SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

31 Januari 2012

KSN SAETUJU TIGA LAGI PEMIMPIN KANAN CUEPACS ANGGOTAI PASUKAN KHAS KAJI SBPA

Bernama
31/1/2012



PUTRAJAYA, 31 Jan (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bersetuju dengan permintaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya tiga lagi pemimpin kanan kesatuan itu menganggotai pasukan petugas khas semakan semula sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tidak ada masalah jika mereka hendak menyertai pasukan itu kerana memang menjadi hasrat kerajaan serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendengar pandangan pihak lain yang terlibat.

"Tiada masalah kerana kalau tidak terima mereka sekarang, nanti kita kena menyakinkan mereka juga, lebih baik libatkan mereka dari awal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Majlis Kebajikan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) di sini.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata permohonan berhubung perkara itu akan dihantar kepada Mohd Sidek pada Rabu.

Tiga pemimpin kanan CUEPACS yang dicadang menganggotai pasukan itu ialah Timbalan Presiden 1 Azih Muda, Setiausaha Agung Lok Yim Pheng dan Setiausaha Kewangan Jaafar Mansor.

-- BERNAMA

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah. 4 orang. Ada kemajuan Cuepacs. Kerajaan sering mendengar keluhan Pekerja.
Penasihat undang-undang kesatuan sekerja pun penting utk rujukan ..

Tanpa Nama berkata...

ADA AYAT PERLI DARI KSN TU...

Tanpa Nama berkata...

mr os........ hello mr os..... hello mr os.... hello..... dengar tak? dengar kan ?

NAMA MR OS DAH MASUK FINALIST UTK JAWATAN SENATOR LEPAS PIIHANRAYA NI.
TAHNIAH MR OS. TAHNIAH.....

p/s dah tercapai matlamat mr os. ok jpa...... lu tolong wa wa tolong lu..
sulah settled ma...... thanks all PAs, thanks. see u then in parliment.

Tanpa Nama berkata...

HARAP KSN JUGA
Setuju dengan bajet lepas dan cakap PM iaitu Kenaikan: 7-13 peratus setiap Gred Penjawat Awam.
Uruslah WANG RAKYAT dengan adil untuk seluruh warganegara.



wangrakyat

Tanpa Nama berkata...

Pada pilihanraya ke 13 akan datang saya dah buat keputusan nak pangkah BN dengan sepenuh hati........tapi bila aje SBPA keluar fikiran saya terganggu dan kacau sehingga sekarang dan rasa separuh hati saja dengan cadangan diatas, Tuan-tuan bijak pandai dalam blog ni boleh bagi idea atau pandangan untuk menyelesaikan konflik jiwa saya... Bukan apa takut tersalah buat keputusan.

SBPA- Sindrom Baru Penjawat Awam.

Tanpa Nama berkata...

GRED 41,44,48,52,54,JUSA DIJPPH MALAYSIA DIJAGA KPP JUSA A MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT YANG SELESA APABILA ADA KEKOSONGAN.
GRED 36,32,27,26,22 DAN 17 DIJAGA OLEH TIMBALAN KPP JUSA B,UNTUK MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT KE 22,26 DAN 32 SERTA 36 AMAT PAYAH DIBANDINGKAN DENGAN JABATAN JABATAN LAIN,TIMBALAN KPP PENGURUSAN NAIK PANGKAT SENANG TAPI ORANG BAWAHAN LAMBAT.

Tanpa Nama berkata...

harap ramai je lebih , tapi semuaya bodoh tak guna jugak ,dalam 4 orang tu semuanya tak ada ijazah , kalau ada ijazah pun mesti ijazah sastera atau bm

Tanpa Nama berkata...

omar letak jawatan sebab dah nyanyuk

Tanpa Nama berkata...

harap ramai je lebih , tapi semuaya bodoh tak guna jugak ,dalam 4 orang tu semuanya tak ada ijazah , kalau ada ijazah pun mesti ijazah sastera atau bm

omar letak jawatan sebab dah nyanyuk

Sdr sdr,
Sdr tak hormat Dato Omar Bin Othman sebagai orang tua-tua,orang muda muda sekarang tak hormat orang tua-tua,macam le mereka ada degree,master atau PHd,ada ijazah berapa gulung pun tapi ilmu sedikit ,ilmu tiru banyak,orang tanya gelabah,tak boleh jawab,copyright,orang muda tau berpuak puak tau,main facebook,main game tau,tak boleh fikir macam Dato omar fikir untuk semua orang.

Tanpa Nama berkata...

Sdr-sdr dan sdri-sdri,
Nak komen Dato Presiden Cuepacs biarlah komen yang membina bukan komen mengutuk,hormatnya orang tua-tua,sepatutnya sebagai rakyat 1 malaysia memberi semangat yang memberangsang dan sembahyang hajat supaya Dato Omar bin Othman memiliki idea yang tajam dan bijak berkata-kata untuk berlawan dengan pihak yang berpengalaman spti mantan ketua PSD dan lain-lain seterusnya mendapat gaji yang baik untuk kehidupan didunia bagi mencari untuk anak-anak kita.

Tanpa Nama berkata...

20.2.2012(ISNIN) JAM 9 PAGI DATANG LAH KE USM DENGAR AMANAT PRESIDEN CUEPACS SEBELUM BELIAU TEMUI WARGA AHLI MESYUARAT SBPA,BAGI IDEA YANG BERNAS,BAWA KAWAN KAWAN DAN RAKAN RAKAN SEKERJA SERTA HEBAH HAL INI PENUHI DEWAN USM(TANYA GUARD DIMANA) TANDA SOKONGAN KEPADA PRESIDEN CUEPACS,BARULAH IKHLAS.

Tanpa Nama berkata...

pembantu penilaian yang naik KUP W22 kena buat lah kerja mencabar sikit,bukan sama dengan W17,HAIRAN naik W22 BUAT KERJA SAMA TARAF GRED,MUNGKIN BOSS BOSS KESIAN.KETUA PENGARAH PENILAIAN DAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PENILAIAN,PENGARAH DAN PENILAIAN DAERAH KENA TENGOK BALIK ISU INI.

Tanpa Nama berkata...

KPP/TKPP/PENGARAH/PENILAI DAERAH,

ORANG MUDA MAIN FACEBOOK,MAIN GAME DAN LAIN-LAIN KETUA KETUA PEJABAT TAK NAMPAK,SILAP SILAP PENILAI PENILAI DAERAH PUN TENGOK FACEBOOK SEBAB KERJA DISINGKATKAN SEMUA WARGA JABATAN PENILAIAN MARAH KERANA TIDAK BOLEH TONTON FACEBOOK DAN LAIN-LAIN,SETENGAHNYA BUAT LAPORAN UNTUK PENILAI SWASTA DAN LAIN-LAIN,KERJA MEREKA MANA SIAP MEREKA PERBETUL TARIKH OLEH UNIT DBA,KEDATANGAN, BAIK DENGAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN PERBETULKAN KEDATANGAN DIKOMPUTER KERANA SEMUA SEKARANG GUNA KOMPUTER, CUTI BANYAK BAIK DENGAN KERANI CUTI ARAHAN PENILAI DAERAH TIDAK DIIKUTI,BANYAK KPP/TKPP/PENGARAH DAN PENILAI DAERAH KENA LIHAT BALIK

Tanpa Nama berkata...

jangan lengak atas saja ramai lagi di bawah yang terima pecen RM200 sebulan seperti bekas LLN/talikom/kereta api/pos

Tanpa Nama berkata...

jangan lengak atas saja ramai lagi di bawah yang terima pecen RM200 sebulan seperti bekas LLN/talikom/kereta api/pos

Tanpa Nama berkata...

Jangan fikir orang lain punya jawatan seperti ketua pengarah disesuatu jabatan itu bukan kerja kita untuk memikirkan,kita fikirkan gaji kita dulu,kalau orang kastam atau imigresen pun jadi KP,dia tak tolong kita pun,gred gred pelaksana,kita sendiri kena lawan dengan jpa,kalau orang PTD,mereka boleh bagi jalan kepada kita bagaimana nak naik pangkat.utamakan kita dulu dari fikirkan jawatan siapa ketua pengarah dikastam dan imigresen.