SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 Disember 2010

PRESIDEN CUEPACS JANGAN BERUNDUR

Blogger
2/1/2010



Saya terbaca dalam blogger The Malaysia Insider mengenai SU Agung meminta Presiden Tuan Haji Omar berundur. Kita kena lihat masa pemegangan Presiden Cuepacs Tuan Haji Omar Osmanlah yang telah memberi kecemerlangan dalam CUEPACS. Cuba kita lihat sejarah lepas hampir 15 tahun penjawat awam di skim gaji yang lama dan cuma naik 5% peratus sahaja. Pada tahun 2007 penjawat awam mendapat durian runtuh dengan kenaikan gaji 30%. KUP 15 tahun juga telah diperjuangankan .Skim KWSP ke pencen telah diperjuangan bertahun -tahun tapi pada tahun 2009 Presiden Tuan Haji Omar telah berjaya dapat penjawat awam yang memilih KWSP ke Pencen. Isu yang paling mengembira Penjawat Awam adalah PTK. PTK akan dihapuskan pada bulan Jun 2011.

Kita tidak seharusnya terus menghukum Presiden yang telah banyak membawa jasa ini. Ahli Gabungan CUEPACS 80% masih menyokong beliau meneruskan perjuangan kerana beberapa perkara yang belum diselasaikan lagi. Pada masa tampuk pimpinan Prsesiden CUEPACS hampir 20 perkara dapat diselesaikan. Beliau telah banyak membawa perubahan dalam CUEPACS. Jika kita lihat hubungan beliau beliau masih ada matlamat yang belum diselesaikan demi untuk kebaikan penjawat awam seluruh Malaysia.

Saya memohon kepada semua ahli CUEPACS menyokong sepenuhnya Presiden CUEPACS Tuan Haji Omar Osman. Jika kita lihat dalam Malaysia Insider adakah yang akan menentang Tuan Haji Omar takut dengan bayang-bayang sendiri.


Ahli Kongres Setia
Kuala Lumpur

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KUP ????...huh...ada agensi yang kenakan syarat mengarut sebelum dapat KUP tu Cuepacs tak nak perjuangkan pulak?undur lah Pak Man oiii sebelum diturunkan secara paksa

Tanpa Nama berkata...

Yang SIJIL KEJURUTERAAN POLITEKNIK pula macamana? Bila lagi nak dinaiktarafkan skim juruteknik ni...lama sgt dah menunggu letih laa...

Tanpa Nama berkata...

KUP !!!!..hmm syukurlah kepada yang dapat naik melalui cara ini..tp ada ketua jabatan pulak tidak faham istilah dan makna KUP ini dengan betul..JPA dan cuepacs perlu jelaskan secara betul kerana ada P/A yang naik pangkat secara HAKIKI/KPSL (KANAN) selama bertahun2 dan berpengalaman di anak tirikan dan dinafikan hak mereka..saya sarankan supaya JPA memberi satu kenaikan GRED kepada mereka yang HAKIKI ini supaya tidak berlaku pertindihan dari segi tugas dan kuasa penyelian...wassalam.

2bz4money berkata...

Kena bagi peluang kpd yg lain pulak memimpin selaras dgn program transformasi negara. Isu skrg pasal penjawat awam dah melampau byk dan impak kos besar kpd pentadbiran gomen dari segi emolumen/pencen.

Kena fikir juga camna nak jadi produktif dan bukan sibuk demand saja sedangkan keja x seberapa (x semua yg terbabit). Bantu kerajaan dlm pelbagai cara spt pembabitan dlm keusahawanan (downsizing dan bagi VSS), jadi whistleblower dalam menangani salahguna kuasa dan pembaziran perbelanjaan dll.

Tanpa Nama berkata...

Perlu lantik org baru yg benar2 punya wibawa yg tinggi untuk berhadapan dengan org2 atasn yg kuat ego serta pandai berdalih untuk bagi kebaikan kepada penjawat awam, kata tun mahathir rizab kerajaan ada 300 billion tak kan ambil 3 billiion untuk bagi bonus kpd penjawat awam tak boleh

Tanpa Nama berkata...

salam..TN.PRESIDEN kita kan dah habis tempoh perkhidmatan dengan kerajaan..so biarlah dia nak berehat..orang lain plak pikul tanggungjawab tu..kan ada pemilihan bulan 12 ni..apa2 pun saya ucapkan ribuan terima kaseh yang tidak terhingganya pada TN.HJ.OMAR diatas pengorbanan beliau semasa menerajui CUEPACS dengan jayanya,dan selamat maju jaya dialam PERSARAAN,semuga beliau sehat walafiat,dilindungi ALLAH selalu..amin

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin lama cara guna telegram dah tak relevan! Sampai bila nak jd presiden walaupun ada jasa? Kena bg laluan kat org lain laa pulak. Kalau dulu dpt kenaikkan pun sebab PM Pak Lah yg nak bg. Kalau Pak Osman jd Presiden lg alamat xdak bonus laa PA sampai bila2... Presiden LEMBAB!

Transfomer 44 berkata...

Bagi peluang kepada orang lain dan kalau boleh dari Kump. Pengurusan dan Profesional. Biar lebih relevan. Kalau JUSA lagi baik.

Tanpa Nama berkata...

Salam dan kepada TRANSFORMER 44..kami mohon beri 10 tunjuk sebab mengapa harus jawatan ini diberi kepada kump PNP/JUSA yang kamu cadangkan,sukacita juga kami dari kump sokongan mohon TRANSFORMER 44 buat UNION sendiri la..

Tanpa Nama berkata...

perjuangkan penambahbaikan skim juruteknik dulu pastu boleh la berundur

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita pilih dari kumpulan org atasan saja mereka tidak dapat rasakan bagaimana keperluan semasa dan kehendak dari kumpulan bawahan seharusnya kalu kita dpat kita gabungkan satu team yg kuat dari semua kumpulan dan seharusnya pemimpin itu sebaiknya mereka yg kumpulan pertengahan supaya dapat membawa hasrat dari semua kumpulan.
Yang dilantik itu perlu punyai kewibawaan seta diplomasi yang tinggi serta cekal dan kental tidak mudah lemah dalam apa jua saranan yang akan dibawa.

JUSA berkata...

Dengar sini semua golongan sokongan.

Suasana khidmat awam kita yang lembab dengan status gaji yang ketinggalan berbanding banyak negara disebabkan satu faktor, iaitu sektor awam kita telah dijadikan tempat KEBAJIKAN mewujudkan tempat cari rezeki untuk segolongan besar manusia berpelajaran rendah yang malas, berpemikiran subsidi dan berperangai parasit.

Bilangan golongan sokongan yang terlalu ramai ini kini telah menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban yang besar. Ini seterusnya menyebabkan kerajaan kekurangan wang untuk membayar gaji tinggi untuk golongan profesional.

Kalau dikurangkan separuh bilangan kumpulan sokongan ini, urusan kerja tetap boleh dijalankan, malah gaji profesional dapat dilipatgandakan. Ini bukan sahaja boleh mencegah penghijrahan pakar malah dapat menarik ramai pakar balik ke Malaysia.

Fikirakan! Mana yang LEBIH penting? Golongan sokongan (yang buat kerja jawab tetelon, fotostat dokumen, taip surat etc etc kerja remeh) atau golongan profesional (yang menjadi tulang belakang interaktual sesebuah organisasi)?

Katakan satu universiti yang mengalami kerugian, golongan mana yang patut dipecat dahulu? Pensyarah (profesional) ke kerani (sokongan)? Sudah tentunya kerani kerana pensyarah sendiri boleh mengambil alih kerja fotostat etc. Kalau pecat pensyarah, kerani tu dapat sampaikan lecture ke?

Business jenis SOHO sudah membuktikan kepada kita bahawa seoroang sahaja cukup untuk menjalankan hampir kesemua urusan harian asalkan ianya profesional.

Cuba lihat bank, kerani di kaunter semakin berkurangan dan tugas ini telah diambil alih oleh mesin ATM dan eksekutif graduan.

Golongan sokongan sepatutnya berusaha meningkatkan pengetahuan diri mereka hingga menjadi golongan profesional.

SEKTOR AWAM BUKAN TEMPAT KEBAJIKAN UNTUK KAMU

Gred 48 berkata...

Sokong JUSA!

Rupa-rupanya gaji saya rendah sebab golongan sokongan yang ramai.

Kat opis saya pun ramai kakitangan sokongan yang lepak malas kerja.

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan melihat;

Saya setuju dengan En Jusa dan 48, kadang kala kumpulan sokongan nak itu ini,bertambah ngada-ngada, saya tak cakap kumpulan atas tak mintak masing2 pun nak jugak..

Kump sokongan kadang2 cakap tak ikut akal. Pakai cakap, itu la dulu suruh sekolah belajar pandai-pandai tak nak pegi sekolah, banyak main-main jadi bila sekarang dah dok dibawah macam2 nak nyer. Bonus..bonus.. bonus keja pun malas tak efisen harus kerajaan tak kasi. Tak payah kasi la. Sebab kasi pun tak kenang jasa.

Yang terpekik tu kumpulan sokongan yang ilmunya tinggi, bukan ilmu pendidikan tapi ilmu dalamannya kalu tak kuat Hj Omar tu dah lama dia berundur.

Kena fikir dan kaji antara Omar dan presiden CUEPACS sebelum-sebelum nie.Berjuanglah Hingga Ke Liang Lahat. Suara sumbang sebenarnya menambah pahala dan kekuatan.

PERJUANGAN DALAM ISLAM TIDAK MENGENAL USIA, KALU KITA ISLAM LAH , kalu kita selam... tepuk dada tanya hati

Tanpa Nama berkata...

Apa kes ni! Topic presiden Cuepacs Jgn Berundur.Tp sedap2 mulut je mengata.Kalu guna tangan utk menunjuk...1 untuk dia, 4 untuk kita.So tgk dr sendiri dulu.Ini tak, sikit2 kump sokongan dijadikan sasaran.Apa ingat semua mcm tu ke?Aku kump sokongan keje xkira waktu dan bila2 diperlukan.Kump atasan bg arahan...goyang kaki...cukp time mesti lengkap.Ap ke hal ni. Nak bawa meeting, tp laporan kump sokongan juga yg kena buat.Pastu tanya...mcm mana nak present.Tengok...kump sokongan yg ajr org atsn...Bodoh...belajar tinggi2,tp xtau nak wat keje.Sebenarnya aku x kisah,aku memang suka keje.So kalu xde arahanpun, aku tetap carikan keje.Macam...bersihkan pejabat dan kemas mana yg patut.So engkau org ni cukp2 la mengata.Jgn ingat diri tu baik.Sewajarnya guna pendekatan dengan berkomunikasi sekiranya tidak puas hati.Bukan mengata belakang.Ikut suka je mengata...Takde karisma sbg pemimpin.

Fair and square berkata...

Zaman ini, siapa pandai, dia yang dapat lebih.

Kalo kamu rasa kamu dapat kurang, jangan complain. Tanya diri dulu, siapa suruh kamu bodoh dan malas belajar.

Bill Gate kaya sebab dia bijak pandai cari duit. Kamu miskin sebab kaumu tidak pandai cari jalan. Itu hukum alam yang sangat adil. Takkan kamu mahukan Bill Gate derma separuh kekayaanya kepada kamu.

Jadi, golongan pakar sektor awam bergaji tinggi sangat patut. Bagi golongan sokongan yang tidak puas hati, boleh letak jawatan dan cuba kerja di sektor swasta. Cuba bandingakan gaji golongan pakar mereka.

Fair and square berkata...

Tambahan, kalo golongan sokongan rasa gaji tidak cukup. Jangan kuat beranak. Itu bukan tuhan yang bagi tapi enkara kamu sendiri miang suka mengawan.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah tahniah minyak 95 pon naik,gula juga naik..hadiah dari kerajaan BN hujung tahun 2010 nie..kalau mcm gini gayanya elok sangat kita rakyat marhain memikirkan secara serius utk mencuba kerajaan yg baru..kerajaan BN dah bankrap idea untuk memacu ekonomi negara selain dari minta duit kocek rakyat yg sememang nya dah ciput..jom rakyat berfikir secara waras menumbangkan kerajaan yg tak waras ini...

Tanpa Nama berkata...

Jika tidak "perform " ????? Apa lagi??

Tanpa Nama berkata...

nak suruh pensyarah & profesional buat kerja kerani...keh.keh..keh..keh...., guru-guru disekolah pun mengeluh dan tertekan kerana terpaksa mengajar dan buat kerja perkeranian sekali siap minta jawatan kerani tambahan di sekolah lagi sebab kerja banyak.....inikan pulak nak suruh golongan profesional ambil alih kerja kerani....keh..keh..keh..keh..keh..

Tanpa Nama berkata...

kita harap bonus atau cola naik sbg pghargaan, tp diberinya kenaikn harga barang! Org KL plak diberi landscape baru, seekor gajah putih stinggi 100 tgkt, pastu diberinya pub taraf antarabangsa utk anak2 muda mngembangkan minda.. Bagus.. Bagus.. Bagus..

Tanpa Nama berkata...

Nampak gayanya JUSA dan Gred 48 menyokong penuh supaya kumpulan sokongan dinaikkan taraf ke P&P. kira ok lah tu kan pasal kebanyakan kakitangan sokongan sekarang mempunyai DEGREE, malah ada sebahagian yg mempunyai MASTER dan PhD. Jangan kata kumpulan sokongan tak berpelajaran pula...

Transformer 44 berkata...

Guru kat sekolah boleh jadi kerani, boleh jadi PAR pejabat, tapi kerani sekolah boleh mengajar kat kelas ke...????

Tanpa Nama berkata...

Wahai Insan, cuba fikir mengapa Allah beri kita rezeki sekadar yang kita terima sekarang? Tentu ada hikmahnya. Masing-masing ada tanggungjawab yang akan dipersoalkan apabila kita mati dan di Padang Mahsyar. Buatlah kerja masing-masing dgn ikhlas. Ganjaran adalah rezeki dari Allah. Manusia perlu berusaha untuk mengubah kehidupannya sendiri. Usah sombong dengan kemewahan dunia ... Kita semua PA adalah KULI.

samad ex-N11 berkata...

kami menuntut agar gaji PT N17 dinaikkan ke gred 41 segera, barulah golongan P&P tak boleh mengarah kami lagi. barulah ini kena dengan matlamat DEB dan NKRA setiap kementerian. Di IPT dan sekolah2 juga harus pelarasan antara N17 ke N41, ini adalah untuk menunjukkan jawatan kami adalah sama2 penting dan intelek.

Transfoormer 44 berkata...

Samad ex-N11
PAR, driver, tak nak naikkan ke 41 ke...? Kalau kat sekolah PAR bising bila nak mintak rizor kertas edaran/soalan. Kdg2 kena bodek dulu belikan rokok...belanja makan...baru senang kalau mintak tolong...seolah-olah taraf PAR lg tinggi dari guru 41 dan 44.

Tanpa Nama berkata...

bodoh btul laa golongan pakar ker jusa ker opah dier...korang xyah blagak laaa nk ngutuk2 org bawah..kiter smua ni KULI n macai jer...nk jadi boss p keje sndiri..bahlol..

Transformer 44 berkata...

Mmg tul PA semua kuli cuma kuli pun ada gred kuli... JUSA kuli...gred 41 pun kuli...gred N11 pun kuli... tapi tak kan N11 nak arah JUSA kot...Lu fikir la sendiri... kalau kita orang explain nanti kecik ati pulak.

Tanpa Nama berkata...

apelaa sgt pngkat2 n gred2 ni...masuk kubur sama jadi tanah jugak..syukur ape yg ade..jgn kufur nikmat..kite yg duk atas ni xyah laa blagak ...t rezeki ditarik kiter duk bawah gak semula.(gred 48)

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuangan walaupun sapa leader cuepacs. Yg penting tahu kerja dan buat dan dapat gaji.Org macam kita ini koli kerajaan, hujung bulan baru dpt gaji, MISKIN. Jusa macam2 faedah.
Minta lah Bonus, duit pun belanja dalam negara, bukan bawa keluar ...ekonomi berkembang...kump. sokongan boleh berbelanja...busnis lebih licin...Jadi BERIlah kenaikan gaji lagi kpd kump. SOKONGANNNNNN