SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

27 Januari 2012

CUEPACS KEMUKA 5 PEKARA UTAMA SEMAKAN SEMULA SBPA

Berita Harian
2012/01/27



GEORGETOWN: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata lima perkara itu tertumpu kepada aspek keadilan dan kesaksamaan khususnya bagi penjawat awam pada gred 54 dan ke bawah. Lima perkara terbabit ialah mengkaji semula pindahan gaji bagi gred 54 dan ke bawah; mengekalkan kedudukan kekananan yang ada dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA; mengkaji semula kedudukan gaji penjawat yang sudah lama mencapai tahap gaji maksimum; mengkaji semula kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus dan semak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred.
"Kami harap hasil semakan semula ini akan memberikan keceriaan kepada semua penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas taklimat SBPA kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, di sini, hari ini.

Omar berkata, beliau juga meminta supaya tiga lagi pegawai tertinggi dalam CUEPACS dibenarkan menyertainya pada mesyuarat pasukan petugas khas SBPA itu.

"Sekiranya tiga pegawai saya tidak dibenarkan untuk turut serta dalam mesyuarat itu saya akan tarik diri dari pasukan itu, kerana ia tidak adil bagi saya. Saya adalah wakil kepada 1.3 juta penjawat awam yang lain," katanya.

Selain itu katanya, CUEPACS akan membuat sesi jelajah sehingga April depan bagi memberi penerangan kepada penjawat awam mengenai SBPA.
"Sekarang ini kita cuma boleh minta semua penjawat awam supaya bersabar dan bertenang, tunggu sehingga tempoh semakan semula selesai," katanya.

SBPA yang sepatutnya dilaksanakan bulan ini ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada pasukan petugas khas menyemak semula skim itu yang dikatakan persatuan penjawat awam sebagai agak kurang adil serta mengelirukan.

Pasukan petugas khas itu yang ditubuhkan pada pertengahan bulan ini diberi masa tiga bulan untuk melakukan semakan dan mengemukakan cadangan baru kepada kerajaan. - BERNAMA

32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan Blog...
Satu cara Mudah untuk Menang-Menang dan menjimatkan ialah LAKSANAKAN SAHAJA KENAIKAN 7-13 peratus pada P1T1 setiap gred dan T2 nya naik mengikut kenaikan tahunan Gred masing2....begitulah seterusnya. kalau nak membantu juga pada Gred 54, Jusa dan Premier NAIK KAN LAH LAGI ELAUN MEREKA TAPI BUKAN PERATUS GAJI MEREKA,,,,biar elaun sampai 10 ribu dan elaun bebas cukai. Barulah membantu namanya.


oleh
7-13 peratus

oleh
7-13 peratus

Tanpa Nama berkata...

Saya adalah pegawai dari salah satu kementerian. Saya nak majukan masalah, bukan masalah saya tetapi masalah kawan yang berkhidmat di FELDA. Menurut rungutan kawan saya adalah kenaikan gaji atau anjakan gaji selepas lulus PTK aras 4. Saya terperanjat apabila diberitahu bahawa pegawai di FELDA yang lulus aras 4 PTK tidak dinaikkan gaji atas alasan yang diberikan adalah markah LNPT bagi 3 tahun tidak menunjukkan peningkatan. Apa yang saya tahu, apabila seseorang pegawai mengambil PTK dan lulus aras 4, maka layak untuknya diberikan anjakan gaji. Mohon pihak CUEPACS dapat menyelesaikan masalah ini agar bukan saja kawan saya malah lebih ramai lagi kakitangan di FELDA dapat pembelaan yang sewajarnya.. TQ

Tanpa Nama berkata...

Tlg le semak gred Hakiki J22 ni. J17 & KUP 22 pun sama taraf dgn hakiki. Mcm mana bole jadi cam tu. Naik pangkat tak perlu temuduga..tak perlu lulus PTK. Lihat2 lah kami ini..sblm dpt naik pangkat bermati2an kena lulus PTK..bila dh lulus...dpt jawatan..tiba2 sama gred dgn yg tak penah amik exam...klu ya pun timbang2la sikit penat lelah kami semasa di SSM dulu...jgnla buat kami mcm ni...

Tanpa Nama berkata...

PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN JPPH KERJA SEPARUH MATI TAPI JPA TIDAK HALUSI KENAIKAN GAJI IAITU SIFIR W2-1,W2-2 DAN W2-4.PENOLONG JURUTERA JKR BIDANG TUGAS LEBIH KURANG SAMA DGN PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN DAPAT SIFIR GAJI YANG MENARIK,BEGITU PENGHULU/PENOLONG PEGAWAI TANAH DULU TIDAK MENARIK KINI MENARIK KERANA SALURAN POLITIK MEREKA KUAT,CUEPACS TOLONG TENGOK DAN BANTU MASALAH INI

Tanpa Nama berkata...

pengurusan tertinggi JPPH minta kakitangannya buat kerja dengan cepat dari 8 hari kepada 5 hari untuk kes duti stem dan lain lain kerja,tetapi kenaikan pangkat lambat dalam JPPH untuk gred kanan,minta JPA,cuepacs kaji masalah ini supaya Peenolong pegawai penilaian, Pembantu Penilaian menjadi motivasi kejayaan JPPH seterusnya dengan terma terma masa untuk mempercepatkan kes.

Tanpa Nama berkata...

Nak cadang biar berakal sikit..yang cadang naik peratus 7-13 berasaskan P1T1 setiap gerd, mana boleh ? apa kata meka dok Gaji P2 @ P3, naik gaji x sampai 7% le..cerdiklah sikit..ko demo ni budak baru atau x pernah anjakan gaji belum ni hehehe...

Tanpa Nama berkata...

Senang je...tak payah dinaikkan gaji, buat susah2 je..turunkan harga barang, harga makanan, harga minyak, turunkan cukai ini dan itu.. turunkan tambang pengangkutan awam...kalau boleh, bagi tambang free ke...kalau boleh lagi.. buat proton saga yang harganya 5 ribu sebiji..kalau macam tu, sy percaya ramai penjawat awam yang akan berpuas hati...bonus tahunan bagi 3bulan...flat rate...gaji kasar...hehehe

Tanpa Nama berkata...

semuanya sudah ada story boad la....
pelawok......pelawok.......... pelawaok... wayang belaka seme tu.

alahai pa xyah komen2 lah..... sudah siap semua maaaaaaa..

jusa b.

Tanpa Nama berkata...

Nak cadang biar berakal sikit..yang cadang naik peratus 7-13 berasaskan P1T1 setiap gerd, mana boleh ? apa kata meka dok Gaji P2 @ P3, naik gaji x sampai 7% le..cerdiklah sikit..ko demo ni budak baru atau x pernah anjakan gaji belum ni hehehe...
________________
______________________
Woi Lembu selingkuh- Walau P2 atau P3 boleh pindah ke gaji terhampir pada matrik gaji sebaris....tetap terkehadapan juga. Adil 7-13 peratus secara umum dan boleh diperhalusi. Lu la study lagi-entah2 tak pernah pijak U tak. Harap sijil kecik nak gaji selori,

Ambik ko

Tanpa Nama berkata...

Dah diberi betis nak peha. Dah naik kepala cuepacs ni. Ingat semua kebaikan yang pa dapat tu hasil cuepacs ke? Agak-agaklah bila cakap tu. Jangan emosional.

Tanpa Nama berkata...

buat apa nak kaji gred 41 hingga ke gred 54 dah ok pun. yang perlu dikaji balik ialah gred gaji kumpulan pelaksana 40 ke bawah biar seimbang sikit gaji tu....ni dah jadi macam sistem kasta di India.

Tanpa Nama berkata...

pastikan gaji maxima dalam skala ssm ditawarkan gaji maxima dalam skala gaji SBPA nanti. Dan juga full pencen kepada pesara yang layak. Juga minima pencen sebanyak RM800.00 bagi pesara yang telah khidmat 10 tahun hinggalah 24 tahun.

Tanpa Nama berkata...

Perkara asas : Cuepacs 27 Dis.2011,TERIMA sbpa.

Perkara asas : Yang bagi ARAHAN TANGGUH sbpa PM Najib. PM mintak wakil PEKERJA masuk sbg Panel kajian semula sbpa.

Sekarang, wakil PEKERJA tak sepatutnya hanya CUEPACS!!

Cuepacs perlu mintak izin dgn PA utk wakilli PEKERJA.

Omar Osman SEPATUTNYA tak perlu tersenarai dlm Panel SBPA sebab dia & KPPA perlu BERTANGGONGJAWAB.

Saya sokong Azih Muda wakil PEKERJA mewakilli Cuepacs.

Tanpa Nama berkata...

Kami menghargai jasa baik kerajaan kerana menaik taraf sijil kejuruteraan politeknik setaraf STPM. Jawatan Juruteknik J22 & J26 kini adalah JA3-1 sama gred dgn jawatan Juruteknik J17. Dari itu kami Juruteknik J22 & J26(SSM) yang memiliki Sijil Kejuruteraan Politeknik @ yg telah memegang gred tersebut melebihi 10 tahun, mohon dipertimbangkan & dihargai pengalaman serta kekananannya. Sebelum ini kami juga berusaha utk lulus PTK & melalui prosesi temu duga sebelum dapat menjawat jawatan Juruteknik J22 @ J26. Dengan ini kami berharap pihak JPA memberi kami sedikit penghargaan atas usaha kami sebelum ini utk memajukan diri hingga dapat menjawat jawatan kanan dlm skim juruteknik. Harapan kami agar diberi gred berbeza dari gred JA3-1 supaya dpt membezakn kami dr gred J17 SSM. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya tiada berita baik untuk pesara dari cuepacs.Kami mau minta bayaran full pension kepada yang layak.

Tanpa Nama berkata...

Kami menghargai jasa baik kerajaan kerana menaik taraf sijil kejuruteraan politeknik setaraf STPM. Jawatan Juruteknik J22 & J26 kini adalah JA3-1 sama gred dgn jawatan Juruteknik J17. Dari itu kami Juruteknik J22 & J26(SSM) yang memiliki Sijil Kejuruteraan Politeknik @ yg telah memegang gred tersebut melebihi 10 tahun, mohon dipertimbangkan & dihargai pengalaman serta kekananannya. Sebelum ini kami juga berusaha utk lulus PTK & melalui prosesi temu duga sebelum dapat menjawat jawatan Juruteknik J22 @ J26. Dengan ini kami berharap pihak JPA memberi kami sedikit penghargaan atas usaha kami sebelum ini utk memajukan diri hingga dapat menjawat jawatan kanan dlm skim juruteknik. Harapan kami agar diberi gred berbeza dari gred JA3-1 supaya dpt membezakn kami dr gred J17 SSM. Terima kasih.sepatutnya macam niee..JPA

Tanpa Nama berkata...

Ada orang buat duit:

http://www.getcashforsurveys.com/?hop=compteur

Dah tau siapa akaun dia. Tu tulisan kat hujung tu "compteur"

Duit tu masuk poket siapa? hehehe

Tanpa Nama berkata...

Skim Kejuruteraan J ada tiga gred kelayakan masuk :

1-Juruteknik(Sijil Kej. Politeknik)
2-Pen. Jurutera(Diploma Kej. IPT)
3-Jurutera(Ijazah Kej. IPT)

Mohon JPA buat penstrukturan semula gred 3 skim J diatas.

Tanpa Nama berkata...

harap CUEPACS dapat mengkaji gaji Penjawat Awam yang telah lulus peperiksaan PTK..

Tanpa Nama berkata...

DATUK TOLONG AMBIL PERHATIAN PEMBANTU AM TIDAK HARUS DIGABUNGKAN DENGAN PEMANDU MENJADI PEMBANTU OPERASI.HAL INI KERANA SEMASA MEMOHON JAWATAN, KITA TIDAK MEMOHON JAWATAN PEMANDU.

Tanpa Nama berkata...

Mana2 yg xpuashati ngn SBPA brhenti je keje ngn krajaan,nk gji tnggi2..blajar mls.....BODOOOOOOOOOHHHHHHHH!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Setahu saya , kalau seseorang itu lulus PTK tahap 4 tapi prestasi nya below 80 untuk tempoh 3 tahun , memang tak akan diberi kenaikan sebab dia mungkin pandai untuk lulus..pandai menipu ke pandai menjawab ke...tapi dia tak buat kerja dgn baik..so napa nak dinaikan gaji nya melintang?

Tanpa Nama berkata...

Mana2 yg xpuashati ngn SBPA brhenti je keje ngn krajaan,nk gji tnggi2..blajar mls.....BODOOOOOOOOOHHHHHHHH!!!!!

Selasa, Januari 31, 2012 3:43:00 PM

___________________ STATEMENT yang amat bodoh, bahalul, tolol dan angkuh !!!

Tanpa Nama berkata...

Ingat Mati Tuan2!!!!. Terutama orang atas2 nanti mati, yang dibawa hanya amalan yg baik.Tidak pun gaji beribu yg dibawa.Paling diperingatkan kpd. kamu mati nanti orang2 bawahlah yang akan tolong kuburkan TUAN-TUAN INGAT !!!!!!.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS..tlg kami yg berjawatan PT(P/O). Tengok jwt operator telefon, tukang masak, Penyelia Asrama,...dimasukkan ke skim Pembantu Tadbir, tp kerja PTPO lebih byk dari mereka..sedangkan mereka buat kerja spesifik dgn jwt mereka...gaji sama plak...tolong lah kami PT(PO)ni...

Tanpa Nama berkata...

gile ptpo ni mengata tukang masak , operator telefon dan penyelian asrama . ingat dia sorang je yang bekerja , ingat dia je buk kerja . nak mintak sesuatu jangan drop skim lain , ptpo pun sempat tgk berblog dan berfb . di mana banyaknya keje tu ? jangan senaraikan list tugas2 tu pasai kang masukkan sekali tugas polis dan askar pulak sbb nak kata banyak .

Tanpa Nama berkata...

DATO' PRESIDEN,

KAKITANGAN AWAM YANG TIDAK BUAT KERJA JAWATAN HAKIKINYA TIDAK DISOKONG UNTUK KENAIKAN PANGKAT,TAPI MEREKA PANDAI MELOBI SEPARUH MATI UNTUK DAPAT NAIK PANGKAT DAN DAPAT ANUGERAH CEMERLANG.ASYIK BUAT KERJA LUAR DAN TIDAK MINAT DENGAN JAWATAN HAKIKI.KEMUDIAN MENYALAHKAN CUEPACS,LAGI SATU TIDAK JADI AHLI KESATUAN SEKERJA KUTUK PRESIDEN CUEPACS PULA,TAK PANDAI,YANG HAIRAN MEREKA TIDAK JADI AHLI GABUNGAN CUEPACS.KAMI MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA BUKAN AHLI MENGUTUK DATO PRESIDEN DALAM APA JUA ISU,JADI APA BILA HAJAT MEREKA TERTUNAI MAKA W/PUN TAK JADI AHLI,KATA PULA APA GUNA JADI AHLI KESATUAN SEKERJA,KAMI PUN DAPAT BONUS DAN LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN YANG DITUNTUT OLEH CUEPACS.

Tanpa Nama berkata...

Dato Presiden,

Dalam JPPH Malaysia,ada kakitangan dari mula kerja hingga naik pangkat masih kekal ditempat yang sama,harap dato pengurusan tertinggi dalam jpph seperti Dato Ketua Pengarah,Timbalan ketua Pengarah,apa kami buta,dalam kes ini,bila kami tanya KPP dan Timbalan ketua Pengarah kata lain.

Tanpa Nama berkata...

Panel SBPA; utk tindakan Y. BHG. Datuk Farida,

1)JPA DIHARAP SEMAK SKIM PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN DAN PEMBANTU PENILAIAN,APABILA ADA PERUBAHAN SKIM, NAMA JAWATAN BERUBAH,GRED GAJI TAK BERUBAH,DULU JAWATAN PEMBANTU PENILAIAN DISEBUT JURUTEKNIK PENILAIAN BILA SSB/SSM DIUBAH KE PEMBANTU PENILAIAN KINI GRED GAJI MASIH KEKAL W17(GRED BARU W4-1),PELUKIS PELAN DULU GRED RENDAH DARI PEMBANTU PENILAIAN SEKARANG J3-1,KEBANYAKAN YANG BEKERJA DIJPPH BUKAN ADA SIJIL KEMAHIRAN,JPA TENGOK DARI APA?KAMI PEMEGANG SIJIL INSPEN KELUARAN INSTITUT PENILAIAN NEGARA JABATAN PENILAIAN HARTA MALAYSIA BANGI TELAH DIIKTIRAF SIJIL OLEH JPA,TETAPI JPA YANG TAK NAMPAK PULA kepada kami BAGI W3-1 kpd PELUKIS PELAN yang tiada sijil kemahiran.

2)Penolong Pegawai Penilaian dulu sama dengan Penolong Jurutera,Penolong Pegawai Perancang,apabila SSB dan SSM,kami jadi gred rendah sama taraf dengan penolong pegawai tadbir,penolong pegawai tanah,penghulu dan lain-lain,sedangkan belajar di Universiti spt Uitm,UTM amat pecah kepala nak mengingatkan KTN,Akta Perancang,Akta Kerajaan Tempatan,Akta Parit dan jalan dan lain-lain merupakan pembelajaran secara teknikal,namun kini gaji W2-1,W2-2,W2-4.Penolong Pegawai Perancang J2-1,J2-4 dan J2-5.Tanggungjawab berat dijpph kerja mesti cepat,buat masa ini tempoh kerja disingkat,kerja lebih,jpa tak tengok dan pandang masalah yang dihadapi oleh Penolong pegawai penilaian dijpph.Kumpulan atasan cepat naik macam 41 untuk ke 44,44 ke 48, 48 ke 52 dan 52 ke 54,ada kosong terus naik.

Tanpa Nama berkata...

GRED 41,44,48,52,54,JUSA DIJPPH MALAYSIA DIJAGA KPP JUSA A MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT YANG SELESA APABILA ADA KEKOSONGAN.
GRED 36,32,27,26,22 DAN 17 DIJAGA OLEH TIMBALAN KPP JUSA B,UNTUK MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT KE 22,26 DAN 32 SERTA 36 AMAT PAYAH DIBANDINGKAN DENGAN JABATAN JABATAN LAIN,TIMBALAN KPP PENGURUSAN NAIK PANGKAT SENANG TAPI ORANG BAWAHAN LAMBAT.

Tanpa Nama berkata...

JPA TIDAK BUAT KAJIAN MENYELURUH TERHADAP JAWATAN PEMANDU,PEMBANTU AM PEJABAT DAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN DAN JURUTAIP(SKRG PEMBANTU TADBIR),JIKA PERLU TENGOK 2 MATA BUKA SATU MATA,PEMANDU TAU PANDU KERETA DAN PENJAGAANNYA,PEMBANTU AM PEJABAT TAU MERAYAU CURI TULANG boss takut bagi arahan,JURUTAIP TAU BERBUAL KOSONG MENGATA orang aku yang lebih,ketua pejabat membisu,pegawai khidmat pelanggan relak dalam skt sasaran kerja banyak,tapi apapun jawab telefon,gaji banyak,itupun boleh naik N22 macam sarah sulaiman kerja dijpa.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum kepada semua penjawat awam. Saya lihat banyak respon mengenai SBPA berkaitan penjumudan jawatan terutamanya Peg.Khidmat Pelanggan N17, kepada PTPO tidak perlu menilai dan menganggap PKP hanya pandai bercakap tapi tak buat kerja. Saya juga seorang PKP, di jabatan saya PKP dianggap jawatan paling rendah dan kalo kerja yang orang lain tak nak buat, serah je kpd PKP. Bermula dr lantikan pertama selama 2 thun bekerja, saya seolah-olah dipinggirkan dan teman saya hanyalah telefon.Terasa dihina.Dan bermula dikhabarkan PKP dijumudkan menjadi PTPO, saya sgt bersyukur dan berterima kasih kpd Allah kerana doa dan tangisan saya dimakbulkan. Dan skrg sya ditukarkan membuat kerja pentadbiran dan BARU DAPAT BERKAWAN dgn kakitangan yang lain. Seperti dinyatakan dalam FAQ JPA iaitu tujuan penjumudan jawatan PKP ialah untuk membuka peluang kerjaya, ia amat benar dan tepat. Sekurang-kurangnya saya tidak menjawab telefon sahaja untuk 30 tahun lagi perkhidmatan. Jadi kepada penjawat awam lain, tolong jangan pandang rendah pada kebolehan PKP,saya memiliki ijazah tapi rezeki saya hanya disini. Ini bukan luahan perasaan tapi ingin mengingatkan kpd yg lain, kalau nak sesuatu,jgn 'kondem' orang lain. Saya amat menyokong tindakan JPA menjumudkan jawatan PKP kepada PTPO. Diharap semua PKP yang lain menyokong penjumudan ini dan terima seadanya. Bab gaji, saya tak boleh komen, rezeki ditentukan oleh Allah. Ada hikmah atas apapun yang berlaku. Terima kasih.