SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 Disember 2010

KENAIKAN 4 DALAM 1: NGO, ORANG RAMAI KESAL

Malaysiakini
4/12/2010



Kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula kesan daripada rasionalisasi subsidi mendapat bantahn meluas daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

hamdan adnan 170805Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Hamdan Adnan menyifatkan kenaikan harga minyak RON95 adalah tidak wajar kerana minyak merupakan nadi kepada rakyat.

"Kalau gula naik, tidak apalah, tapi kalau harga minyak naik, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak menjana pembangunan negara.

"Rakyat banyak menggunakan bahan tersebut dan pertimbangan mengenai kenaikan harga minyak adalah perlu," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kerajaan sewajarnya mewujudkan satu mekanisme dalam mengawal harga minyak supaya golongan sasaran saja yang menikmati subsidi berkenaan.

Cuepacs: Golongan rendah terjejas

Beliau diminta mengulas mengenai kenaikan harga keempat-empat barangan itu yang diumumkan kerajaan hari ini.

Berkuatkuasa mulai esok, harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 0.05 sen kepada RM1.90 seliter, diesel dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter, harga gas asli cecair (LPG) dinaikkan 0.05 sen kepada RM1.90 manakala harga gula dinaikkan sebanyak 0.20 sen menjadikan harga gula adalah RM2.10 untuk sekilo.

Pandangan Hamdan itu turut dikongsi oleh Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mengulangi pendiriannya sebelum ini mengenai kenaikan harga gula dan minyak.

cuepacs omar osman 181007Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pihaknya bimbang mengenai kenaikan harga semua barangan berkenaan terhadap golongan berpendapatan rendah.

"Kita bimbang dengan kenaikan ini (harga barangan) akan menjejas golongan berpendapatan rendah terutamanya yang bekerja dengan kerajaan," katanya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula mempersoalkan kewajaran kerajaan menaikkan harga bahan api petrol dan diesel yang dikatakan membabitkan petrol RON 95.

Rakyat marhaen menderita

Harakahdaily melaporkan Salahuddin sebagai berkata RON 95 adalah untuk rakyat yang perlu dikekalkan harganya supaya tidak membebankan rakyat yang menjadi pengguna terbanyak.

NONEKata Salahuddin (kanan), kenaikan itu sangat mengecewakan.

"Sikap PAS, keutamaan mesti pada rakyat, ambil kira rakyat dahulu sebelum yang lain-lain," katanya.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus pula berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.

Sambil menyifatkan kenaikan mengejut itu sebagai 'gila', beliau mengharapkan rakyat menolak Umno BN yang secara terang terangan tidak mengutamakan rakyat terbanyak.

"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya.

Gamis: Tarik subsidi kroni, bukan rakyat

Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia ( GAMIS ) juga kesal dengan kenaikan harga barangan asas pengguna yang menjadi permintaan harian rakyat iaitu petrol, gas, diesel dan gula.

NONEMenurut, presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan kenaikan ini akan menimbulkan reaksi yang kontradik kepada keputusan kerajaan tersebut.

“Alasan yang digunakan ialah perlu pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan. Persoalnnya kenapa subsidi syarikat kroni dalam IPP berjumlah RM19billion tidak dipotong?

“Kenapa mahu bina menara 100 tingkat yang kosnya mencacah RM 5billion yang akhirnya rakyat tak dapat keuntungan darinya. Kenapa kos permulaan penubuhan PEMANDU di bawah JPM berjumlah RM66juta yang hanya diperolehi oleh orang-orang tertentu sahaja?” soalnya dalam satu kenyataan.

NONEMenurut Gamis, sepatutnya pengurangan fiskal mesti dibuat dalam pentadbiran kerajaan, bukannya dengan menarik hak rakyat marhaen.

Katanya, mahasiswa merasakan alasan untuk mengurangkan subsisdi bagi bahan keperluan asas rakyat ini sangat tidak masuk akal.

“Dimana slogan rakyat didahulukan yang dilaungkan sebelum daripada ini sekiranya perkara keperluan asas rakyat juga boleh diperdagangkan.

Katanya, soal yang lebih besar bila harga petrol dan diesel naik akan menyebabkan harga barangan lain akan naik secara lansungnya.

Alasan bodoh

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan akhbar berkata kenaikan petrol sudah pastinya menjejaskan kehidupan rakyat.

“Apabila gula dinaikkan, petrol dinaikkan, maka apakah tidak ada sebab bagi peniaga menaikkan harga barang perniagaan mereka. Hampir semua kenderaan menggunakan minyak petrol dan diesel, dan hampir semua makanan perlukan gula. Apakah ada alasan bodoh pemimpin negara yang bercakap kerana mahukan rakyat sihat dari penyakit diabetes maka kerajaan perlu menaikkan harga gula.

mamak restaurant 271206 food“Mungkin juga ada kenyataan pemimpin negara yang mahukan keselamatan rakyat di jalan raya, maka harga petrol dan diesel terpaksa dinaikkan. Adakah pemimpin mahukan rakyat berbasikal ke tempat kerja, atau menggunakan perkhidmatan awam bagi mengurangkan kos mereka, sedangkan mereka selesa menaiki kenderaan rasmi kerajaan ke mana-mana.,” kata naib ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Menurut beliau lagi, jika dibandingkan dengan negara jiran, Malaysia adalah antara negara yang kaya dengan hasil bumi termasuk minyak.

“Mengapa kerajaan tidak membandingkan Malaysia dengan negara pengeluar minyak dunia seperti Arab Saudi, Iran, Venezuela, Qatar dan lain-lain? Perlukah Malaysia mengikut harga pasaran minyak antarabangsa?” soalnya.

NONEMohamad Suhaimi (kanan) berkata seolah-olah menaikkan harga minyak petrol dan diesel dan barang keperluan adalah jalan akhir setelah hampir semua langkah telah diambil kerajaan bagi membela rakyat.

“Sedangkan untuk menguntungkan pihak tertentu, kerajaan sanggup dan mampu berbelanja lebih. Menara Wawasan dibina dengan nilai RM 5 bilion, entah belum tentu menguntungkan rakyat jelata. Lebih baik perbelanjaan itu ditampung kepada subsidi minyak. Sebegitu juga dengan projek-projek mega, gergasi dan mewah, itu perlu dikurangkan dahulu buat menampung keperluan rakyat,” katanya.

“Memang betul rakyat tidak terbeban dengan kenaikan ini, kerana rakyat sudah tidak mampu berkata-kata lagi. Sudah kering air mata dan keringat rakyat bekerja siang dan malam mencari sesuap rezeki menampung kehidupan.”

67 ulasan:

DOA berkata...

Bagi saya, kenaikan "4 dalam 1" itu suatu yang amat membanggakan. Ini bermakna rakat Malaysia berkebolehan untuk membiayai kos sara hidup yang makin tinggi. Ini bermakna kita sebenarnya berpendapat tinggi. kalau tak tinggi, macam mana dapat hidup di negara ini?

Saya berdoa agar banyak lagi kenaikan harga kerana saya bersyukur dalam hidup di negara yang tiada bencana alam. Itu kurniaan Tuhan.

Setiausaha sulit berkata...

Skema jawapan untuk para pemimpin negara:

Harga petrol naik supaya kemalangan jalanraya dapat dikurangkan. Pencemaran udara turut dapat diperbaiki.

Harga gula naik supaya rakyat hidup sihat dan panjang umur.

Harga minyak masak naik supaya rakyat tidak menghadapi masalah kegemukan dan sakit jantung.

Harga daging naik supaya rakyat tidak mengalami masalah kolesterol tinggi dan kanser.

Harga sayur naik supaya rakyat tidak mengambil sisa racun perosak yang berlebihan.

Harga hiburan naik supaya rakyat dapat ruangkan lebih masa bersama keluarga di rumah.

Harga tol naik supaya rakyat lebih berjalan kaki dan ini adalah senaman yang paling baik dan ekonomi.

Apa lagi? Tolong tambah.

Tanpa Nama berkata...

semua harga akan naik..tapi pru nanti akan ada yg turun itu sudah pasti ...

Nap nap berkata...

RAKYAT MALAYSIA PATUT BERSYUKUR....kah kah kah..

kah kah kah… BERSYUKUR KERANA MINYAK KITA LEBIH MURAH DARI SIAM…. kah kah kah

woit…PATUT BERSYUKUR KERANA DI SWEDEN HARGA PETROL LEBIH MAHAL DARI MALAYSIA… kah kahkah..

woit… BERSYUKURLAH KERANA HARGA MINYAK KITA MURAH BERBANDING DENGAN HARGA MINYAK DI SWITZERLAND…. kah kah kah..

woit… JANGANLAH GUNAKAN MINYAK BANYAK BANYAK… kah kah kah

woit… MULA BERJIMAT CERMAT MENGGUNAKAN MINYAK PETROL..…kah kah kah..

kah kah kah…KALAU BERJALAN SEPULUH KILOMETER… NAIK MOTOR TUJUH KILOMETER…kah kah kah..

kah kah kah.. LAGI TIGA KILOMETER… TOLAK MOTORSIKAL ATAU KERETA ITU… kah kah kah..

woit.. KURANGKAN MENGGUNAKAN KERETA ATAU MOTOSIKAL … kah kah kah..

kah kah kah… BANYAK KAN MERANGKAK KERANA INI BAIK UNTUK KESEHATAN… kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...tak tau la nak buat mcm mane lagi dah...Ya Allah,bantu lah kami dari pemerintah yang zalim ini.

Tanpa Nama berkata...

Maksud Rakyat didahulukan ..segala bala hutang - hutang kroni rakyat lah yg tanggung itulah yg dimaksudkan Najib.

Tanpa Nama berkata...

rakyat di dahulukan..blawok blako..bengong menteri bagi alasan mcm budak sekolah rendah...

2bz4money berkata...

Dengan kenaikan 4D1 ni, wajarlah PA mula berkira-kira untuk bajet seharian mereka.

Yang terpaksa jauh berulang-alik pejabat dengan kereta sendiri perlulah mengambil langkah mendapat 'posting' yang lebih dekat dengan rumah atau memohon untuk menginap dalam kuarters kerajaan. Kadar 'miliege claim' dan COLA perlu diselaras berdasarkan perkembangan terkini.

PA yang makan gaji tidak mampu memberi apa-apa reaksi sangat berbanding dengan peniaga yang mula mengambil langkah drastik untuk menaikkan harga barangan/perkhidmatan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Engkau lihat Omar Osman punya statement dalam isu ini "bimbang akan menjejaskan golongan PA yang berpendapatan rendah".
SDr. Presiden,
Tak payah bimbang sdr. Presiden, memang dah terjejas teruk semua PA tak kira yang berpendapatan rendah mahupun sederhana atau tinggi. Masing-masing ada komitmen kewangan ...
Sdr. Presiden,
Bagilah statement yang masuk akal sikit seperti kami menyokong PM Najib ... kahh... kahhh ... (bonus oooh bonus)
(KGB)

Tanpa Nama berkata...

adakah "4 dalam 1 " ini sebagai penganti bonus kepada penjawat awam?, biasanya kerajaan memberi alasan kalau beri bonus harga barangan akan meningkat.
kerajaan sewajarnya bertindak sebagai payung kepada rakyat, dan mencari jalan untuk mengurangkan bebanan mereka bukan memangsakan mereka.

"Jika kerajaan gagal untuk menampung bagi pihak rakyat dan menampan tekanan atau kekangan kenaikan harga minyak di peringkat antarabangsa, maka rakyat akan dihimpit derita dan sengsara.

jangan diabndingkan dengan negara jiran bila harga minyak naik, adakah nergara jiran negra pengeluar minyak, kenapa tak bandingkan dengan kenaikan gaji dinegara jiran, selalu alasan dangakal ini dikeluarakan oleh pemimpn2 korup saja.

pakar ekonimi gred 52 berkata...

Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Sebelum kita bakal menjadi negara berpendapat tinggi, kita terlebih dahulu mesti bersesuaian dengan gaya hidup berperbelanjaan tinggi.

Itu rancangan kerajaan kita. Syukurlah.

Rahman Nanyan berkata...

kita perlu bersyukur, adalah jelas bahawa harga minyak kita adalah termurah didunia. setakat 5 sen pun kita melompat2, janganlah kita masuk dalam permainan pembangkang.

pelarasan harga adalah bertujuan agar kerajaan memiliki wang untuk melaksanakan kebajikan rakyat. dasar kerajaan BN cukup jelas, bahawa rkyat didahulukan, yg bermaksud sebarang keputusan bakal menguntungkan rakyat.

stakat ini, BN masih memerintah dgn cemerlang dan langsung PA tiada sebab utk menentang

Marilah kita sama2 memertabatkan Umno dan BN sebagai pelindung kita semua dari kedajalan pembangkang

Tanpa Nama berkata...

Apa yang patut kita takut dengan parti alternatif? Bagi peluang untuk cuba. Kalau tidak bagus, kita pilih balik BN pada pihihanraya akan datanglah.

Ada persaingan baru ada kemajuan. Macam MAS dan Airasia. Kalau cuma MAS sahaja, manalah kita dapat rasa tiket percuma tiket harga istimewa?

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya Malaysia telah mencapai negara berpendapatan tinggi dengan terlaksananya 4D1.tAHNIAH

Tanpa Nama berkata...

Sokong anon 12:19 apa nak takut mencuba kerajaan baru..mana tau akan lebih baik menjaga kebajikan rakyat..bukan nya merembat duit rakyat!!!!

Tanpa Nama berkata...

Sdr Rahman tak sedar ke banyak sgt duit rakyat di perlakukan sesuka hati oleh kerajaan BN?..adakah anda akan menyokong kerajaan BN sehingga negara ini bengkrap?

Tanpa Nama berkata...

bagi yg b'pndapatn tinggi x der maslah kot, tp yg b'pndptan rendah dan sperti org2 kmpung yg x mnentu kerjanya kais pgi mkan pg kais ptg makan ptg ini mrupakan bebanan... lpas ni org b'pndapatn rendah naik basikal spt zaman jajahan.. mner nak mju!!!!!! .... lpas ni kos maknan naik.... sbab kos pggkutan dah naik..lu pkir la sndiri..waka waka wak luuuu rrrr....

Rozali berkata...

Aku malas nak komen;
CUEPACS pun asyik berdiam diri.
baik bubar jer CUEPACS!

Kakitangan kerajaan yang lain terkedu dan kelu tak tahu apa nak cakap dan bersuara.

Presiden CUEPACS dan jadi gajah putih yang tak boleh nak membela ahli-ahlinya.

Presiden CUEPACS tunggu jadi calon pilihanraya ke-13 lepas bersara nanti atau paling kurang dapat senator daripada KERAJAAN tahun depan!

Kepada Presiden CUEPACS, buatlah sesuatu yang membolehkan KERAJAAN takut dan gerun dengan CUEPACS!

Staf baru berkata...

Kalau RON 95 naik sehingga RM3.00 seliter pun bagus!

Takdelah sesak sangat jalan raya.

Semua orang dah guna pengangkutan awam.

Yahoo!!
'best himpit-himpit dengan awek-awek dalam tren lrt pegi dan balik keja'

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah,
Di jabatan aku(putrajaya) sekarang ni, 90% menyokong PA.
Di jabatan kawan-kawan(perak-melaka-kedah-johor-pahang) aku pun sama. Bersama kita terajui perubahan KERAJAAN.
Jangan takut untuk berubah.
Orang kelantan sudah lama berubah dengan mengubah kerajaan.
Kita semua kena berani macam orang kelantan atau penyokong bola Kelantan.
Insya'allah takde lagi BN di PUTRAJAYA selepas ini.

Tanpa Nama berkata...

Mahatdir kata, 'MELAYU MUDAH LUPA'.

Hari ni mengamuk harga minyak naik.

esok sayang.. muahhh muahh

Ada betul katanya mamak'hatdir tu.

ORANG MELAYU BODOH!!

PEMIMPIN MELAYU MENYUSAHKAN BANGSA SENDIRI. Sibukkan 'KETUANAN MELAYU' konon.
Dalam masa sama, jualkan tanah kepada bangsa lain.

Melayu bodoh!!

Tanpa Nama berkata...

baru aja naik harga minyak dan gula bila pergi ke kedai baru-baru ni saya dapati harga barangan banyak dah meningkat termasuk bawang puteh sekarang RM10 sekilo ikan kembung (makanan golongan masyarakat miskin) dah naik RM11 sekilo ikan caru paling murah pun naik sehingga RM9 sekilo, hai bertuah betul nasib.

Tiap2 org ada tuahnya spt kata perpatah tuah ayam nampak dikaki tuah parti pemerintah yang ada ni sekarang ni telah pun menyerlah semua kos sara hidup meningkat lagi

Tanpa Nama berkata...

Kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan yg lain ternyata dari hasil tinjauan yg telah dibuat hampir 65% hutang isi rumah khasnya individu penjawat awam akan meningkat.
kecairan wang simpanan spt wang tabung haji, asb dan sebagainya akan terus berlaku khususnya bila keperluan tidak stabil dengan kos sara hidup yang terus menigkat

Tanpa Nama berkata...

kita sepatutnya tidak menyalahkan kerajaan kerana menaikkan harga empat barang ini.

kerajaan sesungguhnya masih lagi menanggung kos subsidi barangan sebanyak 7 billion..

sepatutnya kita bersyukur kerana dengan pemberian wang saguhati pada 1 disember lalu sudah mampu menyerap sedikit kenaikan harga ini.

kalau kita tidak mampu membeli gula 1 kilo, kita beli je 1/2 kilo. gas pulak, kita beli je 1/2 balang.

susah apa, kalau minyak mahal. kita kurangkan berkereta. guna jika perlu sahaja.jangan membazir.

bersyukurlah menjadi kakitangan kerajaan

Tanpa Nama berkata...

Harga minyak kita lebih murah drp harga minyak negara lain...kekekekek.. Harga naik..gaji tiada perubahan.Bagus.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat didahulukan....--> Rakyat yang kena dulu dgn kenaikan minyak...Gaji mereka berapa agak2?kehkehkeh

Tanpa Nama berkata...

http://img135.imageshack.us/img135/1118/63972469581117591358919.jpg



tengok sini lah...menteri cakap bohong. beliau kata RON 95 tidak akan naik harga sampai hujung tahun ini. tapi akhirnya.,.....naik pulak...

Tanpa Nama berkata...

Penjawat Awam dengan ini dibenarkan hanya bekerja 3 hari dalam seminggu bagi menyahut seruan kerajaan supaya menjimatkan perbelanjaan.. ok kut.. hahaha..

Tanpa Nama berkata...

Puki mak punya PM Najib! Gaji, bonus pun tak bagi, harga barang2 saja yg naik! Celaka betul...mudah2an dilaknat Allah SWT!

Tanpa Nama berkata...

Jika rakyat terus menyokong BN, maka mereka harus bersedia untuk menerima lebih banyak kenaikan harga minyak, tepung, susu, gula dan barangan keperluan asas lain sepertimana yang pernah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), ” tambahnya.

senapi berkata...

kami bersedia hadapi kenaikan yg hanya menjejaskan 0.1% daripada gaji PA. kita kena berkorban utk parti, agama dan negara

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah...syukur kerana kerajaan telah berjaya menaikkan harga barangan tersebut.Inilah namanya negara maju...harga barangan mesti tinggi,sesuai dengan pendapatan rakyatnya yang amat tinggi JIKA DIBANDINGKAN DENGAN NEGARA JIRAN...TERIMA KASIH NAJIB.Saya amat berharap dalam waktu terdekat ini diumumkan lagi kenaikan harga barangan..

Tanpa Nama berkata...

SEMOGA ALLAH SWT MELAKNAT PEMIMPIN @PM NAJIB DAN KELUARGANYA YG KEJAM.. AMIN. MOGA2 DITIMPA MUSIBAH SEMPENA TAHUN BARU ISLAM INI...

Tanpa Nama berkata...

berita kenaikan harga ini langsung tak keluar akhbar utama negara ini

Rahman Nanyan berkata...

Kami penjawat awam akan sedia menyokong UMNO...aku pedulik apa ngan korang sume,harga barang naik UMNO kawasan aku akan bagi akan bagi projek kat aku...so,dari situ dapat la aku cover balik harga barang2 yang naik tu

kefifitan berkata...

Pemimpin patut berlapar kerana rakyat

PERMATANG PAUH, 7 Dis: "Pemimpin sepatutnya berlapar kerana rakyat bukan rakyat berlapar kerana pemimpin," kata pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Ahmad Bashir Abdul Aziz.

Beliau menyatakan ketika menyampaikan ceramah pada Sambutan Maal Hijrah 1432H Peringkat Negeri Pualu Pinang di perkarangan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, malam tadi.

Menurutnya, pemimpin hari ini wajar meniru apa yang Rasullulah s.a.w lakukan sewaktu berusaha mengorek parit ketika menghadapi perang Khandak yang mana Baginda turut bersama sahabat bertungkus lumus bekerja mengorek parit untuk menghalang kemaraan tentara kafir.

Tetapi, katanya hari ini orang kenyang dengan makanan sehingga tidak menghiraukan Islam serta membiarkan rakyat menderita dengan masalah.

Hari ini, katanya ada juga rakyat terpaksa meletakkan batu di atas perut bukan kerana menahan lapar sebaliknya kerana terlalu kenyang atau kata lain 'mengah' dengan tujuan membuang angin.

Ketika Baginda sedang menahan lapar rupa-rupanya Abdullah bin Jabir sedang melihat kelakuan Baginda, maka terus menghampiri untuk mengajak Baginda makan kerana ada sedikit makanan di rumahnya.

Selepas diberitahu sambungnya, Rasullulah s.a.w memanggil semua sahabat dan petugas yang begitu ramai untuk bersama menikmati makanan yang ada di rumah Abdullah bin Jabir.

"Sekali lagi menyaksikan Baginda s.a.w bukan orang yang tamak atau mementingkan diri sebaliknya mementingkan rakyat untuk bersama menikmati makanan yang ada.

“Jika kita, yang penting sapu dulu baru bagi tahu orang," ujarnya diiringi ketawa orang ramai.

Beliau menambah, apabila Rasullulah tiba di rumah Abdullah, Baginda berpesan agar isterinya tidak mengangkat makanan daripada dapur apabila siap masak dan meletakkan tangan di atas makanan serta berdoa.

Akhirnya, makanan yang boleh dimakan dua hingga tiga orang dapat dinikmati oleh ribuan sahabat yang lain.

“Kalau hari ini ramai orang hilang tanggungjawab untuk menjaga kepentingan umum sebaliknya lebih kepada mengutamakan dirinya,” ujarnya.

Walaupun Baginda s.a.w berhadapan dengan adu domba, fitnah, provokasi dan cabaran yang teruk tetapi Baginda menghadapinya dengan baik dan dilihat mampu merealisasikan apa yang diinginkan oleh Islam.

Justeru itu, katanya sikap tamak, kepentingan diri, bongkah dan berbangga diri hendaklah dibuang jauh sempena Maal Hijrah mudah-mudahan apa yang dilakukan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Turut sama mendengar ceramah beliau ialah Tun Dr Abdul Rahman Abas, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, timbalannya, Dr Mansor Othman, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farisan Darus, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria, ketua-ketua jabatan dan orang ramai.

Sambutan kali ini juga menyaksikan Profr Madya Dr Radzi Othman dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah. Manakala Tokoh Saudara Kita diberikan kepada Muhamad Asyraf Tan Abdullah, Ibu Mithali Puan Juriah, Bapa Mithali Haji Abdul Razak Zakaria dan Tokok Pendakwah dianugerahkan kepada Ustaz Roslan Che Ros.

kefifitan berkata...

petikan dari harakah daily
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29732:pemimpin-patut-berlapar-kerana-rakyat&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Pemimpin patut berlapar kerana rakyat

PERMATANG PAUH, 7 Dis: "Pemimpin sepatutnya berlapar kerana rakyat bukan rakyat berlapar kerana pemimpin," kata pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Ahmad Bashir Abdul Aziz.

Tetapi, katanya hari ini orang kenyang dengan makanan sehingga tidak menghiraukan Islam serta membiarkan rakyat menderita dengan masalah.

Hari ini, katanya ada juga rakyat terpaksa meletakkan batu di atas perut bukan kerana menahan lapar sebaliknya kerana terlalu kenyang atau kata lain 'mengah' dengan tujuan membuang angin.

Ketika Baginda sedang menahan lapar rupa-rupanya Abdullah bin Jabir sedang melihat kelakuan Baginda, maka terus menghampiri untuk mengajak Baginda makan kerana ada sedikit makanan di rumahnya.

Selepas diberitahu sambungnya, Rasullulah s.a.w memanggil semua sahabat dan petugas yang begitu ramai untuk bersama menikmati makanan yang ada di rumah Abdullah bin Jabir.

"Sekali lagi menyaksikan Baginda s.a.w bukan orang yang tamak atau mementingkan diri sebaliknya mementingkan rakyat untuk bersama menikmati makanan yang ada.

“Jika kita, yang penting sapu dulu baru bagi tahu orang," ujarnya diiringi ketawa orang ramai.

Tanpa Nama berkata...

betul tue...asyik kita jer nak kene bantu kerajaan...kita melantik dia supaya dia membantu kita,dan kita memangkah BN supaya mereka bersusah-susah untuk kita...tapi sebaliknya...mereka bersenang lenang dengan duit negara,tapi kita yang menjadi mangsa...

wahai pemimpin BN sekalian...hidup di dunia ini hanya sementara...

Tanpa Nama berkata...

Jelas sekali BN bukan tempat rakyat bergantung harap lagi doh....huhuhu

Tanpa Nama berkata...

BN - Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Ini tajuk pertandingan karangan bagi murid sekolah,, sempena Maal Hijrah - 1Malaysia 1Ummah.

Hadiah disediakan ... Mungkin Tepung gandum Cap Dacing 10kg dan Minyak Masak Cap Dacing 10kg.

Barang Naik - Rakyat kena dulu untuk pencapaian kerajaan. Tahniah untuk anda!!!

Tanpa Nama berkata...

Rahman Nayan:

PA sokong UMNO??? Engkau dan bapak kau saja yg sokong! Engaku dan keluarga pun patut kena laknat jugak.. mudah2an ditimba bala dari Allah SWT...amiinnn

Tanpa Nama berkata...

kerajaan ni yg tak pandai kenapa mahu bagi subsidi kepada rakyat kpd 4 dlm 1 ni bagus lagi semua tidak ada subsidi ada subsidi rakyat salah gunakan saya berpendapat semua barang ikut harga pasaran jangan ada subsidi bazir duit rakyat dan semua gaji PA diturunkan 20% utk diberikan kpd rakyat miskin dan golongan OKU dan orang tua yg tidak mampu menyara hidup sendiri.

Tanpa Nama berkata...

tak silap aq gov target subsidi sifar kan?

bernakna akan ada kenaikan 4 barang ni lagi sikit demi skit sampai keseluruhan subsidi dapat di hapuskan...

Tanpa Nama berkata...

Aku sebagai orang Islam cukup malu dengan sikap bini PM ni. Semalam sambutan Maal hijrah 1432. Aku tengok semua wanita dalam dewan tutup aurat pakai tudung. Dia seorang je tak pakai tudung. Dia ni betu-betul buat malu lah org melayu lah...

Tanpa Nama berkata...

Saya sebagai penjawat awam kumpulan P&P berasa amat pokai sekarang. Apatah lagi PA yang berjawatan rendah...lagilah pokai.Bukannya ada hutang...tak ada hutang. Bawai RM100 ke pasar balik hanya dapat belia beberapa barang saja. Mana tidaknya barang semua dah naik harga. Ikan kembung RM14 sekilo , ayam RM11 sekilo , bawang putih RM14 sekilo , Bawang merah RM12 sekilo , gula RM2.50 sekilo. Menteri-menteri tak perlu beli semua ni dia orang makan free....pergi mampus.

Tanpa Nama berkata...

Boleh kalau nak potong subsidi sampai habis tapi dgn syarat:

1.Gaji PA dan PS di naikkan
2.Golongan miskin di bantu
3.Kereta lebih murah
4.Tol lebih murah(macam Thai)
5.Air lebih murah
6.Letrik lebih murah
7.Biasiswa di beri bukan pinjaman
8.Pencen di naikkan
9.Kawalan harga lebih berkesan
10.Projek mega tidak diteruskan..
apa macam?

PA tertindas. berkata...

monacRakyat kena berjimat cermat...Pak Menteri ke sana kemari naik kereta rasmi. PA buat claim ada had... Pak Menteri dapat gaji solid coz macam elaun ada... tak perlu fikir minyak naik. Terbang sana sini tak perlu fikir tiket kapal terbang, hotel semua kerajaan sediakan sampaikan main golf, shoping pun ada peruntukan yb besar. Repair rumah 65 juta tak apa untuk keselesaan PM. Bangunan 100 tkt boleh buat...bonus PA membazir... camni pun nak kekalkan BN.?

Tanpa Nama berkata...

UMNO mana nak sempat pikir senarai yang sdr bagi tu...yang dia tau masalah duit diaorang tak pernah kering...yang duit kering tu rakyat...jadi tak ada masa nak pikir2 bab2 duit ni..

kalau nak pikir pun cuma prjek2 mega yg boleh bagi 'masuk'.

tengok contoh khir toyo, Ling liong sik dan sebagainya...janji masuk...

Tanpa Nama berkata...

Khir toyol kena dakwa atas tuduhan rasuh. Pegawai Pendakwa Datuk Gani patail..wawawawaaaa..

Alah.....ini lakonan je untuk tutup mata rakyat. Lepas ni terlepaslah khir tu...Tak percaya , perhatikan muka khir kat TV senyum tak...senyum memanjang....sebab dia banyak duit dan kroni BN.

PA jadi lembu....

Tanpa Nama berkata...

Ramai orang berebut-rebut menjadi YB kerana sesiapa yang menjadi YB pasti akan kayaraya tak kira pembangkang atau kerajaan. Lihat saja bong moktar walau pun tak lawa perut buncit tapi zizie tetap juga mauk kat dia sebab bong banyak duit. Sebenarnya pemimpin pada masa ini tiadak berjiwa rakyat tetapi berjiwa Haloba....heee

Tanpa Nama berkata...

ko ingat bole beli ke gas setengah balang...minyak bole beli setengah liter.....cakap pakai kapala lutut ke bro.....ko xpe la gaji 7-8 ribu....yg gj 7-8 ratus nak kedarah pe....

Tanpa Nama berkata...

xbest la 4 barang je yg naik.....bila lagi nak naik semua jenis barang.....biar semua mampos.....

Tanpa Nama berkata...

sila tgk gelombang besar yg rakyat akan laksanakan pada PRU akan datang...Amaran untuk Barisan Nasional...

Tanpa Nama berkata...

idris jala ckp kenaikan masih rendah berbanding negara lain jgn nk bndingkan negara lain contoh singapura berapa gaji penjawat awam dia dan berapa pulak bonus yg di beri nk bnding dgn kta apa pn tak dpt brg naik gaji tak naik bonus tk de apa dia ingt rakyat bodoh ke ada yg lebih pandai dri dia pn ada

Tanpa Nama berkata...

nak heran apa, pilihanraya kcil baru2 ni pun bn dh rembat balik....hahahaha

stakat nak naik harga barang berapa sen ni, bn ckit pun tak cuak....

Tanpa Nama berkata...

HAI PENING KEPALA AKU DIBUATNYA BARANG SEKARANG NI SEMUA MELAMBUNG NAIK DAPAT 500 ARI TU PUN DAH HABIS BERI BARANG MAKANAN HARIAN, GAS MASAK DAH NAIK, BAWANG,BOLEH KATAKAN SEMUA DAH NAIK, MINYAK MASAK SEKARANG DAH MULA BERKURANGAN TERUTAMA YG PAKAI KAMPIT ITU BERERTI NAK NAIK HARGA LAGI, GARAM HALUS YG DULU SEKAMPIT 50 SEN SEKARANG DAH NAUIK RM1 PULA.

AKU SUDAH JIMAT HABIS BELANJA UNTUK BELI BARANG MAKANAN KELUARGA TAPI MASIH TAK CUKOP JUGA MACAM MANA NI.BOLEH KAWAN2 BERI IDEA MACAM MANA NAK HADAPI KERAKUSAN KENAIKAN HARGA BARANGAN NI, SEDANG GAJI TAK SEIMBANG DENGAN KENAIKAN INI.

Rahman Nanyan berkata...

Kadar gaji dan upah di malaysia terutama penjawat awam adalah amat mencukupi, tetapi kerana rakyat terlalu suka boros seperti membeli TV, laptop dan kereta yang mahal maka gaji yang diterima itu dirasakan tidak mencukupi.

Kerajaan BN amat prihatin dan telah mengkaji secukupnya sebelum menetapkan kadar upah PA semasa, oleh itu kita perlulah mengukur baju di badan sendiri.

Janganlah kita terpengaruh dengan fitnah dan dakyah palsu pembangkang kononnya ada harga barang naik, kerana kenaikan petrol adalah hanya RM0.05 sahaja, tiada efek walau kita bergaji RM700. Kita PA perlu akur dan terus menyokong BN dan UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Lagi lagi barang naik, lagilah BN menang . Sapa suka barang naik undi BN(barang naik)

Kepala Bapak kau Nayan berkata...

Dalam sebulan kau cuma guna 1 liter petrol, gula 1 kilo, gas 1 tong? Ape bengap kau nie, lori gunakan satu tangki penuh berapa ratus liter diesel. Mak bapak kau suka makan duit haram kot, sebab itu kau bengap semacam!!! ataupun kau memang anak ha.am

Tanpa Nama berkata...

Mantan PM,Tun Dr.Mahathir dalam ucaptama disatu persidangan 2020 revisit baru-baru ini berkata,rizab negara 100 bilion cukup untuk 8 bulan buat apa,50billion cukuplah simpan untuk 4 bulan,duit tu boleh guna untuk projek pembangunan,subsidi dan macam-macam untuk rakyat,ni bila nak bayar bonus kata x ada duit,ingat, aku ingat sampai mati?

Tanpa Nama berkata...

hoi rahman nayan.. itu lah alasan hang dan kerajaan. nak buat pembangunan konon. aku tau lah aku di bahagian pembangunan. tak berapa duit pun kerajaan bagi. banyak jalan dan surau yang rosak dan bocor. mana duitnya. yang depa tau lulus baget pi luar negeri. tu MB perak dan kroni la ni dia ada di Uzbekistan.apa depa buat? dgn alasan nak cari pelabur. tiap tiap tahun melancong.Y.B BN pulak dok bagi senarai kontraktor dia untuk ambil komisen. hang apa tau.

Tanpa Nama berkata...

semuanya naik la pas ni.....tapi elaun rumah jugak tak naik2 . elaun rumah mmg dah tak sesuai dah...polis jugak yg untung elaun rumah tinggi gaji dah la tinggi jika nak dibandingkan dgn kakitangan awam di kementerian yg setaraf kelulusannya....bila la kerajaan nak kasi kenaikan ni....kos hidup makin meningkat bila harga minyak jer naik habis melibatkan benda2 lain turut naik cuma kerajaan jer buat tak tau nak kawal dah la tak boleh....setakat pantau dan cakap jer tp yg rasanya rakyat yang tanggung segalanya...dah la kos hidup kat bandar tinggi ....

halim Jempol berkata...

ayuh PA mari kita berdoa agar dipeliharakan UMNO dan BN dari kejahatan Dajal.

kami bersyukur ya Allah dengan kerajaan BN ini, rahmatilah UMNO biarlah memerintah jgn Kau biarkan bumi tercinta ini jatuh pada pembangkang yang pro-Israel.. Kau teruskanlah kemuliaan pemimpin UMNO kami, kurniakanlah keimanan dan kekuatan agar mereka mampu lalui segala tohmahan palsu yang pembangkang lemparkan dengan penuh tawaduk. amin

Tanpa Nama berkata...

pooraahh la halim jempol..

Tanpa Nama berkata...

Halim Jempol ngan Rahman Nayan ni memang xde akal n x berhati perut.Mata dh buta dek makan duit haram banyak.Kau gile sampai x faham dan x cuba nak memahami masalah yg dihadapi oleh jiran2 disekeliling kau.Kau nak ikut mereka yg suka menindas rakyat yang sudah tersiksa.Sori...aku xdpt tahan utk mengata.Ha...ha...Harap kau akan sedar diri.

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dgn anon kat atas..si halim dan rahman nie telah di buta kan mata dan hati.. menyokong BN membuta tuli,tak dapat memikir cara rasional kesan kepada rakyat atas tindakan kerajaan menaik kan harga brg2 asas yg tidak selari dgn slogan mendahulukan rakyat..terbaru nak naik kan letrik pulak tp nampak krajaan dah takut dgn gelombang rakyat yg rata rata membantah kenaikan 4 dalam 1 sebelum nie..aku jamin jika dlm PRU13 jika kerajaan ini di kekalkan mereka akan lebih ber maharajalela mendera rakyat..lakukan perubahan wahai rakyat malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Kerajaan Tipu Rakyat?...

Seperti kita sedia maklum, kerajaan baru-baru ini telah menaikkan harga minyak RON95 sebanyak 5sen, dan diikuti dengan 'kroni' rapatnya iaitu gula. Sungguh hairan, kerana sebelum ni kerajaan mengatakan bahawa harga RON95 akan kekal tahun ini. S...ekarang, tak sampai setahun dah naik. Bolehkah kita percaya pada kata-kata menteri selepas ini?