah Awam R54,kalau pemandu R1 boleh p pemandu R54...dengan syarat ada lesen memandu profesional dan mempunyai pengalaman memandu untuk F1, F3, Rally dan lain2....hehehehehe...sampai bila pun tak tinggi2..

Tanpa Nama berkata...

Guru berkata...
Maaf ya PA lain hanya untuk GURU sebab kami org hebat tak mcm PA lain hanya buat kerja bak kayu api basah tapi kami ibarat lilin yg menerangi dunia yg kegelapan...maaf ya semua..terima kasih PM n TPM.

x perlu provoke la n guna nickname guru...anda hanya merosakan imej guru sahaja bila guna nickname guru..

Tanpa Nama berkata...

padan muka PA lain kan guru kan...

Tanpa Nama berkata...

rezeki guru.....hepila

Tanpa Nama berkata...

telampau banyak makan kangi.tu sabab pagawai atasan nak kaji kaji kaji tu.lebih baik gaji pegawai di turun kan bagi untuk perkerja bawahan.macam ok kah.sedangkan gaji saya bawah rm1000 untuk satu bulan.tak itu pun nak di kaji lagi kah.

Tanpa Nama berkata...

Guru berkata...
Maaf ya PA lain hanya untuk GURU sebab kami org hebat tak mcm PA lain hanya buat kerja bak kayu api basah tapi kami ibarat lilin yg menerangi dunia yg kegelapan...maaf ya semua..terima kasih PM n TPM.

Isnin, Mei 16, 2011 8:35:00 PM
..jan bongkak kalau ngajar tak seberapa

Tanpa Nama berkata...

Aku rase yang mengomen ni sumernye bukan kakitangan awam kot,ayat digunakan cam mat2 rayau... sumer kita manusia ni tak pandai maner pun n segala ilmu milik allah.. MILIK ALLAH.. Balik la pangkal jln.. muhasabah diri kekawan semua... Dok bawa bertenang...

Tanpa Nama berkata...

ape kena mengena dngan pekerja asing?laktak pi la diorng,rakyat sndri tk nk d bela!lepastu orng asing dtng sni sukä2 ape yg diorng nk wt,buat bodo je..rakyat sndiri pun tk ad keistimewaan lg dh!

Tanpa Nama berkata...

mat rayau msuk page cuepacs ke?haha

cikgu Nizar berkata...

Maaf ya PA lain hanya untuk GURU sebab kami org hebat tak mcm PA lain hanya buat kerja bak kayu api basah tapi kami ibarat lilin yg menerangi dunia yg kegelapan...maaf ya semua..terima kasih PM n TPM.

Isnin, Mei 16, 2011 8:35:00 PM

HAI, TERGAMAK FITNAH GURU NAMPAK? KALO DENGKI PUN DENGAN GURU, JANGAN REKA AYAT YANG X BERASAS, YG X MUNGKIN KELUAR DARI MULUT GURU YG SIUMAN...!!! dan lawaknya ada yg percaya dan terus komen kutuk2 guru.. alahai PA sekelian...

Tanpa Nama berkata...

sindrom kaji dan akur amat ketara di malaysia. KAji 10 tahun akur 10 tahun. orang yg dah nak pencen tak sempat rasa nikmat naik gaji, naik pangkat. Inilah mainan umno...

Tanpa Nama berkata...

guru2 dah diberi pelbagai cara naik pangkat/gaji. PA lain macam mana? guru2 kalau nak naik pangkat:
- pasal kerja lama
- pasal cemerlang
- pasal ada kelulusan
- pasal pasal pasal...

PA lain, terlopong tengok jiran tukar langsir baru...heeee...lepas ni semua guru2 mesti undi umno punya laaa...

a berkata...

apala yang korang mau tikam lidah kat sini. kan lagi bagus tikam lidah ngan najib mcm la korang tak tau dia ada facebook masukkan la komen korang kat sana hentam berabis yang ni korang hentam sesama sndiri najib ketawa PA jd bodoh.

HantuKupek berkata...

aku heran la ada orang tak bagi komen sini dok suruh komen ke facebook Najib. aku nak tanya la

i)blog ini bapak kau punya ker?

ii)Najib tu PM, facebook dia bukan dia baca. kalau dia baca pun mana sempat komen beribu.

iii)facebook ni kebanyakan orang guna identiti sebenar. nama betul. nak kena ISA keh maki PM di facebook? otak ada?

iv)komen disini pun kalau tidak didengari at least kita tau ketidakpuashatian kita dikongsi oleh geng2 yang lain diseluruh Malaysia. We are not alone.

seorang guru berkata...

Mungkin yg di luar sana tidak tau tugas guru. dukumentasi yg berlambak menjejas tugas hakiki-pengajaran. kena tangani disipilin murid , berdepan dgn ibubapa dan masyarakat yg tak pernah faham tugas sebenar seorang guru. Bukaankah kita semua juga dididik oleh guru hinggalah menjadi seperti sekarang. Kenapa tak tau hargai jasa guru ?
Kita semua nak kan gaji yg tinggi tapi ukurlah kebolehan diri. Jika kita memang berkebolehan buatlah sesuatu yg boleh menjana pendapatan yg tinggi.

Tanpa Nama berkata...

Kassim Baharum.
wah guru dah senyum simpol dan sempoi,memeng layakpun dapat,kalau tak ada guru tak adalah pandai jadi PA.kalau PA nak gaji banyak...buat koperasi PA Bersama.Beli beras di Laos,Gula Di Venizuela atau Brazil,sabun di Pakistan ,Minyak di Arab,dan lain lain barang.Beli kat luar murah dan jual kat Malaysia khas untuk PA yang tak cukup makan..lani pun BN ada jual beras guna jenama BN,murahkan..makan la beras ini..yang kat Putrajaya ambillah Herba di Taman Herba Putrajaya,nyior pun ada..tak mampu pakai mesin kelapa ,pakai kukurlah.Tak mampu juga pakai lesung tumbuk..selamat hari Guru dan tetap bersama kerajaan anda.

kassim baharum berkata...

ni sapa pula guna nama aku kt atas ni? cikgu dpt smpi gred 52, amat x adil, kami pun mahu juga kurang2 naik ke N44 pun dah kira ok, tapi sebagi ahli Umno yg insaf aku tetap bersabar, mungkin rezeki di N22 je agaknya bhuat masa ni, tahun depan umum insentif khas utk kami pula naik ke N41 time based. alhamdulillah. hidup BN.

aku ingin mengingatkan semua, jgn la kita dengki pada guru, merekalah yg berjuang menegakkan Umno dahulu, indahnya dulu ms semua Melayu bersama Umno. Sekarang ni byk dah menjadi musuh negara kerana x sokong Umno dan percaya dakwaan palsu pembangkang kononnya harga barang naik, padahal beberapa sen sahaja sebenarnya.

sedarlah semua PA, hanya BN sahaja mampu menegakkan hak PA.

Tanpa Nama berkata...

oh kassim n22...
ambik kalkulatur..

darabkan sen2 dengan jutaan penduduk..

dapat brapa kassim??

tentu skali jutaan sen jugak...

Tanpa Nama berkata...

BN x releven la...nanah saja...

Tanpa Nama berkata...

1.1.12..kebanyakkan skim akan dikaji semula...perlaksaan 1.1.12..termasuk skim saraan baru 1malaysia...

Tanpa Nama berkata...

kaji kepala hotak hang!! Bila penaik harga petrol, gula tak pula buat kajian!!! Dasar kerajaan & pemimpin haram jadah menyusahkan rakyat!!! Buat istana berjuta2 semua nk bg projek kat kontraktor kroni....

a berkata...

HantuKupek berkata...
aku heran la ada orang tak bagi komen sini dok suruh komen ke facebook Najib. aku nak tanya la

i)blog ini bapak kau punya ker?

ii)Najib tu PM, facebook dia bukan dia baca. kalau dia baca pun mana sempat komen beribu.

iii)facebook ni kebanyakan orang guna identiti sebenar. nama betul. nak kena ISA keh maki PM di facebook? otak ada?

>>
klu bapa aku punya blog dah lama aku banned ko ngan bapa2 ko sekali wakakaka

klu takut jgn banyak songeh berani kerana benar takut kerana anjing peliharaan huhuhu

makan lu barang gue

Tanpa Nama berkata...

apala susah2 sangat. naikkan sahaja gaji semua pekerja. kenaikan harga barangan memang sentiasa akan berlaku bukan disebabkan oleh kenaikan gaji semata-mata tetapi juga disebabkan kenaikan harga gula, petrol, barang ganti dan sebagainya. yang nyatanya kita masih lagi berada di takuk gaji yang lama hanya disebabkan oleh hal-hal yang tidak munasabah. kalau kerajaan naikkan gaji pekerja, semua orang akan mampu membeli barang keperluan dan barulah harga barangan boleh dibandingkan dengan negara jiran. ini tidak, gaji sama tapi harga barang naik mencanak-canak, macam mana rakyat nak hidup?

Tanpa Nama berkata...

KENAPA TAHUN NI NAJIB TAK ADAKAN PERJUMPAAN DENGAN PA sempana hari pekerja???...selalu diadakankan dkt picc...sape ade butiran???

Tanpa Nama berkata...

YAHOO.....
PUTRAJAYA: Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan di-buat sekali lagi bulan depan.

“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rak-yat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

“Jadi rakyat kena bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana trend penurunan harga minyak tidak mungkin berlaku. Ini bermakna sama ada harga akan kekal atau pun naik. Jadi ia bergantung kepada kajian itu,” katanya.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. — Bernama

Tanpa Nama berkata...

KENAPA TAHUN NI NAJIB TAK ADAKAN PERJUMPAAN DENGAN PA sempana hari pekerja???...selalu diadakankan dkt picc...sape ade butiran???


Kenapa tak jumpak...dia sibuk menghabiskan duit rakyat kat New York, London dengan betina boroi tu......tu pun hang tak tau ka...kalau dia datang ke PICC sah telur busuk melekat di muka dia ...hahaha

Tanpa Nama berkata...

GERAM BETUL....

saya benci pemimpin yang yang tak boleh berfikir sekarang ni....bila harga barang naik, mereka salahkan globalisasi....kenapa tidak tarik saja lesen peniaga yang menaikkan harga barang terlalu tinggi agar mereka berhenti menaikkan harga barang....asyik menyusahkan hidup manusia saja....peniaga sekarang ni fikirkan kekayaan bukan berkat lagi dah....tak heran lah golongan peniaga kebanyakkannya menghidap penyakit kronik kerana makan hasil keuntungan yang tidak berkat...orang miskin tertindas dengan harga barangan dan perkhidmatan yang dijual oleh mereka....
pemimpin sekarang ni dah tak boleh buat apa dah....asyik tuding jari kepada keadaan global saja kalau nak selesaikan masalah. kalau nak ikut standard gaji di negara lain jauh sekali...gaji di malaysia ni tidak padan dengan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat malaysia sekarang ni....orang bilang ketinggalan zaman suda...tak lama, kalau hidup tertekan saja ni, makin banyaklah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk belanja perubatan hospital kerajaan. tak guna juga kalau tawar rakyat bayar murah di hospital kerajaan, tapi perbelanjaan kerajaaan untuk perubatan meningkat tahun demi tahun disebabkan jumlah rakyat malaysia yang sakit akibat menderita akibat tekanan hidup dan kos sara hidup yang tinggi.....bikin kaya orang orang business ubat saja...puiiii...

Tanpa Nama berkata...

KERAJAAN TAK AKAN PANDANG KEHENDAK PA NI,KITA TUNGGU PRU 13...BARU KERAJAAN TAHU...ASYIK DENGAN KEKANGAN KEWANGAN JE..NI BULAN JUN MINYAK RON95 NAIK LAGI..NEGARA BANYAK KELUARAN MINYAK TAPI NAK NAIK HARGA LAGI,KURANGKAN EXPORT,LEBIH KAN KEGUNAAN UNTUK RAKYAT BARU LA OK....INI TAK,SUBSIDI KONON,HASILNYA DIGUNAKAN UNTUK PROJEK-PROJEK MEGA,YANG KAYA DATUK-DATUK LAH..TAK ADIL..TAK ADIL..

kukoq nyiok berkata...

ZAMAN SEKARANG ZAMAN PERPECAHAN ORG MELAYU.. HANG KUTUK AKU..AKU KUTUK HANG..GADUH SESAMA BANGSA..ORG MELAYU SEKARANG MORAL TERLALU RENDAH..MASING2 ADA KEPENTINGAN.. BANGSA LEN DOK GELAK TENGOK HANGPA DOK BERGADUH.. SEMUA NIH TERJADI KERANA PEMIMPIN SEKARANG..KEMISKINAN KESUSAHAN ORG MELAYU MMG TERLALU RAMAI ZAMAN SEKARNG..TUN DR MAHATHIR TERBAEKK!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

gaji minimun brape la sangat nak berbanding dgn taraf hidup sekarang ni. menyesal aku masuk kije gov.

Tanpa Nama berkata...

bubar je parlimen..PRU 13 terus..tak sabar nak jatuhkan kerajaan yang suka berdolak-dali ni..kepentingan PA pun di politikkan..

Tanpa Nama berkata...

lantik Tun Mahathir jadi PM balik la..Najib ni banyak alasan kalau soal kebajikan PA....

Tanpa Nama berkata...

sokong Tun Mahathir yg ingat kita2 PA ni pun sama menjana & membangun ekonomi negara...I respect him ....

Tanpa Nama berkata...

Tun Mahathir = dapat bonus TIAP2 Tahun.
Tun Abdullah = gaji naik .
PM Najib = Bantuan Khas Kewangan
TPM menteri Pelajaran = Jaga Cikgu2
jadi
ape kata kita tahun depan undi TPM lain pulak, setuju tak PA...UNDI TAHUN DEPAN JANGAN TAK UNDI..akai ada.

Tanpa Nama berkata...

BILA CAKAP PASAL KENAIKAN GAJI PA MASA TU NAK KAJI...BERAPA BANYAK KALI NAK KAJI ???
TAPI X BAGI-BAGI...
BERSYUKUR PA DI MALAYSIA MASIH ADA SIFAT SABAR...KALAU TIDAK JADI MACAM MESIR

Tanpa Nama berkata...

politik...semuanya politik..soal kebajikan PA pun nak dipolitikkan..jum semua PA kita jatuhkan mereka PRU 13 nanti..tak pandang PA punya masalah..kita suarakannya masa undi nanti...

1 PA berkata...

Gred 41-54 naik 15%
Gred 27-40 naik 25%
Gred 17-26 naik 30%
Gred 1-16 naik 35%

Inilah jadual kenaikan gaji yg paling adil untuk PA semua.
Datuk Presiden sila kemukakan usul jadual % gaji di atas untuk PM dan JPA untuk kelulusan pelarasan gaji akan datang.
1 Malaysia 1 PA dan 1 Pelarasan Gaji yang adil dan saksama seperti dijadual di atas.
Sekian.Terima Kasih...Datuk Presiden Hj.Omar.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong penuh jadual yg dikemukakan oleh 1PA di atas..itu barulah adil buat semua.

Tanpa Nama berkata...

Patut la gaji xnaik2..PA sibuk nak komen dlm blog je dari nak buat keje..hahaha..

Tanpa Nama berkata...

mari kita ramai2 tukar kerajaan.... selamatkan hak penjawat2 awam..

Tanpa Nama berkata...

utma kmi keja pokok tumbang,musnah srg tabuan..tgkp ular/ular bsr lidi pn kita kena buat..knp x pngill jee POLIS utk mjlnkn tgs tersebut ..sekarang relevan kh keja mgikut masa tersebut..elaun COLA perlulh diberi sma rata x kira dmna jua berada...luu fikirlh sendiri..kami mahu x perlu kaji2lh..keadilan dan ketelusan perlu sebagai seorang pemimpin untuk mnaikankn gaji PA.(BOMBA)

Tanpa Nama berkata...

utma kmi keja pokok tumbang,musnah srg tabuan..tgkp ular/ular bsr lidi pn kita kena buat..knp x pngill jee POLIS utk mjlnkn tgs tersebut ..sekarang relevan kh keja mgikut masa tersebut..elaun COLA perlulh diberi sma rata x kira dmna jua berada...luu fikirlh sendiri..kami mahu x perlu kaji2lh..keadilan dan ketelusan perlu sebagai seorang pemimpin untuk mnaikankn gaji PA.(BOMBA)

Tanpa Nama berkata...

Cakap x serba bikin nk naikkan gaji PA..tp yg naik gji POLIS jee..dorang ingt dorang jee kejakh..klu mcm 2 baik kita smua jdi pmberontak spya Polis ada keja stimpal dgn gaji dorang skrg..Polis keja cma 4jam mgkut syif..yg kita org keja ada 12jam dan 24jam x kna pndang...keja lg brisiko..luu pikirlh sndiri MAZNAH..mcm nk kita jmt klu gji kita ni nak beli gula btu u ank pn x ckup aptah lgi brg2 lain yg smuanya naik..keja ktaorang pn tlalu bnyk slain tgas hakiki...pokok tumbang tgh jln..msnahkn srg tbuan, tgkp ular sbessar lidi pn kita kna buat..knp x pngil POLIS jee bt kejanya stimpal dgn gji dorang..POLIS x trima gaji pn blh mkn..mkn apa2..mkn RASUAH lah...tngu tgh jln bt road blok..susah sgtkh nk naikkn gji PA ni..klu ssah sgt bgus tukar kjaan..nnti klu nk p'raya mta simpati k'tgn Awam u mraih undi..bgus kta tkar kjaan mna tau dorang dpt ubah kjaan kita..nak tngu kjaan skrg pn xda ubah2,nakkn pjwat Awam bpndapatan tnggismpai bila..hrga brg dah smkin mningkat..nnti ngra lain prlu bntuan dtolong tp rkyt di ngara ni x ambil tau..

Tanpa Nama berkata...

sudah lah....tipu punya org...tak ape kita punch kad dulu lepas 2..keluar bawa teksi lah...semua ketua jabatan dah setuju org bawahan buat kerja sambilan ni...bos-bos yang kerja sendiri di pejabat

Tanpa Nama berkata...

aku bab kaji nie malas.. kalau kaji buat master n Phd tue ade juga hasilnye.. nie kaji bab duit.. wal hasil balik asal jawabnye..!!

Tanpa Nama berkata...

Sampai bila nak kaji oiii..
sampai berak kencing tawar ke maznah oiii..
hari ni umum esok da naik harga barang..
mampus la macam ni..
ingat sikit maznah oii..
kita org ni tulang belakang krajaan..
kalo tulang da reput jawapnya bongkok 3 la negara ni..
kalo da gaji x dapat tampung..
paham-paham je la..
orang da terdesak mcm2 boleh jadi..
kalo da pening pikir belanja..
kerja pn x ikhlas..
bila x ikhlas buat sistem camana pn ttp cam gitu jgk..