SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

19 Januari 2012

WAKIL PERSATUAN, SEKERJA DIJEMPUT SERTAI PERBINCANGAN SBPA IKUT KEPERLUAN

Bernama
19/1/2012



PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) -- Wakil persatuan dan kesatuan sekerja yang mewakili skim perkhidmatan tertentu serta pihak lain yang berkaitan, akan dijemput dalam perbincangan pasukan petugas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata pasukan petugas itu juga akan berusaha mencari penyelesaian terbaik berhubung isu yang dibangkitkan.

"Namun demikian diingatkan bahawa kerajaan juga mempunyai kekangan tertentu yang mungkin tidak akan dapat memenuhi kehendak semua pihak. Dalam hal ini, sokongan dan kerjasama semua pihak amatlah dihargai," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan surat pelantikan kepada anggota pasukan itu di sini Rabu.

Beliau berkata kerajaan amat prihatin dengan aduan dan rungutan orang ramai termasuk penjawat awam, dan bersedia mendengar serta menelitinya untuk tujuan penambahbaikan secara berterusan.

Pada sidang akhbar selepas itu, Mohd Sidek berkata beliau yakin dengan kemampuan pengerusi pasukan petugas berkenaan iaitu bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam yang berpengalaman luas.

"Sudah tentu semua hasrat dan permasalahan akan didengari, ia termasuklah hasrat penjawat awam peringkat tinggi dan juga peringkat rendah.

"Tetapi apa yang penting di sini ialah produktiviti, jika ada kenaikan gaji, maka haruslah ada juga peningkatan produktiviti," katanya.

Pada majlis itu, sepuluh anggota pasukan petugas tersebut menerima watikah pelantikan masing-masing dengan didahului pengerusinya, diikuti Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Farida Mohd Ali serta Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun.

Selain itu, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan Datuk Nozirah Bahari, Pengarah Pembangunan Organisasi JPA Datuk Basaruddin Sadali, Pengarah Saraan JPA Raja Noor Zaedah Raja Ahmad dan Pengarah Perkhidmatan JPA Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman.

Pasukan itu turut dianggotai Timbalan Pengarah Belanjawan (Dasar) Bahagian Pengurusan Belanjawan Kementerian Kewangan K Givananadam, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan Kementerian Kewangan Hazanah A Bakar serta Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.



-- BERNAMA

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu bincang apa apa.Mau naikkan gaji pokok dan elaun elaun saja dan juga kenaikkan gaji tahunan itu sudah cukup.bincang buang masa.

Tanpa Nama berkata...

SEMEMANGNYA perlu untuk wakil kesatuan sertai rundingan kerana tidak mahu perbincangan menjadi buang masa jika ketetapan telah dibuat sebelum berunding.

Penyertaan kesatuan dapat membantu maklumat tepat dari grass-root yang terabai dan merasakan PTD-JPA menjadi pemutus total untuk mereka.

Sekurang-kurangnya isu Kakitangan awam disemua sektor (Gred N,U,DS, DG,W, S dan lain2) di lapor oleh kesatuan dan bukan semata-mata maklumat dari Ketua Setiausaha Kementerian.

Jemputlah mereka untuk tranformasi perkhidmatan awam yang terbilang dan gemilang.

Terima Kasih.
Kabyn

Tanpa Nama berkata...

sila kaji gaji,laluan kerjaya gred dan dlm kluster kump apa yg patut diletakkan untuk pemegang diploma!!!

Gred ini merupakan gred tersepit dan terhimpit..

dan sila semak peranan tugas/tanggungjawabnya kembali..
(memandangkan bebanan kerja adalah sama dengan PnP namun dari segi gaji/elaun adalah sama dengan gred bawahan)

bila isu kenaikkan gaji/gred dibangkitkan,maka golongan inilah yg makin tersepit/dihimpit..alasanya,kami org atas..atas mana sangatla!!!jurang gajinya antara 41 dan 29 dilihat sangat jauh..manakala jurang gaji antara 29-17 sangat hampir..

Pohon dikemaskini,serta ditelitikan..

selain dari laluan kerjaya utk gred ini boleh dikatakan sebagai penghujung karier..diploma dari gred 29 jika bernasib abik boleh naik 2 gred lagi..tetapi utk lepasan SPM,mereka boleh bertukar2 gred melalui alternatif kpsl..Xkisahla kpsl tu senang/susah..namun kpsl tersebut boleh didapati semasa dlm berkhidmat dan mendapat gaji serta dikira servisnya...buat diploma Xdikira dh servis..

pohon kaji semula..

saya amat pasti bahawa gred ini adalah gred yg paling tertindas..

cth:gred 41 & 29 jurang gaji sangat jauh..gred 29-17 dan kebawah Xjauhpun bezanya..namun,bila situasi pemberian insentif bonus & penambahbaikkan gaji gred bawahan,gred kami dipinggirkan..hanya gred bawahan yg dibantu..jesteru jurang gaji yg sedikit td menjadi terlalu nipis..namun jurang kami dgn PNP masih kekal begitu..wujudnya jurang gaji yg besar didalam setiap kump yg ada dan bukanya diantara gred!!!

Khamis, Januari 19, 2012 9:46:00 AM

-------------------------------

Wakil-wakil buat kerja elok-elok ya....

Tanpa Nama berkata...

Nak kaji parbender kalo gaji SBPA dah nak dibyr Februari 2012 ikut draf asal...?

bai berkata...

Kami golongan guru juga mengalami kenaikan gaji yang tidak seragam. Satu lagi persoalan mengapa penjawat awam yang berkhidmat selama tahun ganjil tangga gajinya dalam SBPA akan sama dengan tangga gaji penjawat awam yang berkhidmat setahun awal daripada mereka? Ini akan membawa banyak keuntungan kepada mereka yang berkhidmat pada tahun ganjil. Malah kenaikan penjawat awam tahun ganjil lebih tinggi daripada kenaikan penjawat awam tahun genap.

Pertukaran pergerakan gaji tahunan juga menimbulkan tidak puas hati kerana ada sesetengah penjawat awam dipercepatkan anjakan tahunan mereka dan ada juga ditangguhkan anjakan ke belakang. Kalau dikaji mengenai SBPA, masih banyak lagi perbezaan ketara.
Apa yang paling adil untuk semua penjawat awam ialah membuat pelarasan gaji berdasarkan peratusan mengikut gred seperti dibuat sebelum ini kerana terlalu sukar untuk memuaskan hati semua 1.4 juta penjawat awam
Moga pihak JPA buka mata akan tu agar tidak berlaku ketidak puas hatia ...nak buat pelarasan pun biarlah adil.Pada pandangan saya kenapa masalah gaji senior sama dgn gaji junior dan sebagainya jadi begitu.

Banyak lagi diskriminasi yang dilakukan oleh JPA dalam SBPA ini.

Saya berpendapat yang SBPA ini SEPATUTNYA DITANGGUHKAN dahulu.naikkan peratus gaji sama...contoh 10% untuk semua gred..jadi kenaikan adalah adil kepada semua gred....sekarang ni bila sbpa gaji junior lebih tinggi dari senior..sapa tak frust...

Naik gaji ikut peratusan dan match ke jadual gaji baru SBPA baru betul dimana kenaikan tidak kurang dari 1 pergerakan gaji tahunan.
Jika cara ini dilaksanakan tiadalah kenaikkan gaji yg tidak seragam dan adil.

Mengapa tak selaraskan saje..T1 SSM ke T1 SBPS, T2 SSM ke T2 SBPA... dan setrusnya

Betul apa yang artikel ini persoalkan....memang tak adil....saya komen ni sebab ini berlaku kepada kawan saya..dia juga adalah senior saya kat tempat kerja...dia dah kerja dah 5 tahun ...bila pelarasan gaji gaji dia sama ngan gaji saya yang baru berkhidmat 3 tahun...mana keadilan...kesian dia....dia dah laa kerja tip top walaupun senior tak pernah berkira apa2 pun....tapi bila jadi keadaan mcm ni mana KEADILAN untuk dia dan penjawat yang senasib dengannya...
Kalau nak kira kenapa perlu saya bising2..sebab hal ini saya yang untung....tapi apa guna gaji mahal tapi keadilan tak de...lagipun sure dalam hati dia atau penjawat awam yang senasib ngan dia ada perasaan tidak puas hati.....saya sendiri pun rasa segan dengan dia....dia banyak ajar saya...
memang tak adil...JANGAN LA SAMPAI ADA YANG TERANIYA....MANA TAK ANIAYANYA KALAU KEJE DAH LAMA TAPI GAJI SAMA NGAN YANG ORG BARU.....ORG TAK RASA MEMANG LAAA TAKKAN BISING TAPI CUBA DUDUK TEMPAT YANG TERANIAYA MEMANG SAKIT HATI GILA.....DAH LAA SESETENGAH TU BUKAN WAT KERJA SANGAT...MAIN TOLAK KEJE JER...TUP..TUP GAJI SAMA NGAN YANG LAMA YANG WAT KERJA MACAM NAK MATI...KAJI SEMUA PIHAK BUKAN SATU KATEGORI JER......

pendapat saya, better kenaikan sesuai mengikut seniority dan perbezaan tidak sebegitu ketara.
mana adil kalo saya yang lapor diri apr 2010, naik gaji hanya rm167 sahaja, padahal peg yang masuk julai 2011, naik sampai rm260 utk sama level gaji dgn saya.
tu x kira lagi dgn pegawai yg msuk Nov 2009 (5 bulan lebih awal dr saya). NAIK SAMPAI RM300!! paling x tahan bila dia berlagak tu la. kalo dia x berlagak, sikit pun saya x tau yg gaji kami naik sgt2 berbeza, ok?

GAJI SBPA Junior setahun 3 bulan n senior 5 bulan naik melampau sbb dorg lapor diri ms tahun gnjil.. dan saya yang malang ni, naik ciput sbb lapor diri ms taun genap..mana keadilan

Kami golongan guru memohon semoga pihak Tan Sri, Dato',Tuan, Puan dapat membuat pertimbangan yang memuaskan semua pihak , yang senio tidak rugi dari gaji yang junior, harap-harap semakan gaji nanti biarlah yang T3 SSM ke gaji T 3 sbpa dan seterusnya. Segala tindakan Tansri, Dato', Tuan , Puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

2bz4money berkata...

Adalah diharapkan wakil persatuan ini merupakan yg boleh menyuarakan pendapat dan mempunyai asas, fakta dan justifikasi untuk menyokong cadangan mereka. Kita tak mahu lagi 'rumah siap, pahatpun berbunyi'. So, wakil persatuan jumpa ahli2, kumpulkan maklumat serta buat kertas cadangan sblm hadir perbincangan SBPA. Tin kosong dan sembang deras hanya terpakai untuk politikus shj.

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH KERAJAAN KERANA SUDI KAJI ISU JAWATAN (SPM+SIJIL)..

Tanpa Nama berkata...

gaji oh gaji.. byk yang tak adil..

Tanpa Nama berkata...

kami menunggu 3 bulan lagi..semoga ada perubahan bagi gred FT17..

Tanpa Nama berkata...

huyOooh....

yg lelain tu sumer JUSA tue...ada chances ke kalini???

Tanpa Nama berkata...

Pengerusi Gred-Gred dalam Cuepacs jangan menyamar jadik wakil pihak kesatuan-kesatuan semasa perbincangan dgn pihak JPA.

Aku memang tak percaya dgn kredibiliti dan kemampuan kamu utk berhujjah dgn Top Guns dpd JPA ini !

Elok dah tu jemput KESATUAN YG MEWAKILLI SKIM PERKHIDMATAN mereka utk bersama dlm mempertahankan hujjah mreka dlm perundingan ini.

Aku pasti yg terbaik utk PA dapat dinikmati dlm SBPA ini.
WIN -WIN
salam.

Tanpa Nama berkata...

Naikkan lagi gaji JUSA 200% baru betul, alang2 nak membalun! Perangai cakap tak serupa bikin!

Tanpa Nama berkata...

harap boleh dijemput wakil persatuan penolong pegawai pertanian jabatan pertanian kelantan...
kumpulan B/ gred 27 ( diploma) banyak yg tertinggal ...

ppp

Tanpa Nama berkata...

Bila ahli panel nak mari kelantan..aku nak jummpa nak royat nak tunjuk..org2 hak naik bawah rm10, skim2 yang tertinggal dll.
Harap ada perjumpaan dgn union2 di klntan nanti.
Cuepacs kelantan kena pro aktif la sikit..jangan asyik duk berjalan mkn angin je. Puak2 demo tu bnyak guna duit wat bejln je.. berapa kali setahun buat program jumpa ajk union2 yg ada?? apa yg dipejuangkan..ahli2 union di klntan pun nak tahu juga..sebar2kan la

ajk cuepacs

Tanpa Nama berkata...

sila kaji gaji,laluan kerjaya gred dan dlm kluster kump apa yg patut diletakkan untuk pemegang diploma!!!

Gred ini merupakan gred tersepit dan terhimpit..

dan sila semak peranan tugas/tanggungjawabnya kembali..
(memandangkan bebanan kerja adalah sama dengan PnP namun dari segi gaji/elaun adalah sama dengan gred bawahan)

bila isu kenaikkan gaji/gred dibangkitkan,maka golongan inilah yg makin tersepit/dihimpit..alasanya,kami org atas..atas mana sangatla!!!jurang gajinya antara 41 dan 29 dilihat sangat jauh..manakala jurang gaji antara 29-17 sangat hampir..

Pohon dikemaskini,serta ditelitikan..

selain dari laluan kerjaya utk gred ini boleh dikatakan sebagai penghujung karier..diploma dari gred 29 jika bernasib abik boleh naik 2 gred lagi..tetapi utk lepasan SPM,mereka boleh bertukar2 gred melalui alternatif kpsl..Xkisahla kpsl tu senang/susah..namun kpsl tersebut boleh didapati semasa dlm berkhidmat dan mendapat gaji serta dikira servisnya...buat diploma Xdikira dh servis..

pohon kaji semula..

saya amat pasti bahawa gred ini adalah gred yg paling tertindas..

cth:gred 41 & 29 jurang gaji sangat jauh..gred 29-17 dan kebawah Xjauhpun bezanya..namun,bila situasi pemberian insentif bonus & penambahbaikkan gaji gred bawahan,gred kami dipinggirkan..hanya gred bawahan yg dibantu..jesteru jurang gaji yg sedikit td menjadi terlalu nipis..namun jurang kami dgn PNP masih kekal begitu..wujudnya jurang gaji yg besar didalam setiap kump yg ada dan bukanya diantara gred!!!

Khamis, Januari 19, 2012 9:46:00 AM

-------------------------------

Wakil-wakil buat kerja elok-elok ya....
-------------------------------
AKU NAK TAMBAH ...
WAKIL2 YG ADA RAMAI YG BERADA PD ZON SELESA..RAMAI DUK GRED 36/38/40 DAH
.. BUAT KEJE GITU2 JE GAMAKNYA
..HARAP2 X GITU LE..
TAPI KALU X GITU..APA PASAI GENG2 DIPLOMA LEH TERTINDAS EK ?!?!?

Kakitangan Kontrak berkata...

Minta sgt kakitangan kontrak yg persekutuan atau negeri pun dpt SBPA jugak. Barulah betul2 adil...

Tanpa Nama berkata...

TAN SRI, DATUK2 DAN AHLI PASUKAN PETUGAS SEMAKAN SBPA,

GRED LANTIKAN DGN DIPLOMA BANYAK YG TERTINGGAL...
KAJI BETUL2 ..JGN KAJI YG TERTENTU SAHAJA.

Tanpa Nama berkata...

ADAKAH WAJAR JPA MENYAMATARAFKAN DIPLOMA DGN STP/SIJIL POLI..???
BAGI PEMEGANG STP/SIJIL POLI - YA
BAGI PEMEGANG DIPLOMA - TIDAK

ITU KENYATAANNYA.. TAPI JPA SEOLAH2 BUAT PEKAK BADAK SEJAK DULU2 LG

org jpa

Tanpa Nama berkata...

ayat2 kat sini nampak sangat penulisnya akal semua pendek. belajar tak tinggi agaknya huhuhu... tapi ada hati nak gaji tinggi. kalau kat swasta bye bye la awal2 huhuhu..

Tanpa Nama berkata...

Kemana arahnya jpa nak bawa kpd penjawat2 berdiploma..??
Dibaiki or dinaik taraf pun tidak. Tapi yang besijil dinaiktarafkan.
Kalau kata nak hapus yang berdiploma tu..kenapa dekat u sekarang masih dibuat program diploma???
Aku pun x reti mcmmana cara pegawai tinggi d jpa berfikir dan bekerja??
Dari bawah dihimpit..ke atas makin ditinggalkan..
Harap next presentation by pasukan petugas ni..kabinet kena lebih prihatin terutama bab matagaji.
Geng2 berdiploma juga mampu utk runtuhkan kabinet..
ramai yg rapat dgn org2 kampung atau tanah2 rancangan..
Betoi tak wahai penolong2 pegawai yang ketinggalan???

kumpulan diploma

Tanpa Nama berkata...

dlm sbpa gaji sijil poli/stpm/setaraf lebih baik drpd gaji diploma terutama pabila dekat2 maxima nanti , kecuali J2-1 (j29). Kalau yg masuk jwtan guna diploma2 lain spt diploma pertanian,penilaian,perikanan,ekonomi, sains dsbnya, akan duk belakang dari segi gaji. Bila pencen nanti org sijil lebih baik.

gred 3-1 t20 rm4185
gred 3-2 t15 rm4695/4880
gred 3-3 t15 rm5230
gred 3-4 t15 rm5555

ni gaji org diploma lak (g27)
2-1 t20 rm4330
2-2 t15 rm4880
2-5 t15 rm5930

Ni gaji degree
1-1 t20 rm6215

yang aku persoalkan..
KENAPA GAJI SIJIL LEBIH TINGGI DARI DIPLOMA BILA DAH JADI KANAN ATAU TERTINGGI??
KENAPA SBPA DIBUAT CAM TU?
JPA X RETI NILAI DIPLOMA DGN SIJIL NAIK TARAF KE?
KALU 1 NAIK TARAF, KENAPA 1 LAGI TAK?
kenapa sijil boleh potong gaji diploma?? sedangkan gaji diploma x potong degree..!!

Petugas semakan kena ambil tahu dan tindakan tu sebelum DS Najib marah nanti..
Jangan nampak kecil atau pura2 telepas pandang..
Mungkin kesannya besar ...

org lama

darjah 6 je berkata...

ayat2 kat sini nampak sangat penulisnya akal semua pendek. belajar tak tinggi agaknya huhuhu... tapi ada hati nak gaji tinggi. kalau kat swasta bye bye la awal2 huhuhu..
################################

APA CADANGAN KAU WAHAI ORG YG RASA DIRI KAU TU BIJAK ???

Tanpa Nama berkata...

Permintaan untuk pindah gaji dari T yg sama dlm SSM ke SBPA akan menyebabkan masalah lebih besar. Gaji SBPA DG41 (T14) jauh melebihi gaji SBPA DG44 (T2), sedangkan dari segi senioriti (tahun berkhidmat), guru DG44 lebih senior. Fikir dulu sebelum usulkan sesuatu.

GC KL berkata...

SBPA pembunuh senyap GC..yang sedihnya..tiada siapa pun yang memperjuangkan masa depan GC.. banyak orang pula gembira apabila GC berkubur tanpa nesan....

Tanpa Nama berkata...

aku cadangkan gaji diselaraskan mulai kakitangan bawahan bru la gaji atsan akn seragam....ni x...yg g selaras pon x kne gaya..ntah cmne mmbuat ntah..aduyaiii..

Tanpa Nama berkata...

ayat2 kat sini nampak sangat penulisnya akal semua pendek. belajar tak tinggi agaknya huhuhu... tapi ada hati nak gaji tinggi. kalau kat swasta bye bye la awal2 huhuhu..
################################

APA CADANGAN KAU WAHAI ORG YG RASA DIRI KAU TU BIJAK ???

rmrmrmrmrmrmrmrmrmrmrmrmrmrmrmrmrm

SBPA menyebabkan PA keji mengeji antara satu sama lain...

PRU-13 berkata...

SIAPA NAK RM100? SAYA. SIAPA NAK RM200? SAYA. SIAPA NAK RM500? SAYA. SIAPA NAK GAJI NAIK? SAYA. SIAPA NAK HARGA BARANG NAIK? TAKKKKKKKKK NAKKKKKKKKKKKKKK