SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

11 Januari 2012

CUEPACS MINTA PEMILIHAN SEMULA OPSYEN PERSARAAN

Berita Harian
11/1/2011



SERDANG: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meminta agar penjawat awam yang tidak memilih opsyen umur persaraan 60 tahun dibenarkan menandatanganinya semula.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata ini kerana pihaknya menerima banyak aduan bahawa ada penjawat awam tidak memilih opsyen itu kerana tidak diberi penerangan sewajarnya. "Jadi bila pihak CUEPACS sudah memberikan penjelasan berhubung perkara itu barulah mereka faham dan berhasrat untuk menandatangani opsyen itu," katanya kepada pemberita selepas majlis Himpunan Transformasi dan Ikrar Intergriti Pembantu Makmal Penolong Pegawai Sains Institusi Pengajian Tinggi Awam di sini. Selain itu, beliau juga meminta agar penjawat awam yang dipaksa memilih opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) tanpa disertakan penyata pergerakan gaji dibenar memilih semula sama ada kekal dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) atau sebaliknya.

"Ini kerana ada yang hanya diberikan penyata kenaikan di bawah skim SBPA selepas tandatangan borang tersebut dan kemudian mendapati ada beberapa kemusykilan dalam dalam pergerakan gaji yang ditawarkan," katanya.

Katanya, CUEPACS masih menerima banyak rungutan mengenai SPBA antaranya daripada penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum.

Segala aduan, katanya, akan dipanjangkan kepada Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA) kerana dalam masa terdekat akan ada lagi pertemuan untuk membincangakn isu berbangkit.
Tarikh tutup bagi opsyen persaraan 60 ialah pada 30 Disember lalu, sementara opsyen SPBA dilanjutkan kepada 15 Januari ini.

Sementara itu, CUEPACS juga katanya mendesak agar hampir 700 pembantu makmal di IPTA seluruh negara, dinaik taraf kepada penolong pegawai sains sebagaimana persetujuan yang sudah dicapai antara Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak universiti dua tahun lalu.

"Ada universiti yang sudah pun menaik taraf jawatan itu seperti di Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia, universiti lain belum ada lagi kalau ada pun dalam bilangan yang kecil, " katanya. - BERNAMA

5 ulasan:

anti sayfool berkata...

kalo bagi 100x opsyen pun aku tetap dgn opsyen aku yg dulu..buat aper la aku nak kerja sampai tua nak mampus dgn gaji sbpa yg mcm celaka ni..kalo opsyen leh pencen umur 50 pun elok gak asal dpt pencen dan graduiti tu..i hate sbpa dan sbb ni aku akan sokong pakatan rakyat..idup DSAI yg terbukti tidak bersalah..allah dah tunjuk dah pun..

CAM NER NK BUAT NI... berkata...

kou orng bole lah cakp.. aku nie kije ngan jabatan yang akan diswastakan.. pasni tak tau lah cam ner.. dh lah baru masuk kije.. tup.. tup.. dah kene besara awal.. dah lah kene paksa bersara.. servis untuk dapat pencen penuh pun lambat lg.. aku rase tertipu je dgn kerajaan.. puas dah mintak tukar ke tmpt lain.. tp pihak atasan kate semua pertukaran untuk jabatan aku di bekukan.... bagi org yang belum cukup syarat mcm aku mmg rugi sangat.... baik aku terus kije ngan swasta je dulu... ADA SAPE SAPE TAK BOLEH TOLONG AKU DGN STAF STAF LAIN KAT JABATAN AKU NI..

PT W17 berkata...

Mohon naikkan gred W17 kepada Gred W19

Tanpa Nama berkata...

MEMANG PATUT PUN KELAYAKAN MINIMUM PENJAWAT AWAM GUNA SPM SEBAB PMR TU PENILAIAN BAGI MENENGAH RENDAH BUKAN NYE SIJIL.MCM SPM ADALAH SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MCM GAK STPM.GRED 11 SEPATUT NYA GUNA SPM SBB MEREKA ADALAH PEMBANTU OPERASI YANG AKAN MENJLNKAN TUGAS PENTADBIRAN JUGAK.SY CADANGKAN:-

GRED 11-16 GUNA SPM
GRED 17-26 GUNA STPM/DIP
GRED 27-40 GUNA IJAZAH
GRED 41 KEATAS GUNA MASTER/PHD

BUKAN APA,UNIVERSITI SEMAKIN BNYK,GRADUAN MENGANGGUR PUN DA BERSEPAH.INILAH CARA UNTUK MENGHASILKAN PENJAWAT AWAM YANG BERILMU.
-----------------------------------
MEMANG PATUT PUN KELAYAKAN MINIMUM PENJAWAT AWAM GUNA SPM SEBAB PMR TU PENILAIAN BAGI MENENGAH RENDAH BUKAN NYE SIJIL.MCM SPM ADALAH SIJIL PELAJARAN MALAYSIA MCM GAK STPM.GRED 11 SEPATUT NYA GUNA SPM SBB MEREKA ADALAH PEMBANTU OPERASI YANG AKAN MENJLNKAN TUGAS PENTADBIRAN JUGAK.SY CADANGKAN:-

GRED 11-16 GUNA SPM
GRED 17-26 GUNA STPM/DIP
GRED 27-40 GUNA IJAZAH
GRED 41 KEATAS GUNA MASTER/PHD

BUKAN APA,UNIVERSITI SEMAKIN BNYK,GRADUAN MENGANGGUR PUN DA BERSEPAH.INILAH CARA UNTUK MENGHASILKAN PENJAWAT AWAM YANG BERILMU.

Tanpa Nama berkata...

mungkin SPRM kena masuk siasat JPA...kot2 ada penyelewengan dana awam dalam memberi gaji yg tak terjangkau dek akal kpd pihak jusa/ptd yang terlibat dlm menggubal sbpa ni...