SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

14 Mei 2011

CUEPACS GESA KERAJAAN TIMBANG SEKALI LAGI NAIK USIA PERSARAAN

Bernama
13/5/2011




KUALA TERENGGANU, 12 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi menggesa kerajaan melanjutkan umur persaraan pekerja dalam perkhidmatan awam daripada 58 kepada 60 tahun.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata cadangan itu wajar ditimbang semula oleh kerajaan kerana beliau yakin golongan ini mampu menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih efisyen bersandarkan pengalaman yang mereka miliki.

"Seperti negara maju yang lain, umur persaraan penjawat awam mereka antara 60 hingga 62 tahun dan kita hanya sembilan tahun lagi hendak mencapai sasaran negara maju pada tahun 2020. Jadi wajarlah kerajaan mempertimbangkan perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu di sini Khamis yang turut dihadiri Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie.

Bagaimanapun, katanya ia bergantung kepada kesihatan pekerja berkenaan iaitu mestilah mempunyai penglihatan, pendengaran, pemikiran serta fizikal yang baik untuk dipertimbangkan dilanjutkan umur persaraan mereka.

Katanya faktor itu penting bagi membolehkan mereka terus memberi khidmat terbaik kepada masyarakat.

Kali terakhir isu mengenai umur persaraan dibangkitkan di negara ini ialah pada 2008, iaitu sebelum ia dinaikkan kepada 58 tahun.

Dalam masa yang sama, beliau turut memohon agar kerajaan meneliti untuk menyelaraskan elaun sara hidup (COLA) kerana kos hidup di kawasan bandar dan luar bandar pada masa kini tidak jauh bezanya.

"Kita juga harap kerajaan dapat menaikkan imbuhan tetap perumahan daripada RM180 yang diberikan sekarang kepada RM350 kerana kadar sewaan rumah sekarang tinggi dan langkah itu boleh mengurangkan bebanan petugas awam," katanya.



-- BERNAMA

45 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa negara maju terpaksa menaikkan usia persaraan kepada 60 hingga 62 tahun? jawapannya kerana golongan muda kurang daripada golongan berusia di negara maju, Malaysia mempunyai golongan muda lebih banyak daripada golongan berusia, realiti di Malaysia tidak sama dengan negara maju, ramai graduan yang terpaksa bekerja dgn menerima hasil pendapatan setaraf gaji spm kerana kenaikan usia persaraan ini, mereka terpaksa pulak membayar hutang ptptn dan negara rugi kerana tidak peduli kpd idea dan tenaga daripada golongan muda yg produktif ini, graduan dan golongan muda ini terpaksa pulak berhijrah ke negara maju kerana produktiviti mereka lebih di hargai daripada negara sendiri...

Tanpa Nama berkata...

gila ka dah 60 tahun nak kejer...tambah2 makcik gred bawah tu...badan dah macam peti ais...dok saja ngadap komputer ,mata pun dah rabun...silap2 mati atas bangku opis tu je..

58 pun dah lebih dari cukup dah..

Tanpa Nama berkata...

x perlu naikkan umur persaraan. kesian kat makcik, pakcik... masa umur mencecah 58 tu dh fikir nak rest jer... mungkin pak omar rasa dia stil kuat kot... x semua orang mcm pak omar... tulang pak omar besi, tulang makcik pakcik tu kayu... boleh reput. lagi pun budak2 baru graduate n spm bla nak kerja? renungkan...

Tanpa Nama berkata...

mamak tu nak cover time dia jadi presiden kupeks lagi dua tiga tahun nanti....besok lagi tiga tahun lanjut jadi 80 tahun baru pencen....supya dia pun leh pegang jawatan kupeks lama2.....

Tanpa Nama berkata...

akum, umur pencen patut dikurangkan kepada 50 tahun kepada mereka yang setuju.lebih ramailah peluang pekerjaan dan tinggi lagi lah produktiviti.pencen bolehlah dikira mengikut umur saraan 50 tahun .

bapak hantu kak limah berkata...

x payah....bosan dah..biarlah yg ada ni tukar yg lain pulak..hakikatnya rata-rata..umur 55-58..mesyuarat pun tidoq nganga atas kerusi...dah ta produktif dah..bagi rehat lah..tp pak presiden mahu lg sambung dua tahun...maklumlah nak berjuang hingga ke titisan darah yg terakhir..pegi dok masjidlah pulak..x pun gi mondoklah..berjuang untuk akhirah lak..

papago berkata...

Orang kita ni asyik nak kerja dengan gomen je selalunya bila ditemuduga oleh SPA gagal kerana mereka adalah golongan manja, nak kerja senang dan fikir dah tua ada pencen. Sementara nak dapat kerja gomen jadilah mat rempit, mat ragut dsbnya. Bila dapat kerja gomen baru kerja 2/3 tahu baru tahu gaji kecik maka ramailah yg makan rasuah dan akirnya ugut akan pangkah pembangkang. Walhal kebanyakan graduate n spm yg tengah tunggu kerja gomen yg dah berpuluh kali temuduga dah tentu ta’dapat kerana SPA ambil yg terbaik sahaja. Setakat CGPA 4 ke bawah eloklah kerja kilang atau berhijrah keluar negeri. Kebanyakkan rakyat malaysia yg berhijrah adalah bukan melayu kerana mereka ta’guna tunggu sebab di dalam kerajaan dipenohi oleh penjawat melayu sahaja.
Dulu kebanyakkkan PA adalah dari golongan gaji yg amat rendah berbanding dgn sektor swasta dan masa itu ta’ ada graduan yg nak kerja gomen kerana gaji yg ciput. Sudah la tu mereka mengejek PA sebagai pekerja ta’ laku. Sekarang bila mereka hampir nak bersara CUEPACS minta hanya tambah 2 tahun je untuk PA yang nak sambung kerana anak masih sekolah kecil (lambat kahwin). Kerajaan juga boleh menjimatkan wang kerana ta’ perlu bayar gaji dua iaitu pencen dan gaji spt pada pensyarah, hakim dan doktor yg disambung kidmat. Ini juga untuk membuktikan bahawa bukan mereka sahaja boleh bekerja tetapi termasuk golongan PA yg lain seperti PTD, Chegu, Jurutera,Pembantu Tadbir, PAP dan Pekerja Awam. Apa salahnya golongan ni diberi peluang untuk berkerja sehingga umur 60 tahun supaya mereka tahu khasnya seluruh rakyat yg akan menghampiri umor 60an bahawa mereka masih diperlukan oleh negara dan setanding dengan umur yg yg sama mereka diluar negeri.
Sebenar banyak PA yg bersara 55 ta’ mahu sambung 58 kerana lebih suka bersara awal terutamanya ingin menggunakan ganjaran yg akan diterima untuk simpanan ASN dan pembelajaran anak anak. Satu hari awak pun akan menghadapi hari tua dan awaklah golongan yg akan sakit dan mati dulu kerana asyik ngadap komputer, mata rabun...silap2 mati atas bangku kerana hati busuk. Kami yg hampir nak bersara ni, alhamdullilah di panjangkan umur dan diberkati oleh Allah.

Tanpa Nama berkata...

Bagilah peluang dekat golongan muda pulak, kalau kerajaan naikkan umur persaraan ke 60 tahun, swasta pun akan ikut sekali la..habis tue golongan muda nak buat apa? nak meniaga? pengalaman kerja pun tak ada nak suruh meniaga? nak kerja kat pam minyak mat bangla dah sapu, nak jadi buruh kat kawasan pembinaan mat indon dah sapu, nak jadi pengemis pun org myanmar dah sapu...

azman berkata...

55/56 cukuplah tu... yg ada pun sekitar umur tu dtg keje nak ambik gaji je. kalu boleh nak keja senang dgn alasan dah nak pencen. yg susah2 tolak ke yg muda dgn alasan korang baru banyak lagi kena belajo. bila mesyuarat tongkat dagu dengan buku tulis. bila buku tulis jatuh apa lagi jatuh dia dgn labu-labunya, tidole tu...

renung-renungkan... jangan marah ianya adalah realiti bukan fantasi. berpijaklah dibumi yang nyata..

adieos

ari2makankerang berkata...

Golongan yg muda tu, eloklah belajar dengan indon dan bangla, baru idup di Malaysia ni 5 tahun dah jadi penyelia petrol pump dan kilang. Golongsn muda melayu ni kalau tak kerana Beh End lama dah mampus kurus kering tak makan,..isap dadah dan mopin.

Tanpa Nama berkata...

jangan nak kata dengan PA yg tua. Besok awak pun tua juga. Umur awak belum tentu lagi entah2 kena langgar lori balak mampus. Bila mesyuarat PA yg muda tongkat dagu dengan buku tulis. bila buku tulis jatuh apa lagi jatuh dia dgn labu-labunya, mati sakit kanser, jantung dan HIV.

Tanpa Nama berkata...

Ramai yang menyesal sambung 58, inikan pula hingga ke 60. Presiden seronok agaknya nak pegang jawatan hingga ke 60. Lepas 45 thn dah bermacam penyakit hinggap terutama yang bekerja dalam bilik berhawa dingin.

Tanpa Nama berkata...

Oiii Paak Omar...Iiingat mati sama. Semua manusia akan mati. Muda tua tak tentu, tp ttp mati. Yg you kalut keja sampai tua apahalll.

Tanpa Nama berkata...

selgi belum mati...kita keje..benggong punya olang

Soley Soley berkata...

ader ke mangkok hayun yang sokong kejer sampai 60 ni...nak mati kat opis ke?

Tanpa Nama berkata...

buat satu2 la cuepacs
elaun cola,itp dn pelarasan gaji tak dapat pn lg dh minta yg lain.dh dapat satu buat yg ke 2 lak.pening la pada PA yg mengharap tp tak kesampaian..

Orang Miskin berkata...

Untuk pengetahuan semua, Ketua Setiausaha Negara sekarang umurnya 60 tahun, jadi KSN minta tolong Datuk Omar untuk rayu kat PM minta umur persaraan dilanjutkan ke 62 tahun, tuan-tuan dan puan-puan nak tahu tak jadi KSN nie best tau boleh main golf free, makan free, kereta free, minyak free dan banyak lagi yg free sebab guna duit rakyat....

Harapan punah berkata...

Agak-agakla Pak Omar Oi...nak keja sampai umur 60 tahun. umur 58 pun takut tak sampai....

Tanpa Nama berkata...

Tak payah lah cukup la sampai umur 58 tahun..itu satu kesilapan yang paling besar keputusan yang dibuat oleh Cuepacs mintak naik sampai 58 tahun.. bagi memadai dengan umur 55tahun je bagi la peluang pada orang muda pulak.

Tanpa Nama berkata...

betul...gila ke nak naik sampai 60?yang muda ni lagi byk menganggur....60 tu produktiviti masih bagus ke?

Tanpa Nama berkata...

KAMU YANG DENGKI SANGAT NI MANGKUK HAYUN APA HAL, BESOK KALAU KAMU UMOR 55 BERHENTI BAGI BUDAK2 MUDA MASUK PA, JANGAN PULA BILA TIBA MASA KAMU NAK SAMBONG SAMPAI 62. AKU SUMPAH KAU ORANG MANGKUK CELAKA JADI BEROK MAKYE...

silap2matimasameeting berkata...

Sapa sapa nak bersara awal boleh ler umur 40 tahun ikut perintah am boleh dah pencen. Jangan tunggu lama lama nanti bila mesyuarat tongkat dagu dengan buku tulis, bila buku tulis jatuh apa lagi jatuh dia dgn labu-labunya, tidole tu..... Kalau gaji kecik dari bising bising asyik chegu naik,polis naik, askar naik berhenti je bagi graduate ganggur kerja nanti negara rugi kerana tidak peduli kpd idea dan tenaga daripada golongan muda. Buat lah jiwa murni sedikit macam chegu, polis dan askar (askar kidmat 10 tahun dah berhenti). Pasai tu PM sayang kat depa. Nanti boleh banyak masa main golf, makan kedai mamak, bawa kereta antik jalan2, tapi bayar ler minyak dan yuran dengan duit pencen tu jangan simpan dalam ASN pun buat ape. Nanti boleh tolong bayar hutang anak ptptn yg dah lapok tu dan ramailah lagi golongan muda boleh pinjam. KESIAN YE.

najiboriginal berkata...

APA KAU ORANG NAK DENGKI AKU NAK KERJA SAMPAI 60 TAHUN. KALAU GOMEN TAK KASI AKU KERJA SWASTA, TA DA HAL. JADI SECURITY KE, KERANI LAWYER KE, BAWA TEKSI KE. APA KAU ORANG DENGKI KAT KITA ORANG; TULANG AKU BESI, HARI HARI MAKAN MAAJUN, TONGKAT ALI DAN PHAMATUN TAK PERNAH SAKIT MACAM KAU ORANG YG MUDA2. UMUR BARUH 40AN ANAK PUN TAK ADA, YG TU...PUN DAH LAYU KERANA BADAN DAH MACAM PETI AIS. AKU TAHU LA ANAK AKU ADA 10 ORANG DAN ADA YG MASIH SEKOLAH LAGI KERANA KAHWIN LAMBAT. AKU BARU BOLEH PINJAM LOAN RUMAH GOMEN KERANA DULU GAJI AKU KECIK.

KAU ORANG TENGOK SAPA YG TAK PRODUKTIVITI. UMUR BARU 30AN DAH KUAT MAKAN SUAP, MASUK PEJABAT LEWAT, BARU KERJA PINJAM SAMPAI 100K DAN ARI ARI HILANG SEBOK BUAT BISNES ENTAH KEMANA. ENGKAU ORANG YG MUDA TU HORMAT SIKIT DENGAN BOSS YG TUA DAN BANYAK PENGALAMAN TU. DEPAN DIA KEMAIN HORMAT TUNDUK
TETAPI BILA BELAKANG ENGKAU ORANG GATA, MATA DAH RABUN LA, ...SILAP2 MATI ATAS BANGKU LA, MESYUARAT PUN TIDOQ NGANGA ATAS KERUSI...RUPANYA KAMU SEMUA HIPOKRIT DAN BODEK BOS HARI2, GILA NAK NAIK PANGKAT. IKUT PENGALAMAN KAMI YG TUA2 NI KAMULAH ORANG YG PATUT DOK MASJID KERANA RAMAI YG MUDA2 TU DAH PERGI DULU DAN KAMILAH YG YG TOLONG URUSKAN. APA YG KAMU SEBOK DENGAN ORANG GRADUET, WALHAL JAWATAN TERSEBUT BERAPA KERAT JE ADA. ITU PUN KENA TUNGGU ORANG MUDA SEKARANG YG BERUMUR LINGKUNGAN 30AN LAGI 28 TAHUN BARU BANYAK KOSONG JAWATAN GRADUATE. TU SEBAB BILA TEMUDUGA RAMAI YG KANTOI KERANA SEDIKIT JE JAWATAN P&P YG KOSONG. RUPANYA SEKARANG KAMI YG HAMPIR NAK BERSARA BARULAH TAHU KAMU SEMUA MEMPUNYAI HATI BUSUK DAN DENGKI KIANAT. BILA NANTI KAMU AMBIL TEMPAT KAMI RASANYA HIDUP KAMU ORANG TAK BERKAT ASYIK TAK CUKUP MEMANJANG JE,...MUNGKIN RAMAI YG MASUK JAIL.

Tanpa Nama berkata...

Yang kata tak mahu keje sampai 60 semua hipokrat. Dulu kata tak mahu keje sampai 58 kerana bagi peluang orang-orang muda, tetapi apabila naikkan umur bersara ke 58, semua sign mahu keje sampai 58.Orang-orang muda jangan gantung kpd kerajaan untuk cari keje. Tengok orang Cina dan India, mereka boleh keje di lain tempat dan tidak bergantung kpd kerajaan

Tanpa Nama berkata...

kalau buat cadangan kerja sampai mampus boleh tak..sure yang kat atas tu setuju...

Tanpa Nama berkata...

Yang kata tak mahu keje sampai 60 semua hipokrat. Dulu kata tak mahu keje sampai 58 kerana bagi peluang orang-orang muda, tetapi apabila naikkan umur bersara ke 58, semua sign mahu keje sampai 58.Orang-orang muda jangan gantung kpd kerajaan untuk cari keje. Tengok orang Cina dan India, mereka boleh keje di lain tempat dan tidak bergantung kpd kerajaan

Selasa, Mei 17, 2011 8:04:00 AM

ni la masalahnya...yg tua pulun nak kerja sampai 60...yang muda suruh jgn masuk kerajaan..bodoh punya orang...yang tua dahla kena byr gaji mahal...produktivi hampes...bercakap saja pandai....last2 yang muda2 jugak kena buat kerja....umur 58 maksimum dah...no need 60...gap akan jd tinggi...skng org muda payah dpt kerja....sbb yg spttnya bersara 56 renew smpai 58...pastu gado anak nak kawin masih tada keja tetap...yg tua xmau berhenti..nak ada keja tetap mcm mana....

Tanpa Nama berkata...

najiboriginal berkata...
APA KAU ORANG NAK DENGKI AKU NAK KERJA SAMPAI 60 TAHUN. KALAU GOMEN TAK KASI AKU KERJA SWASTA, TA DA HAL. JADI SECURITY KE, KERANI LAWYER KE, BAWA TEKSI KE. APA KAU ORANG DENGKI KAT KITA ORANG; TULANG AKU BESI, HARI HARI MAKAN MAAJUN, TONGKAT ALI DAN PHAMATUN TAK PERNAH SAKIT MACAM KAU ORANG YG MUDA2. UMUR BARUH 40AN ANAK PUN TAK ADA, YG TU...PUN DAH LAYU KERANA BADAN DAH MACAM PETI AIS. AKU TAHU LA ANAK AKU ADA 10 ORANG DAN ADA YG MASIH SEKOLAH LAGI KERANA KAHWIN LAMBAT. AKU BARU BOLEH PINJAM LOAN RUMAH GOMEN KERANA DULU GAJI AKU KECIK.

KAU ORANG TENGOK SAPA YG TAK PRODUKTIVITI. UMUR BARU 30AN DAH KUAT MAKAN SUAP, MASUK PEJABAT LEWAT, BARU KERJA PINJAM SAMPAI 100K DAN ARI ARI HILANG SEBOK BUAT BISNES ENTAH KEMANA. ENGKAU ORANG YG MUDA TU HORMAT SIKIT DENGAN BOSS YG TUA DAN BANYAK PENGALAMAN TU. DEPAN DIA KEMAIN HORMAT TUNDUK
TETAPI BILA BELAKANG ENGKAU ORANG GATA, MATA DAH RABUN LA, ...SILAP2 MATI ATAS BANGKU LA, MESYUARAT PUN TIDOQ NGANGA ATAS KERUSI...RUPANYA KAMU SEMUA HIPOKRIT DAN BODEK BOS HARI2, GILA NAK NAIK PANGKAT. IKUT PENGALAMAN KAMI YG TUA2 NI KAMULAH ORANG YG PATUT DOK MASJID KERANA RAMAI YG MUDA2 TU DAH PERGI DULU DAN KAMILAH YG YG TOLONG URUSKAN. APA YG KAMU SEBOK DENGAN ORANG GRADUET, WALHAL JAWATAN TERSEBUT BERAPA KERAT JE ADA. ITU PUN KENA TUNGGU ORANG MUDA SEKARANG YG BERUMUR LINGKUNGAN 30AN LAGI 28 TAHUN BARU BANYAK KOSONG JAWATAN GRADUATE. TU SEBAB BILA TEMUDUGA RAMAI YG KANTOI KERANA SEDIKIT JE JAWATAN P&P YG KOSONG. RUPANYA SEKARANG KAMI YG HAMPIR NAK BERSARA BARULAH TAHU KAMU SEMUA MEMPUNYAI HATI BUSUK DAN DENGKI KIANAT. BILA NANTI KAMU AMBIL TEMPAT KAMI RASANYA HIDUP KAMU ORANG TAK BERKAT ASYIK TAK CUKUP MEMANJANG JE,...MUNGKIN RAMAI YG MASUK JAIL.

Selasa, Mei 17, 2011 12:06:00 AM


tuan bersara saja la..melalut ntah ke mana-mana...bawa teksi ka apa2 kat swasta...

Tanpa Nama berkata...

Bukan semua orang muda rajin kerja, ada juga yang curi tulang. Pagi pagi buka Face Book, tengok internate entah apa apa, bila bagi kerja marah marah kata kerja dulu pun tak siap lagi.Pukul 9 pagi hilang minum dengan kawan kawan sembang sampai 1 hingga 2 jam. Pukul 12 hilang hantar anak sekolah. Lagi setengah jam nak balik dah tutup kedai, nak ambil anak sekolah pula , ada pula yang mekap, pakai bedak tebal tebal. Elok la pencen di lanjutkan ke 62 tahun kerana mereka orang lama banyak ilmu seperti Jawatankuasa PEMANDU kebanyakkan ahlinya dari kalangan orang dah berumur dan pencen.

Tanpa Nama berkata...

Memandangkan kebanyakkan PA banyak yang bersara awal umur 55/56 tahun sehingga hanya meninggalkan 80% PA yang tinggal sekarang adalah lahir tahun 80an dimana berumur dalam lingkungan 30an maka elok benar PA bersara wajib pada umur 62 tahun.

Tanpa Nama berkata...

kejer sampai mampus kat opis la korang.senang citer..

PenyokongBNdari dululagi berkata...

Bagi mengelakkan PA yg tak sabar sabar nak naik pangkat seperti Anuar I, tuntut naik gaji dan elaun berlebihan sehingga menggugut akan pangkah pembangkang maka eloklah PA yg selamalamanya menyokong BN bersara wajib umur 62 tahun bagi menentukan kejayaan PM yang kita sayangi.

Naib pesden berkata...

Mamak Oma tulang besi urat dawai Pesden Kupek ada kepentingan peribadi sbb nak sambung jawatan sbg Pesden Kupek sebab Pesden Kupek elaun bulanan saja 7 ribu hengget sebulan tak masuk lain2 elaun.

joe PA Sarawak berkata...

cukuplah 58 tahun... tu pun dah lebih... sepatutnya rehat lagi awal ikut tempoh perkhidmatan... cukup 25 tahun bukan ikut umur... kalau yg masih berkemampuan kuderat tu, lanjut secara kontrak... bengon CUEPACS ni.. mintak yg bukan2 dan menguntungkan golongan grad atasan je... INI REALITY... benda lain tak pulak diajukan... dahlah dasar sekarang nak kurangkan jumlah anggota PA ni... memang bengon....

Gigentor berkata...

Sambung 62 tahun...sambung 62..... tahun....sambung 62tahun....,sambung 62 tahun....,sambung 62 tahun, sambung 62 tahun....,sambung 62 tahun....,sambung 62 tahun...., Yahoo...dapat rahsia umur panjang dan rahsia Yaakub Salleh.

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Harap2 pandangan saya bermakna..
Cuba kita renungkan di mana kita hendak pergi bla umur dah 50 >.. masjid bukan? layan anak, cucu n so on.. xlebih lg mahu berpolitik.. Sya golongan muda, umor pon baru 23.. tp xsokong yg tua @ muda pon..
Kita renungkan.. larat ke nk kerja until 60thn. Umur dah tua.. mata dah kabur, penyakit semakin banyak.. jika kita cadangkan umor bekerja setakat 50 thn shj.. ape cer?? ok kan.. kerajaan pon leh jimat bayar gaji.. elaun pencen xbnyk pon kan.. lgpon kerajaan mmg sgt2 perlukan tenaga muda untuk meminpin negara.. mereka perlu di ajar oleh golongan senior.. lgpon kebanyakkn idea org muda lebih berpndngan jauh.. bg golongan yg tua mahu kerja.. mereka boleh apply untuk kontraks kan...lgpon untuk atasi thp mengangur.. myb e2lah satu cara yg plg berkesan... minta maaf ek if terasa.. tq

Tanpa Nama berkata...

Aku 58 kuat lagi weh, banding budak budak aku kat opis yg umur 30an. Bagi kerje sikit membebil....dah la tu suka curi tulang. Yang muda tu asyik sikit sikit letih, malam tadi kena la tu. Aku kalau setakat 3 kali sehari tak ada hal le weh. Tengok orang le beb..

Seman Kurap berkata...

Bagus mamak Oma, kalau boleh mintak sampai umo 70 tahun atawa sampai nyanyuk terberak terkincin dalam opih

Tanpa Nama berkata...

TIMBANG SEMULA KENAIKAN SOKONGAN GRED 1-16 NAIK KE GRED 17 YANG ADA KELULUSAN SPM,DIPLOMA MAHUPUN IJAZAH SARJANA..

Tanpa Nama berkata...

Kita mohon YAB PM sambung kidmat GB dan PK dua tahun lagi supaya dapatlah kami merasa kenaikkan gred DG 52 dan 54 seperti yang ditawarkan oleh kerajaan pada tahun 2012 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Minta le kerajaan sambung umur bersara dua tahun lagi kepada PA yg masih lagi boleh bertarung dan bekerja lebih kuat memandangkan sekiranya kami nak kerja lagi melewati umur bersara dengan petrol pump dan teksi, semuanya telah disapu oleh bangla.

Tanpa Nama berkata...

cikgu tamak..nak sambung GB dan PK utk dapat gred 52..buang tabiat kea.. bagilah org lain.. GLC tak kecoh pun cukup tahun bonus ribu-ribu masuukk..!!

Tanpa Nama berkata...

rasanya makbul permintan pak omar untuk pencen umur 60 tahun nie.

kita tunggu sahaja 7 oktober nie.

Pencenlah Pakcik berkata...

Seeloknya kerajaan menghapuskan skim pencen dan menggantikan dengan skim "padam" kerana golongan PA tua genyut (yang suatu ketika dahulu pernah muda & dapat kerja sebab orang2 atasan mereka bersara secara normal), akibat tidak merancang persaraan nampaknya ingin bekerja sehingga "padam" walaupun mata dah rabun, jalan termengah mengah & menjadi pengunjung tetap hospital & klinik kerajaan akibat kencing manis & darah tinggi.

Skim kerja sampai padam akan dapat menjimatkan kos pentabdiran kerajaan dimana pencen tidak perlu dibayar;hanya perlu bayar kos lubang kubur & perbelanjaan pengebumian PA.

Matilah BN kena tolak dengan orang muda pada PRU ke 13 nanti....hanya tua genyutlah tempat BN bergayut

Orang Gomen berkata...

KEPADA GOLONGAN MUDA KENALAH INGAT BAHAWA KAMU JUGA AKAN TUA.CUBA BAYANGKAN MASIH RAMAI ADIK BERADIK YANG BERSEKOLAH DAN DALAM U DAN BAPA TERPAKSALAH KEJA SAMPAI UMUR 60.PERINGAKAT UMUR 45 KEATAS INILAH MASANYA ANAK-ANAK SEDANG MEMBESAR.RAMAI YANG PENCEN 55 TERPAKSA KEJA SAMBILAN KERANA HENDAK MENANGGUNG ANAK.DAN DAPATLAH MERINGANKAN HUTANG PERUMAHAN DLL.KALAU TIDAK ANAK LEBIH SENANG PENCEN UMUR 45 ATAU 55 DAN ENJOY DARIPADA MENANGGUNG ANAK YANG KURANG AJAR...

Orang Gomen berkata...

KEPADA GOLONGAN MUDA KENALAH INGAT BAHAWA KAMU JUGA AKAN TUA.CUBA BAYANGKAN MASIH RAMAI ADIK BERADIK YANG BERSEKOLAH DAN DALAM U DAN BAPA TERPAKSALAH KEJA SAMPAI UMUR 60.PERINGAKAT UMUR 45 KEATAS INILAH MASANYA ANAK-ANAK SEDANG MEMBESAR.RAMAI YANG PENCEN 55 TERPAKSA KEJA SAMBILAN KERANA HENDAK MENANGGUNG ANAK.DAN DAPATLAH MERINGANKAN HUTANG PERUMAHAN DLL.KALAU TIDAK ANAK LEBIH SENANG PENCEN UMUR 45 ATAU 55 DAN ENJOY DARIPADA MENANGGUNG ANAK YANG KURANG AJAR...