SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 Januari 2012

PENSYARAH PERUBATAN/PERGIGIAN GRED 51/52 TERABAI?

Utusan Malaysia
3/1/2012


PENSYARAH UBAT GIGI
Kuala Lumpur.



TAHNIAH kepada JPA/KPT kerana telah berjaya menambah baik skim perkhidmatan pensyarah perubatan/pergigian pelatih gred 45 melalui skim SBPA. Namun demikian, kenaikan pangkat pensyarah pelatih ini telah memberi impak yang besar kepada pensyarah perubatan/pergigian yang telah berada di gred 51/52 dalam skim SSM.

Ini kerana, pensyarah pelatih telah dinaikkan ke gred 1-5 dengan tangga gaji T1 sama seperti pensyarah perubatan/pergigian gred 51/52 yang juga diberi gred 1-5 dengan tangga gaji pada T1 untuk skim SBPA.

Perlu diingatkan, pensyarah perubatan/pergigian ini telah pun memiliki ijazah kepakaran dalam bidang masing-masing, tetapi dengan skim SBPA ini mereka diletakkan setaraf dengan pensyarah pelatih yang belum memiliki apa-apa ijazah kepakaran.

Sesetengah daripada pensyarah pelatih ini belum pun memulakan pengajian di peringkat sarjana. Saya melihat bahawa pihak JPA/KPT telah merendahkan taraf pensyarah perubatan/pergigian gred 51/52 ini dengan mengabaikan ijazah lanjutan kepakaran yang mereka miliki.

Bagi pensyarah pelatih, apabila mereka kembali dengan ijazah lanjutan, mereka akan diberi hadiah pergerakan gaji sebanyak 2-3 tangga yang akan menjadikan tangga gaji mereka berubah dari T1 ke T3/T4.

Ini menjadikan mereka memiliki gaji yang lebih tinggi berbanding pensyarah perubatan/pergigian yang telah berada di gred 51/52 sebelum ini yang masih kekal di T1 kerana mereka tidak lagi diberikan hadiah pergerakan gaji dengan skim baharu ini.

Ini jelas mengecewakan pensyarah perubatan/pergigian, memandangkan pihak JPA/KPT seolah-olah tidak mengiktiraf kepakaran yang ada pada mereka dengan meletakkan mereka setara dengan pensyarah pelatih yang masih belum memiliki apa-apa ijazah lanjutan.

Mungkin pihak JPA/KPT boleh memikirkan kaedah yang lebih baik untuk permasalahan ini dengan cara menaikkan gaji permulaan pensyarah perubatan/pergigian gred 51/52 ke skim SBPA pada tangga T4 atau lebih tinggi supaya gaji pensyarah perubatan/pergigian ini sama dengan pensyarah pelatih apabila pensyarah pelatih menamatkan pengajian kelak.

14 ulasan:

Rakan Ubat Gigi berkata...

Pensyarah pelatih sekarang diberi gred DUG1-5(KUP) atau Khas Untuk Penyandang. Gred DUG1-5 hanya untuk tunjuk sahaja. Gred gaji mereka diselaraskan mengikut DUG1-3. Masalah terbesar di kalangan Pensyarah Perubatan/Pergigian IPTA sekarang adalah di mana mereka yang BARU menyertai IPTA, sama ada sebagai Pensyarah Pelatih ataupun Pensyarah(Pakar) mendapat penyelarasan gaji ynag jauh lebih tinggi daripada mereka yang telah lama berkhidmat untuk IPTA. Sebagai contoh, pada awal 2010, seorang Pegawai Perubatan/Pergigian yang menyertai IPTA dengan Gred UD41/U41 akan diberi DUG45 pada tangga gaji P1T1. Setelah setahun dia berkhidmat, dia akan dinaikkan ke P1T2 dan sebagainya (ikut norma). Tetapi, setelah Pengumuman YAB Perdana Menteri yang menjanjikan kenaikkan pangkat secara "time based", kawan-kawan pegawai ini yang kekal di Kementerian Kesihatan akan secara automatik dinaikkan kepada UD44/U44 selepas 2 tahun. Dan jika rakan-rakannya ini menyertai IPTA juga, mereka akan masuk dengan gaji UD44/U44 dan diberi gaji permulaan P1T5/T6 dan sebagainya, walaupun jumlah perkhidmatan mereka semua adalah sama. Dengan SBPA, Pensyarah-Pensyarah yang baru menyertai IPTA ini akan mendapat penyelarasan ke P1T6/T7, manakala Pensyarah yang sertai lebih awal kekal P1T2/T3. Perbezaan gaji ini berjumlah RM1000 lebih... Kes yang sama Bagi Pensyarah Gred 51/52 juga, rakan-rakan mereka ynag menikmati kenaikkan pangkat "Time Based" di KKM dan kemudiannya menyertai IPTA akan mendapat kenaikkan gaji yang berjurang besar. Tangga gaji patut diselaraskan semula mengikut sama ada seseorang pensyarah mempunyai kepakaran, dan sudah beberapa tahun pensyarah tersebut berkhidmat sebagai pakar. Dan untuk semua Pensyarah yang mempunyai kelayakan yang sama, tangga gaji patut diselaraskan sama mengikut Jumlah Keseluruhan Perkhidmatan mereka, di mana mereka yang berkhidmat 4 tahun diselaraskan sama, yang 5 tahun, diselaraskan sama, yang 10 tahun juga sama dan sebagainya. Banyak juga rungutan tentang hal ini, diharap JPA/KPT/CUEPAC sedang mendengar.

MZR berkata...

Rakan Ubat Gigi: Dimana tuan dapat maklumat tentang DUG 1-5 (KUP) ini.Minta evidence base? Apa syarat DUG (1-5) KUP ini beralih ke DUG (1-5) hakiki? Ada ijazah kepakaran atau time base 5 tahun berkhidmat?

Rakan Ubat Gigi berkata...

Sila cari dan lihat-Surat edaran KPT.S.500-6/10 Jilid 12(2) bertarikh 20 Disember 2011 untuk DUG45.
Kenaikkan Pangkat ke DUG1-5 tanpa KUP tak tentu lagi. Pertanyaan kepada pihak IPTA/KPT/JPA tidak mendatangkan jawapan kukuh. Hanya minta tunggu selepas perbincangan dibuat.

Tanpa Nama berkata...

@rakan ubat gigi: anda pasti ke gred diberi 1-5 KUP tp gaji diselaraskan digre 1-3? setahu saya semua pensyarah pelatih dioffer gred gaji 1-5 (DU=5355, DUG 5350).. saya setuju dengan permasalahan di mana KPT tidak secara telus mengkaji gred untuk semua DU/DUG semua pangkat ni secara adil bila compare dengan KKM. sekarang pun beza gaji antara UD/UG dan DU/DUG hanya 5 ringgit. 5 ringgit untuk cover service, admin, pengajaran, research berbanding yang dekat kkm buat service and admin sahaja. Du ok lg kut sbb ada insentif mengajar, DUG??? insentif mengajar pun tak dapat... beza 5hinggit saje... semoga KPT/JPA kaji dengan telus kali ini.. sy pasti ramai yang letak jawatan dan lari masuk private klu masalah ni masih berlarutan

Tanpa Nama berkata...

Rakan Ubat Gigi: camne nak cari surat edaran tu. google xdpt pun...

Rakan Ubat Gigi berkata...

Memang confirm, sebab sayalah satu daripadanya. Bila saya sain, saya ditawar DUG1-5 tanpa KUP. Setelah satu minggu saya bersetuju dengan tawaran tu, opsyen diturunkan kepada DUG1-5(KUP) dengan scala gaji DUG1-3. Tibe2 je opsyen yang saya telah sain dan dikatakan muktamad tu ditukar tanpa pengetahuan saya. Bila saya menyoal universiti, dikatakan terdapat penyelarasan baru bersama "quote" dari surat edaran tu. Jika mahu surat edaran tu, kena lihat dengan Jabatan Pendaftar masing2. Saya tak boleh buat ape2 sebab berada di luar negara. Rakan2 saya lain yang senasib pun tidak puas. Sekarang kami semua sedang "berbincang" dengan IPTA dan KPT. Tapi CUEPACS?? takde guna bincang dengan mereka, tiap2 hari cakap pasal guru dan polis je. Pensyarah adalah kumpulan yang telah dilupakan. Elauns pengajaran pun takde, macamlah tugas mengajar kita tidak penting. Memang ramai yang fikir dan letak jawatan dah...

Tanpa Nama berkata...

Sorry, fikir NAK letak jawatan

Tanpa Nama berkata...

rakan ubat gigi: maafle.. mungkin anda dari UKM kut (sebut terus tanpa niat menjatuhkan univ) sbb yang saya dengar sekarang UKM sahaja yang menarik balik offer 1-5 T1 dekat trainee tu ke gaji T3, tp saya (pun trainee jugak) masih di offer 5350 1-5. kawan saya yang trainee kat USIM pun sama.

Tanpa Nama berkata...

semoga kali ini org2 kat kpt yang bertanggung jawab pada gaji pensyarah2 ini lebih bukak mata.. bukannya buat keje sambil lewa n tak phm, pahtu suka suki letak gred.. tak kisah tunggang tebalik janji gaji diorg yg naik....kepada KPT sila le ambil perhatian atas apa yang berlaku. masalah trainee ni bukan baru thn ni muncul, sejak KKM buat laluan kerjaya, KPT mmg buat tak endah kat trainee, kesannya walaupun trainee dah abih study, gaji mereka masih rendah berbanding pegawai kat KKM... bukan xpernah diutarakan masalah ini.. tp KPT seolah2 buat pekak n tak nak ambik tau. sekarang lagi teruk bila SBPA dibuat tanpa ada kajian mendalam. bukan niat menunding jari ttp harap KPT lebih belajar dari eksilapan. jgn samapai tiada pensyarah yang sanggup mengajar baru kelam kabut cari penyelesaian

Rakan Ubat Gigi berkata...

Tak sangka perkara buruk sebegini diketahui semua orang... memalukan, memalukan... Menjatuhkan maruah pensyarah saje...

Tanpa Nama berkata...

Rakan ubat gigi: u dah ckp 5 thn service blm.

Rakan Ubat Gigi berkata...

Dah lima tahun, sedang uruskan dengan Fakulti saya, kononnya kena serahkan "Bukti" servis saya kepada pejabat Dekan. Bodohkan? Kan buku servis saya ada kat Bhg Sumber Manusia, nak "Bukti" ape lagi... Menyusahkan sebab saya bercuti belajar.

Tanpa Nama berkata...

Sbpa diumumkan Di mansuhkan pada 8 mac 2012... Camne status pensyarah pelatih perubatan ni? Masih kekal du45 ke although dah lbh 5 yrs service ni...? Any comment...

Tanpa Nama berkata...

Skali lagi... Nasib pensyarah pelatih perubatan tidak terbela... Ssm dimansuhkan. Dia pengumuman berkaitan dengan pensyarah pelatih perubatan. Time based hanya disentuh untuk golongan para guru saja... Siape kah harus dipersalahkan. Jadi, apekah laluan laluan kerjaya yg dikatakan terlalu istimewa dgn memilih utk berkhidmat dgn kpt.