SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 Mei 2011

AmResearch: RON95 dijangka naik 20 sen bulan depan

May 24, 2011





KUALA LUMPUR, 24 Mei — Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch. Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.

Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion.

AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.

“Kesemua faktor menunjukkan ke arah kenaikan harga RON95,” kata firma itu sambil menambah, dengan mengambil kira kenaikan berterusan harga global bagi minyak mentah dan kemungkinan naik lagi pada masa depan, kerajaan kini tersepit antara mengamalkan urus tadbir fiskal seimbang dan keperluan menggambarkan ia mengambil berat tentang kebajikan rakyat.

Justeru, AmResearch berkata kerajaan boleh memberi rebat dan menyusun semula skim saraan sektor awam untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah, yang dihimpit dengan beban pemotongan subsidi.

Firma itu juga menambah, ia menjangkakan bahawa kadar inflasi akan naik mendadak ke arah empat peratus dalam waktu terdekat susulan pusingan pertama impak potongan subsidi ke atas makanan, pengangkutan dan tenaga.

“Secara purata, inflasi tahun ini mungkin melepasi kadar 3.5 peratus yang telah diramalkan sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun katanya, ia akan masih rendah berbanding 8.5 peratus, paling tinggi dalam 25 tahun, yang dialami pada Julai dan Ogos 2008.

Semalam, Ismail Sabri (gambar) berkata, kerajaan pusat akan mengumumkan perkembangan langkah rasionalisasi subsidi termasuk pelarasan harga petroleum minggu ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.

“Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion,” katanya.

Dalam satu kenyataan petang semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan tarif elektrik dinaikkan bulan depan, tetapi mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat.

Di sebalik kenyataan demi kenyataan mengenai kemungkinan pemotongan bakal dibuat oleh Putrajaya, beliau berkata, beliau sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas yang diberi kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, sebaliknya ia hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan Kabinet dalam mesyuarat mingguannya esok akan menyentuh soal itu.

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, merujuk kepada kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh beberapa menteri berkaitan, kemungkinan tarif elektrik dijangka naik bulan depan.

Anwar berkata, isu kenaikan tarif elektrik negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah dipaksa ke atas TNB untuk dimeterai bersama dengan IPP terutamanya dengan pengeluar tenaga swasta generasi pertama.

70 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

boleh gila minyak naik gaji tak naik-naik kerja goverment nie...Gawat lagi aku tahun nie...Nasib baik MLM yang aku mulakan 3 bulan lepas menampakkan hasil sikit2...Kalau tidak boleh KO aku... Moga biz USANA nie terus success...Tadi dapat downline dari Taiwan...heheheh..Nasib baik ader Facebook. Moga tuhan terus memurahkan rezeki aku...InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

yang ada mlm. mcm aku ni apa ada. klu minyak naik, gaji pun naik x pe....tapi aku rasa kerajaan ada cara untuk menangani ini semua kita tunggu dan lihat semua ini. klu kita rasa x cukup makan jugak, kita pikir2 kan lah apa patut kita buat selepas ini. harap kerajaan dapat ringan kan beban rakyat.........

Tanpa Nama berkata...

Minta gaji naik tapi dibalas dgn minyak naik...mana nak dpt wang utk beli minyak kalau gaji tak naik...fikir2 kan lah kerajaan oiiii..

Tanpa Nama berkata...

x perlu lagi gaji...kesian kat kerajaan...apa kata kita pakat follow kerajaan kita...kita berjimat...kita ikut apa kata tv3...kita bersatu belakang najib dan rosmah....mereka kan pemimpin kita...kita yang lantik dulu...kita kena bg semangat la...minyak....gula...milo..naik lagi....aku sokong kenaikan....

tahniah dato seri najib...bagi duit byk2 kat rosmah suruh dia blanja...baru inflasi sifar...rosmah wakili rakyat malaysia blanja...PA sokong ye

pengesahan perkataan aku 'cable'....simbolik sungguh

Tanpa Nama berkata...

tungu pembentangan 13 jun ni...

Tanpa Nama berkata...

Begitulah dunia akhir zaman.Bacalah kitab sebab musababnya jadi begini.Ringkasnya kita semua bersalah,kita diberi pilihan tapi tak menggunakannya dengan betul.Manakala mereka yang berkuasa tidak menjalankan amanahNYA.Jadi kembalilah KepadaNYA untuk memohon pertolongan dengan sabar.

Tanpa Nama berkata...

aduh...hari2 kereta aku pakai 17 liter pegi-balik tempat kerja...klau naik 20 sen...17x20sen = 3.40(sehari)
3.40x5hari = rm17.00 (seminggu)
sebulan x4 = rm68....tu tdak kira sabtu/ahad...
minyak naik 20sen jak tu...dah sekitar rm68 - rm80 pertambahn belanja...
kalau naik lg selepas 20sen ni...mmmmmmmm mampus tdak terbayar ccm kereta..

Tanpa Nama berkata...

x guna kita cerita kat sini....apa2 hal kita guna kebijaksanaan kita sebagai rakyat malaysia....dah ramai kakitangan awam yang kesempitan hidup. mungkin dia nak bagi masa nak pilihanraya....mcm kita x tau stail kerajaan, nak dekat pilihanraya baru nak bagi gula2...itu maknanya pilihanraya dah nak dekat. tapi itulah...mungkin dah terlambat..setiap pemberian ada sebabnya...tapi itu hanyalah menyakitkan lagi rakyat. kita terlalu sempit. naiknya barang sebulan sekali..tapi gaji naik lima tahun sekali. bagaimana kerajaan ni menangani kenaikan harga barang. kami dah cukup bosan. kita sebagai kakitangan awam x tau nak mengadu dengan sape lagi. naik gaji rm 100.00 tapi barang naik mencecah sehingga rm500.00. berapa bezanya. cuba difikirkan. sebagai rakyat kita harus sudah pandai memilih. sokong itu pun x dapat apa. sokong ini pun x dapat apa. lebih baik kita taram aje apa yang terlintas.

Tanpa Nama berkata...

nasib2 owh nsib...myak naik lg cnfirm brg2 akan trut serta naik mn x nye kos pnghntran mnngkat pya...rkyat lg yg terbeban dmi cpai haluan krjaan agar pncpaian ekonmi ngara mngkat tggi tp rkyat hmpeh....njib owh njib nmpknye PRU 13 ni truk lah ko nnti...

Tanpa Nama berkata...

slogan rakyat ddhulukn pncapaian dutma kn mcm xrealeven lg utk PM kte....nmpk sgt pncpaian eknmi ngara je yg dutama kn tp eknmi rkyat xde pe2 berlaku mlah mkin tergugatt....

Tanpa Nama berkata...

AYUH JTUH LAH NAJIB,HAHAHA....best kn dorg peralatkn kte rkyat smua terbeban dgn mslah kwangan tp dorg pnah ke,smua dbyar krjaan duit gji xpnah d gna lngsung..rmh,api,air,org gji,kreta ,myk kreta,tkng kbun,driver smua krjaan byar cba byar sndri tgok mau xspuk terdduk mcm kte....ptut nye bntu rkyat bkn bebankn rkyat...PM fkirlah....

Tanpa Nama berkata...

KALAU TAK TAHU NAK MENANGANI KENAIKAN HARGA BARANG LETAK JAWATAN PANDIKUTTY. SUMBER DARI KEMENTERIAN NAIK BARANG.

Tanpa Nama berkata...

HA,,,CUEPACS TUNGGU BAPAK LAGI CEPAT2 LA DESAK EN NAJIB TU NAIK GAJI.X KAN X LE KOT..CIKGU DH KORANG TOLONG KAN BARU2 NI..PA LAIN KENA GAK KO TOLONG WAHAI CUEPACS..

Tanpa Nama berkata...

ok...pas ni minta kerajaan naikan harga minyak masak,beras,ikan,sardin tin,sayur,dan segala barang keperluan...pas tu mintak semua menteri pi mampus melingkup...

Tanpa Nama berkata...

20 sen, 50 sen, satu ringgit, 5 ringgit, 10, 20 ... HAAAAAANGGGUSSSS.

bila main judi macam tulah .. skrg kita bukan main judi tetapi memperjudikan nasib kewangan negara.

Kalau tak naik harga, kerajaan kata 'tanggunggan subsidi terlalu tinggi, kerajaan perlu menjaga perbelanjaan negara, oleh itu kos tanggunggan ini perlu dikongsi bersama oleh rakyat menerusi mengurangkan subsidi".

Suatu masa lain pulak,"kita perlu lihat momentum kewangan dan pasaran barang mentah dan harga barang mentah dunia, oleh kerana berlaku pelbagai krisis dunia yang mengakibatkan harga komoditi utama dunia melambung, maka kita perlu ikut pasaran harga dunia, bukan kita tentukan pasaran harga dunia, kita negara kecil dan menerima tempias ini".

Hebat ... hebat .. boleh jadi SU Akhbar ke aku niii.... !!!!

Apapun, aku gerenti jika mana-mana Partai Politik memerintah pada PRU13 nanti, aku percaya ianya TIDAK BOLEH MERUBAH SUASANA INI.

Kekadang kita perlu terima hakikat .. ada juga Menteri kita yang jujur. Dan ada juga kerajaan yang jujur ..

ATTENDAN HOSPITAL berkata...

SAYA KAKITANGAN SOKONGAN DEKAT SALAH SEBUAH HOSPITAL DI KEMENTERAN KESIHATAN DAH 5 BULAN TAK DAPAT KENAIKAN GAJI. SEPATUTNYA BULAN JANUARI YANG LEPAS. SAYA INGAT SAYA SEORANG JER (MANA TAU KOT2 KERANI TERLEPAS PANDANG PROSES KENAIKAN GAJI TAHUNAN), MALAH SEMUA RAKAN2 SAYA JUGA MENGALAMI NASIB YANG SAMA.

DI TAMBAH PULA DENGAN KENYATAAN TERKINI YANG DIKELUARKAN OLEH JPA PADA 23 MEI YANG LEPAS TENTANG PEMBEKUAN SEMUA PENGAMBILAN/PENGISIAN JAWATAN DAN PEMANSUHAN JAWATAN KOSONG DI SEMUA KEMENTERIAN DAN JABATAN PERSEKUTUAN, PEJABAT SUK DAN JUGA BADAN BERKANUN BERKUATKUASA 1 JUN 2011.

MENJELASKAN SAMA SEKALI SAMADA KERAJAAN MENGALAMI MASALAH KEWANGAN YANG KRONIK ATAU JUGA NAK BERJIMAT UNTUK MENGUMPUL PERUNTUKAN BAGI PERSEDIAAN PRU KE-13.

PERSOALANNYA?

1) ADAKAH EKONOMI SEKARANG BETUL2 DALAM KEADAAN GAWAT? ATAU
2) ADAKAH PILIHANRAYA UMUM KE-13 SEMAKIN HAMPIR?

KITA TUNGGU DAN LIHAT...

Tanpa Nama berkata...

bila presiden cuepacs nk ulas blik hal minyak naik ni??x kan diam jer kot??dah ura2 nak naik minyak ni x kan x de ura2 nak fight gaji naik blik kot..ari tu kata akur kan??masa ni la presiden fight blik..x kan nak dengar ja keluhan semua pa..buat la sesuatu...jgn lama2 sgt fikir..kesian sama kt org bwhan ni...kalo elektrik pon naik lagi haru la..jgn diam jer..ni dah nak masuk bulan 6 x lama lagi dh nak raya..kalo minyak naik semakin terhimpit la kami.perbelanjaan raya..sekolah semua tu akn menyusul pas ni..sila ambil perhatian!!!

Tanpa Nama berkata...

SALAM SEMUA , SAYA ADALAH PEKERJA AM BAGI SYARIKAT FIBER MEDIC DI HOSPITAL DAERAH KANOWIT SARAWAK. FIBER MEDIC INI ADALAH SYARIKAT KEPUNYAI ORANG ORANG2 POLITIK. SAYA SUDAH 12 TAHUN BEKERJA NAMUN GAJI SAYA MASIH PADA PARAS 550 SEBULAN. BAYANGKAN TUAN-TUAN , PARAS KEMISKINAN BERADA PADA PARAS RM750.GAJI SAYA DIBAWAH PARAS BERKENAAN. MINTA BANTUAN TAK DAPAT . ANAK 5 ORANG. NAIK HARGA BARANG DAN MINYAK MAMPUS SAYA. ALAMAT MAKAN BATU KELUARGA SAYA. BIL AIR/ELEKTRIK SEMUANYA NAIK. PM TIDUR KA...

Tanpa Nama berkata...

Semua yang sokong subsidi dikurangkan adalah kroni PM/Rosmah. Mereka ini semua ada kepentinmgan. Pengurang subsidi sebenarnya bertujuan untuk menyelamatkan perniagaan mereka yang hampir bankrab.Duit kerajaan dibelasah. Bayangkan PM top up RM 5 bilion untuk merangsang ekonomi atas nama pembangunan. Sebenarnya itu hanya sebagai kenyataan menutup mata saja. Wang tersebut adalah untuk membuat projek bagi membantu kroni-kroninya. Rakyat jadi mangsa subsidi dikurang atas alasan RAKYAT TERLALU DIMANJAKAN. OOOOIII....bodoh punya pemimpin ..kalau di negara maju rakyat yang tiada kerja diberi bantuan kewangan serupa juga dengan ceritanya subsidi di Malaysia. Zaman Tun Mahathir , tun bagi duit kat rakyat dan kakitangan awam tetapi yang menyeleweng adalah org bawahan tun.

Sekarang ini jabatan kerajaan tak boleh keluarkan tender pembinaan bangunan dan sebagainya. Mesti dikeluarkan oleh kementerian. Menteri itu siapa , semua kroni pemrintah sekarang untuk tutup mulut mereka. Kalau tak masakan Rosmah boleh belanja duit kerajaan sedangkan dia hanya isteri PM saja...mengarutlah.

RAKYAT DIDAHULUKAN - bermaksud rakyat dikorbankan dahulu demi kepentingan pemimpin tamak.

PERCAPAIAN DIUTAMA - Percapaian pemimpin di dalam memikirkan bagaimana caranya mengelapkan duit rakyat.

ITULAH SLOGANNYA...

Tanpa Nama berkata...

aduh naik lagi...
aku ni dah la keja ulang alik s.alam putrajaya...ngan tol lagi...ngan minyak lagi...

aku bukan kumpulan profesional...aku sokongan je...

Apa ni?????nak bertukar tak dapat2..
dulu minyak naik aku dah serabut...sekarang tambah serabut aku.

ni kereta pun tak pi service2 lagi.

aduhai...aduhai...sadis betul

mat despach berkata...

Tanpa Nama
Rabu, Mei 25, 2011 11:33:00 AM


sila ubah gaya hidup...bawak la motorsikal gi kerja..save dan tak kena tol..

jangan lupa bawak bekal nasi dan lauk untuk sarapan dan makan tgh hari..

Tanpa Nama berkata...

Presden Cupec, kamu buat apa? Tolong buat statement sikit ... sokong ke tidak naik harga? Bagilah pendapat jgn dok mintak pendapatan saja ...

Buat statement ambil masa jugak ke? You kasi hullo kpd Menteri berkenaan, kami (PA) kirim salam kpd beliau.

Tanpa Nama berkata...

Susah la kalu betul minyak naik. keadaan sekarang pun nak balik kampung 2,3 bulan sekali pun susah. Ni kalu minyak naik, ingat setahun sekali baru dapat balik kampung ziarah ibubapa.Cuba la kawan-kawan bagi cadang macamana kita nak atasi masalah ini..Bila minyak naik harga barang secara logiknya naik..Pening-pening memikir semua ni.
JEBATAKDURHAKA.

Tanpa Nama berkata...

aku xada motor la...kereta ni pun since 2007...motor pun kalu nk pakai kena beli

Tanpa Nama berkata...

tiap kali naik brg itu ini...tak boleh lah nak hidup senang...rakyat juga kena tukar cara hidup tiap kali jadi gini...yang senang bertambah senang...yang susah nak merasa senang ntah bila...

Tanpa Nama berkata...

kenapa zaman Tun Dr M masalah mcm ni susah nak jumpa?????nyata sekali Tun tiada galang gantinya...

tidak tunduk pada desakan ekonomi..malah menyelesaikannya dengan cara yang sangat2 selesa..dan dikagumi dunia.

GENIUS!sekarang????hmm...lu pikir la sendiri

Tanpa Nama berkata...

ANWAR kata, beliau sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas yang diberi kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, sebaliknya ia hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan pemerintah....

RM22 BILLION subsidi untuk kroni???? biar betul...subsidi rakyat ditarik...subsidi kroni???? Biar betul keraajaan sanggu bayar RM22 BILLOIN kpd kroni..

Tanpa Nama berkata...

tu lah dulu kata pak lah tak pandai tadbir negara, urus eknomi dan macam2, sampai kena suruh letak jawatan, kesian pak lah, sekarang sendiri urus macam mana, harga barang sentiasa naik, cekap ke tu....lu pikirla sendiri.... nak meruntuhkan negara pandailah...

Tanpa Nama berkata...

naik saja...bagi naik saja..tidak ada hal punya...nanti PRU 13,kauorg tahulah langit 2 tinggi rendah...tak guna punya kerajaan..menindas rakyat yang berpendapatan rendah..

Tanpa Nama berkata...

jgn harap cuepacs nak tolong PA cuepacs pun kroni nijab gak sbb tu la diam ja bila najib bagi naik harga barang. cuepacs dah jadi KERBAU

Tanpa Nama berkata...

cuepacs dah kurang menyengat..kena tukar pemimpin baru

Tanpa Nama berkata...

keta aku bonet berlubang2..yg penting bole bawak..

Tanpa Nama berkata...

ala, naik ciput sgt..klu nak naik biar tinggi mgunung..lalalala

Tanpa Nama berkata...

tak paya naik kereta p kerja..kita naik basikal je,sihat tubuh badan..tak kisah lambat sampai pejabat..kerajaan syorkan PA naik basikal,lambat datang pejabat tak ada hal punya..

Tanpa Nama berkata...

a'ah...meh ramai2 naik basikal..dtg opis lambat...jangan lak kena tindakan tatatertib lak ye...

Tanpa Nama berkata...

tak cukup kah hasil cukai dari Kastam dan lembaga hasil yang berbilion 2, untuk menampung perbelanjaan negara...tak ape semua naik,tak ape tak ada pelarasan gaji,tapi kalau boleh gaji menteri di kurangkan,tak ada elaun,nak buat lawatan kena tambang sendiri,keluarga menteri adik-beradik,saudara diharamkan mempunyai perniagaan atau syarikat..jika didapati mempunyai syarikat atau perniagaan,diambil tindakan buang negara..baru adil..

Anggok Pokko berkata...

aku sokong naik, eh tak sokong, sokong,
tak sokong ah dah gila ke aku nih?
mintak dijauhkan YA ALLAH!

Tanpa Nama berkata...

naik 20 sen..? naik 2 ringgit,itu latuk latuk pun tak ada kisah

Tanpa Nama berkata...

yalo...baik kita ramai2 naik basikal pigi opis. tak perlu risau tentang minyak naik....badan pun sihat...hahaha

Tanpa Nama berkata...

Attendent Hospital, yang ini ker?

http://www.jpa.gov.my/docs/se/2011/se23052011.pdf

Tanpa Nama berkata...

Attendent hospital yang ini ker?


JPA

Tanpa Nama berkata...

aku penulis ulasan ke 4...selepas buka smula ada 41 ulasan...kesimpulannya...umum mmg sukar menerima kenaikan minyak...kerajaan berpotensi jatuh disebabkan sekam terbakar ini..kecuali la meLAYU...diberi gula2 semua jadi semut....lupa segala amarah....tu sbb kerajaan x berubah...bagi aku....BN sja memerintah...malaysia tetap bkan negara maju...

Tanpa Nama berkata...

negara tanah melayu ade minyak,gas digali tapi harganya meningkat je...??? tanah melayu ade banyak tanam pokok sawit...tapi minyaknya entah pergi kemana ??...minyak hilang ,kosnya naik. Lebih baik tutup je pengalian,penanaman hasil minyak.Harap ade pd nama jee

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama
Rabu, Mei 25, 2011 2:13:00 PM

jual kereta tu,beli motor..apa susah..

Tanpa Nama berkata...

mana leh...anak aku berderet la..tak kan nak angkut 4 org naik motor

Tanpa Nama berkata...

nasib...hari ni punya suratkhabar...minyak tak jadi naik

Q54 berkata...

Tak jadi naik bulan ini saja maaa... Mungkin naik bulan depan le.... Itu menteri tak cakap tak naik sampai bila pun.

Naik aje la.... Saya pegawai gred 54 mana takut. Itu pun sekadar tambah belanja tak sampai RM200 pun sebulan.

Tanpa Nama berkata...

klo cadangkan turun gji ngn elaun menteri elok gak tu...

Tanpa Nama berkata...

MEMANG BETUL...BAIK LAGI TUN MAHATHIR JD PM. TAKDE LA SETERUK INI. KALAU MACAM NIE JUGAK...TAK MUSTAHIL RAKYAT AKAN JADI SUSAH DAN MEREMPAT DI TEMPAT SENDIRI. GAJI X NAIK2..BARANG JER NAIK....
KALAU INI LE GAYANYA, KOT NANTI PUTRAJAYA JADI TEMPAT PR LE JAWABNYA.
DAH SEMUA SUBSISI DI TARIK PELAN2...PENYUDAHNYA BAIK KERAJAAN YG ADA SKRG NIE TUKAR JE KERAJAAN BARU..ASYIK2 NAK TARIK SUBSISI..NAMPAK SANGAT TAK BERDUIT..TERIMA KASIH.

Attendan Hospital berkata...

Tanpa Nama berkata...
Attendent Hospital, yang ini ker?

http://www.jpa.gov.my/docs/se/2011/se23052011.pdf

Rabu, Mei 25, 2011 4:35:00 PM


Tanpa Nama berkata...
Attendent hospital yang ini ker?


JPA

Rabu, Mei 25, 2011 4:40:00 PM



Saudara,

Boleh semak dalam website JPA. Surat dah dikeluarkan...

Tanpa Nama berkata...

aku dah agak dah xkan naik minyak punya..mana penah dalam sejarah klu dlu minyak nk naik ada kerajaan umumkan terlebih dahulu??esok nk naik petang ni baru gtaw la...ni semua politik je...t adelah berita kerajaan prihatin xnaikkan harga...cit poorah la

Tanpa Nama berkata...

tuan kerajaan tidak mahu menanggung
beban harga minyak tetapi kenapa
pula rakyat disuruh menanggung beban haraga minyak twersebut.

Tanpa Nama berkata...

sekarang sebb isu ni panas...takut rakyat marah..kang ada lak perhimpunan haram lak...so..hasrat nak naik kan harga minyak tidak dinaikan..BUAT MASA INI.
so..apa tindakan kerajaan menangani isu ini tidak dinyatakan..bagi subsidi lah buat masa sekarang...

Tapi lama mana bertahan?Pasti harga minyak akan dinaikkan juga..sebb kerajaan tiada langkah lain..dan masa tu pelbagai alasan lah yang diberikan.hmmmm..

betul tak?

Tanpa Nama berkata...

boleh minyak naik tetapi kasih naik
lah gaji kakitangan awam barulah
seimbang kehidupan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaiiikomm.
MENTERI BAYANGAN.
Dato menteri telah bersidang bahawa minyak tidak dinaikkan...tahu kenapa?jawapannya ialah Malaysia
Harga Petrol : RM 2.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.

Qatar
......Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia..
Maka menteri bayangan dapat tahu bahawa pilihanraya mungkin dlm 2 bulan lagi..naikkan minyak lamat BN (bungkus Nasi) lari...ke lokapla.
Pengarang cukup sakit hati dengan saya tau..saya pertahankan kalian semua akhirnya digam.Hei kawan kawan,teman teman sekalian bulan 6 mungkin ada pelarasan,tu pun puas aku godam,baru nak terhegeh hegeh nak luluskan<Bayangan kata nak kaji apa lagi...bagi je la..terus diaorang pecat aku bayangan dari mesyarat tertutup PPPPMMMMM d Putera Umno Jaya(putrajaya la)nak usik sikit,,,,,kata nak bubar parlimen bulan 7?i tengok rasanya jadiiii ni.confirm punya....tapi kadang kadang -jarang jarang,pasti ada...dinding dan tiang boleh bercakap...kalau BN menang mandat besar ,barang pun naik harga besar,,,banyak besar..Hidup Deikichi maknanya hidup barisan ARASANGAM=kerajaan..

Tanpa Nama berkata...

Aku berserah Kepada Allah SWT yang akan mengubah segala perbuatan2 yang d lakukan oleh pemimpin2 kita sekarang nih...sedarlah..hukum orang menganiaya rakyat...Amin

Tanpa Nama berkata...

Barang keperluan naik minyak naik bererti barangan dan perkhidmatan juga akan tetap naik , sekarang ni kita hendak lihat apa yg akan turun rasanya macam BN yg akan turun.

Tanpa Nama berkata...

"Tanpa Nama berkata...

aduh...hari2 kereta aku pakai 17 liter pegi-balik tempat kerja...klau naik 20 sen...17x20sen = 3.40(sehari)
3.40x5hari = rm17.00 (seminggu)
sebulan x4 = rm68....tu tdak kira sabtu/ahad...
minyak naik 20sen jak tu...dah sekitar rm68 - rm80 pertambahn belanja...
kalau naik lg selepas 20sen ni...mmmmmmmm mampus tdak terbayar ccm kereta..
Selasa, Mei 24, 2011 11:51:00 PM "

Kalau macam itu tambah RM68-RM80 saja lah? Cukup ke? Barang-barangan naik 2X ganda. Kerana minyak lori naik. Minyak belum naik lagi barang2 dah dinaikkan. Itu lah peniaga. Kita juga yg tersepit. Baru dengar gaji Ktangan kerajaan disemak...susu dah naik. Sayur dah naik...kempos lah macam nih...naik gaji pun sama...tapi tak naik lagi TAK SAMA.

Tanpa Nama berkata...

Duit mana nak ada,belaaa pendatang asing ,banduan,pusat sarenti,pusat permata berlian negara,buat kad pengenalan untuk warga asing,wat enjoy dan bermacam macam lagi benda tak berakal dan berfaedah....nah lani lingkup taala.Mari mari datang Malaysia IC mudah 450.00-3000 sahaja...JPN juga untung...PTD bukan tak tahuu....tapi buta perut dan hati..untung projek IC nanti PA dapat bonus dan kenaikan tangga Firdaus atau Naim..

Tanpa Nama berkata...

Minyak memang perlu naik coz kerajaan sekian lama tanggung subsidi yang merugikan rakyat,you all mau negara bangkrap ka? kalau satu rakyat bangkrap lagi ok dari negara yang bangkrap... fikir2 la..

PejuangUmno70's berkata...

kami kesal dengan pandangan karut semua PA diatas dan ingin menegaskan bahawa ilusi kononnya berlaku kenaikan harga barangan secara mendadak adalah berpunca dari rakyat yang percayakan fitnah palsu pembangkang.

Bank Negara dan umukan inflasi hanya 3% sahaja, antara terbaik di dunia.

Dalam keadaan Umno semakin mendapat tempat dihati PA, janganlah kita rosakkan masa keemasan ini.

Tanpa Nama berkata...

LINGKUP TAALA.....
PEJUANG KONON,ada pernah bertempur dengan komuniska?kena jerangkap samar,kena tembak?pejuang kedai kopi
Che Nah pa?kopi Janda...
Pejuang karat la....betulka apa yang ada di hati PA tu?kalau UMNO kalah,kamu kena kena bertanggungjawab tau sebab 30 tahun berjuang.Kalau menang PA akan lantik kamu jadi Dato Sri Panglima Janeral Tertinggi PA...Elaun dan gaji 200 ribu setahun...ok UMNO 70-an..

Tanpa Nama berkata...

"erti kata pejuang umno ketagih berebut jawatan ,kerusi....kerana apa??? kerana GILA KUASA!!

Tanpa Nama berkata...

komen blog sgt menarik .. harap BN buka mata .. . rata2 nya rakyat skrg lebih bijak .. terutama pada golongan muda PROFESIONAL .. pasti BN lebih tergugat PRU13 nnt ;) menadah tangan tahi yg dapat.

Tanpa Nama berkata...

masalah nya masih ramai x dapat memikir dgn waras betapa kerajaan BN telah gagal

Tanpa Nama berkata...

bangang gomen ni kadang2,minyak pandai nk selaras dengan negara jiran,gaji tak nak pulak selaras ikut negara jiran.tah apa2..sumenye nak naik.pantek aaaa.

Tanpa Nama berkata...

jangan harapla org atasan nk baca komen2 ni semua..baik diaorg penuhkan poket anak beranak sedara mara diaorg dari baca post2 kat sini.ah sama la ngn presiden cuepacs..semak..semak..semak.

Tanpa Nama berkata...

yang pergi oversea pastu kebetulan bole tgk konvo tu x berjimat cermat plak..pndai dioa org guna slogan berjimat cermat..sambil wt lawatan sambil tgk konvo hahahaha..tpi apa pon thniah pada najib kerana menaikan harga gula dan elektrik utk tmpung subsidi kapal terbang anda ke oversea..klo x tmpung x leh le g jenguk anak!!!rugi la kononnya first lady nk shoping kt oversea

usaha berkata...

saya bukan xsetuju kenaikan minyak memandangkan hasil negara yang aderla banyak..
saya ditempatkan keje jauh dari kediaman saya...memngla saye dah ikut cakap ..keje dulu sebulAN DUA KAT TEMPAT TU LEPAS TU MINTAK TUKAR..Masaalah nyer saya dah berkeluarga mengikut suami ade anak kecil..mintak tukar dari jpa dah 6 bulan xtau berita..saya buat tukar suka sama suka ..pun xder berita ..kos perjalanan saye lebih 7ratus..so skrg minyak nak naik...tukarkan sayer dulu..huhu jpa tukarkan saya dulu...akan saye nak mengadu hal kat PM kot..

Tanpa Nama berkata...

nasib la ka orang.. puase n raye tahun nie.. glc gaji n bonus tahun nie ade.. bye..bye PA malang..