SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

20 Januari 2012

KES DR NOOR SOERAYA TERPENCIL DAN BUKAN DISEBABKAN KELEMAHAN SISTEM

Bernama
19/1/2012



PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) -- Kes membabitkan bekas Pengarah Jabatan Veterinar Negeri Sembilan Datuk Dr Noor Soeraya Norsham, adalah terpencil dan tidak bermakna terdapat kelemahan dalam sistem kenaikan pangkat, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau sebaliknya menegaskan sistem itu bagus kerana berupaya mengesan penipuan.

"Tak ramaipun,saya harap tak ramailah daripada 1.4 juta penjawat awam, cuma satu dua, okeylah," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat pelantikan kepada anggota pasukan petugas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Rabu.

Meskipun kecewa dengan apa yang berlaku, Mohd Sidek berkata jika wujud penipuan, individu yang melakukannya patut dikenakan tindakan tanpa mengira kedudukan atau jawatan.

"Kita hanya kecundang kalau kita tidak ambil tindakan," katanya.

Dr Noor Soeraya dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah di Seremban semalam dan mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan kenaikan pangkat.



-- BERNAMA

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masa bayar gaji tu tak semak ke !

Tanpa Nama berkata...

Doktor gila kuasa. Lg dsyat

Tanpa Nama berkata...

Dunia, dunia! Nafsu, nafsi, nisfu...

Tanpa Nama berkata...

Kalau lah
Kalau lah
Kalau lah
PTD yang buat macam ni?
Masak semua PTD.

Tanpa Nama berkata...

masih tertuduh belum sabit kesalahan lagi.jgnlah buat andaian negetif

Tanpa Nama berkata...

Sudah jelas sekarang PA bawahan akur dengan arahan sekadar meratapi nasib ,,Tapi Puak2 atasan yang tamak haloba .hanya ijazah panjang berjela,Namun buta pada Dosa dan Pahala,Halal dan Haram...tanggung sendiri lah akibatnya..

2bz4money berkata...

Kalaulah semua Ketua Jabatan tidak memegang amanah, akauntabiliti dan integriti; maka pincanglah pentadbiran negara. Penyalahgunaan kuasa dan tamak disyaki punca kepada berlakunya kes sebegini. Sistem kenaikan pangkat adalah betul tapi aktiviti pemalsuan boleh berlaku dimana2 shj.

mirul berkata...

Kerajaan harus menimbangkan elaun khas bagi ketua Pejabat tidak kiralah samada Pejabat kecil atau besar, sebab tangjungjawap ketua Pejabat amat besar jika Guru besar dan pengetua ada Elaun kenapa tidak Ketua Pejabat.

Tanpa Nama berkata...

JPA jangan beranggapan ini kes terpencil, sebenarnya banyak lagi kes- kes seperti ini berlaku, di sekolah contohnya berlaku penipuan apabila Pengetua memilih guru-guru utk gred DG48 & DG 44 utuk tingkatan 6, terdapat guru - guru yang tidak pernah mengajar tingkatan enam, tiba- tiba dapat gred 48 atau 44, atas dasar kroni pengetua, pekara ni sepatutny dipandang serius oleh pihak JPA dan Jbatana Pelajaran Negeri, salah guna kuasa yang dilakukan oleh pengetua sperti sepatutnya dipandang serius, guru-guru yang menjadi mangsa, bertungkus lumus mengajar tingkatan enam, tiba-tiba orang lain yang tidak mengajar dapat gred 44 atau 48. ramai pengetua yang bertindak sedemikian meminggirkan guru- guru yang sepatutnya dapat gred 44 & 48 tingkatan enam. Apa tindakan pihak JPA atau JABATAN PELAJARAN NEGERI. walaupun ada laporan, tetapi pihak JABATAN PELAJARAN negeri tidak mahu bertindak, ini menyebabkan guru-guru malas untuk melaporkan kepada pihak jabatan pelajaran negeri, malahan ada guru-guru yang bertindak melaporkan kepada jabatan pelajaran negeri, guru tersebut diugut dengan pelbagai ugutan dari pegawai JABATAN PELAJARAN negeri.

Tanpa Nama berkata...

DR Noor Soeraya ni pompuan ke betina??

Tanpa Nama berkata...

Guru ajar STPM semua gred 44 & 48? Memang hebat. Pensyarah yang ajar di politeknik hampir 100 % terdiri gred 41 je. Diploma polteknik dengan STPM, yang mana paling tinggi standard?

Oleh pensyarah gred 41 je.

Tanpa Nama berkata...

Minta kaji gaji PA bertaraf hakiki dan KUP. Kedua-duanya dibayar gaji yang sama tetapi tanggungjawab berbeza. Cth. Gred 17/22 KUP menjalankan tugas-tugas 17 manakala 22 Hakiki diberi tanggungjawab sebagai penyelia.
Diharapkan 22 hakiki dinaikkan ke gred yang lebih tinggi atau diberi elaun menyelia
===================================
patut diberi gred 26 KUP kepad yg gred 22 hakiki.atau lebih generous bagi gred 27, sebab gred 17 lepas jumud naik gred 27.

Tanpa Nama berkata...

strumMinta kaji gaji PA bertaraf hakiki dan KUP. Kedua-duanya dibayar gaji yang sama tetapi tanggungjawab berbeza. Cth. Gred 17/22 KUP menjalankan tugas-tugas 17 manakala 22 Hakiki diberi tanggungjawab sebagai penyelia.
Diharapkan 22 hakiki dinaikkan ke gred yang lebih tinggi atau diberi elaun menyelia
===================================
patut diberi gred 26 KUP kepad yg gred 22 hakiki.atau lebih generous bagi gred 27, sebab gred 17 lepas jumud naik gred 27.

Tanpa Nama berkata...

Guru ajar STPM semua gred 44 & 48? Memang hebat. Pensyarah yang ajar di politeknik hampir 100 % terdiri gred 41 je. Diploma polteknik dengan STPM, yang mana paling tinggi standard?
-----------------------
baru tahu ker? semua guru atau pensyarah di bawah KPM yang mengajar lepasan SPM, termasuk lah pensyarah di IPG, KOLEJ MATRIKULASI, IAB DAN TINGKATAN ENAM, sekurang-kurangnya gred DG 44 keatas..

Tanpa Nama berkata...

selepas jumud N17 naik ke N27 macamana tu hakiki N22 tak fahamlah

Tanpa Nama berkata...

Guru ajar STPM semua gred 44 & 48? Memang hebat. Pensyarah yang ajar di politeknik hampir 100 % terdiri gred 41 je. Diploma polteknik dengan STPM, yang mana paling tinggi standard?
-----------------------
baru tahu ker? semua guru atau pensyarah di bawah KPM yang mengajar lepasan SPM, termasuk lah pensyarah di IPG, KOLEJ MATRIKULASI, IAB DAN TINGKATAN ENAM, sekurang-kurangnya gred DG 44 keatas..
----------------------------------
sebab diploma poli budak2nya dh terbang tinggi...budak2 stpm masih merangkak tercari2...lihat sahaja pd result SPM dan kelayakan utk mengikuti program diploma berbanding STPM...ibarat kata,kalo letak cekgu freshie sekalipun dgn SBP,budak2nya tetap meletop jgk...yang penting otak sipenerima..bangang mana sekalipun cekgu yang ngajar,kalo bebudak tu lagi cerdik..tetap cerdik jugak...

Tanpa Nama berkata...

Guru ajar STPM semua gred 44 & 48? Memang hebat. Pensyarah yang ajar di politeknik hampir 100 % terdiri gred 41 je. Diploma polteknik dengan STPM, yang mana paling tinggi standard?

Oleh pensyarah gred 41 je.
----------------------------------
sebab diploma poli budak2nya dh terbang tinggi...budak2 stpm masih merangkak tercari2...lihat sahaja pd result SPM dan kelayakan utk mengikuti program diploma berbanding STPM...ibarat kata,kalo letak cekgu freshie sekalipun dgn SBP,budak2nya tetap meletop jgk...yang penting otak sipenerima..bangang mana sekalipun cekgu yang ngajar,kalo bebudak tu lagi cerdik..tetap cerdik jugak...

GC KL berkata...

SBPA pembunuh senyap GC..yang sedihnya..tiada siapa pun yang memperjuangkan masa depan GC.. banyak orang oula gembira apabila GC berkubur tanpa nesan....

PRU-13 berkata...

SIAPA NAK RM100? SAYA. SIAPA NAK RM200? SAYA. SIAPA NAK RM500? SAYA. SIAPA NAK GAJI NAIK? SAYA. SIAPA NAK HARGA BARANG NAIK? TAKKKKKKKKK NAKKKKKKKKKKKKKK

Tanpa Nama berkata...

Guru ajar STPM semua gred 44 & 48? Memang hebat. Pensyarah yang ajar di politeknik hampir 100 % terdiri gred 41 je. Diploma polteknik dengan STPM, yang mana paling tinggi standard?

stpm la hebat dari politeknik

Tanpa Nama berkata...

kes tipu naik pangkat ni mmg terjadi...kroni dia je naik..tue permainan org atsan.

Tanpa Nama berkata...

Orang bawah berdiam diri bila dianiaya. Dapat jawatan semasa temuduga pun boleh dijadikan tak layak. Nak mengadu kepada siapa, kuasa ditangan mereka.

Tanpa Nama berkata...

payah klu ada pengetua yg xtau apa2...asyik pikirkan dia saja...gaji dia, klem dia n cuti dia yg paling di utamakan...hal kebajikan guru???

RosyFitrah berkata...

Akhirnya 2 tahun penjara jugak/