SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Disember 2010

SOKONG GURU SANDARAN KOMITED DISERAP KE JAWATAN TETAP

Berita Harian
9/12/2010



MERUJUK kepada aduan ‘Cikgu Baru, Putrajaya’ yang disiarkan dalam ruangan ini pada 4 Disember lalu, saya sebagai cikgu lama yang berkhidmat lebih 11 tahun dalam bidang pendidikan tidak bersetuju dengan pendapat yang diutarakan beliau. Pada pendapat saya, semua Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) juga selalu membelek surat khabar untuk menunggu iklan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) atau Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI).

Jika ‘cikgu baru’ mengikuti kursus setahun, GSTT pula perlu menjalani Kursus Dalam Cuti (KDC) setahun setengah. Adakah ini tidak adil lagi bagi ‘cikgu baru’?
Saya tidak menyokong kepada mana-mana pihak tetapi pengalaman bekerja bersama GSTT dan guru baru membuatkan saya berminat untuk berkongsi pendapat. Pada saya, ramai GSTT yang komitmen melaksanakan tugas diamanahkan walaupun sudah berkeluarga seperti menjadi guru kelas, melatih pasukan sekolah, mengajar kelas belakang bersungguh-sungguh sehingga anak muridnya berjaya dalam PMR dan SPM.

Mereka menerima semua tugasan tanpa membantah hingga jam 10 jam berada di sekolah setiap hari. Keadaan ini bukan saja berlaku di sekolah saya tetapi kebanyakan sekolah di daerah lain. Begitu juga dengan guru baru yang ditempatkan, kebanyakannya pernah menjadi GSTT menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik yang sangat mencabar pada masa kini. Untuk makluman ‘cikgu baru’, pada tahun ini ramai penjawat awam kontrak jabatan lain sudah diserap ke jawatan tetap kerana menunjukkan prestasi cemerlang dalam tugas dan begitulah yang akan dilaksanakan dalam Kementerian Pelajaran. Saya mewakili guru lama sangat menyokong GSTT dikekalkan dan diserap. Anggaplah ini rezeki mereka selepas bertahun-tahun mendidik dan membantu tenaga pengajar dalam Kementerian Pelajaran.

CIKGU LAMA,
Johor Bahru.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada juga cikgu ni jenis cemburu dengan guru lain....ish buruk perangai..

gurubengang berkata...

GSTT sebagai guru tetap tiada masalahnya, tetapi bayangkan jika guru GSTT yang kononnya berpengalaman GAGAL semasa temuduga, apakah ini juga hendak dipertahankan dengan meluluskan mereka sahaja tanpa tapisan?

Di mana2 sekolah ada guru yang sudah puluhan tahun mengajar tetapi masih tak mampu mengawal kelas, membuat laporan dan sebagainya. Inikan pula yang berpengalaman hanya beberapa tahun hendak diserap begitu sahaja tanpa apa2 tapisan, saya amat tidak bersetuju.

Jika ramai org awam mempersoalkan kebolehan guru2 yang sudah mendapat lesen di maktab, saya lebih hairan lagi apakah guru 'berlesen' lagi perlu dirisaukan dari guru yang 'tidak berlesen'?

Ya, GSTT perlu diserap, dengan cara menapis melalui ujian dan temuduga. Jika masih tak lepas berkali2 dan En.Kamanuk tetap mengatakan mereka (yg tidak lepas itu) berkualiti, bayangkan kualiti pendidikan secara keseluruhannya.

Tanpa Nama berkata...

Saya adalah bekas GSTT dan sekarang ni sudah diserap..memang kami ditapis..kami dinilai oleh staf-staf lama dan dipanggil temuduga oleh pihak SPP..selama kami kerja sebagai GSTT, kami tidak dibenarkan cuti..kami hanya ada cuti sakit sahaja..kalau student xde pon, kami tetap kene datang kerja..kene buat kerja2 perkeranian, kerja tukang kebun dsb..tapi kami tetap akur dengan perintah yg diberikan..kami juga terpaksa korbankan masa bersama keluarga untuk ke KDC walaupun ada yang lepas bersalin 3 hari..tidak boleh mc ketika KDC..terpaksa jugak ke sana..KDC bukan sekejap..terpaksa menanggung selama selama 2 tahun..so, apa lagi yang cikgu baru duk berdengki?kalau masih rasa anda tak bertuah, lepaskan jawatan sekarang dan cuba mintak jawatan sebagai GSTT..cuba rasa apa yang pernah kami rasa..

Tanpa Nama berkata...

GSTT tu nama je diserap. tapi prosedur temuduga dan lain2 diorg buat la...kursus pun kena pegi la...setahun setengah la...apa da...

Tanpa Nama berkata...

cuepacs perlu memperjuangkan nasib gstt....sy dh 3 thn mgjar sekolah yg sama...2011 ni tidak dpt meneruskan perkhidmatan kerana sekolah tersebut dipenuhi guru posting....bukan tidak minta kerja lain,kerana kerja lain memerlukan pengalaman.....malangnya pengalaman yg kami ada adalah mengajar...adakah isu guru gstt di serap malalui kdc ini benar2 dijalankan?????

Tanpa Nama berkata...

Bolehkah seseorang itu (guru sandaran sementara) diserap terus menjadi Guru Tetap tanpa mengikuti sebarang latihan atau Kursus (Ambilan kemasukan GSTT)?