SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 Disember 2010

BANTUAN MENGURUS JENAZAH DAN BAYARAN PENGANGKUTAN JENAZAH BAG1 PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PEKELlLlNG PERBENDAHARAAN BIL. 3 TAHUN 2010

Media Cuepacs
5/12/2010




Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan berhubung bantuan mengurus
jenazah dan bayaran pengangkutan jenazah pegawai Perkhidmatan Awam.

Pekeliliqg Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1993 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 14 Tahun 1993 menetapkan tatacara bagi pembayarar~ bantuan mengurus jenazah dan bayaran pengangkutan jenazah pegawai Perkhidmatan Awam yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan kepada warjs pegawai. Perbendaharaan bersetuju supaya peraturan tersebut disemak sernula selaras dengan keadaan semasa.

Bantuan Mengurus Jenazah dan Bayaran Pengangkutan Jenazah bagi
pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan, sama ada di
dalam atau di luar tugas rasmi adalah layak diberi kepada pegawai-pegawai
berikut:

pegawai lantikan tetap;
pegawai kontrak (contract of service);
pegawai sementara; dan
pegawai sambilan.

Kadar bantuan kepada waris pegawai adalah seperti berikut:
i) Bayaran Bantuan Mengurus Jenazah sebanyak RM3,000; dan
ii) Bayaran pengangkutan jenazah mengikut kadar perbelanjaan sebenar
yang munasabah dan disokong dengan resit.


Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2010.


Untuk Keterangan lanjut (sila klik disini)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pekeliling ini keluar tepat pada masanya. Ramai PA akan mati dalam masa terdekat ini. Akibat tiada bonus, akibat kenaikan harga petrol, gula etc.

Tanpa Nama berkata...

ada satu cerita pakcik ni nak pi haji...cuma tak cukup lagi 2 ribu sekali dia punya bini nak angkat haji....dengar ura-ura nak dapat bonus ...dia dah beli kain ihram sipa-siap lhram lima helai setiap sorang laki bini...cadang nak pi tahun 2011...alamat dengar kata bonus tak bagi...terus GOLLLL.....kain ihram buat kain kapan...duit tabung haji anak sebat buat menikah anak datuk M....dengar kata pak dia dapat 3 ribu duit urus jenazah anak dia pun ambiklah RM2500 beli cincin nikah...RM500 sama Tabung Haji dah abih....pak dia dah mereput dalam kubur pasal terkejut NAJIB tak bagi bonus...sakit JANTUNG...IJN dah swasta...caj mahal...salah sapa...salah BE END (BN)