SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 Disember 2010

NGO MAHU HARGA MINYAK DIKAJI SEMULA ELAK BEBAN RAKYAT BAWAHAN

Bernama
4/12/2010




KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama)-- Kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula kesan daripada rasionalisasi subsidi mendapat reaksi pelbagai daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Hamdan Adnan menyifatkan kenaikan harga minyak RON95 adalah tidak wajar kerana minyak merupakan nadi kepada rakyat.

"Kalau gula naik, tidak apalah, tapi kalau harga minyak naik, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak menjana pembangunan negara.

"Rakyat banyak menggunakan bahan tersebut dan pertimbangan mengenai kenaikan harga minyak adalah perlu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata kerajaan sewajarnya mewujudkan satu mekanisme dalam mengawal harga minyak supaya golongan sasaran saja yang menikmati subsidi berkenaan.

Beliau diminta mengulas mengenai kenaikan harga keempat-empat barangan itu yang diumumkan kerajaan Jumaat.

Berkuatkuasa Sabtu, harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 0.05 sen kepada RM1.90 seliter, diesel dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter, harga gas asli cecair (LPG) dinaikkan 0.05 sen kepada RM1.90 manakala harga gula dinaikkan sebanyak 0.20 sen menjadikan harga gula adalah RM2.10 untuk sekilo.

Pandangan Hamdan itu turut dikongsi oleh Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mengulangi pendiriannya sebelum ini mengenai kenaikan harga gula dan minyak.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pihaknya bimbang mengenai kenaikan harga kesemua barangan berkenaan terhadap golongan berpendapatan rendah.

-- BERNAMA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu bimbang, kami hanya memohon kepada Allah agar rezeki yang kami perolehi ini halal dan barkah. Kuasa di dunia hanya sementara, Allah beri ujian kepada manusia. Usah bising, ini semua ujian Allah. Ujian bagi orang yang berkuasa di dunia dan juga ujian bagi orang yang tiada kuasa di dunia.

Tanpa Nama berkata...

Kenaikan harga minyak,gas dan gula dan seterusnya barang2 lain memang tidak memberi kesan apa2 kepada yang bergaji atau berpendapatan tinggi.Tapi fikirkah mereka yang mempunyai kuasa dan arahan terhadap rakyat yang hanya cukup2 untuk sara hidup sekeluarga...kenaikan kali ini memberi tamparan hebat kepada kami yang bergaji rendah...Hanya Allah aje yang mengetahui.Moga apa yang dinikmati oleh mereka yang angkuh dan bongkak akan mendapat balasan setimpal dari Yang Maha Esa.Aminn...

Tanpa Nama berkata...

Amin....Ya Allah Ya Tuhan kami..jauhkanlah kami dari pemerintah yang zalim..