SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

31 Januari 2012

CUEPACS AKAN MOHON KEPADA KSN BERHUBUNGAN LANTIK TIGA LAGI WAKIL

Bernama
31/1/2012



KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan membuat permohonan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan berhubung tiga lagi pemimpin kanan kesatuan itu untuk menganggotai pasukan petugas khas semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs akan mengemukakan surat kepada Mohd Sidek esok berhubung perkara itu bagi mempertimbangkan permohonan tersebut.

"Awal dulu lagi kita sudah maklumkan bahawa kita hendakkan tiga lagi tambahan pegawai Cuepacs dalam pasukan petugas itu.

"Mungkin kalau nak permohonan, kita akan hantar surat esok, untuk menambah tiga orang lagi anggota Cuepacas sebelum 8 Feb (mesyuarat kedua pasukan petugas khas)," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pengerusi pasukan petugas itu Tan Sri Ismail Adam semalam bahawa pasukan itu tidak mempunyai kuasa untuk melantik atau memilih tiga lagi pemimpin kanan Cuepacs bagi menganggotai pasukan berkenaan.

Katanya sebaliknya hanya Mohd Sidek mempunyai kuasa untuk menentukan perkara itu.

Tiga pemimpin kanan Cuepacs yang dicadangkan untuk menganggotai pasukan itu ialah Timbalan Presiden 1 Azih Muda, Setiausaha Agung Lok Yim Pheng dan Setiausaha Kewangan Jaafar Mansor.

Pasukan petugas khas itu kini dianggotai pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan, Presiden Cuepacs serta pegawai kementerian berkaitan.

Cuepacs sebelum ini, menegaskan bahawa pihaknya tetap dengan pendirian tidak menyertai pasukan petugas khas itu, sekiranya tiga lagi pemimpin kanannya tidak dibenarkan menganggotai pasukan tersebut.

Bagaimanapun, Omar berkata jika masih tiada surat jemputan diterima, beliau tetap akan menghadiri mesyuarat kedua yang dijadual pada 8 Feb, tetapi akan mengisytiharkan secara rasmi untuk menarik diri.

"Ini bukan keputusan Omar Osman tetapi menghormati keputusan kongres dan anggotanya. Cuepacs hari ini adalah harapan 1.3 juta penjawat awam di seluruh negara," katanya.



-- BERNAMA

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus TAMBAH lagi wakil untuk debat- pasai apa JPA kasi naik gaji 54-jusa-premier tak macam had yg PM habaq 7-13 peratus. PM habaq lagu tu...X kan JPA ni bodo sangat X paham no.


ayaq

Tanpa Nama berkata...

Pada pilihanraya ke 13 akan datang saya dah buat keputusan nak pangkah BN dengan sepenuh hati........tapi bila aje SBPA keluar fikiran saya terganggu dan kacau sehingga sekarang dan rasa separuh hati saja dengan cadangan diatas, Tuan-tuan bijak pandai dalam blog ni boleh bagi idea atau pandangan untuk menyelesaikan konflik jiwa saya... Bukan apa takut tersalah buat keputusan.

SBPA- Sindrom Baru Penjawat Awam.

ain politeknik berkata...

siapa nak pejuangkan nasib pemegang diploma yg hanya bekerja sebagai PT\PO N17 dapat gaji standard spm ??? sedangkan loan PTPTN nak kena bayar??? cukup ke gaji setakat cth gaji sbpa RM955 nie nak bayar pinjaman pelajaran... warga asing yang duduk dimalaysia nasib mereka dibela sedangkan rakyat sendiri tak kan ditindas? dimintak keadilan dan pembelaan .. bukan penindasan di bumi sendiri.. peratusan senarai hitam pinjaman pelajaran meningkat.. macam mana nak bayar ? ada kah cukup ke? fikir2 kan lah...merayu pihak bekenaan mempertimbangkan gaji penjawat awam yang mempunyai pelajaran tinggi diberi gaji yang munasabah khususnya sebelum masuk kerajaan sudah memiliki diploma keatas... PTPTN kena bayar. tak kan kerajaan nak tengok sahaja penjawat awam ramai disenarai hitam?

Tanpa Nama berkata...

GRED 41,44,48,52,54,JUSA DIJPPH MALAYSIA DIJAGA KPP JUSA A MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT YANG SELESA APABILA ADA KEKOSONGAN.
GRED 36,32,27,26,22 DAN 17 DIJAGA OLEH TIMBALAN KPP JUSA B,UNTUK MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT KE 22,26 DAN 32 SERTA 36 AMAT PAYAH DIBANDINGKAN DENGAN JABATAN JABATAN LAIN,TIMBALAN KPP PENGURUSAN NAIK PANGKAT SENANG TAPI ORANG BAWAHAN LAMBAT.

Tanpa Nama berkata...

OMAR BODOH NI KATA DIA TIDAK DIAJAK BINCANG MASA RANGKA SBPA. PADAHAL SEPANJANG SBPA TU DIRANGKA DIA TERLIBAT SEPENUHNYA. OMAR DAHLA JGN NK MENIPU LAGI. ADA ORANG DAH TUNJUK RAKAMAN VIDEO KO TERLIBAT DALAM SEMUA PERBINCANGAN SBPA DARI BULAN JUN SAMPAI DISEMBER 2011.. APASAL TIME TU KO SENYUM2 GELAK2 HEPI JE? TETIBA SEKARANG NAK JADI HERO.. BINATANG PUNYA OMAR..

Tanpa Nama berkata...

DALAM JPPH kerja separuh mati bagi Penolong Pegawai Penilaian tempoh masa siap kes disingkat dari 10 hari ke 8 hari kemudian 5 hari,tidak kira mudah,sederhana dan rumit janji matlamat KPP,TKPP dan Pengarah capai sasaran,kalau kumpulan Penolong Pegawai capai sasaran Pengarah dapat nama dan cepat naik pangkat jusa atau jadi TKPP gred jusa B atau jusa C ,kumpulan penolong pegawai penilaian, TKPP dan KPP nak bagi naik pangkat kpd penolong pegawai penilaian macam-macam alasan tak masuk akal,gred jusa terus naik,pengurusan tertinggi jpph jaga orang atas saja,puak gred 36 kebawah terabai