Berita Harian
2011/05/14
HARI Guru akan disambut dua hari lagi. Sebagai guru, saya terpanggil untuk meluahkan rasa hati berikutan beberapa isu yang hangat diperkatakan dewasa ini membabitkan kakitangan awam termasuk guru iaitu gaji dan elaun.
Berita baik yang ditunggu semua kakitangan awam berikutan tuntutan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi penyelarasan gaji dan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) serta Elaun Tetap Perumahan (ITP) sempena Hari Pekerja 1 Mei lalu ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Saya ingin mengutarakan beberapa cadangan kepada kerajaan, CUEPACS dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru. Pertama, COLA dan ITP diselaraskan kepada semua kakitangan awam tanpa mengira gred gaji.
Kedua, perbezaan gred gaji antara kakitangan awam hanya berdasarkan gaji pokok dan Elaun Tetap Khidmat Awam (ITKA). Pada situasi ini, gaji pokok kakitangan awam pengurusan dan profesional (gred 41 dan ke atas) mesti lebih tinggi daripada lepasan diploma (gred 40 ke bawah).
Ketiga, semua gred gaji dan elaun di setiap kementerian diselaraskan. Sebagai contoh, gred gaji kakitangan awam sokongan lepasan diploma Kementerian Pelajaran bermula daripada gred 1 hingga 40 sedangkan gred gaji bagi kakitangan awam sokongan lepasan diploma Kementerian Kesihatan bermula daripada gred 1 hingga 42.
Begitu juga dengan Elaun Kritikal bagi Kementerian Pelajaran antara lima dan 10 peratus daripada gaji pokok sedangkan bagi kakitangan awam Kementerian Kesihatan mencecah 15 peratus.
Keempat, tempoh kenaikan pangkat kakitangan awam Kementerian Pelajaran amat panjang. Kenaikan daripada gred DG41 ke gred DG44 guru mengambil masa 10 tahun, sedangkan di kementerian lain antara tiga hingga tujuh tahun saja.
Ada yang menyatakan perkara ini berlaku kerana guru terlalu ramai berbanding kakitangan kementerian lain. Ada perbezaan gaji sangat ketara antara kami walaupun tempoh perkhidmatan sama.
Kami berasakan guru antara golongan paling teraniaya antara kementerian dengan 1,001 tugas, serta keputusan Jawatankuasa Mengkaji Beban Tugas Guru yang belum diumumkan walaupun sudah hampir setahun berlalu.
Guru memang tepat diibaratkan seperti lilin yang menerangi kehidupan orang lain. Semoga Hari Guru 2011 ini membawa sinar ‘lilin’ yang bercahaya kepada semua kakitangan awam terutama guru. Selamat Hari Guru.
SINARAN LILIN,
Tanjung Malim, Perak.
2011/05/14
HARI Guru akan disambut dua hari lagi. Sebagai guru, saya terpanggil untuk meluahkan rasa hati berikutan beberapa isu yang hangat diperkatakan dewasa ini membabitkan kakitangan awam termasuk guru iaitu gaji dan elaun.
Berita baik yang ditunggu semua kakitangan awam berikutan tuntutan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bagi penyelarasan gaji dan Elaun Kos Sara Hidup (COLA) serta Elaun Tetap Perumahan (ITP) sempena Hari Pekerja 1 Mei lalu ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Saya ingin mengutarakan beberapa cadangan kepada kerajaan, CUEPACS dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru. Pertama, COLA dan ITP diselaraskan kepada semua kakitangan awam tanpa mengira gred gaji.
Kedua, perbezaan gred gaji antara kakitangan awam hanya berdasarkan gaji pokok dan Elaun Tetap Khidmat Awam (ITKA). Pada situasi ini, gaji pokok kakitangan awam pengurusan dan profesional (gred 41 dan ke atas) mesti lebih tinggi daripada lepasan diploma (gred 40 ke bawah).
Ketiga, semua gred gaji dan elaun di setiap kementerian diselaraskan. Sebagai contoh, gred gaji kakitangan awam sokongan lepasan diploma Kementerian Pelajaran bermula daripada gred 1 hingga 40 sedangkan gred gaji bagi kakitangan awam sokongan lepasan diploma Kementerian Kesihatan bermula daripada gred 1 hingga 42.
Begitu juga dengan Elaun Kritikal bagi Kementerian Pelajaran antara lima dan 10 peratus daripada gaji pokok sedangkan bagi kakitangan awam Kementerian Kesihatan mencecah 15 peratus.
Keempat, tempoh kenaikan pangkat kakitangan awam Kementerian Pelajaran amat panjang. Kenaikan daripada gred DG41 ke gred DG44 guru mengambil masa 10 tahun, sedangkan di kementerian lain antara tiga hingga tujuh tahun saja.
Ada yang menyatakan perkara ini berlaku kerana guru terlalu ramai berbanding kakitangan kementerian lain. Ada perbezaan gaji sangat ketara antara kami walaupun tempoh perkhidmatan sama.
Kami berasakan guru antara golongan paling teraniaya antara kementerian dengan 1,001 tugas, serta keputusan Jawatankuasa Mengkaji Beban Tugas Guru yang belum diumumkan walaupun sudah hampir setahun berlalu.
Guru memang tepat diibaratkan seperti lilin yang menerangi kehidupan orang lain. Semoga Hari Guru 2011 ini membawa sinar ‘lilin’ yang bercahaya kepada semua kakitangan awam terutama guru. Selamat Hari Guru.
SINARAN LILIN,
Tanjung Malim, Perak.
278 ulasan:
«Lebih lama ‹Lebih lama 201 – 278 daripada 278cikgu2 skalian,kalo da nama kerja masa cuti,sapa kata x kena bayar?bukan gaji masih berjalan ka kalo masa cuti tu...kalo gaji x berjalan masa cuti tu,tu baru namanya x kena bayar tau..sekolah jak tinggi,stupid never finish...takkan cuti bergaji cikgu tu dibayar untuk duduk di rumah@ tuisyen utk dpt xtra $$$ jak???blh ker fikir sikit???don't blame pple n say u r not paid 4 doing xtra work!!!!!please la use ur coconut brain!!!!
Semua yang kita lakukan telah ditetapkan oleh Allah swt. Kalau banyak tu rezeki kita maka bersyukur dan perlu ada usaha yang lebih, tetapi kalau usaha lebih pun rezeki takat tu juga, maka bersyukur itu lebih baik... Allah lebih maklum terhadap hamba-hambanya. Tak semua manusia yang diciptakan Allah swt sbagai seorang guru, seseorang itu dijadikan guru ade sebab2nya. Guru penting dalam membentuk sesebuah organisasi dlm masyarakat. Allah swt lebih maklum. Kenapa perlu dengki mendengki? mengapa perlu minta meminta2?
Jauhi la hasad dengki. Meminta la hanya pada Allah swt blh jadi Allah swt melembutkan hati,membuka pintu hati org yang berkenaan utk memudahkan rezeki yang sememang hak Allah swt. Muhasabah diri :)
Apa bising-bising. JPA yang berkuasa buat itu dan ini. PTD zaman penjajah di kuasai pegawai British. Zaman merdeka, PTD masih berkuasa macam pegawai penjajah. Kaki tangan awam lain ikut saja penjajah perkhidmatan awam ini.
Apa bising-bising. JPA yang berkuasa buat itu dan ini. PTD zaman penjajah di kuasai pegawai British. Zaman merdeka, PTD masih berkuasa macam pegawai penjajah. Kaki tangan awam lain ikut saja penjajah perkhidmatan awam ini.
Apa bising-bising. JPA yang berkuasa buat itu dan ini. PTD zaman penjajah di kuasai pegawai British. Zaman merdeka, PTD masih berkuasa macam pegawai penjajah. Kaki tangan awam lain ikut saja penjajah perkhidmatan awam ini.
Alhamdulillah, sesiapa yang kutuk guru aku doakan anda diberkati Allah S.W.T, bukan mudah nak mendidik anak dan pelajar kerana ianya memerlukan kesabaran. Ikhlas niat dihati ingin melihat anak-anak berjaya.
apa da gadoh2... bersyukurlah dgn apa yg ada.
subhanAllah.....sampai begitu sekali persepsi terhadap guru. Sebagai guru niat saya memang hendak mendidik, tapi bebanan tugasan lain yang melampau sangat membebankan . Bukan setakat menjaga kunci premis, mengira stok, mengutip derma, mengutip sampah yang dibuang pelajar, menghantar anak-anak tuan ke klinik ( " mak suruh saya pergi klinik dengan cikgu kat sekolah") : itu jawapan pelajar. Gaji yang dapat pun sebahagiannya diperuntukkan keperluan pembelajaran didalam kelas. beli kertas, beli buku latihan. kami tak pernah berkira sebab tu tak mahu cakap. berpada-padalah kalau nak bercakap. mudah-mudahan anak-anak tak ikut contoh yang tak baik.
MaTPokai
- Alahai, ape nak bising nie.... bersyukurlah , tengok kat negara2 lain makan pun susah. KIta jgn selalu pandang keatas je, jarang2 kita perlu juga lihat ke bawah...
Seperti Tanpa Nama adalah 'batu api' dalam perbincangan ini..
aku dulu...bukan cikgu..bukan main lagi dok kutuk cikgu..tp skang aku dah jd cikgu..baru aku tau...guru....guru..guru...bnayk tgugjawab...suma kat sini dok kutuk cikgu..dah tu dulu skolah kat mana..kat hutan ka...kat skolah kan...pasal gaji nak kata cm tu...doktor banyak keja..tgok gaji dia cam na..susah kan org yang tak alami suma ni...doktor,jurutera,apa la..habaq..suma dari sekolah ...kenang la ckit...
masalah gaji berjalan ke tak..ada ku kesah..tp aku p gak skolah...jnji niat aku betul...kasor jagk smp ckp coconut brain...masya'Allah..anak sapa la ni...klu la cikgu hang dengar...emmm tak tau..tak berkat..tp harap2 hdup hang diberkati Allah...kutuk la lg cikgu nah anak2...slagi rasa diri ckup sempurna
BEST JADI GURU NI...GAJI BESOR,RUMAH BESOR,JOM LA PAKAT2 JADI GURU X PYH NK DENGKI2...YG DUK BISING2 KAT GURU NI SBB DENGKI...REZEKI MASING2....LA NI CUKUP BULAN DPT GAJI, LANTAK KAU LA ANK MURID NK JADI APA...KAMI GURU JANJI DAPAT GAJI....PADAM MUKA SMUA...DAH DUK DENGKI SGT...WAT PE NK SIBUK2 PASAL ANAK ORANG...NK JADI APA PUN JADI LA..KAMI WARGA GURU BUAT TAK TAHU JER....RAMAI YG DENGKI DGN KAMI...KAMI TAHU...KALO NK RASA MCM MANA JADI GURU...JOM..JADI GURU...JGN BISING2....GURU SEKARANG G SKOLAH MAKAN GAJI JE....PELAJAR TOLAK TEPI....NTI KALO SIBUK2 KAN MAK P\BAPAK MARAH PLAK KAT KAMI NI.....HIDUP GURU TERMIA KASIH KRJAAN KRN NAIK GAJI KAMI.....
tak perlulah dengki dengan guru.ingat kerja guru senang ke..cuti memang la org nampak banyak tapi xtau pulak masa cuti tu guru kena jugak pegi sekolah.memang la keja guru balik awal..tapi kat rmah banyak lagi kena buat, semak latihan murid, rancang pengajaran n macam2 lagi...kalau nak tau, penatnya kerja guru hanya guru je tau.. xpayahlah dengki denga rezeki msing-masing...kalau dah cakap guru ni macam tu macam ni, xpayah antar anak2 pi sekolah.ingat senang ke nak mengajar.kalau dah pandai cakap cuba la ajar sendiri...kalau nak cakap fikirlah dulu..
ooiii...Tanpa nama...ko pegi sambung belajar ler. saper suruh x blajar rajin2... mungkin ko ni agaknya waktu sekolah dulu pemalas kot. x pun kaki ponteng.ha2...insafler. try majukan diri sendiri sebelum nak komplen@kondem org lain.
ooiii...Tanpa nama...ko pegi sambung belajar ler. saper suruh x blajar rajin2... mungkin ko ni agaknya waktu sekolah dulu pemalas kot. x pun kaki ponteng.ha2...insafler. try majukan diri sendiri sebelum nak komplen@kondem org lain.
siapa punkita bersyukurlah apa yg ada kita lihat org lain senang mungkin org lain nampak kita lebih senang.cari lah ikhtir sendiri dari menyimpan hasat dan dengki.
siapa punkita bersyukurlah apa yg ada kita lihat org lain senang mungkin org lain nampak kita lebih senang.cari lah ikhtir sendiri dari menyimpan hasat dan dengki.
sebelum berkata2...rujuklah al-quran dan hadis.menghina mertabat guru umpama memijak..kedua2nya.fikirkanlah rujuklah alim ulamak.manusia tidak sempurna ada yg salah ada yg betul .Guru kepada Rasullullah adalah Jibrail .Guru kepada anak2 adalah ibubapa trmasuk guru di sekolah dan lain2.jika kamu menghina guru umpama kamu menghina ,,,,mereka2 ini.fikirkan..jika tak puashatisesuatu..tegur dgn hikmah dan berilmu.
Wahai guru.. kalau tak boleh jadi guru behenti jadi guru.. aaa keje tempat lain... rasanya dapat tak elaun macam sekarang ni ooooi... rasanya keje kat luar tu seronok keee... nape tak keje luar..
bestlah orang hentam orang ni.. saya nak jadi cikgu jugalah.. ha dapat elaun macam-macam bab keje lebih tu kira lain lah.. bila ada masa boleh buat kerja sambilan.. jualan langsung... he.. heee
Nape ek. cikgu cakap dia banyak bebanla, banyak keje la, susahla dan masa cuti pun buat keje juga.. saya rasa tu normallah.. dah keje namanya kan.. mestila susah.. kalu tak nak susah jangan jadi cikgu.. haa apa kata anda.. betul tak.. kan.kan.kan
saya rasa keje lain pun susah, time cuti pun keje gak.. hari biasa pun stay back sampai pagi.. mereka pun ada sumbangan pada negara.. bila keje salah kene bambuu dengan client.. apa-apa keje pun samalah.. cuma cikgu ni ada kelebihan sikit.. banyak cuti.. kalu kerja pun beberapa hari je masa cuti tu..
teruskan usahamu guru.. kalu guru cemerlang apa nak risau dapat elaun kecemerlangan.. tapi ibubapa tak dapat elaun tu kalu anak murid guru cemerlang tu dihantar tuisyen..
jiran saya seorang guru.. tahun lepas masa cuti hujung tahun boleh gi melancong + lawat family kat pakistan 1 bulan.. he..he.. sapa kata tak de cuti...
satu lagi jiran saya seorang guru.. boleh gi haji stat hujung bulan oktober.. nampak tak keistimewaan guru.... masa keje pun bole cuti...
jiran saya pun seorang guru... dia lanjutkan pelajaran di universiti tapi kerajaan yang tanggung.. kalu kita sendiri tanggunglaaa..
apa kata guru pula?
saya ingat nak jadi guru yang berwawasan.. tapi saya tak de bakat nak mengajar.. kalu saya jadi guru takut budak2 tak paham apa yang saya ajar.. tapi ari tu saya ada ajar sorang belajar buat akaun.. cemerlang gak dia buat keje.. kalu sorang tu boleh la saya ajar.. tapi kalu ramai2 saya rasa malulah ramai tengok saya mana tau baju koyak ke.. muka comot ke.. heee malunyeeee
sistem pendidikan pelajaran malaysia di semua sekolah kebangsaan ,sekolah menengah ,universiti telah ditetetapkan oleh parti yang menang di dalam pilihanraya,semua guru guru tiada kuasa mengubah sistem tersebut,dasar pendidikan negara malaysia lebih kepada dasar pendidikan barat,disebabkan boleh dikatakan semua pemerintah yang memerintah sekarang ini adalah dari lepasan universiti barat,
saya tidak menyokong mana mana pihak tetapi biarlah kerajaan yang memerintah dapat menyelaras kesemua gaji kakitangan awam/swasta supaya lebih waras dan adil supaya kesemua kakitangan awam/kakitangan swasta dapat membeli keperluan asas seperti makan minum yang baik,dan sekurang- kurangnya memiliki satu kenderaan dan satu rumah.sebab negara malaysia adalah sebuah negara yang kaya.salah satu adalah dulu kerajan british datang menjajah malaysia adalah kerana malaysia kaya hasil bumi yang berharga.jadi mari sama-sama fikirkan apakah caranya kesemua rakyat malaysia dapat menikmati hasil kekayaan nagara tercinta ini.
ada lam berita tempoh ari ada guru yang mengatakan betapa susahnya tugas guru ni... dahla mengajar di pedalaman.sekolah tengah hutan belantara takde letrik,air.hari2 kena naik pickup 5-6 jam, menyeberang sungailagi, lepas tu jalan kaki lagi berjam-jamlah, baru sampai sekolah.dia turun keje pukul 5 pg, kadang2 sampai sekolah sampai jam 3 ptg...yang aku heran tu bila pulak masa dia nak mengajar OO?? kan sekolah 2 sesi je. dalam ulasannya setiap hari dia ke sekolah macam tu. dia mengajar ke jalan2 pegi sekolah? bingung aku. selamat hari Guru.
kami Pa lain pun ingin juga menyumbang dalam sektor pelancongan ni takkanlah guru je. tiap2 kali cuti sekolah guru je yang dapat pg melancong, bersiar-siar dalam dan luar negara.saya bercadang pada kerajaan untuk bagi cuti pada semua PA semua jabatan masa cuti sekolah sama macam guru. takde kenaikan gaji dalam bajet pun takpe. sektor perlancongan pun boleh naik dan memantapkan lagi ekonomi negara. betul tak? bagilah KEADILAN untuk kami PA2 lain.
tiap- tiap hari guru anak aku mintak aku belikan hadiah untuk guru ni. istimewa sangatkah hari guru ni.seorang guru beratus2 hadiah daripada pelajarnya sampe tak cukup "toyota alphard"nya nak bawak hadiah diaorang. tiap2 tahun lagi tu. lepas tu taun ni kerajaan nak beri imbuhan lagi ngan guru ni. ape yang best sangat keje guru ni?? keje aku ni tak best ke ? apalah kerajaan ni berat sebelah. lepas tu ramai lagi guru cakap yang diaorang ni anak tiri dan bukan anak emas kerajaan. habis siapalah anak emas kerajaan? kalau cikgu pun dah macam anak tiri, yang kami ni PA lain ni apelah? anak haram?
aku setuju dengan cadangan agar elaun kakitangan awam diselaraskan...
bekas pelajar berkata,
senang kata hanya sebilangan guru yang setiap kali cuti dia kene keje.. memang kita nampak ada guru yang cuti memanjang sebab peranannya kurang mungkin gajinya juga kurang.. sama juga dengan kakitangan lain kalu keje kurang.. kuranglah gajinye .. kalu keje lebih... lebihlah gajinya.. bagi saya semua orang ada jasanya.. tak kira PM atau tukang sapu.. sedar tak sedar kita perlukan bantuan dari sesiapa je..
bla... bla... bla...
laaaa. laaaa.. laaaaa..
betul.. betul.. betul...
ye.. ye. ye.. tak baik dengki..
no.. komen..
kita patut syukur...
no.. problem..
cuti.. cuti.. malaysia..
jangan dengki.. dengki.. ye..
baik...
tak baik jajah-jajahan ni..
cuti memang ada gaji.. saya tau
bagila cikgu cuti... sian dia
boleh cuti .. pegila..
cikgu janganla minta hadiah ye..
nanti penuh kete alphard cikgu hadiah tu..
ye.. ye.. lepas ni cikgu tak minta hadiah lagi.. janjiii..
mak saya kata cikgu boleh cuti.. sian juga cikgu asyik keje je..
mekasih banyak2.. cikgu pun letih ni panjat tangga hari2.. ke sana ke sini penat tau.. hari tu cikgu jatuh masa naik tangga..
cikgu minta maaf kalu ada buat salah.. cikgu orang biasa je..
tak pe cikgu.. saya pun orang biasa juga... nasihat cikgu memang saya ingat..
saya tak buat latihan sekolah bukan apa.. banyak keje sekolah.. subjek tu ada subjek ni pun ada.. sebab tu tak sempat siap.. saya ni lembab sikit..
maafkan saya cikgu.. saya buat cikgu susah..
saya tau semua cikgu nak muridnya pandai.. tapi saya tak pandai-pandai..
cikgu harap kamu teruskan usaha kamu sampai berjaya.. mungkin bukan sekarang.. bila kamu dah besar nanti pun kamu masih boleh belajar lagi ye..
baik cikgu... cikgu pun jangan putus asa kalau murid tak pandai.. murid macam saya ni lambat tangkap apa yang diajar
macam mana dengan gaji cikgu cukup ke..
cukup.. cukup.. cikgu bersyukur dengan apa yang ada
Jangan hina guru. Ini ada satu cerita benar.
Seorang pelajar yang bijak ambil SPM sampai EMPAT kali. Dia bertanyakan pada dirinya kenapa boleh jadi macam itu. Rupanya dia telah MENGHINA gurunya dari belakang. Ambil ikhtibar. Guru ibarat ibu bapa kedua. Memang guru juga manusia,tidak sempurna.
Kesimpulannya, SIAPA YANG HINA GURU, anaknya (jika ada) atau sedara maranya (juga jika ada) akan BODOH SAMPAI KE BESAR. Bukan Sang Kelembai dan Si tanggang juga ada sumpahan, guru pun ada juga. INGAT dan FIKIR!!!
tanpa nama....
cara anda memberikan pendapat sudah jelas menunjukkan tahap pemikiran dan pendidikan anda. kalau anda benci sangat dengan guru, x pelu lah hantar anak ke sekolah. fikir dulu sebelum berbicara. jangan sampai menunjukkan kelemahan diri sendiri.
kerja biar ikhlas....Allah beri rezeki dalam pelbagai bentuk dan nak tarik pun dalam sekelip mata...bersyukurlah
kalau kita hormat pada guru, insya Allah anak2 kita pun akan mengikuti jejak kita. dan sebaliknya. x salah syang dan kasih pada orang yang berjasa dengan kita. tugas guru mulia. ilmu yang diberikan dibawa sampai ke mati. saya sehingga kini masih menjaga hubungan saya dengan guru tadika saya walaupun telah belajar ke peringkat phd. saya ajar anak2 saya hormatkan guru. InsyaAllah ilmu dan hidup kita diberkati. PERCAYALAH......
bawa mengucap semua....banyak sangat nie maki hamun....mesti yg komen2 nie org melayu belaka....inilah bezanya kita dengan bangsa lain...bangsa lain bertepuk tangan melihat kita bercakaran...apa kata kita semua memberi tumpuan kpd tanggungjawab masing2...lebih bekerja drpd bercakap lg bagus....cuba tgk semula komen2 kita, sebenarnya itulah sikap kita....x perlu tuding pada sapa2...hehehe
Sedih apabila ibu bapa tidak melihat usaha guru untuk memberi ilmu kepada anak-anak mereka.
Sedih kerana ibu bapa hanya mempersoalkan tentang gaji guru jika dibandingkan dengan masa yang diluangkan bersama anak mereka.
Sedih kerana guru-guru terpaksa meninggalkan anak-anaknya demi untuk memberi ilmu kepada anak-anak anda semasa kelas tambahan terutamanya diwaktu malam.
Sedih kerana anak-anak yang mempunyai ibu bapa berjawatan guru merungut kerana mengutamakan anak orang lain berbanding dengan anak sendiri.
Oleh itu, janganlah kita menunding jari menyalahkan orang lain. Lebih elok kiranya kita semua bekerjasama untuk meningkatkan kecemerlangan anak masing-masing untuk masa depan mereka.
Jangan kerana wang kita semua bersengketa. Wang hanyalah ganjaran dunia semata-mata.
Salam~
as-salam.boleh di katakan semua yg diperkatakan betul belaka.saya ada jiran.guru ni dah beranak 5 org semua free ditanggung kelas pertama lagi tau.bila beranak anak ke enam kerajaan dah tak tanggung(cuma 5 org je)merungut bukan main lagi kena byr duit sendiri la.masih tak bersyukur kerajaan dah tanggung 5 org tu.....kereta dua biji,rumah banglo lima bilik lagi...masih nak mengharap kerajaan byr bil beranak lagi tu...ishhhhh
Wahai kengkawan marilah kita ikhlaskan diri dalam menjalankan amanah yang diberi. Rezeki yang diberi semuanya dari Allah. Banyakkanlah berdoa agar semua pintu rezeki terbuka luas untuk kita semua....Alhamdulillah...YAHOO!!!GAJI AKU NAIK!!!!
Isteri aku cikgu, tengahari pukul 2balik rumah,petang kena pergi sekolah balik ada kokurikulum,malam kena pergi lagi sekolah ada kelas intervention,balik rumah kena sambung buat lesson plan untuk esoknya...sabtu ahad pun kena datang sekolah ada program gotong royongla, ntah hapa hapa lagi.aku pun pening, bila masanya bini aku cuti ni??? cikgu pun ada laki,ada anak... cuti sekolah memang lama,tapi masa cuti sekolah pun pengetua panggil,ada programla,kursus la,tanda paper la....bayangkan aku keje kat putrajaya,bini kat tepeng.so masa cuti sekolah je la kami dapat dok lama2,tiba2 kerani kol kena balik sekolah padahal benda tu untuk 2 hari je. macam cuti ni je aku kira dah 3 kali bini aku terpaksa ulang alik sekolah dari kl ke tepeng, minyak tol penat lelah tak yah cerita la. tu belum kira budak-budak lemah kekadang kena balik sekolah awal,ada kelas tambahan untuk diorang... dan guru asrama lagi berat tugasnya,dalam sebulan,2 minggu berturut2 kena duty dari 8 malam sampai 11 malam,kalau ada budak sakit kena hantar dengan kereta sendiri,driver sekolah tengah sedap tido kat umah,bini aku selalu kena antar anak murid ke hospital tengah2 malam,dengan kereta sendiri,kalau jadi apa2 sekolah tak cover,tanggung sendiri la demi anak murid... Jadi bila aku dah dapat bini cikgu baru aku tahu tanggungjawab diorang.. naik gaji atau tidak itu rezeki diorang,jangan sibukkan periuk nasi orang. kalau rasa keje gomen gaji kecik pergila sambung degree masuk skim P&P,tak pun pergi la berenti keje cari keje dengan swasta,lagi gaji mahal,tapi jangan lupa keje swasta takde dah istilah mengulo,minum pagi,minum petang...menuang,punchkad jalan orangnya hilang....
khe...khe...aku masa cuti pegi kursus, buat tugas yang diminta pihak atasan, jaga sekolah, mesyuarat masa cuti sekolah pun ada..cikgu banyak cuti? khehehe..jadi dulu la cikgu sebelum nak ngutuk wei...
banyak sangat ilmu kan..biasa la die je yang btol.tapi mak bapak zaman sekarang ni segelintirnya memang rasa pandai sangat dari cikgu..tu yang seronok mengarah maki hamun tu.silap sikit saman la hapa la.mcmn anak sdr nak hormat, dok tunjuk perangai tak elok,bila dah terbiasa dengan sikap macm tu you tengok le bila sampai masanya..silap2 nk nasihat sikit pun mesti kena dekat batang hidung sendiri punya.
Alhamdulillah...
syukur sgt2...
ckgu tma ksh sbb bg kami ilmu..
dktr tma ksh sbb bg kami ubat n rawatan..
polis tntera tma ksh sbb bg jaga kslamatan negara..
peace kerajaan mesti adil n saksama dalam memberi manfaat kpda rakyatnya..
Tuan-tuan sekalian,jangan menghina dan dengki pada profession perguruan.Sedangkan kami yang ada di dalam pagar sekolah pun ada yang yang tak sebulu sebenarnya sebab ada yang nakkan pangkat dan kuasa,menjadi barisan Penolong Kanan bermaksud banyak masa lapang untuk mengurus sekolah dan kurang masa masuk ke kelas.Ada guru yang benar-benar teraniaya di sekolah gara-gara mereka yang berhati busuk nakkan pangkat.Kalau anda menuduh kami sembarangan.Silalah luangkan masa seminggu menggantikan tempat kami mengajar,mengurus murid sakit,cedera bergaduh dan buat seks di tangga sekolah sambil di rakam dengan telefon bimbit mereka.Sudah banyak yang tersebar di Internet.Murid-murid sudah diberi bermacam bantuan,E-Kasih dan sebagainya...guru juga tidak boleh lagi mendenda secara fizikal.Jika tuan-tuan benar-benar tak puas hati juga.Mari kita adakan hari PIBG mendampingi Guru secara rawak,anda dipilh secara rawak dan tidak didedahkan siapa orangnya selagi belum sampai dan melihat masalah sebenar kami sebagai warga pendidik....Salam 1malaysia pada anda semua.
PA yg gred 1-26 jangan dengki ngan cikgu. Mohonlah jadi cikgu. Kalau anda tak layak ... bermakna masa zaman cikgu anda ajar tu tak belajar bebetul ... pastu nak salahkan cikgu atas kelemahan anda sendiri sedangkan ada yang memang masa belajar memain. Bila result hancur ... nak kata cikgu yg salah. Bila kerajaan naikkan gaji cikgu terus nak dengki. Sapa suruh tak belajar rajin-rajin masuk universiti jadi cikgu, doktor, M, dan seangkatan dengannya?
anak seorang guru...
firstly....
sya mntak maaf la kt suma owg2 dewasa kat sini klaw ty ada yg trasa hati ka apa2..
bgtau nie..
saya sbgai budak berumur17 thun malu tgok komen2 org dewasa kat sini..
bapa saya cikgu.. sya pham pa yg dalami ckgu2 sbnarnya..
memag da ckgu yg trok..
tpi pham ar.. xsmua yg trok
Alhamdulillah.. saya bjya dpat 8a dlm PMR tnpa tusyen berbyar kecuali tusyen yg cikgu2 buat secara pcuma d skola
konklusinya..
jgn ikutkan api kmrahan krna seglintir ckgu...
pcya ar... budk2 skrag pun xsebaik dulu..
cikgu sekrang pun xstruk dulu...
SORRY to all
Hehehe buat buat dosa ngan tambah dosa sahaja. Sebab utama gaji semua orang kecil sebab "MASA SURUH BELAJAR DULU TIDAK MAHU BELAJAR" ADA SPM NGAN PMR tp nak gaji MCM Menteri. Semua org boleh fikir sebab apa gaji mereka kecil dan jawatan apa mereka pegang. Bila tidak mahu mengaku dirinya salah, maka nak salahkan orang lain. LAIN KALI BILA ADA PELUANG UNTUK BELAJAR, BELAJAR LA. BELAJAR SAMPAI TINGGI2, BARU BOLEH DEMAND GAJI DAN SATU LAGI, PASTIKAN BOLEH BUAT KERJA.
Catat Ulasan