SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 Disember 2010

KERAJAAN PERLU KURANGKAN JUMLAH PENJAWAT AWAM

Bernama
21/12/2010




KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kerajaan perlu mengurangkan jumlah pengambilan penjawat awam selain mencari jalan meningkatkan produktiviti kerja golongan itu bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.

Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon berkata, berdasarkan jumlah rakyat negara ini yang dianggap masih belum terlalu ramai, kadar penjawat awam di negara ini adalah tinggi berbanding kadar di negara maju.

"Malaysia mempunyai 1.2 juta kakitangan awam sedangkan rakyatnya cuma kira-kira 28 juta. Bandingkan pula dengan Korea Selatan yang mempunyai 48 juta rakyat tetapi hanya mempunyai dua juta penjawat awam.

"Begitu juga dengan Jerman yang hanya mempunyai dua juta kakitangan awam untuk 82 juta rakyatnya dan Jepun dengan hanya 4,449,900 penjawat awam berbanding 126,804,433 rakyat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Seminar Pendidikan Sempena Konvensyen Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Ke-25 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Cuepacs, Omar Osman serta dua timbalannya, Azih Muda dan Husain Mohd. Yasin.

Beliau berkata, jika pengurangan kakitangan dan peningkatan produktiviti dilakukan, ia mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan selain mempercepatkan proses kemajuan negara.

"Di negara-negara maju hari ini, kebanyakan rakyatnya rajin bekerja dan melakukan tugas secara 'pelbagai kerja'. Melalui cara itu, kerajaan boleh menjimatkan perbelanjaan walaupun mungkin terpaksa membayar lebih sedikit kepada seseorang kakitangan awam kerana beban kerjanya bertambah.

"Produktiviti pula berkait rapat dengan sikap rakyat itu sendiri. Jika di negara maju, para eksekutifnya hanya akan pulang pada pukul 10 malam sementara profesor dan mahasiswa universiti pula akan pulang selewat 12 malam. Budaya rajin bekerja ini yang perlu kita bentuk," katanya.

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya pengangguran akan bertambah sekiranya jumlah penjawat awam dikurangkan....

Tanpa Nama berkata...

badan muka kerana PRU 12 sokong BN

Tanpa Nama berkata...

elok sangat dah tu.Walau pun ramai tetapi tidak berkualiti, buat apa?
lembap,bengap je!kerja boleh siap 2hari jadi 4 hari.Pantau-pantau lah kakitangan yang tak berkualiti, bagi opsyen berhenti.Penyusunan semula organisasi.

Tanpa Nama berkata...

buang je separuh, pakai 500,000 orang dah le...

Tanpa Nama berkata...

apa kata buang aje naib cancellor yang tidak dapat meningkatkan ranking IPTA bermula dgn UM dulu

guru yahya berkata...

nk buang camna? cikgu ja dah 400,000.. tentera 100,000 lebih, polis pun sama, campur tiga2 ni ja dah lebih 600,000.. belum lagi lain2 kementerian..

cuba cadangkan nak buang siapa dulu?

Tanpa Nama berkata...

guru yahya:
Buang kerajaeeei lo ni ganti PR.
OK tu...

Tanpa Nama berkata...

buang jerr najib dgn rosmah kelombong

Tanpa Nama berkata...

Saya amaat benar menyokong terutama anggota polis di Malaysia teralalu ramai anggota yanag ramai tidak menjamin dapat menegelakkan jenayah atau berada dalam keadaan selamat, yg pentingnya kakitangan awam perlu ada Competency, Accountability, Transparency dalam setiap aspek menjalankan diamping pengunaan teknologi yg lebih baik.

Tanpa Nama berkata...

Memang penjawat awam tak der kualiti kerja memang malas.. bos tak der ajer dia tak kerja bila bos datang buat2 sibuk tapi kerja tak siap pun..

yang banyak berani cakap2 belakang denagn ketua berani cakap, saya tak puas hati itu dan ini, dengan najib berani cakap semua penakut cakap belakang sebab nanti kalu mengata kena masuk ISA hahaha...

Tanpa Nama berkata...

Kurangkan penjawat awam kat negeri yang ditadbir pembangkang.. Gerenti Najib sokong punya...

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH.....kurangkan segala2..xpyh bg subsidi,naik minyak lagi....raduah sana sini....hahahaha

Tanpa Nama berkata...

APALAH NAK BANDING-BANDING DENGAN NEGARA MAJU YANG LAIN. BIARLAH KITA IKUT ACUAN KITA SENDIRI...SEMUA PUN NAK TIRU-TIRU...KALAU RUSUHAN PUN NAK TIRU-TIRU NEGARA MAJU...INI LAH MALAYSIA SUKA MENCIPLAK NEGARA LUAR. BURUK PUN DICIPLAK...KALAU BAIK TU PUN SUSAH NAK DIIKUT...WALAUPUN NEGARA MAJU YANG LAIN KURANG KAKITANGAN AWAM, TAPI RAKYAT YANG TAK BEKERJA PUN DIBERI INSENTIF SARA HIDUP JUGA...ITU YANG BAGUS... TAPI KALAU ORANG YANG MENGANGGUR PUN TAK DAPAT KERJA. MACAM MANA KITA NAK TOLONG MEREKA....KERAJAAN PUN BUKAN NAK BAGI DUIT POKET UNTUK TOLONG ORANG YANG MENGANGGUR NI...

Tanpa Nama berkata...

dekat Negeri Melaka dah lama Kakitangan bawah Kerajaan Negeri balik jam 3pgi..mesyuarat biasa jam 12pg keatas...cube contoh konsep Negeri Melaka..

Tanpa Nama berkata...

cikgu je 400,000..byk sgt wang negara habis utk bayar gaji cikgu,pastu keje takde produktiviti,budak dpt 5A bukan sbb cikgu tp sbb tiusyen,org lain balik keje paling cepat 6 petang,cuti 20 hari je setahun,cikgu balik keje 3 ptg dh bising,cuti pjg gaji buta bulan 11 &12..pastu suruh tukar daerah keje tak mau pegi,mmg cikgu ni perlu dikurangkan,byk wang negara boleh dijimatkan dp kjaan memberi peluang kpd graduan2 menganggur dan tak laku kat tempat lain menjadi guru kpli.

Maznah bt Abdullah Sani berkata...

kami menuntut agar skim guru dimansuhkan, eloklah perbelanjaan RM30 billion utk kem.pelajaran tu disalur ke gaji PA sokongan lain2 kementerian, barulah akan menambahkan produktiviti. Minta guru diturunkan ke gred 17 utk mnjimatkan wang negara. Tidak perlu sekolah baru dibuka sebab membazir wang negara.

Babi anwar sebab nk bg guru RM500 elaun khas, utk kami PT ni xde apa2 ke? Ingat, PA yg paling berkuasa dan penting dalam Malaysia ialah PT N17!! Kami rasa teraniaya sebab guru dh la gaji ikut degree, kami bila nak naik ke gred 41?

Tanpa Nama berkata...

Bodoh punya profesor nak compare kita dgn negara maju, kita negara membangun perkhidmatan awam termasuk cikgu anggota tentera polis doktor nusre, jgn igt anggota pentadbiran sahaja. kalu nk kurangkan anggota perkhidmatan awam kene la ubah dasar..swasta kan semua, even polis n tentera. ni prof universiti mana ni?

Tanpa Nama berkata...

bil. guru ramai sgt,pastu gred 41 besar sgt..abis keje pukul 1,kalo ada pun sebulan dua kali je balik 3-4 pm..pastu bising beban keje byk..kalo bising sgt beban keje byk letak jwtan pegi keje dgn swasta baru tau keje beban ke tidak

Hamba Abdi Dawilah berkata...

Kalau nak dikurangkan apa jadahnya naik pencen 58?

Kalau nak kurangkan buat pencen pilihan (pendekkan perkhidmatan) macam tentera tu....

13,15,18,21 dan 25 tahun.....

Sapa2 rasa dah malas nak kerja boleh ambik opsyen nih....

Ni nak buang macam buang pekerja Nepal jek....pampasan yang diberi lebih baik dan lebih lumayan pampasan kilang sembelih babi jek...baik tak payah....

Tanpa Nama berkata...

Sy stuju sgt pencen pilihan..pendekkan tmpoh untuk pencen bkn tmbh umo utk pencen..mmg time tu yg umo cmni da kurang produktif..kje pon duduk ngarah je, ms meeting pon asik lelap2x..cuepacs patut pertimbangkan bersara awal n pencen bjalan serentak...

Tanpa Nama berkata...

maznah...kalau nak gaji sama mcm 41 ambik la degree...belajar malas nak gaji besar...poyo giler...pooodahh...

Tanpa Nama berkata...

Bebanan kehidupan setiap org berbeza-beza....adakah cara hidup seorang dato' sama dengan cara hidup manusia yang bergelar sultan??? Jalan kehidupan yang dilalui adakah sama? latarbelakangnya bagaimana pula???

PA adakah sama dengan pegawai?? mugkin PA dahulunya dah berusaha dan belajar bersungguh2 tapi ketentuannya tetap menjadi seorang PA....kerana HANYA ORG SEPERTI DIA yang mampu membuat kerja sedemikian...jika ditakdirkan pegawai yg jd PA....maka banyak mengeluhlah...ntah-ntah mau bunuh diri sebab xboleh terima kehidupan sedemikian....

Jadi apa salahnya PA memperjuangkan nasibnya. Seseorg tidak akan berdiam diri sekiranya dia rasa betul dan layak menerimanya...

Tidak semua org perfect ketika menjalankan kerja. walaupun mempunyai ciri2 bersifat perfect...naik turun mood ketika melakukan kerja itu normal...kita bukan robot... TAPI KENAIKAN ELAUN/GAJI boleh menyuntik semangat motivasi ketika bekerja....

UHMMMM PEGAWAI KONTRAK/SAMBILAN APA PULA NASIBNYA YA??? kerja keras mcm org tetap....lembu punya susu sapi dapat nama..JIKA TIADA MEREKA, ORG TETAP NAK KE BUAT KERJA MCM KULI BATAK TUUUUUU!!!!!????

SAYA BUKAN ROBOT