SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

13 Januari 2012

SBPA: PANEL KHAS DITUBUH, BERI 2 BULAN SYOR

Sinar Harian
G MANIMARAN
January 13, 2012



SHAH ALAM - Kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas bagi menyemak semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang pelaksanaannya mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan majoriti kakitangan awam.

Pasukan itu yang akan diketuai oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, diberi dua bulan untuk membuat semakan.

Mengumumkan perkara itu petang ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, pasukan tersebut akan mengadakan konsultasi dan perbincangan dengan pihak-pihak berkenaan termasuk kesatuan dan persatuan sekerja.

Katanya, pasukan khas itu ditubuhkan bagi melaksanakan semakan semula SBPA dengan mengambil kira prinsip-prinsip perkhidmatan dan saraan perkhidmatan awam.

Pasukan Petugas itu akan dianggotai oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) serta Pegawai kementerian yang berkaitan.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana kppa abu bakar abdulah kami pa tak percayakan mu haru biru dibuatnya
sekarang panel pangil balik bekas kppa tan sri adam ismail untuk membetulkan balik apa yg telah berlaku kepada kppa abu bakar mu pencen awaiiii ajer laaaa

Tanpa Nama berkata...

tan sri ismail adam laa bro''anom 8.oo

Tanpa Nama berkata...

Penulis akupt.blogspot.com bodoh
Penulis akupt.blogspot.com bodoh
Penulis akupt.blogspot.com bodoh
Penulis akupt.blogspot.com bodoh
Penulis akupt.blogspot.com bodoh

Menulis tak betul, kena komen, terus tak bagi orang lain komen. Nampak sgt tak profesionalnya.Macam budak2 Memang mentaliti rendah taraf pt darjah 6.

Hhahahhahahahahahahahah

Suara FT berkata...

Salam Tan Sri Ismail Adam, Harap Tan Sri tidak mengabaikan naiktaraf gred2 yang di abaikan oleh Tan Sri JPA sebelum ini yang boleh men'down'kan prestasi dan semangat bekerja. Selagi digelar kakitangan kerajaan selagi itulah khidmat yang dihulurkan untuk pembangunan negara. Di harap Tan Sri dapat memuaskan hati kepada semua pihak sepertimana yang diharapkan oleh PM kita. Sekian Terima Kasih.

Tanpa Nama berkata...

Harga ayam naik rm4-rm9/kg
Harga ikan naik rm3-rm6/kg
(jumlahkan dgn berapa kali nak beli dlm sebulan..)
Harga beras naik rm2-rm4/10kg
Harga barang2 runcit naik dlm rm0.50-rm4 (cth: myk masak, gula, tepung,gas LPG dll)
Sewa rumah naik rm50-rm100
Sewa bas sekolah naik rm10-rm20 (kalau anak sekolah ada 2-4org?)
pendek kata semuanya naikkkkkk...DAN TERUS NAIK!!!!
BERAPA SAJALAH KENAIKAN RM80 YANG SAYA DAPAT TU JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KOS SARA HIDUP YANG SEMAKIN BERTAMBAH..
LAGI SATU, APA JAMINAN KERAJAAN YANG HARGA PETROL DAN DISEL TAK AKAN NAIK??? SATU-SATUNYA YANG BOLEH TERSENYUM LEBAR SAMBIL TANDATANGAN PEMBELIAN RUMAH BANGLO BARU (ATAU NIKAH BARU SPT YANG KENA TANGKAP KHALWAT BARU2 NI) ADALAH MEREKA DI ATAS SANA..
CADANGAN: KENAIKAN GAJI KENA RELEVEN DENGAN KOS SARA HIDUP SEMASA SERTA ADIL DAN SAKSAMA UNTUK SEMUA..INGAT, ADIL DAN SAKSAMA!!

pemerhati politik berkata...

orang lama juga yang di panggil,untuk memperbetulkan SBPA ini,TAHNIAH TAN SRI ISMAIL kerana diberi kepercayaan oleh PM.apa yang tan sri buat semasa pak lah itu yang di mahu oleh PM untuk memuaskan hati PA, untuk memerealisasikan kemenangan BN 100% dalam PRU 13 yang bakal tiba. TAHNIAH TAN SRI..................................

Tanpa Nama berkata...

AKU BUKAN CAKAP BESAR LA..... PASUKAN APA SEKALIPUN YANG DIBUAT OLEH KERAJAAN IA TIDAK AKAN MENDATANGKAN KEADILAN KEPADA SEGELINTIR PENJAWAT AWAM. PASUKAN YANG DIBUAT TU HANYA FIKIR MACAMANA NAK GUBAH GAJI JUSA LEBIH BESAR ADA LA.....KLU DIA NAK BUAT ADIL MAKA TU SATU DARI TANDA NAK KIAMAT. TENGOK LA NANTI.

Tanpa Nama berkata...

INGAT....ADIL DAN SAKSAMA. SEMUA P.A DAPAT..BUKAN NAK TUNJUK GAJI JUSA BESAR

SUKA KASIM berkata...

TAHNIAH PM kerana dengar keluh kesah kami. Mohon gaji minimum kakitangan bawahan dijadikan perkiraan utama kali ni. Lepas tu naikkanlah gaji gred berikutnya mengikut kadar & pengiraan yang adil; saksama dan masuk akal sampailah ke golongan JUSA tu. Pukul rata peratus kenaikan yang sama mengikut gred pun takpe, takdelah sampai satu puak dapat kurang 10%; yang satu puak lagi sampai 90%. Ni barang pun dah naik harga senyap-senyap ni; gaji SBPAnya masih tak merasa lagi...Alahai!

Penyokong tegar KASIM:)

Tanpa Nama berkata...

Kerajaaan teguhkan SPRM untuk menangani rasuah.Skim gaji SPRM baik,syabas..satu transfomasi.

Tapi pernah ke kerajaan kaji berapa gaji agensi penguatkuasaan spt IMIGRESEN,KASTAM,JPJ, KPDNKK terutama kalau gred 17.

Masyarakat yang berada pandang rendah pada penguatkuasa kerana mereka tahu gaji penguatkuasa rendah.

Bila penguatkuasa buat operasi mereka fikir penguatkuasa nak cari duit kopi.Bila penguatkuasa bertolak ansur,masyarakat kata penguatkuasa pilih bulu dan dah "kaw tim",bila penguatkuasa tegas sangat mereka kata penguatkuasa zalim,paling teruk pula orang politik masuk campur...susah penguatkuasa nak melaksanakan undang undang yang pada asalnya diluluskan juga oleh orang politik.

Pernah dulu seorang awam orang pukul penguatkuasa yang sedang bertugas,"memukul penjawat awam" bila kes naik mahkamah cuma kena denda RM 1000 atau penjara sehari.Murahnya nilai penjawat Awam.


Harap Kerajaan dapat kaji gaji agensi penguatkuasaan agar lebih menarik,jangan sampai masyarakat pandang rendah...ada yang koyak saman depan penguatkuasa,ada yang maki penguatkuasa,ada yang nak beli penguatkuasa....kerana fikir kami gaji kecik.AYAT YANG PALING KERAP DI LEMPARKAN ADALAH..."GAJI KAU PUN AKU BOLEH BAYAR LA"....BETAPA RENDAHNYA NILAI PENGUATKUASA,MACAM MANA ORANG NAK RESPEK UNDANG UNDANG.

HARAP ADA SKIM GAJI KHAS UTK AGENSI PENGUATKUASAAN,PENGUATKUASA DI HORMATI,UNDANG UNDANG DIPATUHI,KERAJAAN DISEGANI.

Tanpa Nama berkata...

MOHON DIKEKALKAN JAWATAN GURU CEMERLANG...

Tanpa Nama berkata...

BERAPA BESAR PUN GAJI YANG DITERIMA, ZAKAT PENDAPATAN DILUPA JANGAN

Tanpa Nama berkata...

JANGAN SAMAKAN SENIOR DAN JUNIOR DLM SBPA

SANG KANCIL berkata...

SPBA ZALIM...SSM LEBIH ADIL...AJUH BANGKIT DAN BERSATU DALAM PRU-13...