SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

18 Januari 2012

MESYUARAT PERTAMA SEMAK SBPA SELEPAS TAHUN BARU CINA

Utusan Malaysia
18/1/2012



PUTRAJAYA 17 Jan. - Mesyuarat pertama pasukan petugas bagi mengkaji semula pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka diadakan selepas Tahun Baru Cina.

Pengerusinya, Tan Sri Ismail Adam berkata, pasukan petugas yang dianggotai pelbagai pihak itu akan mengenal pasti beberapa perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penjawat awam.

''Anggota pasukan petugas akan meneliti isu-isu berbangkit berhubung pelaksanaan SBPA, mereka akan membuat rumusan dan kita akan bertemu untuk berbincang mengenainya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu.

Berikutan itu, satu pasukan petugas ditubuhkan dipengerusikan Ismail yang juga bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman luas beliau dalam hal berkaitan perkhidmatan awam.

Pasukan tersebut dianggotai pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam; Jabatan Peguam Negara; Kementerian Kewangan; dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman serta pegawai kementerian yang berkaitan.

Mereka diberi tempoh dua bulan iaitu sehingga 16 April untuk mengkaji isu-isu tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada kerajaan. Penyerahan surat pelantikan kepada semua anggota pasukan petugas oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan akan berlangsung di sini, esok.

Ditanya gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya wakil kesatuan itu turut dilantik menganggotai pasukan itu, Ismail berpandangan, kehadiran wakil CUEPACS mencukupi untuk mewakili kakitangan awam pelbagai bidang.

Mengenai tempoh dua bulan yang diperuntukkan kepada pasukan untuk menyelesaikan semakan semula, katanya, beliau yakin segala isu berbangkit akan dapat dirungkai mengikut had masa yang ditetapkan.

''Kita kena lihat sama ada isu-isu berbangkit itu mudah atau rumit. Kalau mudah tentunya kita akan dapat menyelesaikannya dengan cepat, namun saya pasti segala-galanya akan selesai mengikut had masa yang ditetapkan,'' katanya.

410 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   401 – 410 daripada 410
Tanpa Nama berkata...

Saya amat bersetuju jika kumpulan ini memohon kepada JPA untuk dianjakkan ke kumpulan P&P. Kita boleh rujuk banyak kes sebelum ini yang telah berjaya hingga ada mereka yang dilantik dari kumpulan B kini telah berada digred 52 dan 54.

------------------------------

Saya juga amat bersetuju dengan kenyataan ini..kepada semua kumpulan B gred 27-40..ayuh kita kemuka cadangan ini ke pihak JPA..alang-alang SBPA hendak dikaji. Mari kita bersatu beri pendapat. Apa kita lihat kini anak buah kita yang beban kerjanya lebih ringan sudah "sama" dengan kita..sedangkan beban kerja kita adalah bersamaan Kumpulan A. Walaupon kita diletakkan dalam kumpulan sokongan, kita tetap perlu membuat keputusan berkenaan hala tuju projek berkaitan, membuat perancangan, menyelia, mencari jalan penyelesaian, dipertanggungjawab terhadap semua projek yang dijalankan oleh Kumpulan C, membuat sebutharga/tender/pembelian terus dan banyak beban yang di tanggung Kumpulan A adalah juga ditanggung oleh Kumpulan B gred 27-40..

Pihak JPA kena faham, walaupun dalam skim lama Kumpulan B diletakkan kedalam kumpulan sokongan, kerja Kumpulan B tetap sama, sama dengan Kumpulan A. Tetap sama macam tahun 70-80 an dulu..Adil atau tidak kami diletakkan Tembok yang besar dihadapan kami untuk ke P&P dan Kami dihimpit oleh orang dibelakang kami hinggakan kami tersepit kerana orang dibawah kami sudah hampir setaraf dengan kami???

Mohon pihak JPA kaji agar kami dinaikkan gred ke Kumpulan A. Baru sama-sama dapat manfaat SBPA. Jangan ada yang dizalimi dan di turun taraf seperti apa yang kami rasa dalam skim "SBPA lama"..

Tanpa Nama berkata...

Jika pegawai tinggi, tapi malasnya buat kerja, orang bawahan sebagai bahan tebusan dilanyak suruh buat kerja. Ini belum dikira tuntan elaun (mileage). Orang bawahan nak minta macam2 dalih dibuat...

Tanpa Nama berkata...

Pada pendapat saya PTK harus diteruskan ! Baru adil !

=========

Betul, saya sokong penuh. Adil, penilaian di pihak Atasan Plus dengan pencapaian peperiksaan bidang berkaitan.

Tanpa Nama berkata...

Aku dh email cadangan utk KUMPULAN B..mana2 org klo nk send pada farida leh amik cadangan aku.

Tanpa Nama berkata...

tak tau nak kata apa tentang sbpa ni...pening kepala..dah lah tempoh singkat sangat.. lampiran c pun tak nak tunjuk..apa yang nak di sembunyi 2.mesti ada yang tak kena.

pmtgbdak berkata...

Salam....

Kepada kumpulan task force sbpa , saya ingin mengcadangkan satu pendapat untuk memantapkan lagi sistem sbpa yang dilancarkan baru baru ni....
1. Minta kaji semula bagi PA yang menjawat jatwatan DIploma dan memiliki Ijazah diberi peluang untuk menikmati kenaikan pangkat dari jawatan diploma ke jawatan ijazah..ini tidak mustahil sedangkan sebelum ini dalam kumpulan sokongan begitu mudah untuk mendapat kenaikan pangkat melalui KPSL... senario nya sama sahaja kerana PA yang dari gred 17 boleh melalui KPSL untuk kenaikan pangkat ke 27-29... jadi apa salahya jika jawatan diploma juga disediakan keistimewaan KPSL ke jawatan IJAZAH...Kami pon sambung IJAZAH juga...harap pihak cuepacs boleh bawa perkara ini ketengah...

terima kasih...

Pegawai Derpinggir Jabatan berkata...

Di harap semak semula SBPA ini nanti tidak lupa PA yg ada IJAZAH serta pengalaman kerja melebihi 20 tahun dalam jabatan tersebut masih juga di skim Pembantu Penguasa keutama hendaklah diberikan kepada PA tersebut utk mengisi jawatan lantikkan Gred WK 1-1 dgn syarat PA tersebut mencukupi dan tidak minta ke lain skim jawatan.

Beri peluang sebelum kami bersara .

PTK Naik Gaji Tak Perlu Kerja berkata...

PTK tolong mansuhkan. Ada cikgu tinggalkan keeerja menanda buku latihan di Bilik Guru ulang kaji buku PTK. Komitment terhadap kebajikan murid sekolah lupa.

Tanpa Nama berkata...

Minta cuepacs kaji semula gaji anggota bawahan ATM yang memiliki DIPLOMA dan DEGREE menggunakan duit poket sendiri/tanggung oleh kerajaan. Mereka rasa teraniaya apabila ditempat kerja..ideologi orang atasan klu ada bawahan yg ada ilmu akademik lebih cket, atasan tu akan melepaskan tugas kepada anggota bawahan tersebut sedangkan tugas itu tidak sepatutnya diberi kpd bawahan utk melakukannya. Bila arahan diingkari, mula la nak trade mark dan berdendam.. atasan cuma tau sain dan order jer, pas tu present hasil dr org lain nyer.. idea suma dikeluarkan oleh anggota bawahan trsbt. Malu la cket, gaji dah tinggi, nak mkn gaji buta lagi ker? X tau ke junior tu sambung blaja guna duit gomen atau poket sendiri? tujuan apa? kpd Cuepacs mohon beri kelebihan/pengiktirafan sewajarnya kepada anggota LLP ATM yang mempunyai akademik tinggi dan teraniaya..harap maklum spt teka teki ini "banyak2 air, air apa paling mahal..jawapannya IDEA" bukan senang nk cari/bagi idea dlm keadaan terpaksa...

ganasan berkata...

salah satu perkara yang boleh diteliti oleh semua pihak yang terlibat dalam kajian ini ialah anugerah kenaikan tangga gaji bagi PA yang telah sampai ke tangga maksimum......max 5 tahun..... lebih dari 5 tahun dsb.... berilah kenaikkan yang extra sedikit kerana telah lama dok hantuk dinding maksimum....

«Lebih lama ‹Lebih lama   401 – 410 daripada 410   Terbaru› Baru»