SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Januari 2012

CUEPACS MINTA PENJAWAT AWAM YANG TIDAK PILIH OPSYEN PERSARAAN 60 DIBENAR PILIH SEMULA

Bernama
11/1/2012



SERDANG, 10 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar penjawat awam yang tidak memilih opsyen umur persaraan 60 tahun dibenarkan menandatanganinya semula.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata ini kerana pihaknya menerima banyak aduan bahawa ada penjawat awam tidak memilih opsyen itu kerana tidak diberi penerangan sewajarnya.

"Jadi bila pihak CUEPACS sudah memberikan penjelasan berhubung perkara itu barulah mereka faham dan berhasrat untuk menandatangani opsyen itu," katanya kepada pemberita selepas majlis Himpunan Transformasi dan Ikrar Intergriti Pembantu Makmal Penolong Pegawai Sains Institusi Pengajian Tinggi Awam di sini.

Selain itu, beliau juga meminta agar penjawat awam yang dipaksa memilih opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) tanpa disertakan penyata pergerakan gaji dibenar memilih semula sama ada kekal dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) atau sebaliknya.

"Ini kerana ada yang hanya diberikan penyata kenaikan di bawah skim SBPA selepas tandatangan borang tersebut dan kemudian mendapati ada beberapa kemusykilan dalam dalam pergerakan gaji yang ditawarkan," katanya.

Katanya CUEPACS masih menerima banyak rungutan mengenai SPBA antaranya daripada penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksima.

Segala aduan katanya, akan dipanjangkan kepada Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA) kerana dalam masa terdekat akan ada lagi pertemuan untuk membincangakn isu berbangkit.

Tarikh tutup bagi opsyen persaraan 60 ialah pada 30 Dis lepas, sementara opsyen SPBA dilanjutkan kepada 15 Jan.

-- BERNAMA

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya semua gred dari 1 sampai ke jusa naik flat rate rm300.00...kan lagi senang kira and lebih adil???

Tanpa Nama berkata...

kata sedang kaji gaji gred 17...so bila nak umum gaji baru?

Tanpa Nama berkata...

masih tercari2 pekeliling yg bagitau markah skt 95% keatas dapat kenaikan gaji 15%???ada ke, kalau ada mcm mana nak kira sebab sifir gaji baru pun dah keluar??

Tanpa Nama berkata...

kata sedang kaji gaji gred 17...so bila nak umum gaji baru?

Rabu, Januari 11, 2012 3:03:00 PM

------------------

wonder whether it will happen

-White Rose-

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya ceupacs memperjuangkan cara pemindahan gaji dari ssm ke sbpa yang nampak sangat tak adil kepada senior..

Tanpa Nama berkata...

Kalau melihat SBPA ini ia bertujuan untuk mengurangkan jumlah penjawat Awam.

Ini di lakukan atas dasar Transfomasi Ds Najib yang hendak memacu negara ke arah negara maju.

Ya!! bila kita hendak menjadi negara maju mentor atau contoh kita adalah kepada negara yang sudah Maju seperti Jepun, korea, amerika, singapore atau britain...

Melihat jumlah penjawat awam dengan kuantiti rakyat, ternyata Negara Malaysia jumlah penjawat awam nya melebihi kuantiti rakyat nya berbanding negara Maju yang lain.

Oleh itu kita lihat apa yang PEMANDU yang di kepalai oleh Idris Jala, Koh soo Kun sedang buat. Ini lah hasil kertas kerja mereka.

Tanpa Nama berkata...

Mesyuarat sambil kunyah kuih lapis, menjual produk keluaran sendiri di tempat kerja, tidak faham prosedur dan tanggungjawab asasi jabatan sendiri, lembab, waktu mengeteh berjam - jam, masuk kerja lambat, balik awal, tak masuk kerja langsung tapi tak kena buang, makan suap: adalah antara persepsi yang terpahat di kepala otak umum.

Ini antara peristiwa peribadi yang aku alami (yang larat aku tulis) dengan orang gomen sepanjang aku hidup:

Aku telah masukkan data lesen dan GDL kedalam MYKAD, tetapi diminta bawa lesen ke JPJ. Aku jawab "akak checklah dalam Mykad saya tu". Mereka jawab " Eiihh..tak boleh cik..kena bawak lesen. Kami tak boleh check kat Mykad je". Aku terfikir, takde pekdah rupanya Mykad ni. Lokasi: JPJ Seremban.
"Abang, saya nak tukar alamt mengundi' kata aku. "Jap ehh..pegawai minum" kata kerani sambil mengadap komputer. Aku intai, dan aku nampak dia tengah main solitaire. sejam setengah kemudia. pegawai dia masuk dan kata "jap ye cik.". Entah berapa kali kejap pun aku tak tau. Lokasi: SPR Wisma Persekutuan Seremban.
Ada hamba Allah, kerja MPS (Majlis Perbandaran Seremban). Keluar kerja pukul 7.45am. Jam 8.30 am, balik rumah. Pukul 2.00 pm pergi kerja balik. Umur? Dah nak pencen dah. Lokasi: Seremban.
Dulu sewaktu JBANS (sekarang SAINS), kakak aku buat laporan air kecik. Diorang mintak duit untuk repair. Sampai RM700. Aku suruh akak aku tanya lagi kat kaunter JBANS. Kerani tu kata bukan tanggungjawab dia. Kena melalui Senggaraan. Aku buat laporan melalui email, aku bagi Pengarah, dan cc ke Menteri Besar. Esok diorang tukar meter dan lusa korek jalan untuk tukar paip. PERCUMA!!! Lokasi: Port Dickson.
Aku sampai JKKP seremban untuk pembaharuan lesen lif bangunan. Sampai pukul 8.30 am. Kerasni pergi minum. Aku mengeluh tetapi masih bersabar. Tunggu punya tunggu, pukul 10.45 am baru barua tu masuk. Aku buat surat aduan dengan mengisi Borang Kepuasan Pelanggan. Entah apa berlaku selepas itu. Tahun depan, aku tengok minah tu kerja gak lagi. Siap buat perangai sama gak cuma dia balik minum awal sikit. Lokasi: Wisma Persekutuan , Seremban.
Aku kena saman parking. Pergi MBMB (Melaka) untuk bayar. Duit tunai takde jadi aku bayar pakai cheque. Minah kerani tu kata tak boleh. Aku jumpa pegawai dia. Pegawai dia kata boleh plak. Rugi aku 3 jam kat situ. Lokasi : MBMB, Melaka.
Aku pergi pejabat tanah Seremban 2. Nak bayar cukai bangunan yang ada Strata Title. Aku tanya Meja Pertanyaan, dia kata "Encik ambil nom,bor dan tunggu untuk pembayaran". 45 minit tunggu. Akhirnya nombor aku dipanggil. Kerani tu kata "Bukan kat sini Encik, ni kena buat kat Wisma Negeri, Seremban. Fuhh..berangin kepala aku. Lokasi : Bangunan Kerajaan, Seremban 2.
Aku draf repot polis. Pergi balai. Pegawai tu menaip pakai satu jari. Aku tengok ejaan pun salah padahal aku dah bagi draf dah. Aku offer untuk taipkan untuk dia. Dia terus bagi aku komputer. Aku taip seorang diri sambil dia pergi hisap rokok kat tingkap. Lokasi: Balai Polis Gemencheh.

Banyak lagi tapi tak larat nak taip. Namun ada juga yang bagus dan cekap seperti JPN Senawang, KWSP, MOF Putrajaya dan lain-lain.

Tanpa Nama berkata...

betul2 cakap lah presden. mana boleh! di mana intergriti kalau sekejap stuju sekejap tidak.... macam cuepacs buat kputusan SBPA.

Tanpa Nama berkata...

Isu persaraan anggota sektor awam kepada 60 tahun bukanlah baru. Ia mula dibangkitkan oleh Ceupacs dalam memorandum kepada kerajaan pada tahun 2001. Sejak itu, kerajaan telah meminda dari 55 tahun kepada 56 dan kemudiannya 58 tahun.
Terdapat pelbagai alasan mengapakah cadangan itu dikemukakan. Antaranya ialah jangka hayat purata rakyat Malaysia yang meningkat kepada 73 tahun dan kos kehidupan. Pihak berkenaan berhujah bahawa adalah terlalu awal untuk sesetengah penjawat awam bersara pada usia sekarang dan mereka harus diberikan pilihan untuk melanjutkannya kepada 60 tahun. Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai umur persaraan yang rendah

Tanpa Nama berkata...

Kecoh seketika apabila isu jumlah kakitangan kerajaan sama ada di persekutuan dan pentadbiran negeri dikatakan terlalu ramai sehinggakan terdapat usul untuk mengurangkannya oleh seorang Ahli Parlimen baru-baru ini.

Permis pertama, bilangan penduduk negara kini mencecah hampir 28 juta orang dan daripada maklumat sumber JPA, kakitangan awam kini mencecah 1.4 juta orang; Itu adalah fakta. Bukan menjadi pertikaian lagi.

Premis kedua. Saban tahun kakitangan awam ditambah, dan saban tahun akan berlaku kenaikan gaji dan imbuhan bonus kepada mereka; kos yang amat tinggi yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Terbaru dalam Bajet 2012, pihak kerajaan mengumumkan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimum lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Malah usia wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kewajipan pihak kerajaan

Tapi itu bukan isunya. Memang menjadi kewajipan sesebuah kerajaan perlu malah wajib menjaga dan membela kebajikan kakitangan mereka.

Isunya di sini nisbah antara jumlah kakitangan awam dan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia membawa kepada 1:20, satu angka yang agak besar bagi sebuah negara yang kecil seperti Malaysia. Isunya juga di sini, bagaimana pihak kerajaan mahu memastikan rakyat Malaysia yang di luar penjawat awam turut terbela ?

Guru 400 ribu, polis-tentera 200 ribu

Di negara kita, bilangan guru-guru sahaja sudah menjangkau 400 ribu orang, ditambah pula dengan bilangan polis seramai 100 ribu orang, ditambah lagi dengan pasukan tentera seramai 100 ribu orang, bilangan ini telah menduduki separuh daripada bilangan kakitangan awam yang lain.

Harus difahami isu di sini, 1.4 juta orang kakitangan awam adalah meliputi kakitangan awam yang berada di peringkat kerajaan negeri serta kerajaan tempatan. Faktanya adalah memang benar kakitangan awam kita ramai, sebuah organisasi yang menggelembung besar (big fat in small bottle).

Antara salah satu faktor berlaku limpahan 'gelembung besar' itu kerana banyak jawatan dan fungsi yang bertindan berlaku antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan. Berlaku masalah bertindan dari segi struktur dan fungsinya ataupun tugas yang berulang.

Contohnya jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pertanian & Asas Tani, banyak bertindan dengan fungsi jabatan-jabatan pertanian di bawah pentadbiran negeri yang menjadikan asas tani sebagai komoditi seperti negeri Kedah, Kelantan dan Perlis. (MADA, KEDA, KESEDAR)

Apa yang dikemukakan Ahli Parlimen tersebut yang mahu kurangkan jumlah kakitangan awam itu, mungkin dialu-alukan oleh rakyat marhaen, sebaliknya kakitangan awam pula yang merasa tidak senang dengan cadangan tersebut. Justeru atas sebab itu Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dengan mudah membidas kembali cadangan tersebut sehari selepas cadangan tersebut dikemukakan.

Harapan mahasiswa

Di peringkat mahasiswa, yang mungkin sebilangan bercita-cita ingin bekerja di sektor awam, amat mengharapkan isu ini, sama ada mahu menambah dan mengurangkan kakitangan awam tidak sepatutnya dijadikan bahan politik antara ahli parlimen, dengan memanipulasi permainan angka dan bilangan tersebut dijadikan isu.

Sebaliknya yang lebih penting adalah menyelesaikan organisasi dan struktur serta fungsi kakitangan awam yang bertindan itu atau tugas yang berulang itu sama ada mahu dibaiki atau tidak, perlu dilakukan dalam perhatian serius dalam kadar segera.

Atau sekurang-kurangnya bagi kami mahasiswa yang mungkin 'tidak berkesempatan' memasuki sektor awam, pihak kerajaan wajar menyediakan ruang dan peluang pekerjaan yang sesuai dengan komposisi dan kapasiti seorang graduan Universiti.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS MINTA PENJAWAT AWAM YANG TIDAK PILIH OPSYEN PERSARAAN 60 DIBENAR PILIH SEMULA...

------------------

Ini bukan isu utama 1.4 juta PA
(tolak kump premier & kump jusa n junior2 PA yg mdapat pelarasan mata gaji sbpa yg tinggi)..

ape yg mjadikn PA tidak puas hati, marah, geram dll adalah sifir pemindahan gaji yg TIDAK TELUS.

-White Rose-

Tanpa Nama berkata...

Mohon penjelasan :
Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diteruskan berkuatkuasa 1 Januari 2012 dengan tempoh opsyen dilanjutkan sehingga 15 Januari 2012.

i). bila tarikh sebenar penguatkuasaan sbpa ke atas PA yang menandatanganinya hari ini (11/1/20120). adakah ianya 11/1/2012 atau 1/1/2012 ?

ii). pembayaran gaji mengikut sbpa berkuatkuasa bila ? adakah 1/1/2012 atau 11/1/2012 (tarikh tandatangan)

iii). Jika Anjakan Gaji sepatutnya dapat 1 januari (PTK Aras IV) tetapi disebabkan tandatangan pada 11/1/2012 .. adakah PA ini akan dapat Anjakan gaji bermula 1 januari 2012?

Mohon penjelasan tuan.
terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

sbpa di tangguh ? betul ke info terbaru ini??
tak cayalah ...
mintak yg ada info boleh bantu bagi jawaban ...

PT W17 berkata...

Mohon naikkan gred W17 kepada Gred W19

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak wajibkan saja umur persaraan 60 tahun tu... tak yah susah2 nak bagi pilihan...

Tanpa Nama berkata...

cadangan awak tu... kita tunggu jer AWAK yang Cadang P&P tu Master ... tunggu AWAK jadi pembuat dasar... ataupun tunggu awak jadi KSN... ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

GRED 11-16 GUNA SPM
GRED 17-26 GUNA STPM/DIP
GRED 27-40 GUNA IJAZAH
GRED 41 KEATAS GUNA MASTER/PHD

Macam mana pula dengan Gred 1-11 yang mempunyai sijil akademik SPM/STPM,gaji kami di bayar mengikut
apa,kalaulah nak keadilan gaji kami pun di bayar mengikut kelayakan akademik baru adil.