Oleh HERMAN HAMID
KUANTAN 21 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sedang diteliti pasukan petugas khas akan memberi kepuasan menyeluruh kepada setiap peringkat perkhidmatan awam.
Menurut Perdana Menteri, pasukan petugas khas itu yang diberi tempoh tiga bulan akan melakukan semakan sebaik-baiknya supaya tidak ada lagi situasi yang boleh diibaratkan sebagai 'rumah siap, pahat berbunyi.'
"Sebelum ini saya dengar yang di bawah, kenaikannya terlalu rendah dan yang di atas kenaikannya terlalu tinggi, macam-macam saya dengar.
"Tak apalah, saya bagi tempoh tiga bulan kepada jawatankuasa ini kaji semula dan insya-Allah kita akan dapatkan hasil yang disifatkan sebaik-baiknya supaya kita dapat memberi kepuasan kepada semua," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Kakitangan Awam bersama Perdana Menteri di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang dekat sini hari ini.
Majlis yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob itu disertai kira-kira 7,000 kakitangan awam melibatkan pelbagai peringkat termasuk Pusat dan negeri.
Satu pasukan petugas khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam ditubuhkan setelah Najib mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan beberapa isu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) baru-baru ini mendakwa lebih 1.3 juta penjawat awam Gred 54 ke bawah tidak berpuas hati dengan skim SBPA yang didakwa tidak adil terhadap mereka.
Sementara itu, dalam ucapannya juga, Najib sekali lagi mengingatkan penjawat awam bahawa era kerajaan mengetahui segalanya sudah berakhir maka sebab itu pendekatan sekarang adalah secara merendah diri.
Katanya, malah beliau sendiri tidak boleh mendakwa bahawa kerajaan yang ada sudah cukup sempurna dan mana-mana kepincangan yang wujud perlu diperbetulkan dan ditambah baik.
"Kalau rakyat kata tak betul, kita lakukan penambahbaikan, kalau sudah laksanakan pun, kalau perlu kaji, kita kaji balik. Yang penting sekali, rakyat terbela sepenuhnya," jelasnya.
Dalam pada itu, Najib berkata, pemberian subsidi secara langsung seperti menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dilihat memberi impak besar kepada penerima yang cukup menghargainya.
Katanya, ini berbeza dengan pemberian subsidi tidak langsung seperti petrol, gas memasak dan barangan keperluan asas lain walaupun jumlahnya melibatkan peruntukan yang jauh lebih besar.
"Subsidi untuk keperluan asas ini bertambah setiap tahun dengan tahun ini sahaja kita sediakan RM22 bilion untuk membantu rakyat. Tetapi anehnya yang BR1M ini kita bagi RM500, dia punya impak lebih daripada RM22 bilion.
"Saya semalam di Wilayah Persekutuan, tengok penerima dapat RM500, cium tangan kita tahap lain macam. Rupanya impak tunai lain, ia berkait psikologi manusia. Bila dapat tunai, orang Kedah kata 'ketaq lutut.'
"Apa pun kita buat ini kerana rakyat perlukan bantuan kerajaan yang kita boleh berikan hasil daripada perancangan jangka panjang kita," ujarnya.
12 ulasan:
YAB PM DS Najib, saya lebih yakin bila DS bercakap dgn Cuepacs dlm Majlis Bersama Penjawat Awam ! tahun 2011 tak dilaksanakan. Tahun ini 2012, Insya Allah boleh kut.
TAMBAH CUTI TAHUNAN,TERUTAMA BAGI LANTIKAN SELEPAS 2009.
TAKRIFAN KELUARGA TERDEKAT MOHON DI PERLUAS KEPADA ADIK BERADIK DAN MERTUA,TAHUN LEPAS MERTUA SAYA MENINGGAL,3 HARI CUTI TAHUN SAYA DIAMBIL ,AKIBATNYA...HUJUNG TAHUN DAH TAK ADA CUTI LAGI.
SUSAH OOOOOO.....
Harap tempoh masa yang diberi dimanfaatkan sepenuhnya. Jika boleh tematkan kajian lebih awal adalah amat baik.
Kalau pihak yang diberi tanggungjawab laksanakan tugas dengan baik, tentu tak perlu buat kajian semua ni. Pokok pangkalnya, kerja mesti ikhlas. tak susah semua orang. harap pihak yang terlibat dapat banyak pengajaran dan tak ulangi tindakan-tindakan yang AMAT tak wajar ini. Terima kasih.
SBPA pembunuh senyap jawatan GURU CEMERLANG...yang sedihnya...tiada siapa pun yang memperjuangkan masa depan GC.. banyak orang pula gembira apabila GC berkubur tanpa nesan...BERSATU DAN BANGKIT PRU-13...901...
SBPA ZALIM, KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN...AYUH KITA BANGKIT DAN BERSATU DALAM PRU-13...BUDI BAHASA BUDIA KITA
SIAPA NAK RM100? SAYA. SIAPA NAK RM200? SAYA. SIAPA NAK RM500? SAYA. SIAPA NAK GAJI NAIK? SAYA. SIAPA NAK HARGA BARANG NAIK? TAKKKKKKKKK NAKKKKKKKKKKKKKK
Sy sedih bila DS PM sendiri tidak bersikap jujur terutamanya dalam pengurusan kewangan kerajaan... Dalam berita sana sini heboh kewangan Kerajaan Stabil sedangkan realitinya, Kerajaan sedang dalam perjalanan ke arah bebanan hutang negara yg tinggi... org awam boleh lah diputarbelitkan tapi kita PA tahu setakat mana kemampuan kewangan kerajaan... tahun 2012 menunjukkan hampir kesemua Jabatan @ Agensi @ Kementerian dipotong peruntukan antara 20% hingga 50% peruntukan belanja mengurus... ini reality yg sedang kita hadapi dan tak mustahil suatu hari nanti kita PA akan dibuang kerja akibat terlalu mempolitikan kewangan kerajaan demi memenangi hati rakyat untuk MENANG pilihanraya.... kita kena sama2 bantu kerajaan sbb kita tak mau KEHILANGAN PEKERJAAN hanya kerana insentif hari ini... bukan sy tak mau naik gaji tapi harap jentera Menteri-Menteri bersikap JUJUR berkaitan pengurusan kewangan kerajaan... sy juga berharap YAB PM dan barisan YB Menteri-Menteri jimatkan perbelanjaan kita bersama demi masa depan kita.... bukan hanya untuk menang PRU...
KENAIKAN GAJI GURU T1 LEBIH TINGGI DARI KENAIKAN GAJI GURU T3
Kami golongan guru juga mengalami kenaikan gaji yang tidak seragam. Satu lagi persoalan mengapa penjawat awam yang berkhidmat pada tangga gaji ganjil, contoh T21 dalam SBPA akan sama dengan tangga gaji penjawat awam yang berkhidmat setahun awal daripada mereka, Contoh, T 22, Ini akan membawa banyak keuntungan kepada mereka yang berkhidmat pada tahun ganjil. Malah kenaikan penjawat awam tahun ganjil lebih tinggi daripada kenaikan penjawat awam tahun genap. Ini membuatkan SBPA Nampak sangat kepincangannya dari struktur gajinya,
Pertukaran pergerakan gaji tahunan juga menimbulkan tidak puas hati kerana ada sesetengah penjawat awam dipercepatkan anjakan tahunan mereka dan ada juga ditangguhkan anjakan ke belakang. Kalau dikaji mengenai SBPA, masih banyak lagi perbezaan ketara.
Apa yang paling adil untuk semua penjawat awam ialah membuat pelarasan gaji berdasarkan peratusan mengikut gred seperti dibuat sebelum ini kerana terlalu sukar untuk memuaskan hati semua 1.4 juta penjawat awam
Moga pihak JPA buka mata akan tu agar tidak berlaku ketidak puas hati ...nak buat pelarasan pun biarlah adil.Pada pandangan saya kenapa masalah gaji senior sama dgn gaji junior dan sebagainya jadi begitu.
Banyak lagi diskriminasi yang dilakukan oleh JPA dalam SBPA ini.
Saya berpendapat yang SBPA ini SEPATUTNYA DITANGGUHKAN dahulu.naikkan peratus gaji sama...contoh 10% untuk semua gred..jadi kenaikan adalah adil kepada semua gred....sekarang ni bila sbpa gaji junior lebih tinggi dari senior..sapa tak frust...
Naik gaji ikut peratusan dan match ke jadual gaji baru SBPA baru betul dimana kenaikan tidak kurang dari 1 pergerakan gaji tahunan.
Jika cara ini dilaksanakan tiadalah kenaikkan gaji yg tidak seragam dan adil.
Mengapa tak selaraskan saje..T1 SSM ke T1 SBPA, T2 SSM ke T2 SBPA... dan setrusnya. Barulah adil , tiada yang kecewa senioriti gajinya kurang.
Betul apa yang artikel ini persoalkan....memang tak adil....saya komen ni sebab ini berlaku kepada kawan saya..dia juga adalah senior saya kat tempat kerja...dia dah kerja dah 5 tahun ...bila pelarasan gaji gaji dia sama ngan gaji saya yang baru berkhidmat 3 tahun...mana keadilan...kesian dia.......
memang tak adil...JANGAN LA SAMPAI ADA YANG TERANIAYA....MANA TAK ANIAYANYA KALAU KEJE DAH LAMA TAPI GAJI SAMA NGAN YANG ORG BARU.....ORG TAK RASA MEMANG LAAA TAKKAN BISING TAPI CUBA DUDUK TEMPAT YANG TERANIAYA MEMANG SAKIT HATI GILA.....DAH LAA SESETENGAH TU BUKAN WAT KERJA SANGAT...MAIN TOLAK KEJE JER...TUP..TUP GAJI SAMA NGAN YANG LAMA YANG WAT KERJA MACAM NAK MATI...KAJI SEMUA PIHAK BUKAN SATU KATEGORI JER......
Isu KEKANANAN yang hilang. Kembalikan semua kekananan untuk semua GRED baik yg melalui lantikan mahupun kumpulan kenaikan pangkat.
- Peratus kenaikan yang adil berdasarkan SIJIL dan KEKANANAN.
- Kemampuan kewangan kerajaan dalam memberi peratus kenaikan.
- Kekal dengan Cadangan PM untuk kenaikan 7-13 peratus sahaja. Dicadang semua kenaikan berdasarkan peratus pada mata gaji P1T1 masing-masing
pendapat saya, better kenaikan sesuai mengikut seniority dan perbezaan tidak sebegitu ketara.
mana adil kalo saya yang lapor diri apr 2010, naik gaji hanya rm167 sahaja, padahal peg yang masuk julai 2011, naik sampai rm260 utk sama level gaji dgn saya.
tu x kira lagi dgn pegawai yg msuk Nov 2009 (5 bulan lebih awal dr saya). NAIK SAMPAI RM300!! paling x tahan bila dia berlagak tu la. kalo dia x berlagak, sikit pun saya x tau yg gaji kami naik sgt2 berbeza, ok?
GAJI SBPA Junior setahun 3 bulan n senior 5 bulan naik melampau sbb dorg lapor diri ms tahun gnjil.. dan saya yang malang ni, naik ciput sbb lapor diri ms taun genap..mana keadilan
Kami golongan guru memohon semoga pihak Tan Sri, Dato',Tuan, Puan dapat membuat pertimbangan yang memuaskan semua pihak , yang senio tidak rugi dari gaji yang junior, harap-harap semakan gaji nanti biarlah yang T3 SSM ke gaji T 3 sbpa dan seterusnya. Segala tindakan Tansri, Dato', Tuan , Puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
DATO' PRESIDEN,
KAKITANGAN AWAM YANG TIDAK BUAT KERJA JAWATAN HAKIKINYA TIDAK DISOKONG UNTUK KENAIKAN PANGKAT,TAPI MEREKA PANDAI MELOBI SEPARUH MATI UNTUK DAPAT NAIK PANGKAT DAN DAPAT ANUGERAH CEMERLANG.ASYIK BUAT KERJA LUAR DAN TIDAK MINAT DENGAN JAWATAN HAKIKI.KEMUDIAN MENYALAHKAN CUEPACS,LAGI SATU TIDAK JADI AHLI KESATUAN SEKERJA KUTUK PRESIDEN CUEPACS PULA,TAK PANDAI,YANG HAIRAN MEREKA TIDAK JADI AHLI GABUNGAN CUEPACS.KAMI MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA BUKAN AHLI MENGUTUK DATO PRESIDEN DALAM APA JUA ISU,JADI APA BILA HAJAT MEREKA TERTUNAI MAKA W/PUN TAK JADI AHLI,KATA PULA APA GUNA JADI AHLI KESATUAN SEKERJA,KAMI PUN DAPAT BONUS DAN LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN YANG DITUNTUT OLEH CUEPACS.
Panel SBPA; utk tindakan Y. BHG. Datuk Farida,
1)JPA DIHARAP SEMAK SKIM PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN DAN PEMBANTU PENILAIAN,APABILA ADA PERUBAHAN SKIM, NAMA JAWATAN BERUBAH,GRED GAJI TAK BERUBAH,DULU JAWATAN PEMBANTU PENILAIAN DISEBUT JURUTEKNIK PENILAIAN BILA SSB/SSM DIUBAH KE PEMBANTU PENILAIAN KINI GRED GAJI MASIH KEKAL W17(GRED BARU W4-1),PELUKIS PELAN DULU GRED RENDAH DARI PEMBANTU PENILAIAN SEKARANG J3-1,KEBANYAKAN YANG BEKERJA DIJPPH BUKAN ADA SIJIL KEMAHIRAN,JPA TENGOK DARI APA?KAMI PEMEGANG SIJIL INSPEN KELUARAN INSTITUT PENILAIAN NEGARA JABATAN PENILAIAN HARTA MALAYSIA BANGI TELAH DIIKTIRAF SIJIL OLEH JPA,TETAPI JPA YANG TAK NAMPAK PULA kepada kami BAGI W3-1 kpd PELUKIS PELAN yang tiada sijil kemahiran.
2)Penolong Pegawai Penilaian dulu sama dengan Penolong Jurutera,Penolong Pegawai Perancang,apabila SSB dan SSM,kami jadi gred rendah sama taraf dengan penolong pegawai tadbir,penolong pegawai tanah,penghulu dan lain-lain,sedangkan belajar di Universiti spt Uitm,UTM amat pecah kepala nak mengingatkan KTN,Akta Perancang,Akta Kerajaan Tempatan,Akta Parit dan jalan dan lain-lain merupakan pembelajaran secara teknikal,namun kini gaji W2-1,W2-2,W2-4.Penolong Pegawai Perancang J2-1,J2-4 dan J2-5.Tanggungjawab berat dijpph kerja mesti cepat,buat masa ini tempoh kerja disingkat,kerja lebih,jpa tak tengok dan pandang masalah yang dihadapi oleh Penolong pegawai penilaian dijpph.Kumpulan atasan cepat naik macam 41 untuk ke 44,44 ke 48, 48 ke 52 dan 52 ke 54,ada kosong terus naik.
GRED 41,44,48,52,54,JUSA DIJPPH MALAYSIA DIJAGA KPP JUSA A MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT YANG SELESA APABILA ADA KEKOSONGAN.
GRED 36,32,27,26,22 DAN 17 DIJAGA OLEH TIMBALAN KPP JUSA B,UNTUK MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT KE 22,26 DAN 32 SERTA 36 AMAT PAYAH DIBANDINGKAN DENGAN JABATAN JABATAN LAIN,TIMBALAN KPP PENGURUSAN Datuk Abdul Hamid bin Bakar NAIK PANGKAT SENANG TAPI ORANG BAWAHAN LAMBAT.
Catat Ulasan