SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

26 Januari 2012

TEMPOH TIGA BULAN CUKUP UNTUK PASUKAN KHAS SEMAK SEMULA SBPA

Bernama
26/1/2012




PUTRAJAYA, 25 Jan (Bernama) -- Pengerusi pasukan petugas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Tan Sri Ismail Adam yakin tempoh tiga bulan untuk pasukan itu membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu adalah mencukupi.

Sehubungan itu beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata pasukan itu akan bekerja keras bagi memastikan perkara-perkara berbangkit yang tidak memuaskan hati sesetengah pihak dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

"Sebagai permulaan hari ini kita membincangkan mengenai terma rujukan. Itu sahajalah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama pasukan petugas semakan semula SBPA di JPA di sini Rabu.

Pasukan semakan itu yang bermesyuarat selama kira-kira dua jam turut dianggotai Cuepacs, pegawai kanan JPA, Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Kewangan.

Ismail berkata buat masa ini terlalu awal untuk pasukan itu membincangkan mengenai cadangan atau penambahbaikan SBPA kerana pihaknya masih menunggu maklum balas daripada penjawat awam sehingga 15 Feb depan untuk membuat sebarang cadangan.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas itu diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA dan mestilah memuaskan semua pihak sebelum dilaksanakan.



-- BERNAMA

44 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sehubungan itu beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkata pasukan itu akan bekerja keras bagi memastikan perkara-perkara berbangkit yang tidak memuaskan hati sesetengah pihak dapat diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.

-------------

Memuaskan hati SEMUA PIHAK? kahkahkahkah lawaknya

Tanpa Nama berkata...

Pok JIb dah bentangkan kenaikan 7-13% yang kau mandai-mandai macam tikus menebuk labu apepasai..

Tanpa Nama berkata...

sila kaji gaji,laluan kerjaya gred dan dlm kluster kump apa yg patut diletakkan untuk pemegang diploma!!!

Gred ini merupakan gred tersepit dan terhimpit..

dan sila semak peranan tugas/tanggungjawabnya kembali..
(memandangkan bebanan kerja adalah sama dengan PnP namun dari segi gaji/elaun adalah sama dengan gred bawahan)

bila isu kenaikkan gaji/gred dibangkitkan,maka golongan inilah yg makin tersepit/dihimpit..alasanya,kami org atas..atas mana sangatla!!!jurang gajinya antara 41 dan 29 dilihat sangat jauh..manakala jurang gaji antara 29-17 sangat hampir..

Pohon dikemaskini,serta ditelitikan..

selain dari laluan kerjaya utk gred ini boleh dikatakan sebagai penghujung karier..diploma dari gred 29 jika bernasib abik boleh naik 2 gred lagi..tetapi utk lepasan SPM,mereka boleh bertukar2 gred melalui alternatif kpsl..Xkisahla kpsl tu senang/susah..namun kpsl tersebut boleh didapati semasa dlm berkhidmat dan mendapat gaji serta dikira servisnya...buat diploma Xdikira dh servis..

pohon kaji semula..

saya amat pasti bahawa gred ini adalah gred yg paling tertindas..

cth:gred 41 & 29 jurang gaji sangat jauh..gred 29-17 dan kebawah Xjauhpun bezanya..namun,bila situasi pemberian insentif bonus & penambahbaikkan gaji gred bawahan,gred kami dipinggirkan..hanya gred bawahan yg dibantu..jesteru jurang gaji yg sedikit td menjadi terlalu nipis..namun jurang kami dgn PNP masih kekal begitu..wujudnya jurang gaji yg besar didalam setiap kump yg ada dan bukanya diantara gred!!!

Tanpa Nama berkata...

CADANGAN KGT BERDASARKAN JAWATAN KUMPULAN PELAKSANA

PMR(5-1) - RM80

SPM(4-1) - RM100

SIJIL/STPM(3-1)gred W,FT,E,G,J - RM120 DAN RM145

DIPLOMA(2-1) - RM160

Tanpa Nama berkata...

Aku pernah baca satu artikel dulu yg mengatakn yg stpm adalh sama taraf dgn diploma. Bezanya cuma diploma dibuat di u & stpm buat di sekolah.. Stpm sama taraf dengan diploma spt diploma kesetiausahaan, diploma pengurusan pejabat & diploma sains komputer serta lain2 diploma yg lebih kepada pengurusan.. Jika dilantik ke perkhidmatn awam adalah gred 27.. Tetapi stpm taklh sama taraf dgn diploma yg jika dilantik ke perkhidmatan awam gred 29 spt diploma ukur tanah, diploma kejuruteraan awam,diploma kejuruteraan elektrik/elektronik, diploma seni bina & lain2 diploma yg bertaraf teknikal.. Tetapi saya tak pernah dengar pula yg sijil2 poli ni sama taraf dgn stpm.. Hehehe.. Seharusnya gred J17 diupgrade ke J19 seperti jururawat masyarakat. JM pun ambil sijil juga kan.. Hehehehe.... Jauh sgt upgrade ke gred 27.. Nanti pemegang sijil2 yg lain tak puas hati jika tak diupgrade..

Tanpa Nama berkata...

terkini... gaji baru dah dapat dah... sila semak kat anm tgk...

Uban tua berkata...

Wahai pemegang Diploma/STPM Gred kita orang pun dapat ubah ke gred 41 dan ambil KPSL Gred 41 senang juga dapat lulus dengan belajar 1 bulan dapat pass exm..

Sapa kata Gred Diploma /STPM tidak dapat ambil KPSL Gred 41...

Kehhhhh ... Bacalah.. jenis peperiksaan anjuran jabatan kamu

Uban tua berkata...

Wahai pemegang Diploma/STPM Gred kita orang pun dapat ubah ke gred 41 dan ambil KPSL Gred 41 senang juga dapat lulus dengan belajar 1 bulan dapat pass exm..

Sapa kata Gred Diploma /STPM tidak dapat ambil KPSL Gred 41...

Kehhhhh ... Bacalah.. jenis peperiksaan anjuran jabatan kamu

Tanpa Nama berkata...

Kau orang semua dah gila dan mata duitan...kau orang dah kira bernasib baik jadi PA, masih berlambak kalau takat Diploma kat luar sana, sehigga ada yang menjadi orang gelandangan..bersyukur dengan apa yang diberikan kepada tuan kerana semua adalah pemberian daripada Allah SWT. Kepada PA-PA semua saya cadangkan agar tuan-puan berhenti sebagai PA, ambil cuti tanpa gaji dan cuba rasakan bagaimana menjadi orang yang dalam pencarian untuk mendpatkan kerja

Paus Putih berkata...

Pada pengalaman saya PA yg. Gred SPM ini yg sukar untuk dinaikkan pangkat lantikkan Gred 41 walaupun mereka ini ada memiliki IJAZH dan berpuluh tahun bekerja dgn jabatan mereka disama dgn pemohon baru utk memohon jawatan Gred 41 kalau kita bandingkan dgn PA yg Gred Diploma/stpm gred 27 kita boleh ambil KPSL gred 41 kalau lulus 100% u dipanggil temuduga jawatan Gred 41 berbanding dgn PA yg ada IJAZAH di Gred SPM (17/22/26).

Diharap semakkan SBPA ini nanti kami mahu PA Gred SPM yg sama jenis pekerjaan disamakan dgn yg lulus KPSL Gred 41 tidak perlu lagi ambil peperiksaan anjuran SPA beri pertimbangan.

Harap semak ini nanti tengok2lah PA memiliki IJAZAH tapi masih juga di gred spm gaji nya

Paus Putih berkata...

Pada pengalaman saya PA yg. Gred SPM ini yg sukar untuk dinaikkan pangkat lantikkan Gred 41 walaupun mereka ini ada memiliki IJAZH dan berpuluh tahun bekerja dgn jabatan mereka disama dgn pemohon baru utk memohon jawatan Gred 41 kalau kita bandingkan dgn PA yg Gred Diploma/stpm gred 27 kita boleh ambil KPSL gred 41 kalau lulus 100% u dipanggil temuduga jawatan Gred 41 berbanding dgn PA yg ada IJAZAH di Gred SPM (17/22/26).

Diharap semakkan SBPA ini nanti kami mahu PA Gred SPM yg sama jenis pekerjaan disamakan dgn yg lulus KPSL Gred 41 tidak perlu lagi ambil peperiksaan anjuran SPA beri pertimbangan.

Harap semak ini nanti tengok2lah PA memiliki IJAZAH tapi masih juga di gred spm gaji nya

Tanpa Nama berkata...

halo bro.... tu la masa budak2 dulu mak bapak kita suruh belajar... masuk U, ambil ijazah, sebab ni la, supaya dpt gaji besar.. gaji besar dikira masa kita susah balajar dulu... bukannya susah atau penat dalam bekerja atau banyak bebanan kerja sekarang.... kalau nak kira penat.. tukang sapu lg banyak gaji la bro.... betul lah kata mak ayah kita dulu suruh belajar rajin2, biar sampai masuk U... sori bro...

mat pisang berkata...

lama sangat tu pak omar....eloknya sampai mac jer..

Tanpa Nama berkata...

Kami menghargai jasa baik kerajaan kerana menaik taraf sijil kejuruteraan politeknik setaraf STPM. Jawatan Juruteknik J22 & J26 kini adalah JA3-1 sama gred dgn jawatan Juruteknik J17. Dari itu kami Juruteknik J22 & J26(SSM) yang memiliki Sijil Kejuruteraan Politeknik @ yg telah memegang gred tersebut melebihi 10 tahun, mohon dipertimbangkan & dihargai pengalaman serta kekananannya. Sebelum ini kami juga berusaha utk lulus PTK & melalui prosesi temu duga sebelum dapat menjawat jawatan Juruteknik J22 @ J26. Dengan ini kami berharap pihak JPA memberi kami sedikit penghargaan atas usaha kami sebelum ini utk memajukan diri hingga dapat menjawat jawatan kanan dlm skim juruteknik. Harapan kami agar diberi gred berbeza dari gred JA3-1 supaya dpt membezakn kami dr gred J17 SSM. Terima kasih.

PUO DKE berkata...

aku ni ada sijil kejuruteraan politeknik elektronik perhubungan tapi dalam skim FT dan JPA pandai2 letak taraf SPM. Harap adjust balik mcm J ...padahal masa belajar satu kelas tu....

Tanpa Nama berkata...

bagi je setiap org naik gaji seribu sorang x kire gred...kan senang...

RAZAK berkata...

SBPA TIDAK DIPERLU DIKAJI, MANSUHKAN SAJA

Tanpa Nama berkata...

Sempat la tgk slip gaji online sebelum ditarik balik smalam, gaji aku naik RM54.07 je? Kawan2 laian majoriti naik RM7+.++.. Skim F terutamanya Jawatan FT17 mmg dipinggirkan...

Tanpa Nama berkata...

tolong jgn ubah tarikh pergerakan gaji kami..klu naik januari tetap kpd januari, april tetap april, juai tetap julai, okt tetap okt..rasionalnya..pergerakan gaji mesti sma ngn kemasukan..xkn org yg xcukup setahun dh naik tangga gaji bru..
memang patut ada perbezaan kenaikan n gaji pokok ikut gred..wlaupn keja hampir sama tp tetap xsama..cth..keja PT ngan guru mana sama..sapa kata keja guru yg mengajar lebih mudah dr keja PT..gred 29 ngn gred 41 mmg la jauh beza sb ambilkira kesukaran tuk perah otak belajar..klu gred 29 yg dh bpglmn gaji lbh tinggi dr gred 41 yg bru msuk..mmg padan la sb pengalaman mmg diambilkira..yg ptg..
KEKALKAN SISTEM YG SEDIA ADA CUMA PERLU DITAMBAHBAIK..BUKAN PERLU DISULITKAN LG..

Tanpa Nama berkata...

Diploma Pen. Peg Perubatan gred U29 tiada KPSL ke Pegawai perubatan kerana Gred Pegawai perubatan di ubah ke UD

Tanpa Nama berkata...

CADANGAN KGT
BERDASARKAN JAWATAN
KUMPULAN PELAKSANA
PMR(5-1) - RM80
SPM(4-1) - RM100
SIJIL/STPM(3-1)gred
W,FT,E,G,J - RM120 DAN
RM145
DIPLOMA(2-1) - RM160

Tanpa Nama berkata...

saya rasa JPA patut kaji semula kouta untuk lantikan pegawai yang fresh graduate. Sepatutnya pengisian jawatan pegawai patut diberikan kepada kumpulan sokongan yang mempunyai perkhidmatan yang baik, ada kelulusan. bukan kepada yang fresh graduate semata-mata. 27&41 sepatutnya diberikan kepada yang layak seperti kerani yang mempunyai kelayakan akademik dan perkhidmatan yang bagus, ini membantu untuk menjadi pegawai 27&41 yang bagus dan mantap. mohon Cuepecs amik isu ini untuk perhatian dan pertimbangan. Ini bagi meningkatkan mutu dan kualiti. Berapa ramai 27 & 41 di kerajaan yang tak berkarisma, berpengatahuan, berkepimpinan dan mampu bekerja dalam pasukan walaupun sudah bertahun jadi pegawai.Mereka diambil hanya kerana akademik yang bagus sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Jawatan PTD patut di beri kepada PT
yang mempunyai ijazah kerana banyak pengalaman dalam pentadbiran berbanding lantikn terus

Tanpa Nama berkata...

Xpasal2 aku kena mnunggu lg..ari sembng kemain kata nk bayor tunggakn tu 31jan ni...mcm hampeh!!!

Tanpa Nama berkata...

Sedarlah...kpd PA semua.anda adalah mangsa keadaan..pru13 bnyk mempengaruhi semua perkara ini terjadi..renung2kanlah

Tanpa Nama berkata...

Bagi je dlu gaji ssm x ptk tawarkan kepada gaji ptk mgikut tangga gaji...naikkan knaikan gaji kepada 30 or 40%...tetapkan gaji minima n maxsima utk sbpa..twarkn mngikut skim sbpa ikut kkanan..mgikut aoa yg dcdgkn cuepacs..

Rakyat Biasa berkata...

Salam Dato. Setuju masukan 4 anggota tertinggi cuepacs masuk meeting sekali untuk back up 5 perkara yang dikemukakan. Kalau Dato seorang diorang semua tu besar2 kepala tunjuk pandai dan putar belit, dirorang aje yang betul ...Kita PA terbesar dalam negara kita..Takde kita diorang pun layu jugak mcm daun kering.

Tanpa Nama berkata...

SBPA menyediakan satu baris tangga gai yang panjang dan bagi menggalakan KTA bersaing dalam meningkatkan prestasi kerja secara sihat, dicadangkan menggantikan APC dengan kenaikan gaji tahunan 2 kenaikan bagi kategori menegak dan 3 kenaikan bagi melintang.

lyas1312 berkata...

slm dato'presiden.sy rs utk tmbhan kuata,jpa x stuju.plan b ti dato bw paper cdgan(knaikan sama@20% ke atas bg smua gred hgga ke gred 54).xperlu beza knaikan.

Tanpa Nama berkata...

kami anak Sarawak juga tidak berpuas hati apabila mendengar BIW nak tetapkan RM300 bagi PA yang menerima dalam Lingkungan RM300atau RM500 bagi PA yang menerima dalam lingkungan RM500. Ini bermaksud bahawa BIW tetap.PM hendak gaji PA naik menjelang 2020tapi kalau ini adalah kes macam mana nak bersaing dengan negara luar.Elaun-elaun patut dinaikkan seperti EKA, ITP, BIW sebab ini tidak dikenakan cukai.

Tanpa Nama berkata...

SBPA= Sistem Bodohkan Penjawat Awam

Saya berharap Ketua Pengarah JPA dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam MELETAKKAN JAWATAN secara terhormat. Suatu pembaziran untuk negara kerana SBPA "variasi" JPA menerima kritikan ketidakadilan dari sebahagian besar penjawat awam yang ternyata cuba diperbodohkan oleh JPA dan juga KPPA.

JPA ini sejak dari dahulu lagi menjadi penghalang kepada penjawat awam yang bukan terdiri daripada PTD. JPA sejak dari dahulu lagi mengekang dan meletakkan syarat-syarat yang ketat dan tidak adil bagi penjawat awam yang bukan terdiri dari PTD. JPA sendirinya yang terdiri daripada PTD mengutamakan PTD dan memberikan laluan kenaikan pangkat dan gred dengan begitu mudah kepada PTD. PTD tidak perlu tunggu masa yang lama untuk dinaikkan pangkat atau gred jika dibandingkan dengan bukan PTD. Akhirnya JPA terperangkap sendiri dengan acuan yang mereka bentuk dalam SBPA yang ternyata tidak selari dengan saranan YAB Perdana Menteri. Sungguh memalukan!

Tidak salah jika saya sarankan Ketua Pengarah JPA dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk meletakkan jawatan secara terhormat. Ternyata SBPA ini dirangka dengan begitu rapi untuk menguntungkan PTD dan JUSA. Maklumlah JPA=PTD sekarang ini dah ramai yang Gred 52, 54 dan JUSA. Memang haprak JPA ini.

Sekalung TAHNIAH kepada semua pengunjung blog yang memberikan komen-komen yang membina. Tidak dilupakan juga pejuang-pejuang kakitangan awam yang menolak SBPA. Andalah WIRA sebenarnya sehingga kajian semula dibuat terhadap SBPA. Tidak dilupakan juga saudara Kasim yang sejak dari mula lagi memberikan komen-komen dan pandangan yang bernas tentang SBPA.

Saya sarankan Jabatan Akauntan Negara tidak meneruskan agenda jahat JPA yang cuba memperbodohkan penjawat awam bagi memberikan perbezaan gaji SSM ke SBPA pada 31 Januari ini. Jika perkara ini diteruskan juga, saya rasa tiada gunanya SBPA ini disemak semula. SBPA perlu disemak secara menyeluruh termasuk gaji, perubahan gaji, peratus kenaikan gaji, kaedah pemindahan gaji, seniority, terma dan syarat yang kejam ciptaan JPA.

SBPA PERLU DITANGGUHKAN SEPENUHNYA.

Yang mencari Jawapan berkata...

Kakitangan kerajaan jangan terlalu taksub dengan CUEPACS ni. Memang CUEPACS ni macam bapa kita. Kalau anak buat repot yang salah, adakah bapa terus melenting di dada akhbar tanpa mengkaji terlebih dahulu. Kenaikan gaji sikit itu auta saja. Saya baru faham. Katakan gred gaji SSM DG41 anda tahun ini RM2509. Maka anda diletakkan dalam T4 sbpa iaitu RM2600. Perhatikan dalam borang yang anda tandatangan , perhatikan kenaikan Januari 2012. Maka dengan itu gaji anda ialah RM2825 bermula januari 2012. Banyak komplen gaji naik RM81 sedangkan gaji sebenar yang baru adalah RM2825 dengan kenaikan RM305. Sama juga dengan golongan bawahan yang katanya naik RM60...mereka belum faham lagi. Cuma dari segi imbuhan dan elaun saja yang perlu dikaji dalam SBPA, misalnya elaun perumahan biarlah ada kenaikan sedikit kerana harga rumah dan sewa rumah amat mahal sekarang. BIW juga patut dikira mengikut formula dalam SSM.

Tanpa Nama berkata...

Wahai pemegang Diploma/STPM Gred kita orang pun dapat ubah ke gred 41 dan ambil KPSL Gred 41 senang juga dapat lulus dengan belajar 1 bulan dapat pass exm..

Sapa kata Gred Diploma /STPM tidak dapat ambil KPSL Gred 41...

Kehhhhh ... Bacalah.. jenis peperiksaan anjuran jabatan kamu
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

BERAPA SKIM PERKHIDMATAN YG BUKA KPSL CAM TU..KAMU TAHU TAK CUMA BBRAPA KERAT JE YG LEH KPSL DR DIPLOMA KE 41..BERPULUH2 SKIM PERKHIDMATAN YG MENUTUP PELUANG TU KERANA KETUA PERKHIDMATAN X ENDOS

Tanpa Nama berkata...

lama sangat tu pak omar....eloknya sampai mac jer..

Khamis, Januari 26, 2012 5:17:00 PM

----------------------------------
sendiri mau ingat la kenapa melebihi bulan mac, hahaha

Tanpa Nama berkata...

PAKATAN RAKYAT NAK NAIK GAJI KAKITANGAN AWAM, LEBIH TINGGI DARI BN BERI

Tanpa Nama berkata...

aku ni bukan suka sgt kat pakatan tapi sebab ketidak adilan berlaku dalam skim aku yg ada kelulusan yg sama dgn gred 3 diletakkan di gred 4 membuatkan aku akan mengharamkan isteri dan diri aku pangkah BN , harap semua yg senasib dgn gred aku buat undi protes PRU13 nt .

Tanpa Nama berkata...

Kami menghargai jasa baik kerajaan kerana menaik taraf sijil kejuruteraan politeknik setaraf STPM. Jawatan Juruteknik J22 & J26 kini adalah JA3-1 sama gred dgn jawatan Juruteknik J17. Dari itu kami Juruteknik J22 & J26(SSM) yang memiliki Sijil Kejuruteraan Politeknik @ yg telah memegang gred tersebut melebihi 10 tahun, mohon dipertimbangkan & dihargai pengalaman serta kekananannya. Sebelum ini kami juga berusaha utk lulus PTK & melalui prosesi temu duga sebelum dapat menjawat jawatan Juruteknik J22 @ J26. Dengan ini kami berharap pihak JPA memberi kami sedikit penghargaan atas usaha kami sebelum ini utk memajukan diri hingga dapat menjawat jawatan kanan dlm skim juruteknik. Harapan kami agar diberi gred berbeza dari gred JA3-1 supaya dpt membezakn kami dr gred J17 SSM.

Tanpa Nama berkata...

Kami menghargai jasa baik kerajaan kerana menaik taraf sijil kejuruteraan politeknik setaraf STPM. Jawatan Juruteknik J22 & J26 kini adalah JA3-1 sama gred dgn jawatan Juruteknik J17. Dari itu kami Juruteknik J22 & J26(SSM) yang memiliki Sijil Kejuruteraan Politeknik @ yg telah memegang gred tersebut melebihi 10 tahun, mohon dipertimbangkan & dihargai pengalaman serta kekananannya. Sebelum ini kami juga berusaha utk lulus PTK & melalui prosesi temu duga sebelum dapat menjawat jawatan Juruteknik J22 @ J26. Dengan ini kami berharap pihak JPA memberi kami sedikit penghargaan atas usaha kami sebelum ini utk memajukan diri hingga dapat menjawat jawatan kanan dlm skim juruteknik. Harapan kami agar diberi gred berbeza dari gred JA3-1 supaya dpt membezakn kami dr gred J17 SSM.

Isnin, Januari 30, 2012 11:30:00 AM

__________________ Kes Jururawat Masyarakat U19 dan Juruteknik Perubatan U19.
U19 (adalah entri masuk), U24 (kanan) dan U26 (tertinggi). SBPA U4-2, U4-4, U4-6

PANEL SBPA tolong lihat-lihat ....

Tanpa Nama berkata...

Panel SBPA; utk tindakan Y. BHG. Datuk Farida,

Jururawat Masyarakat (Gred U19, U24, U26).
SBPA = U4-2, U4-4, U4-6

Kelayakan Masuk : SPM DAN Sijil Jururawat Masyarakat DAN berdaftar dengan LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA dan LEMBAGA BIDAN MALAYSIA.

terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Panel SBPA; utk tindakan Y. BHG. Datuk Farida,

Jururawat Masyarakat (Gred U19, U24, U26).
SBPA = U4-2, U4-4, U4-5

Kelayakan Masuk : SPM DAN Sijil Jururawat Masyarakat DAN berdaftar dengan LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA dan LEMBAGA BIDAN MALAYSIA.

terima kasih.

Isnin, Januari 30, 2012 3:39:00 PM

------------- sokong. Patut dapat SBPA U3-1.

Tanpa Nama berkata...

-JM DAH BERAPA KALI NAIK GRED DARI GRED U12 KE U17 KE U19 MINTA PULA
U3-1(27)

-BIARLAH JAWATAN LAIN YANG TAK BERGERAK-GERAK DARI DULU(STATIK) PULA NAIK GRED

Tanpa Nama berkata...

Dato CUEPAC- Tolong semak gred yang tak bergerak langsung dari lantikan pertama hingga sekarang

PA ada yang beruntug dan ada yang tak bergerak langsung.

contoh 1: lantikan tahun 1981 kelulusan akademik SPM sijil Am@pangkat 3 hujung sudah tentu mendapat jawatan yang kurang diminati pada masa itu tapi kini mendapat gaji yang menarik bersara sekurang-kurangnya gred 36

contoh 2: lantikan tahun 1981
kelulusan akedemik SPM pangkat 2@3 dengan mendapat kepujian bahasa Malaysia dan lulus max. mendapat jawatan yang agak menarik perhatian pada masa itu tapi kini mendapat gaji yang kurang menarik bersara setinggi-tinggi pun gred 26 sahaja

Tanpa Nama berkata...

JPA DIHARAP SEMAK SKIM PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN DAN PEMBANTU PENILAIAN,APABILA ADA PERUBAHAN SKIM, NAMA JAWATAN BERUBAH,GRED GAJI TAK BERUBAH,DULU JAWATAN PEMBANTU PENILAIAN DISEBUT JURUTEKNIK PENILAIAN BILA SSB/SSM DIUBAH KE PEMBANTU PENILAIAN KINI GRED GAJI MASIH KEKAL W17(GRED BARU W4-1),PELUKIS PELAN DULU GRED RENDAH DARI PEMBANTU PENILAIAN SEKARANG J3-1,KEBANYAKAN YANG BEKERJA DIJPPH BUKAN ADA SIJIL KEMAHIRAN,JPA TENGOK DARI APA?KAMI PEMEGANG SIJIL INSPEN KELUARAN INSTITUT PENILAIAN NEGARA JABATAN PENILAIAN HARTA MALAYSIA BANGI TELAH DIIKTIRAF SIJIL OLEH JPA,TETAPI JPA YANG TAK NAMPAK PULAU BAGI W3-1 SAMA DENGAN PELUKIS PELAN.

Tanpa Nama berkata...

Panel SBPA; utk tindakan Y. BHG. Datuk Farida,

1)JPA DIHARAP SEMAK SKIM PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN DAN PEMBANTU PENILAIAN,APABILA ADA PERUBAHAN SKIM, NAMA JAWATAN BERUBAH,GRED GAJI TAK BERUBAH,DULU JAWATAN PEMBANTU PENILAIAN DISEBUT JURUTEKNIK PENILAIAN BILA SSB/SSM DIUBAH KE PEMBANTU PENILAIAN KINI GRED GAJI MASIH KEKAL W17(GRED BARU W4-1),PELUKIS PELAN DULU GRED RENDAH DARI PEMBANTU PENILAIAN SEKARANG J3-1,KEBANYAKAN YANG BEKERJA DIJPPH BUKAN ADA SIJIL KEMAHIRAN,JPA TENGOK DARI APA?KAMI PEMEGANG SIJIL INSPEN KELUARAN INSTITUT PENILAIAN NEGARA JABATAN PENILAIAN HARTA MALAYSIA BANGI TELAH DIIKTIRAF SIJIL OLEH JPA,TETAPI JPA YANG TAK NAMPAK PULA BAGI W3-1 SAMA kpd PELUKIS PELAN.

2)Penolong Pegawai Penilaian dulu sama dengan Penolong Jurutera,Penolong Pegawai Perancang,apabila SSB dan SSM,kami jadi gred rendah sama taraf dengan penolong pegawai tadbir,penolong pegawai tanah,penghulu dan lain-lain,sedangkan belajar di Universiti spt Uitm,UTM amat pecah kepala nak mengingatkan KTN,Akta Perancang,Akta Kerajaan Tempatan,Akta Parit dan jalan dan lain-lain merupakan pembelajaran secara teknikal,namun kini gaji W2-1,W2-2,W2-4.Penolong Pegawai Perancang J2-1,J2-4 dan J2-5.Tanggungjawab berat dijpph kerja mesti cepat,buat masa ini tempoh kerja disingkat,kerja lebih,jpa tak tengok dan pandang masalah yang dihadapi oleh Penolong pegawai penilaian dijpph.Kumpulan atasan cepat naik macam 41 untuk ke 44,44 ke 48, 48 ke 52 dan 52 ke 54,ada kosong terus naik.