SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

24 Januari 2012

3 BULAN SEMAK SBPA LANGKAH TERBAIK, ADIL

Berita Harian
2012/01/23



KUALA LUMPUR: CUEPACS menyifatkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi tempoh tiga bulan bagi semakan dan penambahbaikan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sebagai langkah terbaik dan adil kepada penjawat awam.

Presidennya, Omar Osman berkata, setiap kali kongres mengadakan taklimat di seluruh negara, kira-kira 1.3 juta penjawat awam terutama kakitangan Gred 54 ke bawah dan Kumpulan Pelaksana Satu dan Dua memang melahirkan perasaan tidak berpuas hati terhadap SBPA sedia ada. “Ketika ini skim itu dilihat seolah-olah berat sebelah, tidak adil dan mempunyai jurang besar daripada segi keistimewaan pekerja kelas atasan dan bawahan. Justeru, kita menyambut baik keputusan Perdana Menteri supaya SBPA diperbaiki dengan mengambil kira cadangan dan suara hati penjawat awam semua peringkat bagi memastikan nasib kami lebih terbela. “Pada masa sama, kita mahu keistimewaan diterima kumpulan atasan disemak semula menentukan sama ada benar-benar layak diterima atau sebaliknya, berdasarkan tanggungjawab dan bebanan tugasan masing-masing,” katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan Najib supaya pasukan petugas khas semakan semula SBPA yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam, membuat penambahbaikan dan menyediakan cadangan baru yang akan memuaskan hati setiap penjawat awam semua peringkat.

Omar berkata, CUEPACS akan mengadakan perjumpaan dengan penjawat awam di seluruh negara pada Februari ini untuk membincangkan semakan semula SBPA.

10 ulasan:

PRU-13 berkata...

SIAPA NAK RM100? SAYA. SIAPA NAK RM200? SAYA. SIAPA NAK RM500? SAYA. SIAPA NAK GAJI NAIK? SAYA. SIAPA NAK HARGA BARANG NAIK? TAKKKKKKKKK NAKKKKKKKKKKKKKK

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah...kesian...melukut di tepi gantang ke...pa oh pa...sedarlah...anda sedang dipergunakan n diperkotak katik oleh pru13 ni,gaji xda pe prubahan pun...31jan ...haram!!...tunggu lah lagi...tunggu dan trus menunggu....macam ape...macam anjing salak bukit...uuuuuuu

Tanpa Nama berkata...

SBPA= Sistem Bodohkan Penjawat Awam

Saya berharap Ketua Pengarah JPA dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam MELETAKKAN JAWATAN secara terhormat. Suatu pembaziran untuk negara kerana SBPA "variasi" JPA menerima kritikan ketidakadilan dari sebahagian besar penjawat awam yang ternyata cuba diperbodohkan oleh JPA dan juga KPPA.

JPA ini sejak dari dahulu lagi menjadi penghalang kepada penjawat awam yang bukan terdiri daripada PTD. JPA sejak dari dahulu lagi mengekang dan meletakkan syarat-syarat yang ketat dan tidak adil bagi penjawat awam yang bukan terdiri dari PTD. JPA sendirinya yang terdiri daripada PTD mengutamakan PTD dan memberikan laluan kenaikan pangkat dan gred dengan begitu mudah kepada PTD. PTD tidak perlu tunggu masa yang lama untuk dinaikkan pangkat atau gred jika dibandingkan dengan bukan PTD. Akhirnya JPA terperangkap sendiri dengan acuan yang mereka bentuk dalam SBPA yang ternyata tidak selari dengan saranan YAB Perdana Menteri. Sungguh memalukan!

Tidak salah jika saya sarankan Ketua Pengarah JPA dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk meletakkan jawatan secara terhormat. Ternyata SBPA ini dirangka dengan begitu rapi untuk menguntungkan PTD dan JUSA. Maklumlah JPA=PTD sekarang ini dah ramai yang Gred 52, 54 dan JUSA. Memang haprak JPA ini.

Sekalung TAHNIAH kepada semua pengunjung blog yang memberikan komen-komen yang membina. Tidak dilupakan juga pejuang-pejuang kakitangan awam yang menolak SBPA. Andalah WIRA sebenarnya sehingga kajian semula dibuat terhadap SBPA. Tidak dilupakan juga saudara Kasim yang sejak dari mula lagi memberikan komen-komen dan pandangan yang bernas tentang SBPA.

Saya sarankan Jabatan Akauntan Negara tidak meneruskan agenda jahat JPA yang cuba memperbodohkan penjawat awam bagi memberikan perbezaan gaji SSM ke SBPA pada 31 Januari ini. Jika perkara ini diteruskan juga, saya rasa tiada gunanya SBPA ini disemak semula. SBPA perlu disemak secara menyeluruh termasuk gaji, perubahan gaji, peratus kenaikan gaji, kaedah pemindahan gaji, seniority, terma dan syarat yang kejam ciptaan JPA.

SBPA PERLU DITANGGUHKAN SEPENUHNYA.

Tanpa Nama berkata...

Korang tak tau ke..da bnyak wet kerajaan dah di dibelanjakan untuk pru ni..mana budget yg dibentngkankan tu...mcm umpan gula2..men tarik tali ar..per lagi..wet da abis...pa melopong jer ar...sbpa tu apa kesudahanya??tunggu ar sampai pru14 lak ye...wet da x cukup...

Tanpa Nama berkata...

7% -13% mana???

Tanpa Nama berkata...

Macam-macam si Omar ni minta... suka melambat-lambatkan kerja mengkaji SBPA dengan karenah dia tu

Tanpa Nama berkata...

Kami menghargai jasa baik kerajaan kerana menaik taraf sijil kejuruteraan politeknik setaraf STPM. Jawatan Juruteknik J22 & J26 kini adalah JA3-1 sama gred dgn jawatan Juruteknik J17. Dari itu kami Juruteknik J22 & J26(SSM) yang memiliki Sijil Kejuruteraan Politeknik @ yg telah memegang gred tersebut melebihi 10 tahun, mohon dipertimbangkan & dihargai pengalaman serta kekananannya. Sebelum ini kami juga berusaha utk lulus PTK & melalui prosesi temu duga sebelum dapat menjawat jawatan Juruteknik J22 @ J26. Dengan ini kami berharap pihak JPA memberi kami sedikit penghargaan atas usaha kami sebelum ini utk memajukan diri hingga dapat menjawat jawatan kanan dlm skim juruteknik. Harapan kami agar diberi gred berbeza dari gred JA3-1 supaya dpt membezakn kami dr gred J17 SSM. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Panel SBPA; utk tindakan Y. BHG. Datuk Farida,

1)JPA DIHARAP SEMAK SKIM PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN DAN PEMBANTU PENILAIAN,APABILA ADA PERUBAHAN SKIM, NAMA JAWATAN BERUBAH,GRED GAJI TAK BERUBAH,DULU JAWATAN PEMBANTU PENILAIAN DISEBUT JURUTEKNIK PENILAIAN BILA SSB/SSM DIUBAH KE PEMBANTU PENILAIAN KINI GRED GAJI MASIH KEKAL W17(GRED BARU W4-1),PELUKIS PELAN DULU GRED RENDAH DARI PEMBANTU PENILAIAN SEKARANG J3-1,KEBANYAKAN YANG BEKERJA DIJPPH BUKAN ADA SIJIL KEMAHIRAN,JPA TENGOK DARI APA?KAMI PEMEGANG SIJIL INSPEN KELUARAN INSTITUT PENILAIAN NEGARA JABATAN PENILAIAN HARTA MALAYSIA BANGI TELAH DIIKTIRAF SIJIL OLEH JPA,TETAPI JPA YANG TAK NAMPAK PULA BAGI W3-1 SAMA kpd PELUKIS PELAN.

2)Penolong Pegawai Penilaian dulu sama dengan Penolong Jurutera,Penolong Pegawai Perancang,apabila SSB dan SSM,kami jadi gred rendah sama taraf dengan penolong pegawai tadbir,penolong pegawai tanah,penghulu dan lain-lain,sedangkan belajar di Universiti spt Uitm,UTM amat pecah kepala nak mengingatkan KTN,Akta Perancang,Akta Kerajaan Tempatan,Akta Parit dan jalan dan lain-lain merupakan pembelajaran secara teknikal,namun kini gaji W2-1,W2-2,W2-4.Penolong Pegawai Perancang J2-1,J2-4 dan J2-5.Tanggungjawab berat dijpph kerja mesti cepat,buat masa ini tempoh kerja disingkat,kerja lebih,jpa tak tengok dan pandang masalah yang dihadapi oleh Penolong pegawai penilaian dijpph.Kumpulan atasan cepat naik macam 41 untuk ke 44,44 ke 48, 48 ke 52 dan 52 ke 54,ada kosong terus naik.

Tanpa Nama berkata...

GRED 41,44,48,52,54,JUSA DIJPPH MALAYSIA DIJAGA KPP JUSA A MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT YANG SELESA APABILA ADA KEKOSONGAN.
GRED 36,32,27,26,22 DAN 17 DIJAGA OLEH TIMBALAN KPP JUSA B,UNTUK MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT KE 22,26 DAN 32 SERTA 36 AMAT PAYAH DIBANDINGKAN DENGAN JABATAN JABATAN LAIN,TIMBALAN KPP PENGURUSAN Datuk Abdul Hamid bin Bakar NAIK PANGKAT SENANG TAPI ORANG BAWAHAN LAMBAT.

Tanpa Nama berkata...

DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KINI DIWUJUDKAN JAWATAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN/HAL EHWAL MURID/KO KURIKULOM,APA GUNA INI SEMUA,KAMI PENOLONG PENOLONG KANAN RELAX,PENGETUA/GURU BESAR YANG KERJA TERUK,JIKA PERLU JAWATAN INI DICANTUMKAN JADI PENOLONG KANAN 1/KANAN 2/KANAN 3.PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DIBERIKAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK KERANA MEREKA MAHIR PENTADBIRAN.MACAM PDRM DULU PDRM BUAT KERJA PENTADBIRAN KINI PTD BUAT KERJA MEREKA DAN MEREKA TUMPU PERHATIAN MENYELESAIKAN KES JENAYAH, ITULAH YANG SEBAIK-BAIKNYA KALAU DISEKOLAH.GURU GURU CAKAP PANDAI BUAT KERJA OUT SEMUA MEREKA TAU TAPI HABUK PUN TAK TAU.
HAIRAN GURU GURU MINTA NAIK GRED LEBIH TINGGI,PERATUS UPSR/PM/SPM SETENGAH SEKOLAH BUKAN KERANA SEKOLAH TAPI DAYA USAHA MURID-MURID.MACAM SEKOLAH RENDAH PTG BINJAI/PTG SINTOK/LAHAR KEPAR /SMK SRI MUDA/SMK TOK LABU/SMK PAYA KELADI DAN LAIN LAIN.