SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 Mei 2011

CUEPACS HANYA PERJUANG HAK KAKITANGAN RENDAH

Berita Harian
2011/05/12



KENYATAAN Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dalam akhbar ini pada 10 Mei lalu mengundang rasa kurang senang pegawai bergred 41 ke atas terhadap kesatuan itu mengenai cadangan tuntutan kenaikan elaun perumahan (ETP) gred 1 hingga 40 daripada RM180 kepada RM350, manakala elaun perumahan untuk gred 41 dan ke atas dikekalkan kerana sudah dianggap mencukupi.

Kami berpandangan cadangan CUEPACS tidak rasional dan tidak berdasarkan hakikat sebenar dan hanya mewakili kepentingan pihak tertentu saja. Setiap kali tuntutan dikemukakan CUEPACS hanya golongan tertentu seolah-olah ia berjuang untuk kepentingan kelompok itu saja dan selalu juga gred 41 tersisih dan tidak mendapat manfaat sewajarnya. Ini sudah terbukti dalam kes pelarasan gaji antara 15 hingga 30 peratus pada 2005. Paling kurang mendapat manfaat adalah golongan dalam gred 41 yang sebelum pelarasan tangga gaji 41 adalah lebih tinggi daripada 27-32, namun sebaliknya selepas pelarasan.

Kami menyokong sepenuhnya cadangan itu seandainya ia memberi keadilan kepada semua. Tetapi apa yang berlaku jika diteliti secara mendalam apakah wajar cadangan yang cuba dibawa oleh oleh CUEPACS itu. Tidakkah CUEPACS sedar RM350 itu akan menjadikan elaun gred 1-40 lebih tinggi daripada pegawai mereka. Tidakkah Presiden CUEPACS tahu atau sedar bahawa bayaran ETP yang diterima kakitangan gred 41 hanya RM250.

Jika alasan CUEPACS kadar diterima gred 1-40 tidak mencukupi untuk menampung sewaan rumah kenapa tidak minta elaun sehingga RM500 hingga RM1,000 saja. Dalam soal tuntutan COLA, kami menyokong sepenuhnya kerana kos barangan dan perkhidmatan semakin meningkat.

Jika dikaji secara terperinci pendapatan sesetengah golongan gred 17 hingga 40 lebih tinggi daripada pendapatan pegawai gred 41-44, kerana selain gaji dan elaun, mereka boleh menambah pendapatan dengan tuntutan kerja lebih masa mencecah ribuan ringgit, sedangkan gred 41 dan ke atas tidak mendapat peluang itu.

Seandainya JPA atau kerajaan menerima cadangan CUEPACS ini, ETP golongan gred 40 ke bawah menjadi lebih tinggi daripada kakitangan bergred 41 dan 44. Jika ini berlaku ia adalah sesuatu yang amat malang bagi kakitangan gred 41 kerana sering dilupakan CUEPACS.
Buatlah kajian secara mendalam sebelum mengemukakan tuntutan kepada kerajaan agar kebajikan anggota gred 41 juga mendapat perhatian sewajarnya.

AWAN KELABU,

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika gaji kumpulan sokongan lebih banyak daripada gred 41 adalah kerana kakitangan kumpulan sokongan tersebut berkhidmat lebih lama daripada pegawai gred 41 tersebut. Adakah sama gaji kakitangan kumpulan sokongan yg berkhidmat selama 15 tahun dgn gaji gred 41 yg bekerja selama 5 tahun sahaja? Tentulah tidak sama!!!

PA??? berkata...

Saya pun tak faham apa rasional cuepacs hanya membela nasib kktgn bergred rendah.kalau mcm tu,x payah lah ambik kakitangan gred 41 sehinga jusa.tanpa kumpulan profesional,mampukan jentera kerajaan bergerak??ini merupakan satu permintaan yang kurang bijak oleh cuepacs.kepada yg bercadang nk sambung belajar,ambik master or degree terutamanya kpd para guru,baik x yah.membuang masa n tenaga je... bukan apa,gred bawah mcm 32 gaji lebih tinggi dr 41!!! masuk akal tak??kalau mcm tu,baik kerajaan ambik budak hbs form 3,ambik kerja kerajaan pastu bg mereka gaji tinggi sbb kesian tgk mereka.di manakah letaknya kelulusan akademik?kalau mcm tu,xyah belajar tinggi2.. buang duit je sbb nnti pun dpt gaji besar.tolonglah baca komen sy ni wahai presiden cuepacs...

Tanpa Nama berkata...

kalo nak naik ,biar naik semua.jgn ada pihak yg tak puas hati.sikit sama sikit,byk sama byk. biar semua merasa.jgn berat sebelah wahai cuepac oi..

kefifitan berkata...

gred 32 dh kanan oi...gred 41 blum kanan lg oi..

Tanpa Nama berkata...

kdg2 aku tengok gred 41 keatas ni cm bodo gk. geli hati la.

Tanpa Nama berkata...

dah gred 41 pun bangAng...tu laa, buat lagi degree ntahahapa-hapa...pastu nakj adi pegawai besau...takkan ngko baru kerja 1hari nak gaji lebih tggi dari orang keja 10tahun?...bodo

Tanpa Nama berkata...

mudah je...gred 41 boikot sja...x perlu sokong...

Tanpa Nama berkata...

Ta' akan CUEPACS nak juang gaji P&P kerana gaji kami ciput je berbanding dengan gaji P&P. Kami yg banyak bising tu sebab kami yg banyak jadi ahli persatuan. Ta'caya tanya SPRM yg suka intai gaji PA kat Bank, gaji pada 24hb hanya RM10.00 je. Kenapa nak dengki kat kami. Umah PPR pun cewa, dulu ok sikit jadi setinggan tak perlu bayar sewa. Pegi keja naik moto honda cup je, waktu rehat makan apa yg dbekal bini. Apa hal nak dengki dgn kumpulan sokongan. Nampak sangat kumpulan P&P ni tak layak jadi pemimpin,..kejam. Kebanyakkan P&P lihat gemuk gemuk dan buncit kerana banyak makan rasuah. Tu sebab banyak mati muda sakit jantung, kencing manis, strok, HIV dsbnya.

Untung Bersama berkata...

"Kebanyakkan P&P lihat gemuk gemuk dan buncit kerana banyak makan rasuah. Tu sebab banyak mati muda sakit jantung, kencing manis, strok, HIV dsbnya."

Masya'allah. x baik ckp camtu. sy rase x ramai P&P camtu, cume segelintir shj. Bagi yg ambil rasuah tu, dia jwb sendiri dgn Allah nnti. kite ni manusia biase ade kelemahan. duit byk mane pn x cukup. ape yg bole sy ckp, syukur dgn ape yg ade. USAHA sendiri utk cari wang lebih :)

Tanpa Nama berkata...

itu yg PATUT...utamakan yang kurang berkemampuan dulu.Golongan P jangan bersikap TAMAK HALOBA!

Tanpa Nama berkata...

SAUDARA OMAR, ADAKAH SAUDARA TIDAK FIKIR DENGAN APA YANG BERLAKU. PEMEGANG IJAZAH DENGAN BUKAN PEMEGANG IJAZAH GAJI SEKARANG LEBIH KURANG SAMA. SETIAP KALI CEUPACS MINTA MESTI KADAR 5 10. APAKAH NILAI IJAZAH? JANGAN BERAT SEBELAH. CEUPACS SEKARANG MEMPERJUANGKAN PENJAWAT YG BUKAN IJAZAH. ADIL LA SIKIT.

Tanpa Nama berkata...

gred32 kena kerja paling kurang 10 tahun baru dapat... gred41 utk lantikan baru yg ada izajah... mmg padanlah gaji gred32 lebih besar kerana dah kerja lebih 10 tahun... tu pun tdk pandai fikir ke..?? tu gred32.. kalau gred 1-16 ?? dah kerja 15-20 tahun pun msh sedikit pendapatan berbanding lantikan baru gred41....

Tanpa Nama berkata...

Xpyh la nak cite gaji sokongan rndah profersional tnggi da mmg patut awak blajar malas stkat tingktan 5 xkn nak gaji profesional 41...cupescs berjuang utk smua bkn utk sokongan sahaja...jd kena adil...kita bln cite ayam tu ayam jgn sama kab diri kamu mcm ayam cukup masa semblih sbb bodoh kita pjuangkan gaji n elaun....xpyh nk bising lau krjaan bg pun xmnta duit kamu smua...spttnya kta ni sama2 bjuang bkn nk tgok pbezaan gaji..lau nk tgok pbezaan gaji tgok pljaran kamu dulu

Tanpa Nama berkata...

ko gred 41 ke bawah ni mmg coment mcm gred korang gak...bangang...kami gred 41 bukannya xbagi u all naikgaji ke apa...cuma kalau naik pun jgn melampau, kami labur modal belaja sampai uni...hampa pi keja dah...kalau u all kira balik, gaji 10thn u all dengan apa yang kami bayar utk 10 thn mcm mana plak???anak2 u all nanti suruh keja mcm u all ja...jgn bg lebih, karang tanggung mcm we all...kita ni minta jgn pikir utk kita ja, masa tu ja...minta untuk semua...kita dapat anak2, cucu and sedara dapat...jgn dok jadi bodoh dan jumud...pikir stakat besok ja...last2 melopong semua...ayat plak jgn tunjuk gred kita...gred rendah, otak rendah...

Tanpa Nama berkata...

pasal gred 32 kanan...apa panya bodo...ko nan banding kanan dengan gred 41 ke???ukur dulu bila cakap...jgn main taram ja...bodo sgt nampaknya

Tanpa Nama berkata...

senang cite selaraskn je itp,cola dn apa2 elaun biar sama.cuma gaji je ikut gred.

Tanpa Nama berkata...

Gred tinggi otak biol.. ade otak xde akal .akal dguna utk mengenakan orang,menjatuhkan orang

Tanpa Nama berkata...

Ni la mentaliti golongan sokongan bangsa Melayu ni...dengki2 tak habih2... nak kata 41 bodo la x kanan la...btoi la 32 E.O kanan tapi takkan lagi kanan dari 41...kalau gaji E.O kanan dah lebih dari 41 beban tugas patutnya kena lagi banyak dari 41...ini tak 41 gak nak sediakan paper apa semua....41 gak nak buat analsis semua...bila keja belambak atau ada perkara urgent 41 la yang buat keja overtime sampai tengah malam...

Nak komen biaq la ilmiah sikit...jangan syok dok maki ja...nanti anak hang dapat 41 hang nak kata apa pulak....usaha malas...keja kat ofis pun mudah2 ja...itu pun banyak songeh...
Patut untuk kenaikan gaji biaq la selaras biar semua naik...baru adil..

rashidi berkata...

kami cuma nakkan agar kakitangan sokongan menggantikan kakitangan P&P sedia ada, mereka perlu dipecat, kami walau PAP dan PAR yakin mampu memikul tugak PTD dan pegawai, takat sing surat dan main golf, apa masalahnya, x susah pun

Tanpa Nama berkata...

Ni Encik rashidi...

Bukan semua PTD dan Pegawai setakat sign surat dan main golf ja...ramai lagi yang keja sunguh2 keja separuh mati masa hang pa semua dah balik ke rumah dah jumpa family...atau keja hujung minggu masa hang pa tengah happy2 cuti...

Tak semua juga pegawai sokongan perangai baguih...ada yang kaki ponteng...alasan macam2...masuk lambat...pi makan sesuka hati.. mai ofis tak buat keja... melepak sana melepak sini....

Nak cakap kat hang satu ja...toksah dok sembang kemas la...keja hang pa dalam perkhidmatan awam tak la seteruk member kat swasta dengan kelayakan yang sama...nu dia keja kat kilang atau cashier di supermarket..atau keja di tapak construction depa berdiri sepanjang hari...keja sentiasa berjalan tak boleh nak berenti...gaji lepas seribu ka????

Cuba hang muhasabah diri...asyik nak gaduh satu sama lain ja...sebab tu Melayu dok tahap tu gak...cuba la ubah mentaliti...jangan dok tunjuk mentaliti tak senonoh macam ni..

Tanpa Nama berkata...

ngam la tu..pa lg yg x ngam.
gaji gol sokongan n pnp mmg x sama.so, elaun pon msti ada beza.xkan sama plak.jurang akademik pon mmg jauh beza,so,jurang gaji pon kena la jauh bezanya.klu,gol sokongan diberi pelarasan,gol pnp pon msti dpt bru adil.jurang tu msti dikekalkan..nti len kli anak2 muda dah x minat blajar tinggi2.prestasi keja gol pnp pon bule down tau..

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMMUALAIKUM..SAYA MEWAKILI KAKITANGAN AWAM, ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN SANGAT BERSETUJU DENGAN TUAN PRESIDEN CUEPACS YANG SANGAT2 SAYA SANJUNGI & HORMATI KERANA MEMBELA NASIB KAMI GOLONGAN AKS YANG BERPENDAPATAN RENDAH INI UNTUK PERMOHONAN KENAIKAN AMAUN ETP SEBANYAK RM350 KERANA SEDIKIT SEBANYAK AKAN DAPAT MERINGANKAN BEBANAN KAMI UNTUK MEMBAYAR SEWA BULANAN RUMAH YANG JIKA DILIHAT PADA HARI INI DI KAWASAN BANDAR TERUTAMANYA PURATA KADAR SEWA RUMAH TELAH MENINGKAT KEPADA RM500/BULAN. SAYA YANG TINGGAL DI BANDAR TEMERLOH TERPAKSA BERJIMAT CERMAT DALAM PERBELANJAAN HARIAN KERANA JIKA DI KAWASAN BANDAR TEMERLOH BUKAN SAHAJA KADAR SEWA RUMAH YANG TINGGI TETAPI JUGA KOS SARA HIDUP AMAT MERUNGSINGKAN KAMI. BAGI GOLONGAN YANG BERGRED 41, SAYA BERHARAP AGAR PIHAK TUAN/PUAN JANGAN LA MEMPERSOALKAN HAL INI KERANA KAMI YANG BERGRED RENDAH INI AMATLAH PERLU SOKONGAN DARI PIHAK TUAN/PUAN SEKALIAN. SESUNGUHNYA SOKONGAN DARIPADA PIHAK TUAN/PUAN SEMUA AMATLAH KAMI HARGAI KERANA ITU AKAN DAPAT MERINGANKAN BEBAN KAMI. TERIMA KASIH.

Tanpa Nama berkata...

betul tu aku sokong..tapi ada jugak sokongan 1 yang bodoh x pikir bila bercakap. cuepecs nak bela sokongan rendah berfakta..x macam sokongan 1 pakai kepala lutut..klu ko ni duduk kat tempat kami ni pun silap haribulan ko pun bole mencarut..ckp mengalahkan menteri otak mcm lembu..pikir la woi klu nak cakap..klu gaji ko tu nak naik rm5000.00 sekalipun kitaorg x bising..tapi bila sokongan 2 nak mintak seratus dua sokongan 1 riuh macam ayam betelor....woi! klu x kerana kump sokongan 2 ni ada kat tempat keje ko tu...sape nak bwk ko pegi kursus, sape nak pos surat ko tu..sape nak cuci jamban ko yang bau mcm org tak cuci ponggong seminggu. ko nak buat ke..badigol betul...klu ko nak komen pun pakai otak sikit boleh x. jangan la bangang ko tu habiskan semua. tinggalkan la sikit kat rumah ko tu...belandeng!

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pula nasib kami yang ada Diploma atau ijazah..tapi bekerja di gred 17.Kami tidak memilih kerja..Masa dan wang telah dikorbankan untuk mendapatkan ilmu..

Tanpa Nama berkata...

yang ada diploma dan ijazah..korang kena usaha la apply jawatan lain.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pula nasib kami yang ada Diploma atau ijazah..tapi bekerja di gred 17.Kami tidak memilih kerja..Masa dan wang telah dikorbankan untuk mendapatkan ilmu..

Anda memohon jawatan N17 guna kelulusan SPM? Memang itulah tangga gaji lulusan SPM.

Teruskan berusaha, semoga ada rezki anda atau beralih ke swasta

Tanpa Nama berkata...

Pada gred jawatan 41 ke atas memang laya cuepacs tk lawan kenaikan gaji mereka dan elaun mereka kerana gaji dah bnyak bg la kepada jawatan yg rendah naik gaji jawatan besar keja bawah air cond bg kami jawatan rendah keja tengah panas....minta cuepacs jangan layan permintaan kumpulan sokongan 41 kerana mereka gaji dh bnyak kerta besar2 ok la bersyukur la dengan apa yng ada berbanding dengan jawatan yg rendah seperti par pejabat,pembantum rendah gaji dengan elaun baru 1300 ja...

Tanpa Nama berkata...

Salam semua..apa yang menarik perhatian saya tentang kesamarataan elaun dalam semua gred..biarlah gaji dan EKA yang membezakan P&P dan sokongan sebab dari segi ETP, kalu seseorang tu nak menyewa atau membeli sesebuah rumah penyewa tak pernah tanya "Awak P&P ke sokongan?"..dan bank pula tak menetapkan faedah ni untuk P&P dan faedah ni untuk kump sokongan..jadi biarlah ITP dan COLA sama sahaja untuk semua gred..hanya gaji dan EKA sahaja yang membezakan..amacam setuju dak?

Tanpa Nama berkata...

Jangan gaduh. Semua buat kerja penat. Beban kerja bergantung kepada gred dan tanggungjawab yang diberikan. Allah dah bagi anda jadi p&p, jadi sokongan 1 atau 2. Semua yang anda lalui dan lakukan hanya Allah jualah yang membalasnya. Ceupacs pulak biarlah adil dan saksama di dalam tuntutan supaya kita tidak dilihat sinis dan hanya memperjuangkan golongan tertentu sahaja. Golongan sokongan tidak boleh mengatakan p&p bodoh, jika p&p bodoh, maka mereka yang bodoh itulah yang temuduga anda ambil anda bekerja. P&p pun tak boleh kata sokongan bodoh, jika sokongan bodoh, maka pekerja kerajaan akan dilihat bodoh sepenuhnya kerana sokongan yang paling ramai. Janganlah kita mempunyai perasaan dengki mendengki dan berperasaan buruk. P&p telah membayar dulu pengorbanan belajar dari sekolah lagi hingga universiti. Sokongan telah menghabiskan waktu itu dengan bekerja demi negara. Maka saya memohon Ceupacs supaya memperjuangkan nasib semua pekerja kerajaan. Termasuklah JUSA dan sebagainya. Kita tidak sama sekali boleh mengatakan mereka tidak layak atau sesiapa tidak layak kerana kalau kita menepuk air, tercik kena ke muka kita sendiri. Kalau kita ludah ke langit pun kena muka sendiri juga.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju cuepac kena adil pada semua kumpulan. Tidak hanay membuat tunmtututan untuk kumpulan tertentu sahaja. mungkin ini berlaku kerana di dalam cuepac kebanyakkan adalah kumpulan sokongan.Jadi pandangan lebih kepada sokongan.

Tanpa Nama berkata...

datok bodohhhh

Tanpa Nama berkata...

Cmni rupanya mentaliti kakitangan kerajaan ye. Gaduh sama sendiri. Luaran nampak ok je, bekerjasama. Rupanya....hati busuk, dengki sama sendiri. Aku ada master....kerja kerani swasta je. X bising pun...relex je. Aku pecaya pada rezeki. Pikir2 la sedare....

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum , saya sokong perkara "CUEPACS HANYA PERJUANG HAK KAKITANGAN RENDAH" ya sudah tentu ubah lah gaji mereka .. skrg dan dahulu sgt berbeza .. yg ada ijazah , master pun jgn sesekali nak jatuh kan syarat layak merima gaji .. kiter paham yg jawatan rendah ni hanya ada kelulusan PMR , SPM ..tetapi biar lah relevan dgn zaman skrg nih .. erm yg ada ijazah , master .. mereka lebih layak buka company sendiri dan jadi bos .. kerana adanya ijazah , master mereka layak utk buat pinjaman mana2 bank atau kerajaan .. jgn nak harap keje kerajaan jer ..

Tanpa Nama berkata...

kecoh pasal gaji-bonus..terimalah hakikat..

Tanpa Nama berkata...

gred 1-40 ada penyelarasan gaji dan kenaikan elaun.. gred 41 ke atas gaji dan elaun dah besar ooii.. nak ape lagi..malu lah sikit.. staf gred 1-40 ade yang ada ijazah-master, jg perasaan la.. dunia dah berubah..kau ingat kite org ape..sorry la..

Tanpa Nama berkata...

kongsi-kongsi je lah..

Tanpa Nama berkata...

Kenaikan gaji adalah patut untuk kakitangan awam di seluruh negara berdasarkan faktor kepesatan ekonomi dan kos sara hidup yang melambung tinggi terutama di bandar- bandar besar. Sumbangan kakitangan awam dalam membangunkan ekonomi negara tidak harus dinafikan. Walau bagaimanapun penetapan kadar gaji dan elaun mestilah diselaraskan dengan bijak agar kebajikan semua kakitangan terbela. Dalam menentukan perkara ini faktor seperti beban kerja, tanggungjawab dan kelayakan mestilah diambil kira. Kerajaan mesti menimbang kembali had gaji minimum dan pemberian elaun- elaun yang lebih realistik.