SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Januari 2012

SBPA TAWAR KENAIKAN PANGKAT ISTIMEWA

Berita Harian
2012/01/08



PUTRAJAYA: Pegawai awam berprestasi tinggi dan berpotensi mengisi jawatan strategik akan dipertimbangkan kenaikan pangkat secara istimewa menerusi sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, berkata kenaikan pangkat secara istimewa itu ialah pegawai dinaikkan pangkat bagi mengisi jawatan kosong dalam tempoh lebih cepat daripada pegawai lain sama ada ke satu gred lebih tinggi atau secara pelangkauan gred. "Kenaikan pangkat secara istimewa membolehkan Ketua Perkhidmatan mempersiapkan pegawai dengan kompetensi sesuai dengan jawatan strategik yang dikenal pasti iaitu dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional," katanya dalam surat pekeliling yang dimuat naik dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kelmarin. Beliau berkata, pertimbangan kenaikan pangkat secara istimewa berasaskan kriteria penilaian ditetapkan yang akan dibangunkan Ketua Perkhidmatan dan kriteria itu perlu dikemuka kepada JPA untuk mendapat kelulusan sebelum dilaksana.

Abu Bakar berkata, peningkatan gred gaji pula akan diberi kepada pegawai diiktiraf sebagai SME, iaitu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran tinggi serta pengalaman luas dalam sesuatu bidang khusus yang memenuhi kriteria ditetapkan dan boleh dijadikan sumber rujukan kepada pegawai dari dalam dan luar organisasinya.

Beliau berkata, pegawai yang layak bagi dipertimbangkan untuk diiktiraf SME adalah Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memenuhi syarat termasuk berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dalam skim perkhidmatan semasa atau berada di gred 1-4; memenuhi kriteria penilaian kepakaran ditetapkan dan mendapat perakuan panel penilai kepakaran.

Katanya, Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab membangunkan kriteria penilaian dan menetapkan petunjuk prestasi utama SME mengikut skim perkhidmatan.
“Kenaikan pangkat pegawai Kumpulan Pelaksana yang berkhidmat 15 tahun dan lebih serta masih berada di gred lantikan dalam skim perkhidmatan semasa, layak dipertimbangkan kenaikan pangkat mengikut syarat ditetapkan dalam skim perkhidmatannya secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

“Bagaimanapun, kaedah ini tidak terpakai bagi skim perkhidmatan disediakan kenaikan pangkat secara ‘time-based’. Pegawai dinaikkan pangkat mengikut kaedah ini terletak di bawah penyeliaan pegawai atasannya mengikut struktur perjawatan walaupun gred pegawai setaraf dengan pegawai penyelianya,” katanya

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku ni kira senior pelaksana daa..20 tahun baru dpt naik pangkat ,gred setakuk hakiki..Kira junior aku untung jga ler 15 tahun bole dapat KUP.Takuk hakiki aku ni dah dekat 10 tahun pun..Kira dah 30 tahun aku kerja.Susah mau naik pangkat lagi daa.Prestasi kerja cemerlang,exam dulu skor jga, satu paper 3..satu paper lagi 4.Apa masalah JPA ni?Kalo gred tinggi senang jer bagi pangkat,ikut time based ler..Ada lagi plak 3-4 tahun dapat naik pangkat lagi tinggi-tinggi.Sebenarnya aku tak ler kisah sangat psl naik pangkat ni..sebab aku still bole makan nasik .Aku nak kn keadilan sbb beza gaji PA skrg tinggi melangit sangat.Pasal beza gaji tinggi melampau antara PA tak berlaku pun dekad 70an & 80an...Kalo kerajaan nak kasi gaji tinggi,.. apa bole buat..Tapi kena kira fairplay ler juga..Aku dah berkira nk sokong PKR PRU 13 sbb kontra SPBA JPA yg tidak adil ni ler.Wpun sebelum ini aku sokong BN,..Aku percaya ramai lagi PA pelaksana yg akan buat mcm aku.Aku tahu jugak mana ada keadilan , hidup kat dunia ni.

Yang Bernama Hajar berkata...

aku juga kumpulan pelaksana..ya undi tu rahsia..hatiku juga tawar dan terasa beralih arah..dan x mustahil hampir setengah penjawat awam juga begitu...

gred2 berkata...

Istimewa hanya lebih utk kump P&P ke atas. Kump. pelaksana x ke mana walaupun anda mcm "sme". Time kerja je digunapakai atau dimanipulasi tetapi time bab kenaikan..peluang tertutup. Banyak dgn alasan "tiada jawatan" or re-org x buat lagi. Cuba tengok berapa kerat sangat jawatan kanan atau tertinggi persekutuan di setiap negeri. Sesetengah jabatan x ada pun jawatan 36/38 persekutuan di negeri2.

Tanpa Nama berkata...

kecewa dgn sbpa. dah timbul pegawai atasan yg "mangkuk" ugut pelaksana..nak buang kerja dll.
aku ingat nanti ada pegawai atasan yg kena tumbuk, santau dll.
ingat..baru dicuba bg kuasa sikit sudah mula pikir nak tunjuk kuasa. Kuasa pelaksana juga mampu membinasakan kehidupan peg. atasan.

Tanpa Nama berkata...

aku kumpulan pelaksana tp sebab rezeki x menyebelahi aku kerja je tanpa mengikut kelulusan selayaknya..dan aku ada dengar ura2 kpsl tidak diguna pakai lagi aku sgt kecewa...hatiku beralih arah... :(

Tanpa Nama berkata...

hakikatnyer..kenaikan gaji polis yg paling tinggi sejak thn 2009..setakat lulus pmr jer..lebih tinggi dari gaji kerani 10 thn berkhidmat..belum lulus ptk..coz rate2 smua polis senang lulus ptk..klu lulus..kalah gaji cc..lain la kerani..nk lulus ptk utk naik gaji..jgn mimpi la..dh la..polis dpt elaun mcm2..tugas am & tugas khas pdrm jer dh rm400 dlm tgn..baju uiform pun free..kerani dpt pe...?? kekadang kerani kije siang mlm nk claim pun susah..ikat perut..sape nk perjuangkn nasib kerani & seangkatan dengannya...??

Tanpa Nama berkata...

saya bersetuju dengan presiden ceupacs supaya kenaikan pangkat istimewa juga diberikan kepada kumpulan pelaksana untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidnmatan. bukan hanya pnp sahaja yang perlu khidmat berkualiti, pelaksana pun sama. so kena bagi peluang yang sama.

jangan lupa bidang kesihatan banyak golongan pelaksana yang penting yang mempunyai kemahiran yang sukar dicari seperti juruteknologi makmal, nurse, juruxray, pembantu perubatan dan lain-lain. itu yang banyak pekerja mahir lari ke swasta, susah sangat naik pangkat. kalu pekerja baru ganti pun dah tak sama skill, kene bertahun nak asah skill. tu jadi servis tak berkualiti dan lambat.

Tanpa Nama berkata...

ELAUN PEMBANTU PENGURUSAN MURID RM200 MEMBAZIR KEWANGAN KERAJAAN

Kami golongan N17 amat kecewa dengan pemberian elaun sebanyak RM200 kepada PPM Pendidikan Khas. Golongan kami terpaksa menduduki ujian BITK berulang tahun untuk mendapat tambahan sebanyak RM40 dari elaun asal RM40 sahaja. Namun untuk penjawat awam yang baru lahir di muka bumi ini yang bergelar Pembantu Pengurusan Murid, mendapat pembayaran elaun sebanyak RM200 tanpa mengkaji apa yang menyebabkan mereka layak dibayar elaun tersebut. kami bekerja di sekolah amat memahami betapa keadilan dari kalangan pihak atasan langsung tidak dimiliki melainkan hanya ALLAH sahaja yang layak di gelar ADIL. Elaun BITK sepatutnya lebih layak dikaji daripada pemberian elaun kepada PPM yang hanya duduk menunggu pelajar khas tanpa memerah otak untuk di audit dan diperiksa oleh ketua jabatan. Kepada JPA, bersikap adillah kepada golongan kami (N17) unuk selaraskan pemberian elaun BITK dan elaun PPM. Renung-renungkan dan selamat maju jaya

bai berkata...

Kami golongan guru juga mengalami kenaikan gaji yang tidak seragam. Satu lagi persoalan mengapa penjawat awam yang berkhidmat selama tahun ganjil tangga gajinya dalam SBPA akan sama dengan tangga gaji penjawat awam yang berkhidmat setahun awal daripada mereka? Ini akan membawa banyak keuntungan kepada mereka yang berkhidmat pada tahun ganjil. Malah kenaikan penjawat awam tahun ganjil lebih tinggi daripada kenaikan penjawat awam tahun genap.

Pertukaran pergerakan gaji tahunan juga menimbulkan tidak puas hati kerana ada sesetengah penjawat awam dipercepatkan anjakan tahunan mereka dan ada juga ditangguhkan anjakan ke belakang. Kalau dikaji mengenai SBPA, masih banyak lagi perbezaan ketara.
Apa yang paling adil untuk semua penjawat awam ialah membuat pelarasan gaji berdasarkan peratusan mengikut gred seperti dibuat sebelum ini kerana terlalu sukar untuk memuaskan hati semua 1.4 juta penjawat awam
Moga pihak JPA buka mata akan tu agar tidak berlaku ketidak puas hatia ...nak buat pelarasan pun biarlah adil.Pada pandangan saya kenapa masalah gaji senior sama dgn gaji junior dan sebagainya jadi begitu.

Banyak lagi diskriminasi yang dilakukan oleh JPA dalam SBPA ini.

Saya berpendapat yang SBPA ini SEPATUTNYA DITANGGUHKAN dahulu.naikkan peratus gaji sama...contoh 10% untuk semua gred..jadi kenaikan adalah adil kepada semua gred....sekarang ni bila sbpa gaji junior lebih tinggi dari senior..sapa tak frust...

Naik gaji ikut peratusan dan match ke jadual gaji baru SBPA baru betul dimana kenaikan tidak kurang dari 1 pergerakan gaji tahunan.
Jika cara ini dilaksanakan tiadalah kenaikkan gaji yg tidak seragam dan adil.

Mengapa tak selaraskan saje..T1 SSM ke T1 SBPS, T2 SSM ke T2 SBPA... dan setrusnya

Betul apa yang artikel ini persoalkan....memang tak adil....saya komen ni sebab ini berlaku kepada kawan saya..dia juga adalah senior saya kat tempat kerja...dia dah kerja dah 5 tahun ...bila pelarasan gaji gaji dia sama ngan gaji saya yang baru berkhidmat 3 tahun...mana keadilan...kesian dia....dia dah laa kerja tip top walaupun senior tak pernah berkira apa2 pun....tapi bila jadi keadaan mcm ni mana KEADILAN untuk dia dan penjawat yang senasib dengannya...
Kalau nak kira kenapa perlu saya bising2..sebab hal ini saya yang untung....tapi apa guna gaji mahal tapi keadilan tak de...lagipun sure dalam hati dia atau penjawat awam yang senasib ngan dia ada perasaan tidak puas hati.....saya sendiri pun rasa segan dengan dia....dia banyak ajar saya...
memang tak adil...JANGAN LA SAMPAI ADA YANG TERANIYA....MANA TAK ANIAYANYA KALAU KEJE DAH LAMA TAPI GAJI SAMA NGAN YANG ORG BARU.....ORG TAK RASA MEMANG LAAA TAKKAN BISING TAPI CUBA DUDUK TEMPAT YANG TERANIAYA MEMANG SAKIT HATI GILA.....DAH LAA SESETENGAH TU BUKAN WAT KERJA SANGAT...MAIN TOLAK KEJE JER...TUP..TUP GAJI SAMA NGAN YANG LAMA YANG WAT KERJA MACAM NAK MATI...KAJI SEMUA PIHAK BUKAN SATU KATEGORI JER......

pendapat saya, better kenaikan sesuai mengikut seniority dan perbezaan tidak sebegitu ketara.
mana adil kalo saya yang lapor diri apr 2010, naik gaji hanya rm167 sahaja, padahal peg yang masuk julai 2011, naik sampai rm260 utk sama level gaji dgn saya.
tu x kira lagi dgn pegawai yg msuk Nov 2009 (5 bulan lebih awal dr saya). NAIK SAMPAI RM300!! paling x tahan bila dia berlagak tu la. kalo dia x berlagak, sikit pun saya x tau yg gaji kami naik sgt2 berbeza, ok?

GAJI SBPA Junior setahun 3 bulan n senior 5 bulan naik melampau sbb dorg lapor diri ms tahun gnjil.. dan saya yang malang ni, naik ciput sbb lapor diri ms taun genap..mana keadilan

Kami golongan guru memohon semoga pihak Tan Sri, Dato',Tuan, Puan dapat membuat pertimbangan yang memuaskan semua pihak , yang senio tidak rugi dari gaji yang junior, harap-harap semakan gaji nanti biarlah yang T3 SSM ke gaji T 3 sbpa dan seterusnya. Segala tindakan Tansri, Dato', Tuan , Puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

Tanpa Nama berkata...

kalau dah gaji naik tengok tengok juga dgn elaun2 yg berkenaan, spt elaun sewa rumah yg msh kekal rm180, nak sewa rumah apa dgn rm180 2....

Tanpa Nama berkata...

ala...bak pernya sokong kerajaan yang ada sekarang...kerajaan penyamun...apa skim yang di buat untuk kakitangan kerajaan semuanya menindas...JPA dengan kroni kroni yang ada dalam kerajaan pastinya akan membuat skim gaji yang menguntungkan puak puak mereka...dia yang merangka gaji...tak kan tak ambil peluang untuk mengenyangkan tembolok sendiri sekali....pada aku senang aje...ubah kerajaan ubah skim gaji supaya fair play...jangan sampai gaji JUSA dan pegawai atasan yang lain tinggi melangit tapi yang taraf di ploma cuma setakuk aje dengan gaji kerani sudah ler...baik aku jadi kerani aje...penat penat belajar taraf di ploma tapi tarafnya serupa dengan gaji kerani....atau yang lebih rendah lagi...pulak tu nak ambil diploma kena pinjam PPTN...kerani dan pangkat yang lebih bawah tak payah pinjam apa apa...jadi pakat pakat la jadi kerani...tak payah hutang 1 sen pun...apa taknya gaji diploma setelah di tolak hutang PPTN bersamaan gaji kerani...kah kah kah....

lagi satu kerajaan banyak ciluk ...apa taknya..sepatutnya EPF kakitangan kerajaan di potong sampai kita pencen..begitu juga sumbangan majikan juga di sumbang sampai kita pencen...ini tidak dari 10 tahun kini tinggal 3 tahun...apa yang dapat...habuk pun tarak...berapa sen aje yang tinggal bila kita pencen nanti...dah lah tu di samun sebahagian besarnya masuk e-pencen...jadi apa guna ada nya EPF...aku tak heran kalau dah pencen nanti ada pesara kakitangan kerajaan ( biasanya pangkat rendah ) yang kerja jadi JAGA atau PAM minyak...dah tua tua patut dekatkan diri di masjid...la nie masih sibuk mencari rezeki...al maklum la EPF dah ciput...nak harap pencen....berapa sen sangat...!!!

so VOTE PR for BETTER FUTURE....!!!

Tanpa Nama berkata...

kita ramai2 tunggukan PRU nanti wahai PA2 sekalian...selama ni pegawai atasan tunjuk kuasa..PRU kita tunjuk kuasa kita..apa guna kita sokong pihak yang x menyokong dan meringankan beban kita sedangkan kita bermati-matian di bawah x dpt apa2 keistimewaan dan mereka di atas goyang kaki main FACEBOOK hari2 dpt mcm2 keistimewaan??..aku kerja bermati-matian siang mlm sabtu ahad,operasi sana..operasi sini..bergadai nyawa demi negara..tp cuma dpt RM80 setahun??murah nye harga nyawa aku ni..tp aku syukur aku xpnh amik rasuah lg dlm kerjaya aku mcm sstgh yg berada di atas walaupun gaji aku kecik...tp x heran jika 1 hari t kadar rasuah di Malaysia melambung2 tinggi dan jgn slhkan kumpln pelaksana kerana sebabnya dr atasan juga..harga brg mkin tinggi gji naik 80...minyak kereta seminggu je tu tp nk mnunggu sthun tuk dpt..sedangkan yg atasm, dpt 8000 keatas..ni ke dikatakan adil??KITA TUNGGU PRU!!!...

Tanpa Nama berkata...

mmg x adil dgn apa yang terjadi...semua SKIM BODEK PEGAWAI ATASAN (SBPA) ni di buat oleh 'kroni2' tertentu untuk kepentingan diri sendiri...sebb tu terlalu byk 'rahsia' yang x diterangkan sebelum sain skim ni supaya rahsia mereka x kantoi!!..org2 mcmni hidup mewah kat dunia tp d akhirat t trime la balasannya...silap2 tanah pun xnak trima...kalau betul telus dan jujur nk bantu PA demi meringankan beban,kenapa mesti berahsia pasal skim ni,,tu hak kami...masa depan kami..hidup x kan tenang kalau hari2,tiap masa di sumpah2 oleh org bawahan...org atasan hari2 makan mewah 4-5 kali sehari..kerja dlm tempat yg selesa..pergi sana sini pemandu bwk kan ,yg siap bodyguard pon ada...yang kami kmpln bwhn...YANG MENGIKUT PERINTAH...mkn sehari sekali...yg ikat perut pun ada...hujan panas naik motor g kje demi nk bajet2 belanja sebulan...pengorbanan kami ni mcm x dhargai..nk kami sokong kerajaan,so kerajaan pon kena la sokong dan hargai ckit kami...sy mntk pegawai atasan yg hari2 wat kje yg x kuar peluh lgsng tu..ngadap pc,men FB...turun..join anggota bwhan ni...ikut kerja d padang...berpeluh,hitam...sy jamin...xsampai seminggu akan mengeluh...org atasan x phm tugas dan cbran kami aggota pelaksana ni,cme taw kuarkan arahan yang kdg2 x masuk akal...kami x mnta byk pon kenaikan...cume sekadar yang patut dengan kos sara hidup zaman ni...jgn nk tutup malu lepas SBPA ni kantoi,jolok RM500...jgn ingat kami trima 500 tu kami akan terus sokong..kami bkn kuli yang boleh di beli dgn wang ringgit...rezki tuhan bg...bkn manusia...kami pon ada harga diri...kuasa memilih di tgn kami...kami akan pilih sapa2 pon yang kami rasa boleh memperjuang,membela hak dan nasib kami...sekali lg sy tekankan...KAMI BUKAN KULI YANG BOLEH DI BELI..DI SUAP DENGAN WANG RINGGIT UNTUK KEPENTINGAN SESUATU PIHAK...

Tanpa Nama berkata...

sy sedih dengan SBPA ni...terlalu pentingkan golongn atasan dan golongn bwhan di pinggirkan...mcmni ke RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DI UTAMAKAN.??pencapaian nk tinggi..tp balasannya ttp sama...PA sekalian...kita glgn bwhn sering ditindas...dituduh mcm2...terima rasuah la..apa la...tp mereka xtaw apa sbb semua tu terjadi...pernah kita tgk Glgn2 elit...atasan ni ditangkap terima rasuah??ada mmg ada tp x selalu kan...sedangkan glgn bwhan yg slalu di tgkp terima rasuah RM50,100 sering di heboh2kan...tp merka xtaw semua tu terjadi sbb gaji PA x setimpal dengan sara hidup sekarang...xseperti mereka yang gaji sahaja pon dan mencecah 8k keatas...lg ramai dan lg besar yg main duit..kenapa terjadi mcmtu walaupon gaji dah tinggi??sebab nafsu dan tamak..sama la mcm SBPA ni...xpela wahai PA2 semua...di dunia kita susah,byk2 berdoa,solat hajat supaya di akhirat t kita senang....jgn KITA SENANG DI DUNIA,,TP DI AKHIRAT KITA MERANA..Allah tu maha adil..dunia pon dah semakin hampir dengan kiamat,,,kepada pihak2 yang terasa ada berbuat dosa yg dianggap haram tu...taubat la sebelum terlambat dan perbetulkan la apa yang patut supaya kita semua xkira golongan atasan dan bawahan sama2 senang di dunia dan akhirat...Allah maha pengampun...manusia pun boelh memaafkan sekiranya kesalahan dan kesilapan itu di perbetulkan...winning winning situation..anda senang,kami senang.kerajaan senang,rkyt pon sng...bukan untuk mengutuk atau apa...cume sekadar luahan hati sebgai PA yang memerlukan pembelaan dr kerjaan,bkn penindasan...kalu kitar semula kata 'fikir dulu sebelum buang'....mengundi t pun sama PA2 semua...'PIKIR DULU SEBELUM BUANG'..masa depan dtgn anda...salam ///

Tanpa Nama berkata...

Naik pangkat menda...lg lambat de le. Cuba tengok perjawatan TLDM...anggota bawahan...lambat cam kure-kure. Kura2 pun x cam tu...keja lebih ader leee...world class ke old school...jpa tlg pantau dan kaji.