SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 Disember 2010

PENCEN KAKITANGAN RENDAH RM751 PERLU DINAIKKAN

Utusan Malaysia
10/12/2010



SAYA ingin berkongsikan pendapat serta luahan rasa daripada pesara kerajaan dari kategori rendah yang bersara atau pencen pada umur 56 dulu.

Rata-rata pencen kami ialah RM741 sebulan. Cuba bayangkan dengan keadaan sekarang, apa yang boleh para pesara-pesara itu belanjakan. Mereka kini berada dalam taraf kemiskinan.

Apa yang saya ingin tekankan di sini, cuba bayangkan dengan pendapatan para pesara itulah mereka terpaksa menyara anak sekolah serta anak di IPTA/IPTS.

Ini menyebabkan para pesara ini terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menyara keluarga.

Jadi saya mohon CUEPACS serta kerajaan Malaysia pertimbangkan untuk menaikkan wang pencen daripada RM741 ini kepada tahap yang agak lebih baik iaitu sebanyak RM1,000 sebulan.

Jadi dengan pendapatan seperti itu dapatlah kami meringankan sedikit masalah dialami oleh para pesara sektor awam ini.

Kalau kita hendak negara mencapai Wawasan 2020 maka kita harus meningkatkan ekonomi keluarga serta penduduk kita terlebih dahulu supaya seiring dengan hasrat kerajaan untuk mencapai negara yang berdaya saing dan maju.

WAKIL PESARA AWAM RENDAH

Kuala Lumpur

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Petikan ucapan Najib semasa Konvensyen BN baru2 ini diterjemahkan Bahasa Mandarin kedalam bahasa Melayu .

“Selesaikanlah masalah rakyat sebelum kesusahan menimpa mereka, Bahagiakanlah hidup rakyat sebelum semua dapat hidup bahagia“.

DUIT DAH HABIS KERANA UPGRADE RUMAH PM RM65 JUTA. KORANG NAK HIDUP PANDAI-PANDAILAH CARI DUIT.

Tanpa Nama berkata...

takpe...nak risaukan apa ...

bn tak perlu risau pe pun....

pilihanraya baru2 ni pun bn dah berjaya menang majoriti yg besar....

dan merampas balik daripada pembangkang..

bulan 9 tahun depan bila gov bagi bonus....pakat2 kita mngundi bn..

kita lupakan tahun2 lepas punya hal....

Tanpa Nama berkata...

n tak lama lagi askar pulak akan naik gaji....

berbaloi lar tu..sbb menteri dah kata askar perlu mempunyai gred gaji yg lebih tinggi daripada pa lain...

lagipun mereka ni banyak menyokong bn n setiap undi mereka setahu aku tak tahsia....bn leh trace sape yg tak undi bn...


tul ker?

Tanpa Nama berkata...

biarlah pm nak upgrade rumahnya....

lagipun pm dah bertungkuslumus berusaha memperbaiki ekonomi negara kita....

sekarang ni kan ekonomi negara kita berada ditahap yg membanggakan...

so, bagi pm rumah yg selesa dah agak mewah supaya sedikit sebanyak memberi motivasi kpd pm kita untuk terus mengemudi negara...

tak gitu?

Tanpa Nama berkata...

PENCEN KERAJAAN RENDAH PERLU DINAIKAN. KITA ORANG PESARA PENCEN RENDAH APATAK LAGI PEKERJA PA BERGAJI RENDAH PUN TIDAK DAPAT DINAIKKAN OLEH KERAJAAN PA NI MASIH KERJA DAN GJI DITAHAP KEMISKINAN KITA PESARA MAHU BERSUARA JANGAN MIMPILAH DGN POLISI PM KITA NI TAK PENTINGKAN RAKYAT HANYA PENTINGKAN KEMEWAHAN DIA SAJA DAN ORG 2 BERKEPENTINGAN SAJA OLEH TU KALAU RASA DIRI MAHU BERSARA JANGANLAH BUAT ANAK RAMAI NANTI SUKAR MAHU BAGI MEREKA PERBELANJAAN PERSEKOLAHAN KAMU TAHU2 SENDIRILAH PM KITA NI DAH BERKUASA MANA MAHU DENGAR KESUSAHAN ORG LAIN

2bz4money berkata...

Selain kad pesara pencen, kemudahan berbentuk bantuan/subsidi pelajaran perlu diberikan kepada nak-anak pesara berpencen rendah ini.

Tanpa Nama berkata...

bersyukur la malaysia nie negara yang aman tak der bencana alam. Cuba bayangkan negara kita nie macam Iraq ke Thailand ke lagi susah.. Kenapa lah umat islam nie tak bersyukur.
Benar apa kalu dah tau susah kenapa anak pun ramai.. islam pun ada cara untuk merancang keluarga.

Bila dah ramai salahkan orang itu ini sedangkan kita yang salah tak nampak pun. Kalu kita diberi tempat jawatan tinggi adakah hati kita sama atau kita pun sudah berubah. Tak semua nak perjuangkan kesusahan tanpa mendapat imbalan.

kerja kerajaan tapi kutuk kerajaan terima duit kerajaan tapi mengata tak malu ke kita? Fikir2 lah umur dah hujung2 nanti kalu dia tak ke neraka kerna kesilapan nya kita pulak masuk dulu sebab asik mengata orang tak henti sampai lupa diri dah tua...